Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 27

aku tak sedar yang ramai berminat dgn cerita ni. 😂

Malam menjelma. Irene menyarung baju tidurnya sambil memerhati keadaan diluar hotel. Deruan angin pantai menyatu dengan nafasnya. Malam yang sepi.

Junmyeon sedari tadi dibiliknya. Bilik yang besar ini dipisahkan kepada dua bilik tidur kecil. Mereka tak tidur sekatil.

Itu yang membuatkan Irene terkejut pada awalnya. Ingatkan Junmyeon akan biar mereka tidur sekatil. Irene mengikat tocang rambutnya dan keluar mencari lelaki itu.

Katanya, dia tak dibenarkan untuk keluar. Hah. Dia tak peduli. Mungkin itu cuma rancangan Junmyeon nak sekat dia dan buat macam-macam.

Bersangka buruk lagi.

Sebaik sahaja Irene keluar, langkahnya terhenti. Keadaan terlalu gelap. Lampu ruang tamu kecil itu dipadam oleh seseorang. Mungkin Junmyeon lagi.

"Ju-Jun.." Panggil Irene.

Dia berjalan perlahan-lahan untuk mencari dimana Junmyeon berada. Irene menyentuh dinding seraya mencari suis lampu.

Takkan lah Junmyeon keluar tak bagitahu dia.

krek!

Sesuatu dari dalam bilik berbunyi. Irene tersentak. Jangan cakap itu hantu. Irene melajukan langkah mencari pintu keluar. Dia ketakutan sekarang.

Kalau di Korea, tak adalah dia nak takut sangat. Tapi ini di Indonesia. Dengarnya, dekat sini hantu lebih menakutkan. Contohnya, pocong.

Junmyeon kata pocong suka perempuan muda. Huaaa.. Tak nak!!

Langkah asing kedengaran dibelakang Irene.

Jantung Irene berdegup dengan semakin kencang. Seseorang menyentuh bahunya. Seluruh tubuh Irene kaku. Dia mengepal tangannya kerana terlalu takut. Badannya dipusingkan perlahan-lahan.

Dalam kiraan tiga, Irene membuka mata dan

"ARGHHHHH!!!"

Irene melempang hantu yang dia lihat ini sekarang. Dia mencapai pasu bunga yang berada disebelahnya dan ingin memukul hantu tersebut namun terhalang.

Dia kenal suara hantu itu.

"Junmyeon?"

Irene menurunkan pasu kecil dari tangannya.

"Iyalah!"

Balas Junmyeon, kasar. Irene ternganga. Yang Junmyeon pakai bedak sejuk macam hantu ni dah kenapa?

"Kau buat apa ni? Ingat lawak ke?" Marah Irene. Junmyeon mencebik. Mana ada dia nak buat lawak.

Dia keluar dari bilik sebab dia lapar. Dia sendiri pun pelik kenapa lampu dekat ruang tamu boleh tertutup. Dia ingatkan Irene yang buat.

"Mana ada buat apa? Kau pun buat apa gelap-gelap macam ni? Nak skodeng aku ya?" Junmyeon tersenyum sinis.

Irene membeliakkan matanya. Terus dia menggeleng laju.

"Gila ke?! Daripada aku skodeng kau, baik aku skodeng orang inggeris sebelah bilik kita. Aku nak keluar dulu lah." Bentak Irene dengan pipi yang agak merah.

"Yelah tu. Eh, tapi jangan keluar. Pengurus hotel dah cakap kan jangan keluar. Kita kena hormat adat diorang." Ujar Junmyeon pula. Dia menggaru-garu mukanya yang dipenuhi bedak sejuk itu.

"Tak peduli-"

"Malam ni malam hantu. Nak keluar pergi lah. Jumpa hantu genderowo lepastu dia culik dan kahwinkan kau dengan dia sendiri."

Irene menumbuk lengan Junmyeon dengan kuat.

"Mulut tu kan! Jaga sikit! Ini tempat orang!" Marah gadis itu.

"Tahu pun."

Duk!

Irene menggenggam lengan Junmyeon sebaik terdengar bunyi aneh diluar bilik mereka. Pegangan itu menjadi semakin kuat sebaik mereka terdengar bunyi esakan merdu.

Sudahlah bergelap sekarang. Ditambah bunyi hentakan dan tasikan. Mana tak seram?

"Bu-bunyi apa tu?" Soal Irene.

"Tak tahu. Kau periksa." Perintah Junmyeon.

"Mwo?! Kau lelaki! Kau yang periksa!"

Irene dan Junmyeon bertentang mata. Masing-masing tak mahu mengalah.

"Hantu kalau nampak kau, dia pun takut."

"Eleh dah bunuh orang pun masih takut dengan hantu?" Sindir Irene pula. Junmyeon tersentak. Dia mengeluh perlahan.

"Fine. Tapi kau jaga belakang aku tau?"

Irene mengangguk. Junmyeon berjalan terlebih dahulu sementara Irene memeluk pinggang lelaki itu dari belakang. Junmyeon cuba melepaskan pelukan itu tapi Irene tak mahu.

Mereka membuka pintu bilik dengan perlahan-lahan. Junmyeon mengintai keadaan diluar sana. Gelap dan sunyi.

"Tak ada apa pun?"

Soalnya, keluar dengan tenang dan memerhati sekeliling. Irene turut sama memerhati.

Matanya terpaku kepada seseorang yang sedang memakai kebaya merah didalam kegelapan. Badannya terundur ke belakang.

"Ju-Junmyeon.." Panggil Irene.

Junmyeon tak menoleh. Kebaya merah itu semakin dekat dengannya. Irene menepuk bahu Junmyeon sekali lagi dengan kuat. Irene menarik bahu Junmyeon dan tak semena-mena, jeritannya bergema.

"OMMAAA!!!"

Irene jatuh pengsan setelah melihat wajah Junmyeon buat kali kedua. Kali ini, wajah putihnya kelihatan lebih jelas disebabkan cahaya bulan.

"Irene!"

"Loh? Kok pengsan?"

to be continued


chapter ni simple2 je dulu sebab chapter akan datang mungkin akan jadi berat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro