Part 34
Setahun berlalu.
Irene merenung kubur Inna dihadapannya ini. Setahun lepas, kes Junmyeon masih tak diselesaikan. Lelaki itu hilang tanpa ada khabar. Polis pun sudah tak tahu ingin mencari dimana.
Surat misteri yang dia terima itu sudah pun diperiksa oleh Chanyeol. Katanya bukan dari Sehun atau mana-mana pekerja dalam syarikat O2 group. Ianya daripada orang luar tapi mereka masih tak tahu siapa.
Rakyat Korea juga nampaknya sudah tidak peduli lagi dengan kes ini. Mungkin ada yang ingat, tapi kebanyakkannya sudah move on. Tapi Irene tetap tak tenang. Junmyeon masih belum dikenakan hukuman setimpal.
Satu keluhan berat dilepaskan. Irene meletakkan bunga lili diatas kubur Inna. Dia memejamkan matanya seketika. Cuba untuk bertenang. Saat itu, ada seseorang datang dan berdiri disebelahnya.
Gadis itu turut sama meletakkan bunga lili keatas kubur Inna. Irene membuka matanya dan memerhati gadis disebelahnya ini. Gadis itu memakai gaun berwarna ungu bersama hiasan topi diatas kepalanya, berkaca mata hitam dan membawa beg LV bersama. Orang kaya.
"Siapa—"
"Aku Jiah. Kawan Junmyeon." Pintas gadis itu. Amarah Irene tiba-tiba meningkat. Dia melarikan pandangan daripada merenung Jiah.
Irene tak pernah tahu pun Junmyeon ada kawan perempuan. Cantik pula tu. Jiah ketawa melihat reaksi Irene.
"Kau tak pernah terfikir ke untuk cari Junmyeon, Irene?" Soal Jiah. Irene berdecit.
"Maaf. Aku tak kenal kau. Kalau kau tak kisah, aku kena pergi dulu." Irene melangkah untuk pergi sebelum dihalang oleh Jiah. Gadis itu melempar bunga tadi ke kepala Irene.
Irene menjerit.
"Yah! Kau gila ke?!" Marah Irene. Jiah tersenyum nakal.
"Kalau aku gila, baru kau ada masa untuk berbual dengan aku?"
"Aku tak ada masa nak layan kau!"
"Ini tentang Junmyeon. Aku tahu dia ada dekat mana."
Irene mendengus kasar. Dia tak peduli pasal tu. Lagi-lagi disebabkan perkataan itu keluar dari mulut seorang perempuam yang Irene tak tahu ada hubungan apa dengan Junmyeon.
"Oh come on, Irene. Aku tahu kau lebih bijak dari ni. Selama setahun ni, kau tak pernah suruh sesiapa cari Junmyeon. Kenapa Rene?" Tanya Jiah. Irene menjelingnya tajam.
"Jangan panggil aku Rene! Kau tak kenal aku dan aku tak kenal siapa kau!"
"Tapi aku kenal kau. Aku kenal betul dengan orang macam tu ni, Irene. Orang yang menyedihkan." Sinis Jiah bersuara. Dia menapak mendekati Irene seraya bermain-main dengan rambut gadis itu.
"Kau takut kan? Kau takut kalau apa yang kau fikir tu betul. Kau takut kalau kau yang salah. Kau takut kau akan kalah."
Irene menepis tangan Jiah daripada menyentuhnya. Dia jijik dengan gadis ini. Entah siapa-siapa sahaja datang tiba-tiba nak mengugut dia macam ni.
"Jangan mengarut lagi boleh tak? Kau nak apa? Duit? Aku boleh bagi!"
Jiah ketawa. Bahu Irene ditepuk-tepuk.
"Kau tak ada pun duit Irene. Kalau ada pun, itu semua duit Junmyeon. Kau memang menyedihkan, Irene. Gadis miskin yang angkuh." Jiah menolak bahu Irene dengan kuat sehingga hampir menjatuhkan Irene.
Irene tergamam. Dia menahan dirinya daripada membalas tolakan Jiah. Pandangannya masih tajam.
"Jadi kenapa? Dia suami aku."
"Hahaha! Suami? Kalau dia suami kau, kau tak akan tinggalkan dia disebabkan perkara remeh."
"Remeh kau cakap?! Dia dah bunuh—"
"He did not! Pernah tak sekali je kau tanya dia samaada betul ke tidak dia yang buat?! Ada kau cuba bercakap tak dengan dia?! Tak ada! Kau ni memang pathetic ass bitch! Kau cuma tahu nak menyalahkan orang lain tanpa dengar penjelasan dia dulu!" Jiah menjerit.
Dia tak peduli lagi kalau ada orang yang mendengar. Irene mengerutkan dahinya. Apa yang tengah berlaku ni?
"Panggilah aku apa je yang kau nak. Kau tak pernah ada dalam situasi aku! Kau takkan pernah faham!"
"Dan kau pun tak pernah ada dalam situasi Junmyeon! Kau pun takkan pernah faham apa yang dia lalui!" Balas Jiah.
Irene menggulingkan bebola matanya. Dia tak tahu kenapa Jiah datang tiba-tiba untuk serang dia tapi yang dia pasti, gadis ini membuatkan dia menyampah. Gadis kaya yang berlagak macam dia tahu semuanya. Gadis kaya yang tipikal dalam mana-mana drama.
"Macam lah kau faham."
"Tak. Tapi aku ada usaha untuk tolong dia. Bukan macam kau."
"Bagitahu jelah apa tujuan kau datang sini. Aku tak ada masa nak bergaduh dengan kubur lah."
Jiah mengeluarkan sesuatu dari begnya lantas dihulurkan kepada Irene.
"Kau baca lah ni dan datang jumpa aku. Aku akan ceritakan semuanya. Dan bila kau dah sedia, pastikan lutut kau sempurna untuk berlutut dalam mahkamah."
Irene cuba untuk mengambil surat itu namun Jiah terus menjatuhkannya. Dengan penuh berlagaknya, Jiah pergi dari sana. Irene mengepal penumbuknya. Perempuan tu memang nak kena. Dia mengambil dan membaca apa isi kandungannya.
Namun, ada sesuatu yang buatkan Irene terkejut. Tulisannya sama dengan tulisan dalam surat ugutannya. Bahkan tandatangan kecil diakhir surat juga sama.
"Hei! Kau—"
Irene tak berjaya memanggil Jiah. Gadis itu sudah berada jauh darinya.
Surat tersebut berisi rekod kesihatan tentang seseorang. Terdapat helaian diari juga. Irene tak pernah begitu terkejut sehinggalah hari ini, saat dia membaca diari tersebut.
Yang mana ianya ditulis oleh kakaknya sendiri.
"In—Inna bunuh diri?"
Irene mengepal kertas tersebut dengan kuat. Kubur kakaknya dipandang. Apa semua ni?
to be continued
part ni pening sikit sebab macam tergantung banyak. saja nak bagi macam sinetron sikit. part seterusnya baru aku cerita.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro