
Part 3
" Cuba bukak mata kau. Sampai bila kau nak tolak dia? "
Irene memeluk kanak-kanak yang kehilangan keluarga akibat perbuatan ibu bapa mereka yang tidak bertanggungjawab.
Irene kesian. Anak-anak yang tidak bersalah ini terpaksa melihat ibu bapa mereka membunuh diri dihadapan mata mereka tanpa ada rasa bersalah walau sedikit pun. Bukan sedikit yang mempunyai trauma disebabkan kejadian tersebut. Disebabkan itulah dia rasa ingin melindungi kanak-kanak ini.
Ada juga yang dibuang keluarga kerana tidak mampu menjaga mereka. Ada yang memang sudah tidak berkeluarga sejak lahir. Mereka berkongsi nasib yang sama. Sama-sama hilang tempat berteduh.
"Cik Irene datang lagi," ujar Kyungsoo, ketua rumah kebajikan Seoul.
Irene melepaskan pelukan dan membiarkan kanak-kanak itu pergi bermain sesama mereka. Dia tersenyum manis kearah Kyungsoo.
Lelaki segak itu sentiasa dengan senyuman mekarnya. Manis dipandang. Orangnya pun boleh tahan. Tidak seperti yang dirumah. Menyakitkan mata sahaja.
"Ya. Saya rindu diorang," jawabnya.
Kyungsoo mengangguk perlahan.
"Yang lain pun gembira sangat dapat baju-baju baru," ujar Kyungsoo sambil memandang kearah sekumpulan gadis berusia dalam 16 tahun keatas.
Mereka sudah pun berada disekolah tinggi dan bakal keluar dari rumah kebajikan ini setelah berusia 19 tahun. Irene turut sama memandang ke sana. Dia gembira kalau mereka gembira.
"Kecuali Joy. Dia dah lari lagi," sambung Kyungsoo.
Kening Irene hampir bertaut.
"Aigoo budak tu. Ke manalah dia pergi lagi kali ni?" soal Irene. Kyungsoo mengjongket bahu.
Gadis itu sudah pun berusia 19 tahun dan bakal keluar tidak lama lagi. Cuma, yang menjadi masalahnya, gadis itu tak mahu pergi. Sudah menjadi peraturan untuk mereka keluar memandangkan rumah kebajikan tidak akan menanggung mereka yang normal dan mampu untuk bekerja.
"Kalau dia balik, bagitahu dia supaya telefon saya." arah Irene. Kyungsoo mengangguk faham.
Irene terus keluar dari sana untuk pulang lagi ke rumah. Tempat paling dia benci sekali.
...
Keletang! Keletung!
Sudu dan garfu saling bertembung dengan kasar. Junmyeon memandang Irene yang sedang menikmati makan malam dengan wajah yang masam. Seperti inilah mereka walau telah berbulan-bulannya berlalu. Langsung tiada perubahan.
"Pandang apa?" soal Irene tanpa melihat pun pada Junmyeon.
Lelaki itu menggeleng perlahan.
"Awak masam lagi. Saya buat salah apa lagi kali ni?" balas Junmyeon.
Suapan Irene terhenti. Dia meneguk air kosong terlebih dahulu sebelum kembali mengomeli Junmyeon.
"Salah kau? Kau bernafas pun salah kau tahu tak?" jawab Irene, penuh rasa benci.
Dia mengepal penumbuknya. Rambutnya dilibas. Rimaslah dengar suara Junmyeon ni. Kalau tak bercakap tak boleh ke?
"Panas lah duduk sini! Kalau sehari je tak buat aku marah tak boleh ke?!" bentak Irene.
"Saya tanya je kan, Rene?"
"Masalahnya aku tak suka!"
"Apa perlu saya buat untuk awak tak bermasam muka lagi macam tu?"
"Mati."
Junmyeon diam. Irene memang lantang bila bersuara. Sedar yang Junmyeon tak mampu lagi menjawab, dia bangun dan terus beredar masuk ke bilik.
Faham tak perasaan menyampah bila kau nampak orang yang kau tak suka depan mata kau? Dia tak bercakap pun kau rasa rimas. Dia duduk sebelah pun kau dah rasa panas punggung. Apatah lagi bila bercakap. Kau rasa macam nak lempang dia sampai lunyai.
Itulah apa yang Irene rasa sekarang.
Psiko ke? Entahlah. Irene rasa benda tu normal.
Hilang seleranya untuk makan. Kalau hari-hari macam ni, memang jadi skeleton lah dia. Nak makan pun tak senang. Padahal dia memang sudah kurus sejak dini lagi.
Junmyeon mengeluh berat. Dia memegang dahinya. Pening bagaimana mahu berhadapan dengan Irene.
Makanannya dihabiskan. Tidak boleh membazir. Walaupun dia kaya, dia masih sayang akan duitnya dan tak akan membazirkannya sesuka hati sahaja.
Junmyeon membersihkan pinggan mangkuk sendiri. Orang gajinya sudah pun pulang ke rumah pada waktu sebegini.
Waktu kerja mereka hanyalah pada jam tujuh pagi sehingga lima petang sahaja. Ini kerana Junmyeon menginginkan masa bersama Irene pada waktu malam. Tapi, macam tak ada gunanya pun.
Selesai sahaja membersihkan pinggan mangkuk, Junmyeon kembali ke bilik. Irene sudah pun berada diatas katil sedang tidur.
Junmyeon naik keatas katil dan berbaring disebelah gadis yang bergelar isterinya itu. Satu halangan diantara mereka telah pun diletak.
Junmyeon merenung siling.
Dia tertanya-tanya, bila Irene mahu membalas dendam terhadapnya? Apa yang gadis ini rancangkan?
Setiap hari Junmyeon resah menanti. Seolah-olah menunggu hari kematiannya tiba.
Junmyeon menutup lampu dan berbaring menghadap Irene yang membelakanginya. Sepanjang bersama, Irene tak pernah pun mengubah posisi tidurnya.
Seolah-olah, dia betul-betul jijik dengan Junmyeon.
'Saya suami awak. Cuba hormat sikit. Awak tahu tak, tak elok seorang isteri kurang ajar dengan suami?'
'Sejak bila aku rela jadi isteri kau? Kau sendiri kata ini perkahwinan kontrak. Rules number one, no sex after marriage! Number two, kau buat apa kau nak, aku buat apa aku nak! Number three, kita cerai lepas aku dah berjaya balas dendam. Tak jelas lagi? Nak aku sebut syarat lain ke?! Dari syarat pertama tu pun dah jadi alasan kukuh untuk aku layan kau macam ni. Kenapa aku kena layan kau macam seorang suami? Yang kau demand nak aku hormat kau kenapa?! Gila hormat? Layak ke kau? Pembunuh? Dihormati?'
Junmyeon mengeluh. Dia ada cuba menasihati Irene tapi begitu sahajalah yang Irene balas. Reda sajalah.
Junmyeon terima sahaja kerana dia layak mendapat layanan seperti itu. Apa yang dia sangkakan yang dia akan dapat? Irene tiba-tiba jatuh cinta dengan dia sedang dia sudah membunuh kakaknya?
Jangan harap.
Simpan sahajalah angan-angan itu.
"Selamat malam, Irene." ujar Junmyeon dan menutup matanya untuk tutup.
Irene membuka matanya. Dia merenung dalam kegelapan dengan wajah yang datar. Tak pernah rasa kesian muncul dalam hatinya walau sebaik mana pun Junmyeon melayannya.
Dia menekup wajahnya dengan bantal. Memberi petunjuk kalau dia benci mendengar ucapan selamat malam yang selalu Junmyeon katakan setiap hari.
to be continued
gais wendy ada lagu baru 😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro