Part 35
16 December 200*
Hey diary! Ini Inna! Tahu tak harini hari apa? Harini hari paling menggembirakan untuk aku! Cuba teka apa?
Yes! Junmyeon lamar aku! Finally! After 3 years and we will get married soon!
Irene membelek lagi helaian diari yang sengaja dikonyak oleh Jiah itu. Mungkin cuma nak beri Irene baca bahagian yang penting sahaja.
25 December 200*
Hey diari 😒 Harini aku dan Junmyeon bergaduh lagi. Kenapa? Dia kata dia nak jumpa Irene. Tapi aku tak benarkan sebab siapa peduli pasal dia? Aku tak nak bakal suami aku terjebak dengan keluarga aku yang malang ni.
1 Januari 200*
Fck! Junmyeon kata dia nak tolong sara kos pembelajaran Irene demi aku. Oh god! Aku patut cakap yang aku ni anak tunggal je sebelum ni. Tolonglah! Aku nak kahwin dengan Junmyeon secepat mungkin dan tinggalkan keluarga miskin aku ni!
5 January 200*
Aku benci Irene! Ya! Aku benci adik aku sendiri! kenapa semua orang sayang sangat pada dia?! Dia cuma perempuan yang menyusahkan! Kenapa sampai Junmyeon pun dia nak rampas dari aku?! Pergi mampus lah dia nak hidup macam mana pun!
Aku harap kau mati, Irene!
Mata Irene bergenang dengan cecair jernih. Betul ke apa yang dia sedang baca ini? Semua ni, ditulis oleh kakak yang selama ini dia sayang dengan sepenuh jiwa dan raga?
Orang yang selama ini buatkan dia sanggup untuk bergadai nyawa demi melihat kebahagiaannya. Satu-satunya keluarga yang dia ada, berharap supaya dia mati?
Irene tahu, Inna selalu bermasam muka dengannya. Selalu tak peduli tentangnya. Tapi dia anggap itu kerana Inna sibuk dan stress. Tak pernah terdetik dihati Irene bahawa kakaknya sendiri bencikan dia.
30 January 200*
Aku akan berkahwin dengan Junmyeon. Tapi aku belum beritahu Irene lagi. Aku cuma akan bagitahu yang aku akan dipindahkan ke Amerika supaya dia tak mencari aku. Aku akan tinggalkan dia di Korea dan biarkan dia hidup sendiri. Well, inilah kehidupan.
12 February 200*
Dear diary, harini aku dapat tahu yang Junmyeon mengalami barah otak. Mengejutkan. Aku jadi teragak-agak untuk berkahwin dengan dia.
Aku tak nak hidup dengan lelaki yang bakal mati.
Irene ternganga. Dia menekup mulutnya. Biar betul ini Inna yang dia kenal selama ini? Inna dah dibutakan dengan duit sampai sudah hilang kewarasannya. Kalau betul dia cintakan Junmyeon, dia akan kekal dengan Junmyeon!
23 February 200*
Aku dah putuskan pertunangan dengan Junmyeon. Aku tak sudi hidup dengan lelaki yang bakal mati! Dan aku terasa dengan sikap dia yang tak habis-habis bertanya pasal Irene!
Dah nak mati pun asyik cakap pasal Irene! Aku atau dia tunang Junmyeon yang sebenarnya?!
27 January 200*
Junmyeon marah aku sebab aku cakap aku nak bunuh Irene kalau dia tak berhenti sebut nama perempuan tu. Junmyeon tampar aku disebabkan Irene. Ini.. Ini ke lelaki yang kata dia cintakan aku?
29 January 200*
Aku lebih rela mati daripada bersama lelaki yang cintakan adik aku sendiri. Aku lagi rela mati daripada hidup diduakan oleh lelaki. Kenapa aku tak perasan semua ni lepas dia nampak gambar Irene dua tahun lepas waktu datang ke rumah? Bodohnya aku!
Aku harap kau gembira Irene, sebab dah jadi perampas!
Dahi Irene berkerut. Junmyeon dah kenal dia lebih lama daripada dia kenal dengan lelaki itu. Waktu Inna hidup pun, Junmyeon masih fikir pasal dia? Entahlah, Irene tak tahu samaada dia nak terharu atau bingung.
Saat itu, pintu rumah terbuka. Seulgi masuk sambil membawa barang-barang dapur buat Wendy. Gadis itu awalnya tersenyum memandang Irene namun segera pudar setelah melihat betapa merahnya mata gadis itu sekarang.
"Irene? Kenapa ni?" Soal Seulgi, risau. Dia merampas kertas dari tangan Irene.
"Aku.. aku dah buat silap besar Seul.." Suara Irene pecah. Tarikh akhir pada diari tersebut adalah hari dimana Inna mati.
Inna bukan dibunuh oleh Junmyeon, sebaliknya dia bunuh diri. Semuanya salah Irene. Dia yang sebabkan Inna bunuh diri.
Seulgi tergamam. Matanya bergetar. Dia masih tak dapat memproses apa yang sedang berlaku.
"Irene.."
"Aku.. aku tuduh Junmyeon.. Aku hina Junmyeon! Aku marah dia sebab bunuh kakak aku! Kakak yang nak aku mati! Kau faham tak?! Manusia jenis apa aku ni Seulgi?!" Jerit Irene sambil memukul dirinya sendiri. Tangisannya semakin deras.
"Aku bela kakak yang bencikan aku lebih dari segalanya sedangkan Junmyeon selama ni tengah lindungi aku! Aku tak pernah sedar semua tu Seul.. Apa aku nak buat ni? Suami aku tengah merana Seul.. Suami akuuu.." Rintih Irene sehingga suaranya menghilang.
Pandangannya kabur disebabkan air mata yang berjunang keluar. Irene menggeleng-geleng laju.
"Irene.. Kawal diri kau.."
"Macam mana aku nak kawal diri?! Suami aku tengah terlantar sakit seorang diri selama setahun tapi aku tak pernah ada dengan dia! I'm a fucking ignorance, Kang Seulgi! Aku isteri yang derhaka!" Teriak Irene. Dia mula menarik-narik rambutnya sendiri seperti histeria.
Dengan pantas, Seulgi mengikat tangan Irene dengan pengikat langsir. Irene meronta-ronta minta dilepaskan. Nasib baiklah Seulgi pernah masuk pengakap. Senang je dia nak ikat orang.
"Kau tak tahu keadaan dia! Bukan salah kau, Rene! Dia sendiri tak pernah bagitahu kau! Sedar Rene!"
"Dia tak bagitahu sebab dia tahu yang aku akan tuduh dia menipu! Dia tahu aku tak akan percaya! Tapi dia teruskan je sebab dia nak aku gembira. Dia tahu aku gembira bila dia sakit. Aku patut kena hukum Seulgi. Aku yang patut masuk penjara Seul! Aku yang patut mati, Seul.."
Irene menjadi lemah. Dia terjatuh kerana tak dapat mengimbangi dirinya. Wajahnya merah. Irene hampir sesak nafas.
Seulgi menarik Irene ke dalam pelukannya. Gadis itu terhinjut-hinjut menangis tanpa henti.
"Aku nak Junmyeon.. Aku nak jumpa suami aku Seul.. Aku nak suami aku.."
Kata-kata terakhir Irene sebelum dia pengsan.
...
Wendy meraup wajahnya. Surat yang diterima Irene buatkan dia stress. Irene sekarang sedang berehat didalam bilik setelah diangkat oleh Chanyeol tadi. Mereka sendiri terkejut bila nampak tangan Irene yang terikat pada awalnya.
Ingatkan Seulgi nak buat benda tak elok. Rupanya, benda lain yang terjadi. Dasar otak kotor.
"Habistu macam mana ni? Boleh detect Junmyeon ada dekat mana?" Tanya Wendy kepada Chanyeol yang berada disebelahnya.
"Kita cuma ada alamat ni je. Tapi aku tak yakin Junmyeon ada dekat sini. Kita kena tunggu Irene bangun dulu lah nampaknya. Mungkin orang yang hantar ni ada bagitahu petunjuk lain ke." Jawabnya. Wendy mengangguk perlahan.
Dia tersenyum kecil memandang Chanyeol yang sedang fokus itu. Chanyeol sebenarnya dah dinaikkan pangkat. Sejak dari tu, dia nak jadi makin serius. Dan Chanyeol yang serius buatkan Wendy lebih terpikat.
Chanyeol menoleh kearah Wendy yang sedang merenungnya. Mata mereka beraut. Dia tak bercakap sebaliknya mendekatkan wajah kearah Wendy. Itu membuatkan Wendy memejamkan matanya.
Bersedia untuk dicium.
Tapi..
"Weih korang nak makan apa— Opps. Sorry." Seulgi berpatah balik ke dapur setelah terganggu Chanyeol yang hampir mencium Wendy itu.
Dengan polosnya dia menutup mata dan kembali menggoreng daging. Pipi Seulgi merah.
"Haish.. Kang Seulgi.." Rungut Chanyeol. Wendy pula ketawa. Dia terus mengucup pipi Chanyeol sekilas dan terus melarikan diri.
Chanyeol tergamam. Hubungan mereka nampaknya dah semakin membaik sejak kebelakangan ini. Wendy dah jadi lebih terbuka untuk menerima Chanyeol selepas melihat betapa gigihnya lelaki itu dalam cuba untuk menawan hatinya. Dia menggigit bibirnya, geram.
"Lain kali tak nak dekat pipi eh!"
...
Sooyoung tersenyum sambil menolong Sehun mencukur misai lelaki itu. Dia sedang duduk diatas kaunter sinki sementara Sehun merangkul pinggangnya.
Bawah mata Sehun lebam disebabkan lama tidak mendapat tidur yang secukupnya. Semua ni salah Junmyeon atau lebih tepat lagi salah Irene. Saham syarikat O2 Group semakin menurun dan membuatkan ianya hampir-hampir bankrup.
Sehun selama setahun ini bertungkus-lumus menyelesaikan masalah ini sendirian tanpa bantuan sesiapa. Dia yang menaikkan semula O2 Group.
Dan selama tempoh itu, Sooyoung yang berada disebelahnya, menyokong Sehun.
Sooyoung berhenti daripada mencukur dan merenung mata Sehun.
"Kenapa berhenti?"
"Irene unnie akan tahu tak lama lagi kan?" Soalnya, perlahan. Sehun menghela nafas panjang seraya mengangguk.
"Aish. Saya rasa bersalah pula. Kesian bayi besar saya ni.." Sooyoung mencubit pipi Sehun dan mencantumkan dahi mereka. Sehun tergelak.
"Dia tu bo— Dia tak tahu. Salah kami jugak tak jujur." Ujar Sehun. Sooyoung kembali menyambung kerjanya tadi.
"Walau apa pun terjadi. Jangan hukum dia ya?"
"Kenapa pula?"
"Macam awak cakap tadi, dia tak tahu. Dia yang paling banyak merana sebenarnya."
Sehun tak menjawab permintaan Sooyoung. Dah lama sejak Jiah datang menemui mereka untuk memaklumkan keadaan Junmyeon. Dan sudah tiba masanya untuk mereka dedahkan siapa pesalah yang sebenarnya.
Sehun tahu Sooyoung takut yang Irene akan dibenci oleh orang ramai memandangkan gadis itu yang menyebarkan video pembunuhan terbabit.
Tapi, itulah dunia kan?
to be continued
sengaja aku bagi part sedih untuk irene dan part gembira untuk wenyeol dan hunjoy XD
Agaknya apalah yang Junmyeon tengah buat sekarang ni ya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro