Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 42


"Jadi, kamu okey ke ni, Irene?" Soal halmeoni yang lebih selesa dipanggil Puan Kim sambil menikmati makanan yang dimasaknya sendiri.

Irene yang sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya terhenti seketika. Matanya merenung wanita tua itu seraya mengangguk.

Sayangnya, Puan Kim fikir yang Irene berbohong kepadanya. Wanita tua itu menggeleng kecil.

"Kamu ni muda. Tak patut jadi janda terlalu lama. Ramai lelaki dekat luar sana yang sanggup berbinikan kamu. Tak payah tengok jauh-jauh, dalam kampung ni pun ada." Tegasnya. Irene tersedak kecil.

Pipinya merona merah. Bukan kerana malu, tapi kerana tidak selesa. Puan Kim fikir yang dia sudah bercerai dengan Junmyeon, sedangkan sebaliknya yang berlaku.

"Aniyo, halmeoni. Saya tak nak kahwin—"

"Tak nak kahwin lagi? Habistu kamu nak pegang gelaran janda tu sampai bila? Malu Irene kalau orang tau. Muda-muda dah kena tinggal."

Irene menggigit bibir bawahnya dengan kuat. Sekali lagi dia bukan malu, tapi marah. Siapa wanita ini untuk mengkritik dia?

Siapa wanita ini untuk mengarah-ngarah dia? Selama ini pun, tak ada siapa peduli pasal dia sampailah dia dan Inna berpindah ke bandar untuk meneruskan hidup. Ini tak lain tak bukan mesti dia nak jodohkan dengan cucu dia, Taehyung.

Irene diam. Dia tak membalas sekarang kerana spagettinya masih belum habis. Sayanglah kalau dia tinggal je. Tak kenyang nanti. Apa-apa, makanan nombor satu.

"Taehyung tahun ni graduate engineering kan?" Soal Puan Kim, sengaja ini menarik perhatian Irene. Irene kekal tenang.

Graduate je pun. Suami dia lagi bagus. Eh.

"Iya halmeoni. Dah berapa kali dah halmeoni ulang harini." Jawab Taehyung, sepertinya malu. Irene tersenyum sinis.

"Eloklah tu..Cari lah kekasih dalam masa terdekat ni. Bukan apa, supaya kamu tak terlalu taksub kerja sampai tak ingat dunia. Kalau ada perempuan, sekurang-kurangnya makan pakai kamu terjaga," jelasnya.

Irene menggulingkan bebola matanya. Lagi-lagi perempuan yang nak kena jaga makan pakai lelaki. Kahwin ni sebab cintakan pasangan atau sebab nak cari orang gaji?

Baiklah Junmyeon lagi, sebab Junmyeon tak pernah layan dia sebegitu.

"Tak nak lah halmeoni. Tae masih ragu-ragu," Ujar Taehyung sambil memandang Irene yang sedang menunduk itu. Matanya melembut saat melihat gadis itu.

"Jangan ragu-ragu lama-lama sangat. Ni hah, Irene ada. Kamu tinggal pujuk je." Usik wanita itu sambil menyiku bahu Irene.

Irene pura-pura ketawa. Dia semakin tak selesa pula bila berlama-lama disini. Dengan pantas dia menghabiskan makanan dan meminta diri untuk pulang.

"Awal lagi ni. Tidur sinilah. Lagipun rumah kamu tu tak bersih lagi kan?"

"Tak apa, halmeoni. Tak ada orang nak datang rompak pun." Balas Irene, sarkastik.

"Esok Taehyung datang bersihkan rumah kamu. Nanti halmeoni hantar barang-barang baru." Tawarnya. Irene terkejut.

"Eh tak perlu! Irene boleh cari duit sendiri. Jangan lah bagi barang-barang  macam ni sebab nak ambil hati Rene, halmeoni." Tolaknya. Wanita itu sebaliknya tak peduli dengan tolakan Irene.

"Tak adanya aku nak merasuah kamu. Aku memang nak tolong kamu. Jangan tolak lagi! Esok satu lori datang siapkan rumah tu."

Irene terkedu. Apa dia nak buat ni? Dia tak mahu berhutang budi dengan Puan Kim. Sebab dia tahu, kalau dia dan keluarga ini terikat, mesti susah untuk dia tolak apa-apa permintaan Puan Kim nanti.

"Tapi—"

"Terimalah, Rene. Halmeoni ikhlas tu." Pujuk Taehyung. Irene tidak memandang Taehyung. Dia mengeluh.

"Tapi nanti Irene akan bayar balik halmeoni. Irene tak terima tolakan jugak. Irene akan bayar tak kira macam mana pun."

Taehyung diam-diam tersenyum melihat semangat Irene itu. Neneknya pula mengangguk sahaja. Mereka memerhati Irene yang sedang bergerak pulang ke rumah sehingga gadis itu hilang disebalik pokok-pokok.

"Kamu jangan lepaskan dia lagi, Taehyung. Budak tu baik orangnya."

"Tak akan, halmeoni. Tae tak akan kali ni."

...

"Mahkamah memutuskan, defendan Kim Junmyeon tidak bersalah."

Junmyeon menutup matanya sambil tersenyum lebar. Jongdae yang berada dibelakangnya hampir-hampir melompat. Mereka berdiri untuk menunduk hormat kepada hakim.

Sebaik sahaja keluar dari dewan mahkamah, Jongdae datang memeluk sahabat baiknya itu. Junmyeon akhirnya disahkan tidak bersalah setelah begitu lama perbicaraan dilangsungkan.

Wartawan-wartawan menunggu diluar untuk menemu bual Junmyeon. Mereka memilih untuk menggunakan jalan belakang agar tidak terserempak dengan para wartawan itu.

"Akhirnya! Aku gembira untuk kau, Jun!" Ujar Jongdae. Junmyeon mengangguk.

Jiah yang berada disebelah tersenyum. Kalau Junmyeon gembira, dia pun turut sama gembira untuk lelaki itu. Tiga bulan masa dihabiskan demi membela Junmyeon.

Tak semena-mena, Junmyeon turut sama memeluk Jiah. Jiah agak terkejut, tidak sempat dia membalas pelukan tersebut.

"Jun—"

"Terima kasih, Ji! Kalau kau tak ada, aku tak tahu nak buat apa dengan hidup aku." Luah Junmyeon. Jiah tergelak.

"Tak ada aku, kau dah reput dalam tanah sekarang ni," jawabnya sehingga membuatkan Junmyeon dan Jongdae ketawa.

"Sebab itu aku berterima kasih sangat pada kau. Kau penyelamat aku."

Junmyeon mengusutkan rambut Jiah. Mereka masih tak menyangkan yang kes ini akhirnya berakhir juga. Apatah lagi Junmyeon.

Saat itu, Sehun dan Sooyoung tiba. Junmyeon nampak yang mata Sehun berair saat mendengar berita bahawa Junmyeon terlepas. Lelaki itu menyembamkan wajahnya pada bahu Junmyeon.

"Hyung!!" Teriaknya, sadis. Junmyeon menepuk-nepuk bahu Sehun sambil ketawa.

"Aku bukannya mati, Hun. Kenapa menangis ni?" Soal Junmyeon.

"Sebab kau dah terlepas dari dapat hukuman atas benda yang kau tak buat pun! Takkan aku tak menangis hyung?! Kau hampir buat hidup kau terbuang macam tu je!" Marah Sehun.

Sooyoung menggeleng kecil melihat kelakuan Sehun.

"Yelah-yelah. Maaf."

"Tak dimaafkan!" Rajuk Sehun.

"Aku rindu kau jugak, Hun." Bisik Junmyeon.

"Hyung bila nak masuk office balik? Aku tak rasa aku boleh pikul tanggungjawab besar tu sekarang lepas apa yang berlaku, hyung. Aku masih muda." Luah Sehun. Junmyeon menggeleng, menandakan yang dia tidak akan kembali lagi.

"Syarikat tu sepenuhnya akan jadi milik kau nanti Hun. Waktu muda ni lah, kau kena kumpul pengalaman, Hun. Aku tahu kau boleh. Kau boleh jadi leader yang lebih hebat dari aku." Ujar Junmyeon, memberi semangat kepada Sehun.

Sooyoung menarik Sehun dan menyerahkan sapu tangan untuk mengelap air mata Sehun. Saat itu, cincin dijari Sooyoung kelihatan.

"Oh? Korang dah kahwin?" Soal Junmyeon. Sooyoung menggeleng.

"Eh! Belum! Ini cincin tikam je." Jawab Sooyoung sambil menjeling Sehun. Lelaki itu ketawa sekarang. Sehun memeluk Sooyoung seraya mencium dahinya.

"Sweet tak hyung? Lamar dengan cincin tikam?" Soalnya kepada Junmyeon. Junmyeon menggeleng-geleng kecil.

"As long as you're happy," jawabnya.

"Jadi sekarang, hyung nak buat apa? Irene, korang masih bersama kan?" Tanya Sehun. Junmyeon mengangguk.

"Dia ada dekat mana?" Soal Sooyoung pula. Dah lama dia tak jumpa Irene. Junmyeon menjongket bahu, seraya memandang kearah Jiah.

"Sebenarnya, aku dah pun jumpa dia." Terang gadis itu, serba-salah. Junmyeon, Jongdae, Sehun dan Sooyoung menoleh serentak kearah Jiah.

"Bila?"

"Dah hampir seminggu."

"Dan kau tak bagitahu aku?!"

"Sorry. Aku tak nak kacau fikiran kau." Jiah menunduk.

Junmyeon terdiam. Dia tak marah pun, cuma terkejut sahaja.

"Dia dekat mana?"

"Kampung dia. Tapi Jun, aku ada berita buruk." Jelas Jiah dengan wajah takut. Begnya dibuka dan sekeping sampul surat dikeluarkan. Didalamnya, ada beberapa keping gambar menunjukkan Irene bersama seorang lelaki tak dikenali.

"Siapa ni?"

"Tak pasti. Tapi orang-orang aku kata, dia selalu datang sambil bawakan macam-macam barang untuk Irene. Barang nak bina rumah. Aku rasa dia orang kaya." Jelasnya. Mata Junmyeon terbeliak mendengarnya.

Bina rumah? Irene bina rumah dengan lelaki baru?! Lelaki yang bukan suaminya?!

"Jiah, bawa aku pergi kampung ni sekarang."

Mata Junmyeon berapi-api sekarang. Tak! Irene tak boleh jatuh cinta dengan lelaki lain.

Misi memikat isteri bermula!

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro