Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 37



"Kau yakin ni nak pergi?" Soal Seulgi kepada Irene. Irene mengangguk. Mereka sedang bersiap-siap untuk ke alamat kediaman yang diberikan oleh Jiah.

Dari semalam Seulgi dan Wendy asyik bertanya hal yang sama sampai buatkan
Irene serba-salah. Namun, dia kuatkan hati juga. Kalau dia tak pergi, sampai bila-bilalah dia hidup dalam keadaan bersalah.

Seulgi mencapai kunci keretanya sementara Irene memakai kasut. Keduanya bergerak menuju ke tempat parking dimana Wendy sudah pun berada disana.

"Sampai pun. Ingatkan nak turun tahun depan." sindir Wendy sambil memberi pandangan yang tajam. Dia sudah pun menggigil kesejukan sekarang.

Seulgi tergelak. Dia membuka kunci kereta dan dengan pantas Wendy masuk ke dalam, diikuti oleh Seulgi dan Irene. Kereta mulai bergerak keluar dari kawasan kediaman Wendy.

Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam sahaja. Irene menutup matanya, sedang cuba menenangkan hatinya. Dia rasa berdebar-debar. Dia takut untuk berjumpa Jiah.

Tapi dia tak boleh mengelak lagi. Dia perlu selesaikan semua ini secepat mungkin. Selagi itu, dia tak akan hidup tenang.

Lebih sejam kemudian, mereka tiba juga. Seulgi terpaksa memandu dengan perlahan untuk mencari alamat rumah yang diberikan oleh Jiah. Akhirnya, mereka berhenti disebuah rumah yang berada ditengah-tengah lot mewah itu.

"Korang tunggu sini." Ujar Irene.

"Tapi Rene. Chanyeol suruh—"

"Sejak bila kau dengar cakap dia? Dia bukannya ada dekat sini pun kan? Ini hal aku dan dia. Aku tak nak orang lain dengar perbualan kitorang. Boleh terima arahan aku?" Soal Irene kepada Wendy. Wendy menekup mulutnya, tak jadi nak membalas.

Gadis itu nampak tak rela untuk melepaskan Irene pergi bersendirian. Kemudian, tanpa menunggu jawapan Wendy, Irene turun dari kereta, menuju ke pintu depan rumah.

Dia menekan loceng pintu, menunggu seseorang membukanya. Wendy dan Seulgi memerhati dari dalam kereta. Mereka tertanya-tanya dengan rupa gadis yang mengugut Irene itu.

"Suruh kawan kau pergi dulu kalau kau nak masuk." Suara dari interkom berbunyi. Irene terperanjat. Nasib baik tak terkena serangan jantung.

"Perlu ke?" Soalnya semula. Namun, tiada balasan darinya. Irene mengeluh.

Dia berpatah balik seraya mengetuk tingkap kereta.

"Kenapa?"

"Korang pergi dulu." Arah Irene. Seulgi ternganga.

"Apa? Tak mahu! Kalau jadi apa-apa—"

"Aku boleh jaga diri. Dia tak bagi masuk selagi korang ada. Dan lagipun, aku bawa pepper spray ni." Ujar Irene sambil menunjukkan botol kecil yang berada didalam jaketnya.

Seulgi merenung kearah Wendy, meminta kebenaran gadis itu dahulu. Wendy nampaknya sedang berperang dengan dirinya sendiri. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Okey. Kalau jadi apa-apa, jerit je." Nasihat Wendy.

"Macamlah boleh dengar."

"Aku ada sixth sense macam Spiderman. Aku tahulah bila kau dalam bahaya." Balas Wendy sambil tersengih seperti kerang busuk. Irene menggulingkan bebola matanya, menyampah.

Dia mengundur ke belakang dan setelah itu Seulgi terus memandu pergi. Irene menghantar mereka pergi melalui ekor matanya dan berpatah semula ke depan rumah itu. Pintu rumah nampaknya sudah pun terbuka.

Irene melangkah masuk ke dalam dengan perlahan. Dia merenung sekeliling. Nampak macan rumah baru sahaja. Rumah yang tak pernah didiami oleh sesiapa tetapi berada dalam keadaan bersih dan kemas.

Bunyi tapak kaki seseorang mengalihkan perhatian Irene. Dia mendongak keatas, melihat Jiah yang baru sahaja turun dari sana sambil tersenyum kearahnya. Gadis itu nampaknya dah lama menunggu kehadirannya.

Ada pandangan kilat memancar dari kedua gadis itu. Sampailah Jiah berdiri didepan Irene, keduanya masih tak melarikan pandangan. Mereka mungkin mampu melakukan hal itu untuk sehari suntuk tanpa penat.

Merenung satu sama lain sehingga salah satu mengalah. Pandangan sesama musuh.

"Jadi, kau dah datang." Ujar Jiah, sambil tersenyum sinis.

"Aku dah baca semuanya. Jadi aku nak tanya kau sesuatu." Ujar Irene. Jiah mengangguk perlahan.

"Boleh. Silakan." Kata Jiah sambil membawa dirinya kearah sofa berdekatan dan duduk disana.

Jiah menongkat dagu sambil memandang kearah Irene, seolah-olah suka melihat ekspresi wajah Irene yang kosong itu. Irene mendekatinya namun tidak turut sama duduk.

"Duduklah."

"Thank you. Tapi aku lebih selesa berdiri."

"If you say so.."

Irene menghela nafasnya.

"Apa yang kau nak tanya tadi?"

"Diari Inna. Mana kau dapat semua tu? Apa hubungan kau dengan dia. Inna yang bagitahu kau semua tu ke?" Soal Irene bertubi-tubi. Matanya berubah sayu. Jiah tak menjawab.

Dia jangkakan Irene akan bertanya dimana keberadaan Junmyeon terlebih dahulu sebenarnya. Tapi Irene sekali lagi melangkaui jangkaannya.

"Inna bencikan kau lebih dari segalanya dan kau masih nak tahu pasal tu? Mana aku dapat diari tu tak penting—"

"Penting. Kalau kau ada diari dia, maksudnya kau masih ada lebihannya. Aku minta kau pulangkan semua barang Inna kepada aku."

"Untuk apa?"

"Kau sengaja bagi bahagian teruk je pada aku supaya aku bencikan kakak aku sendiri. Aku yakin, dia masih ada kebaikan dalam diri dia. Therefore, aku perlukan bukti." Jawab Irene.

"Bukti apa lagi? Bukti yang kakak kau mungkin ada tinggalkan good impression pasal kau? Oh cmon Irene. Kau tahu Inna bukan sejenis orang macam tu."

"Dia masih keluarga aku. Aku berhak untuk ambil barang dia."

"Keluarga. What a funny excuses. Kau masih tak boleh terima hakikat yang kau dibenci oleh keluarga sendiri."

Jiah memberi isyarat kepada orang gajinya akan sesuatu. Kemudian, lelaki itu berlari pergi.

"Kau tak nak tahu pasal Junmyeon, Irene? Suami kau?"

"Rasanya kau tak perlu sibuk pasal rumah tangga aku dengan dia. Lagipun semua ni akan berakhir tak lama lagi."

"Dan macam mana, boleh aku tahu?"

"Sebab aku akan minta cerai dengan dia sebaik sahaja dia sedar dari pembedahan."

Hening. Jiah tak bertanya lagi sebaik sahaja mendengar jawapan Irene. Orang gaji Jiah datang sambil menghulurkan diari milik Inna kepadanya. Jiah berdecit.

Mata Irene tertancap pada diari didalam tangan Jiah.

"Apa yang buatkan kau fikir, kau boleh terlepas dari semua ni dengan begitu mudah?" Soal Jiah sambil menuju kearah pendiang api. Gadis itu bersandar disana sambil merenung Irene.

"Junmyeon akan setuju untuk bercerai dengan aku. Lagipun, dah tak ada apa yang dia boleh buat dengan aku. Dia pun tak perlu jaga aku lagi. Perkahwinan kami pun atas kontrak je."

"Lepas apa yang kau dah buat dengan dia dan kau nak pergi dengan begitu mudah menggunakan alasan cerai? Oh no no. Not that easy, Mrs. Kim."

Tanpa kiraan, Jiah melempar diari tersebut ke dalam api. Membakar segala isi diari tanpa perasaan. Irene terkejut namun kakinya kaku disana.

Matanya membulat saat melihat gambarnya bersama Inna sewaktu masih bersekolah turut sama terbakar. Dan yang paling pedih sekali, gambar mereka bersama dengan kedua ibu bapa mereka hangus dijilat api juga.

Kali kedua Irene melihat ibu bapanya dijilat api. Irene tak berkelip.

"Omma.." Gumam Irene perlahan.

"Look. Aku datang sini untuk minta maaf pada Junmyeon. Aku dah menyesal. Aku tak peduli siapa kau dan apa hubungan kau dengan dia. Dan aku datang pun untuk ambil barang kakak aku semula dari tangan orang asing. Apa masalah kau ni? Apa yang aku dah buat dengan kau sampai kau buat macam ni dengan aku?" Luah Irene, menahan dirinya dari menjerit.

Baru sahaja Jiah nak membalas, deheman seorang lelaki menghentikannya. Irene dan Jiah sama-sama menoleh.

Junmyeon datang dengan lengkap memakai baju hospital. Namun, lelaki itu nampak lebih segak dari kali terakhir Irene melihatnya.

"Enough, Jiah. Kau boleh pergi." Ujar Junmyeon, mengusir Jiah dari sana.

"Tapi.."

Dengan langkah yang berat, Jiah terpaksa juga pergi.

Pandangan Junmyeon jatuh pada Irene sekarang. Keduanya saling bertatapan penuh rindu.

Kalau boleh, Irene nak sangat pergi dan memeluk Junmyeon. Menangis dibahu lelaki itu, tapi mana mungkin. Dia tak layak untuk sentuh Junmyeon.

"Kau.. dah sedar?" Soal Irene, perlahan. Dia ingatkan Junmyeon masih koma. Sehinggalah Junmyeon menjawab,

"Dah lama.."

Tak semena-mena, Irene terus jatuh melutut. Melutut dihadapan Junmyeon dengan bahu yang berat.

"Kau buat apa ni Irene?" Soal Junmyeon, sedikit terkejut.

"Aku dah jahat sangat pada kau, Junmyeon. Aku minta maaf sangat-sangat. Kau boleh bawa aku pergi balai polis sekarang. Saman aku pun boleh. Apa-apa je. Aku sanggup." Ujar Irene tanpa berlengah lagi. Tangannya dikepal sementara matanya tetap pada lantai.

Junmyeon diam sebentar. Ini bukan Irene yang dia kenal selama ini.

"Bangun Irene. Kita bincang tapi bukan dengan cara ni." Tegas Junmyeon. Irene menggeleng laju. Badannya semakin bongkok ke lantai sekarang.

"Tak. Cuma ada satu cara je kau boleh buat supaya aku berdiri semula. Ceraikan aku." Pinta Irene. Junmyeon ketawa.

"Kau dengar cakap Jiah tadi. Tak semudah tu Irene. Kau fikir aku akan lepaskan kau macam tu je?" Balas Junmyeon.

Dia datang dan melutut dihadapan Irene juga. Memegang dagu Irene supaya mendongak memandangnya.

"Sepuluh tahun lepas, aku berjumpa dengan seorang gadis yang paling cantik yang pernah aku nampak atas dunia ni. Gadis cantik yang penuh daya tarikan sampaikan satu daerah kenal dia. Semua lelaki berebut dan berlumba-lumba untuk dapatkan gadis tu. Dan harini, gadis tu dah jatuh ditangan aku. Aku tak akan lepaskan isteri aku cuma atas alasan bodoh macam ni, Bae Irene. Atau patut aku panggil, Kim Irene?"


to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro