Part 41
Kes Junmyeon menjadi carian hangat sepanjang sebulan setengah disebabkan pengakuannya. Keluar rumah, berita Junmyeon akan dipaparkan di skrin utama bandar, televisyen kedai dan restoran, bahkan surat khabar.
Orang ramai bahkan turut bersimpati dengan hubungan rumah tangga pasangan Kim dan Bae tersebut. Disebabkan ura-ura tidak bertauliah tersebut, rumah tangga mereka hancur.
Irene pula tidak dapat dikesan sepanjang perbicaraan Junmyeon. Ramai yang menyangka dia sudah pun berpisah dengan Junmyeon walaupun Junmyeon masih belum mengumumkan apa-apa.
"Tak lama lagi. Kita akan selesai," ujar Jiah kepada Junmyeon.
Gadis itu merenung Junmyeon. Tangannya cuba memegang Junmyeon namun cepat-cepat Junmyeon melarikan tangannya. Jiah tersenyum pahit.
"Dah dapat cari Irene?" soal Junmyeon, tak menghiraukan kata-kata Jiah.
Wajah Jiah berubah kelat. Gadis itu menunduk sambil menggigit bahagian bawah bibirnya dengan kesal. Seraya itu, dia menggeleng.
"Belum. Mungkin dia memang tak nak dicari? Apa kata kalau kita hentikan—"
"Teruskan. Cuma kau je yang aku ada Jiah. Irene segala-galanya bagi aku. Kau tahu kan?" Rayu Junmyeon. Mata Jiah tak berkerdip buat seketika.
Kemudian, gadis itu mengangguk.
"I will."
...
Aeri memeluk leher Junmyeon dengan erat sewaktu bertemu lelaki itu di pejabat peguam bersama ayahnya, Jongdae. Gadis itu nampak agak bersemangat semenjak memulakan persekolahannya tahun ini.
Dia masih tidak mengetahui apa yang terjadi kepada Junmyeon dan Irene. Aeri juga turut melayan Junmyeon dengan baik dan bukannya sebagai pakcik.
Akan tetapi, seperti kanak-kanak yang lain, Aeri pasti akan tersasul menanyakan hal yang tidak sepatutnya disebut.
"Irene unnie mana?"
Orang-orang dewasa memandang satu sama lain sambil menyorokkan riak wajah mereka. Kemudian, Junmyeon akan melutut dan kembali memeluk Aeri seraya berkata, "Ahjussi minta maaf, Aeri."
Hanya itu sahaja yang boleh Junmyeon katakan. Aeri akan berkerut dan bertanya pada Jongdae pula apa maksud Junmyeon.
"Tak ada apa-apa, sayang. Aeri pergi main dengan omma ya? Ahjussi Junmyeon tengah sibuk ni," ujar Jongdae kepada Aeri. Gadis kecil itu mengangguk faham dan terus berlari kearah ibunya lantas memeluk kaki wanita yang kini sedang hamil anak ke-dua mereka.
"Bukan ahjussi la appa. Tapi oppa," gadis itu berkata seraya menarik ibunya keluar dari sana, merengek meminta dibelikan aiskrim. Junmyeon tertawa mendengar kata-kata Aeri. Terasa seperti dia kembali sepuluh tahun muda pula.
"Kau jangan nak perasan lebih-lebih eh. Aeri nak bodek kau je tu," kata Jongdae.
"Baguslah. At least aku tahu anak kau boleh jadi pelapis O2 Group yang lagi bagus dari kau. Aku dah nampak dah posisi dia sebagai director syarikat aku tu. Mungkin aku boleh calonkan dia pada Sehun nanti," usik Junmyeon dan menerima jeritan terkejut dari Jongdae.
"Kau nak jodohkan anak aku pada Sehun tua kerepot tu nanti?! Kau biar betul, man??!! Asal kau yang memandai nak jodohkan anak aku ni!" jeritnya, marah.
"Bukan kahwinkan dia, lembap! Aku nak calonkan posisi direktor! Bukan posisi bini kedua! Mahu aku kena pancung dengan bini pertama Sehun nanti!"
Jiah menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar pergaduhan antara kedua sahabat seuniversitinya itu. Entah macam manalah dua orang ini boleh menjadi pakar dalam business tapi perangai tak ubah macam budak sekolah menengah.
"Junmyeon, Jongdae. Kita datang sini bukan nak gaduh pasal masa depan Aeri, tapi masa depan kau, Junmyeon. Fokus please," rayu Jiah. Junmyeon dan Jongdae tersenyum malu.
Tak lama kemudian, peguam khas Junmyeon tiba juga akhirnya. Mereka mulai berbincang tentang alibi-alibi milik Junmyeon dan orang sekelilingnya supaya dapat digunakan sebagai pertahanan Junmyeon nanti. Tinggal tiga pertemuan sahaja lagi sebelum hakim memutuskan keputusan akhirnya. Dan setelah itu, Junmyeon akan bebas sepenuhnya tanpa diekori lagi oleh pihak polis yang bertugas. Dan Junmyeon juga akan dapat kembali bersatu dengan Irene tidak lama lagi.
...
Irene tiba di kampung halamannya dalam keadaan senyap. Dia masih belum bertegur sapa dengan penduduk disana dan hanya berhubung dengan ketua kampung melalui telefon sahaja. Itupun, wanita tua itu perlu mengambil masa yang lama untuk mengecam suara Irene untuk memastikan yang dia tidak ditipu. Lagipula, rumah peninggalan keluarga Irene itu masih elok walaupun sebahagiannya telah digilap api sewaktu Irene masih remaja dahulu.
Irene mengikat rambutnya secara tocang dan mula membuat pembersihan rumah secara besar-besaran, sendirian. Banyak barang-barang bersama ibu bapanya masih berada ditempat yang sama seperti hari dia dan kakaknya berpindah ke bandar untuk meneruskan hidup. Irene tersenyum pendek. Kakaknya sudah pun bersama dengan ibu dan bapanya. Tinggal dia sahaja disini, didunia senndirian.
Ianya mengambil masa lebih dua hari untuk memastikan rumah tersebut betul-betul dalam keadaan bersih. Irene juga pergi mencari kayu didalam hutan dan memahatnya dengan baik untuk dijadikan tiang dan dinding. Dia mengambil kayu-kayu lama dari rumah jiran sebelahnya yang sudah pun lama meninggal sebagai ganti dinding rumahnya.
Tinggal dikampung membuatkan sisi tomboi Irene kembali. Rasanya dia boleh hidup normal semula tanpa lelaki.
"Irene kan?" sapa seorang wanita tua yang baru sahaja tiba bersama seorang lelaki disebelahnya. Barangkali itu adalah cucu si wanita tua itu. Irene menoleh untuik melihat siapakah gerangan yang menegurnya.
"Tok ketua! Iyalah, ini Irene," jawab Irene dengan riangnya. Wanita itu datang dan memeluk Irene dengan erat sekali. Sudah lama dia tidak melihat wajah anak kepada Tuan dan puan Bae.
"Kamu sihat ke? Halmeoni dengar yang suami kamu-"
"Halmeoni! Tak eloklah!" Lelaki disebelahnya menegur. Irene fokus pula pada sang gerangan tersebut.
"Irene. Ini Taehyung. Cucu halemoni. Dulu kecil-kecil kamu suka kan main sama-sama dekat taman tu. Kamu berdua berkawan kan dalu?" Ujar wanita itu. Irene mengangguk sementara Taehyung malu. Irene tua setahun darinya. Kalau dulu, tak adalah dia malu sangat nak bersua-muka dengan Irene. Tapi sekarang, keadaan dah berubah.
"Hai," sapa Taehyung. Irene membalas sambil tersenyum tapi tak pula dia memandang mata Taehyung. Dia kembali fokus kepada wanita tua itu pula.
"Memandangkan kamu dah ada dekat sini. Apa kata kalau kita makan malam sama-sama? Banyak yang halmeoni nak cakap dengan kamu pasal rumah ni,"
Irene memandang wanita tua itu dengan pandangan mencurigakan. Pasalnya, orang tua sebegini pantang melihat rumah tangga seseorang sedang goyah, pasti dia akan datang mencucuk untuk mencarikan jodoh baharu. Akan tetapi, Irene tak menolak juga pelawaan tersebut. Lagipula, dia dah lama tak makan sedap-sedap. Masakan Puan Kim ini pula sedapnya melebihi makanan restoran. Jadi, Irene bersetuju sahaja.
Sementara itu, dibandar, Junmyeon sedang duduk dimeja makan sendiran sambil merenung lauk masakan bibiknya. Dia tak menyentuh walau sedikit[un nasi yang dimasak itu untuk mengalas perut. Fikirannya menerawang kepada Irene.
"Saya masak pasta untuk awak," ujar Junmyeon sambil tersenyum manis kearah Irene yang sedang menuruni anak tangga. Gadis itu nampaknya telah bersiap-siap untuk keluar.
"Aku tak lapar," balas Irene, kasar.
"Makan lah sikit. Sesuap pun tak apa. Saya nak tahu pendapat awak pasal masakan saya je," rayu Junmyeon bersungguh-sungguh.
"Aku tahu kau nak racun aku kan?" duga Irene dan memberi renungan tajam. Junmyeon ketawa.
"Apa salahnya kan?"
Irene menggulingkan bebola matanya namun kakinya melangkah juga kearah meja makan.
Junmyeon menarik kerusi buat Irene dan memberikan sudu dan garfu buat Irene. Napkin kecil dipakaikan pada leher Irene supaya baju putihnya tidak terkena kotoran.
Dia kemudiannya duduk disebelah Irene, memerhati reaksi wajah gadis itu. Irene mulai menikmati sesuap pasta seperti yang dipinta oleh Junmyeon. Dia perasan yang kening Irene sedikit terjongket setelah menelan pasta bolognese itu. Tapi Irene pandai mengawal reaksi wajahnya.
"Sedap tak?" soal Junmyeon.
"Diam,"
Junmyeon tersenyum dengan lebar sekali kerana Irene sekarang hampir menghabiskan hidangan yang dimasaknya itu. Dia turut sama menuangkan wain merah untuk Irene.
"So? Masih rasa saya ada letak apa-apa dalam tu yang boleh membunuh awak?" soal Junmyeon. Irene meneguk wainnya dengan sekali teguk sahaja. Dia memberi renungan paling tajam kepada Junmyeon.
"Tak sedap. Aku habiskan sebab aku tak suka membazir," dalih Irene. Tak semena-mena, dia sendawa. Keadaan menjadi sepi. Junmyeon menahan dirinya daripada tergelak supaya Irene tidak mencurah air ke mukanya.
Sementara Irene, wajahnya sudah pun merah padam. Jelas sekali dia dah kenyang lepas makan sepinggan spagetti tadi. Dua kali pula tu menambah. Kerana terlalu malu, Irene bangun dan terus keluar. Dia tidak memandang ke belakang lagi. Junmyeon akhirnya mampu juga untuk melepaskan tawanya. Tak sangka, Irene boleh jadi secomel ini.
"Aku cintakan kau, Irene."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro