Part 28
Irene tak bercakap dengan Junmyeon keesokkannya. Dia merajuk. Kesal dengan permainan Junmyeon. Baru pagi tadi, Junmyeon datang minta maaf.
Katanya dia nak buat kejutan BBQ, sebab itu dia suruh pihak resort tutup lampu bilik mereka. Junmyeon pura-pura tak tahu sahaja. Yang berkebaya merah semalam adalah pekerja hotel juga.
Dia datang nak membawa kek kepada Irene. Tapi lain pula jadinya.
Hari ini, Junmyeon membawa Irene berjalan ditepi pantai. Pantai di Bali adalah salah satu pantai tercantik didunia.
Irene cuba melupakan kehadiran Junmyeon dan fokus sahaja kepada pemandangan dihadapannya. Angin menderu menerpa wajahnya. Begitu ramai pelancong disini. Irene sampai tak boleh mengira berapa ramai orang inggeris yang sedang berjemur disini.
Lebih ramai daripada orang tempatan. Dia bingung. Dia ada di Indonesia atau Amerika sekarang.
"Rene, nak naik jet ski?" Tawar Junmyeon.
Irene menggeleng.
"Rene, nak minum air kelapa?"
Irene menggeleng lagi.
"Rene, nak makan satey?"
"For the last time, aku tak nak bercakap dengan kau Kim Junmyeon!" Bentak Irene, kasar. Dia menghentak kakinya diatas pasir dan berjalan meninggalkan Junmyeon.
Dengusan kasar kedengaran. Irene pergi berjalan ditepi gigi pantai. Ombak sedang meninggi sekarang tapi tidak berapa bahaya. Cuma Irene tak tahulah kalau ada jerung ke tidak disitu.
Kalau ada, dia nak lempar Junmyeon ke dalam sana. Irene melihat beberapa pelancong yang sedang membawa papan luncur ke dalam air. Mereka berbaring diatasnya sebaik sahaja berada didalam laut dan berenang ke tengahnya.
Irene nampak terpegun.
"Nak try?" Bisik Junmyeon yang datang entah dari mana. Irene tersentak dan hampir terjatuh ke dalam air.
Junmyeon dengan tangkasnya merangkul pinggang Irene. Mata mereka bertentang. Irene meneguk liur. Masa seolah-olah terhenti sekarang.
Junmyeon nampak lebih kacak selepas memakai bedak sejuk semalam. Katanya, pihak resort yang bagi sebagai hadiah.
Click!
Gambar Irene dan Junmyeon diambil oleh seorang fotografer tempatan. Lelaki itu tersenyum sambil memberikan thumbs up.
Irene terus menolak Junmyeon supaya melepaskannya. Mereka berdiri dengan kekok sekarang. Junmyeon berpura-pura batuk.
"Ehem. Kau nak cuba ke? Aku boleh minta diorang ajarkan. Sebenarnya, aku sendiri boleh ajar." Ujar Junmyeon. Irene memandang kearah laut sekilas.
Dia mengidam nak bermain papan luncur sekarang. Nampak menyeronokkan. Tapi dia ego.
"Okey." Jawabnya. Daripada dia tak dapat merasa langsung.
Junmyeon menyewa satu papan luncur berwarna biru dan membawanya kepada Irene. Dia menjelaskan sesuatu kepada Irene sebelum mereka masuk ke dalam air. Irene mendengarnya dengan khusyuk.
Tiba masanya. Irene sedikit berdebar kerana dia akan naik ke papan yang sama dengan Junmyeon dan bukannya bersendirian. Mereka sampai dikawasan yang agak dalam.
Junmyeon membantu Irene supaya tak terjatuh. Tali yang bersambung dengan papan luncur diikat pada kaki Junmyeon. Dia berada dihadapan Irene.
Junmyeon memusingkan tubuh papan luncur menghadap daratan. Dia berbaring diatas papan dan mengarahkan Irene untuk menindihnya.
Dia mula mendayung mengikut arah ombak dan berdiri. Membuatkan Irene turut sama bangun. Gadis itu memegang erat pinggang Junmyeon.
Papan luncur bergerak dengan laju mengikut ombak. Junmyeon menggerakkan kakinya ke kiri dan kanan mengawal papan luncur seperti seorang profesional.
Tak semena-mena, mereka terjatuh bila Irene mengeratkan lagi pelukan. Irene tenggelam dan panik.
Dia membuka matanya didalam laut. Dia tahu cara untuk berenang tapi dalam sekelip mata, dia lupa kerana terlalu cemas.
Tangannya ditarik oleh Junmyeon untuk naik. Irene menarik nafas dengan kuat dan terbatuk kuat.
"Rene! Kau okey?!" Soal Junmyeon, risau.
Salah dia sebab terkejut tadi. Dia tak dapat kawal diri kerana tangan Irene menyentuh badannya yang tidak berbaju itu.
Irene tak menggeleng. Matanya masih lagi pedih.
"Rene, aku minta maaf." Ujar Junmyeon, bersalah.
Irene meraup wajahnya seraya ketawa. Junmyeon mengerutkan dahi. Ketawa Irene semakin besar. Dia bergantung pada Junmyeon supaya tak pergi jauh dari sana.
"Seronok!" Ujar Irene, riang.
Junmyeon masih lagi blur.
"Nak main lagi!" Pinta Irene.
"Huh?"
"Aku nak naik lagi. Jomlah, Jun!" Ajak Irene. Ini kali pertama Irene mencuba sukan air. Dan dia akan memanfaatkan masa ini.
"Jun! Janganlah mengelamun! Cepatlah-"
"Jerung!!"
"MANA!!!"
Irene memeluk erat badan Junmyeon kerana takut, lagi. Kakinya bergerak seperti ingin terbang ke langit seperti Iron man tapi tangannya kekal pada leher Junmyeon. Seketika, tawa Junmyeon pula kedengaran.
"Jun?"
"Mana ada jerung, Rene! Hahahahaha.. Kau terkena lagi hahahaha.."
Junmyeon ketawa lebih besar daripada Irene tadi. Menyebabkan Irene marah. Dia melepaskan pelukan dan berenang pergi. Junmyeon masih tak berhenti ketawa.
Sedar yang dia dah buat Irene marah, Junmyeon terus naik keatas papan luncur dan naik ke darat. Membuka tali pada kakinya dan mengejar Irene.
"Sayang maaflah!" Ujar Junmyeon.
Irene mengawal riak wajahnya.
"Aku nak main-main je tadi. Kita naik jet ski lah pulak ya?" Rayunya. Junmyeon menunjuk pada jet ski yang berada ditepi pantai itu.
"Okey tapi dengan syarat. Jangan buat gurauan bodoh tu dan pakai baju kau!" Arah Irene. Junmyeon berdiri tegak seperti askar sekarang.
"Baik, tuan!" Ujarnya dan pergi mengambil bajunya.
Kemudian, Junmyeon membawa Irene meneroka pantai tersebut menggunakan jet ski. Irene tak memeluk Junmyeon kali ini. Cuma kadang-kadang dia terpaksa sebab Junmyeon sengaja melajukan jet ski tersebut secara mengejut.
Mereka menghabiskan masa seperti pasangan bercinta sepanjang hari ini. Irene ketawa lebih banyak pada hari ini dibanding dengan setahun yang lalu. Ya. Tak tipu.
Junmyeon memperlahankan kelajuan saat kepalanya berdenyut kuat. Irene tak perasan apa-apa yang pelik. Dia sangkakan Junmyeon nak membiarkan dia melihat pemandangan salah satu pulau disana.
Junmyeon menyentuh darah yang mengalir melalui hidung. Dengan pantas dia mengelapnya. Junmyeon membuka jaket keselamatannya dan terjun ke dalam air.
Dia membelakangi Irene sambil cuba menghentikan pendarahan tersebut. Irene masih sama. Tak perasan apa-apa yang pelik. Dia ingat Junmyeon nak tengok batu karang dengan lebih dekat.
Tak lama selepas itu, Junmyeon naik semula. Wajahnya sedikit pucat.
"Kita balik." Ujar Junmyeon.
Irene mengangguk setuju. Dah lama sangat mereka berada diatas air ini. Dalam perjalanan balik, Irene merehatkan kepalanya diatas bahu Junmyeon.
Namun, tiada pula senyuman terukir diwajah Junmyeon. Yang ada cuma kesakitan dari dalam kepalanya.
...
"Unnie! Yoojin ambil patung Sera!" Jerit salah seorang budak perempuan berambut coklat kepada Sooyoung.
Sooyoung mengambil bayi berusia dua bulan bernama Junho yang berada didalam buaian dan menjauhi Yoojin.
"Yoojin-ah, ambil patung lain ya sayang? Adik Junho nak tidur ni." Rayu Sooyoung.
"Sera! Jangan ambil mainan orang tanpa kebenaran! Bagi balik pada Yoojin nak minta maaf."
Kedua budak itu menangis. Sooyoung menggeleng kecil dan keluar dari rumah kebajikan itu. Mahu membiarkan Junho mendapat udara segar.
Sooyoung mencium pipi bayi itu sambil ketawa. Dia menganggapnya seperti anaknya sendiri. Sooyoung mendodoikan Junho dan menyanyikan lagu kepadanya.
Dari dalam kereta tak jauh dari sana, Sehun memerhati Sooyoung dalam diam. Sejak Sooyoung pergi, Sehun selalu memerhatinya seperti seorang psiko. Sehun tak berani menegur Sooyoung.
Dia tahu dia dah sakitkan hati Sooyoung. Dan dia bukan jenis yang senang minta maaf.
Bibirnya menguntum senyuman melihat bagaimana Sooyoung menggendong bayi bersamanya. Jelas gadis itu nampak berpengalaman.
Tingkap kereta Sehun diketuk oleh Kyungsoo. Lelaki itu nampak seperti mengalu-alukan kedatangan Sehun.
"Tuan Oh! Kenapa tak bagitahu nak datang?" Soal Kyungsoo sebaik sahaja Sehun menurunkan tingkap kereta.
"Takde. Singgah sekejap je." Balasnya. Kyungsoo tersengih lagi.
"Marilah masuk. Saya akan suruh Joy sediakan teh. Dia belum kenal dengan tuan lagi. Jo-"
"Tak! Takpe. Aku pergi dulu." Sehun terus memandu pergi kerana Kyungsoo ingin memanggil Sooyoung.
Dia memakai cermin matanya dan melintasi Sooyoung yang sedang memandang kearahnya. Tapi gadis itu tak perasan pun kerana dia menggunakan kereta lain. Bukan kereta yang selalu Sooyoung nampak.
Kyungsoo berjalan mendekati Sooyoung sambil menjinjing dua bakul epal ditangannya. Dia baru memetiknya ditaman.
"Siapa tu?" Tanya Sooyoung.
"Tuan Oh. Datang singgah sekejap." Jawabnya. Sooyoung tersentak.
"Bawalah Junho masuk. Panas ni. Buatkan budak-budak jus epal." Arah Kyungsoo. Sooyoung mengangguk faham.
Dia masih merenung kearah jalan. Wajahnya nampak gusar. Kenapa Sehun datang?
...
Wendy menutup laptop sebaik seorang lagi mangsa peragut siap membuat laporan polis. Dia telah menghantar maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan.
Lehernya diurut. Penat harini kerana tiba-tiba sahaja balai polis dipenuhi dengan manusia. Bunyi bising orang bergaduh masih lagi kedengaran.
Wendy rasa nak sahaja menjerit tapi dia tahan. Dia meneguk air mineral yang bakinya tinggal sedikit sahaja. Tak cukup untuk menghilangkan dahaganya. Dia merenung sekeliling.
Para detektif sedang cuba menenangkan mereka yang datang mengadu. Ada yang sedang bertumbuk, mencaci, dan menangis.
Hari biasa dan menjengkelkan.
Tempat duduk Chanyeol disebelahnya dipandang. Chanyeol masih belum masuk kerja lagi. Wajah Wendy muram lagi. Selalunya, Chanyeol akan menceriakan harinya bila dia penat sebegini.
Kelakar bukan? Kau tiba-tiba rindukan seseorang bila dia tak ada. Tapi kau rasa nak padam dia dari dunia bila dia ada. Ini ke yang orang panggil rindu?
Wendy bukan apa. Ada sebab dia tak terima Chanyeol. Dia takut kalau suatu hari Chanyeol dah tak cintakan dia, dan mereka membawa haluan masing-masing seperti orang asing.
Wendy takut untuk bercinta. Dia akui semua itu. Ini semua gara-gara ibu bapanya yang bercerai saat dia dilahirkan dahulu. Ibu kata ayah tinggalkan dia sebab dah cintakan perempuan lain.
Trauma. Wendy trauma disebabkan masalah keluarganya. Chanyeol mungkin tak tahu kerana Wendy tak pernah nak cerita.
Dan sekali lagi Wendy salah. Chanyeol tahu semuanya. Sebab itu, Chanyeol sentiasa berada dengannya. Menceriakan harinya supaya Wendy lupa dengan kisah silam itu.
Malangnya, Wendy lebih memilih untuk menutup matanya.
"Wen, bila Chanyeol keluar hospital?"
"Tak tahu." Jawab Wendy, mengemas barangnya untuk pulang.
Eddie duduk dihadapan meja Wendy lantas merasa suhu badan Wendy.
"Tak demam."
"Apa ni.."
"Selalunya kau tahu semuanya pada Chanyeol. Korang gaduh ke?" Soalnya. Wendy menggeleng lagi.
"Aku bukan mak dia! Yang semua orang tanya aku apahal?! Pergilah hospital sendiri kalau nak tahu!" Marahnya. Wendy terus melangkah pergi dengan perasaan sebal.
Seluruh balai polis terdiam sebentar mendengar jerkahan Wendy.
"Period kot."
to be continued
Double update 😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro