Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 23

Irene menatap sendu Junmyeon yang berada dihadapannya. Dia masih terkejut dengan permintaan lelaki itu. Lelaki ini, gila?

"Macam mana kau boleh cakap macam tu lepas apa yang kau dah buat pada kakak aku?" soal Irene.

Ditatapnya Junmyeon dengan pandangan jijik. Junmyeon memang berani. Berani mati.

"Aku tahu aku kedengaran macam gila. Tapi aku gilakan kau, Irene." jawab Junmyeon, yakin. Yakinnya kamu.

"Ada satu pepatah mengatakan, pergi mati." balas Irene pula.

"Then kill me, slowly.."

"Jangan risau. Aku dah ada plan yang sempurna untuk kau."

"Irene, aku serius."

Irene memekakkan telinganya. Junmyeon mengejarnya dan menarik tangan gadis itu agar merapat dengannya. Pinggang Irene dirangkul agar mendekat dengan tubuhnya.

"Kim Junmyeon kau gila ke ini kubur lah!"

Irene memberontak. Macam mana Junmyeon boleh berperilaku sebegini dihadapan ribuan kubur macam tak ada apa? Tak tahu malukah dia? Kalau nenek moyang dia nampak macam mana?

"Love me.."

"Tak akan!"

"Aku tahu kau pun nak aku."

"Dalam mimpi kau! Sekarang lepaskan aku!"

Irene memukul dada Junmyeon berkali-kali. Tangannya digenggam kuat oleh Junmyeon. Dia ingin mengaduh kesakitan tapi ditahan. Dia tak boleh lemah.

Tak semena-mena, Junmyeon mendaratkan bibirnya pada bibir Irene. Dia menekan bibir isterinya itu supaya membalas kucupannya.

Mata Irene terbuntang luas. Dia cuba menolak Junmyeon.

"Cium aku balik!" Arah Junmyeon.

"Jangan paksa aku! Tolong jaga sikap kau dekat sini! Ini bukannya tempat main-main!" Marah Irene.

Bibirnya dicium sekali lagi. Junmyeon sengaja menggigit bahagian bawah bibir Irene sehingga terluka. Irene menolak suaminya itu seraya menamparnya.

"Crazy bastard! Kau buat aku makin benci dengan kau!" Teriak Irene. Dia sudah tak peduli kalau ada yang melihat mereka.

"Berani kau lupakan kakak aku dan jadikan aku sebagai alasan? Berani kau? Lelaki paling tak guna dalam dunia ni!"

Pegangan Junmyeon pada Irene terlepas.

Inna. Wajah Inna kembali ke mindanya.

Irene menghalakan jari telunjuknya pada Junmyeon.

"Jangan pernah kau berhenti cintakan kakak aku dengan alasan bodoh kau ni! Kau dah tinggalkan kakak aku didunia, jangan ingat kau boleh lepaskan dia yang ada dekat sana! Ingat dalam otak kau Junmyeon! Semai biji benih ni! Kau tak akan pernah bermaharajalela dalam hati aku! Kau tak akan pernah dapat isi hati aku! Kau ingat tu!" Jerit Irene, murka.

Dia melangkah pergi akhirnya. Hatinya panas membara. Satu, kerana perbuatan Sehun. Dua, kerana tingkah gila Junmyeon.

Kenapa dua lelaki keparat ni selalu buat dia naik angin? Tak boleh ke biarkan satu sahaja? Mana larat dia nak hadap keduanya.

Junmyeon kaku disana. Apa yang Irene katakan itu bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Daripada aku tanam benih bebelan kau, baik aku tanam benih aku dalam badan kau Irene."

...

Sooyoung keluar dari bilik sebaik sahaja Sehun pulang. Dia bertembung dengan lelaki itu sewaktu ingin pergi.

Pakaian Sooyoung ditenung dari atas ke bawah. Ianya adalah pakaian yang sama sewaktu Sehun membawa Sooyoung pulang ke rumah. Yang bezanya, pakaian terkoyak itu sudah pun dijahit.

Nampaknya, Sooyoung tak membuang bajunya ini. Sehun berdecit perlahan. Dia melewati Sooyoung tanpa mempedulikan gadis itu.

"Saya akan keluar," ujar Sooyoung.

Sehun menoleh.

"Saya akan keluar dari rumah ni sekarang."

Sooyoung memusingkan tubuhnya merenung Sehun. Kedua mata itu kini bertembung. Tapi Sooyoung kembali menundukkan pandangan.

"Terima kasih sebab bagi tumpang. Tolong halalkan makan minum saya. Baju-baju yang awak bagi saya pakai. Kalau awak tak sudi, saya akan bayar tapi bukan sekaligus." jelas gadis itu lagi.

Sehun tak membalas apa-apa. Dia merenung sahaja wajah sempurna gadis dihadapannya ini. Sooyoung nampak seperti tiada perasaan sekarang. Heartless.

"Sehun.."

"Jangan sebut nama aku. Aku bukan kawan kau."

Sooyoung mengetap bibirnya. Dia menelan ludahnya yang terasa berat itu.

"Tuan Sehun. Saya minta maaf sebab dah menipu tuan selama ni. Jujur, tujuan saya buat semua tu bukan untuk perangkap tuan. Saya.. Saya sendiri tak sangka akan terserempak dengan tuan.. Bahkan saya sendiri tak tahu siapa tuan pada awalnya.." sambungnya lagi.

Kening Sehun terjongket. Tapi wajahnya masih datar.

"Ya saya tipu yang saya nak dijual oleh orang-orang yang kejar saya haritu. Mereka bukan bapak ayam tapi pekerja di rumah kebajikan seoul. Saya tak boleh jelaskan lebih lanjut. Yang pasti, saya tak nak tuan salah faham dengan saya.. Saya bukan perempuan jalang yang tuan sangkakan. Jauh sekali."

Hening sahaja. Tiada balasan lagi daripada Sehun. Sooyoung bertindak membongkok 90° dihadapan Sehun.

"Terima kasih atas segalanya. Saya pergi dulu sekarang."

Belum sempat Sooyoung pergi, suara Sehun menghentikannya. Jantung Sooyoung berdegup kencang. Kata-kata Sehun buatkan Sooyoung terluka.

"Tunggu. Why so sudden? Macam mana aku nak pastikan yang kau tak ambil apa-apa dalam rumah ni?"

Sehun menuduhnya mencuri sekarang. Dia buat macam apa yang Myranda katakan. Sakitnya hati.

"Saya tak curi apa-apa.."

"Buktikan.."

Sooyoung terdiam. Macam mana dia nak buktikan kalau dia tak ambil apa-apa? Sedangkan seluruh badannya kosong sahaja. Dia tak membawa apa-apa beg langsung.

Atau Sehun ingat dia dah sorok beg itu diluar rumah, macam tu?

"Tch.. Kau tak boleh jawab soalan aku. As expected, a liar." Sehun menghinanya. Sooyoung mengepal penumbuknya.

"Saya tak ambil apa-apa. Silakan periksa kalau tuan nak tahu sangat."

Poket seluarnya ditarik, menunjukkan isinya kosong. Tangannya didepa. Mengizinkan Sehun untuk memeriksanya sekiranya lelaki itu mahu. Berani kerana benar!

Sehun bergerak mendekati Sooyoung dan mendekatkan wajahnya.

"Kau dah curi.. hati aku.."

Ridiculous.

Sekali lagi, jantung Sooyoung bagaikan mahu terhenti.

Mata tu. Renungan mata milik Oh Sehun, buatkan dia terbuai.

to be continued


helo ai lupa nak upload semalam sbb leka baca ff draco hahahaha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro