Part 20
Seminggu lebih selepas menangguhkan perjumpaan dengan Chanyeol dan Wendy, Irene akhirnya datang juga. Dia telah pun menghantar Aeri pulang tadi.
Sebaik sahaja selesai, dia bergegas bertemu Chanyeol dan Wendy disebuah kafe tersorok. Kedua pasangan itu telah berada disana nampaknya.
Irene masuk dan duduk dihadapan mereka.
"Ada apa nak jumpa aku?" soal Irene.
Wendy mengeluarkan satu sampul dan menyerahkannya kepada Irene.
"Kami dah jumpa bukti tu. Bukti yang menunjukkan bagaimana Bae Inna dibunuh oleh Kim Junmyeon.."
Irene tersentak. Sampul dihadapannya itu dipandang, lama. Dia tak sangka masa ini akan tiba juga.
"Dapat dari mana?"
"Kamera belon udara panas. Waktu kejadian berlaku, ada satu belon udara yang diterbangkan oleh pemilik kumpulan idola sebagai tanda promosi. Mereka pasang kamera sebagai bukti promosi. Kami dapat rakaman lepas Wendy ternampak belon ni dilaman sosial twitter." jelas Chanyeol.
Pada malam kejadian, tak ada orang sedar ada kamera yang merakam kejadian dari atas langit. Nampaknya, Sehun dah terlepas satu bukti.
Irene mengeluarkan SD card yang berada didalam sampul besar itu. Dia memasukkannya ke dalam telefon. Rakaman pada hari kejadian ditonton.
Inna naik ke bumbung sambil dikejar oleh Junmyeon. Mereka nampak seperti sedang bertengkar. Junmyeon nampak seperti marah besar.
Dia memegang Inna dan mereka bergelut. Tiba-tiba, Junmyeon melepaskan pegangan dan menyebabkan Inna terjatuh. Irene menekup mulutnya, terkedu.
Matanya berair. Betul sangkaan dia selama ini. Memang Junmyeon yang bunuh kakak dia.
Wendy menurunkan topinya untuk melindungi wajahnya. Dia sendiri tergamam saat melihat video itu dengan Chanyeol. Dia tak sangka, orang sebaik Junmyeon yang dia lihat di TV, merupakan seorang pembunuh.
Mereka bertiga diam. Sementara Irene sudah pun menitiskan air mata.
Apa yang lagi kejam, dia nampak Junmyeon yang berlalu pergi tanpa menangis atau meminta bantuan pun. Kejamnya.
Kenapa Junmyeon tak cari bantuan? Kenapa biarkan Inna mati sedangkan dia mungkin boleh diselamatkan? Irene mengepal penumbuknya.
"Aku akan transfer duit tu lepas ni. Terima kasih atas bantuan korang berdua." ujar Irene dan terus berdiri.
Chanyeol dan Wendy menunduk hormat. Mereka terdiam.
Tak lama selepas itu, Chanyeol menerima mesej daripada bank. Wang dalam sejumlah besar telah diserahkan kepadanya.
"Kita buat benda baik kan Yeol?" tanya Wendy, ragu-ragu.
Chanyeol memeluk bahu Wendy dan mengusapnya sambil mengangguk.
"Hm. Kita dah bantu Irene. Dia teraniaya. Kita buat benda baik."
Wendy memeluk Chanyeol. Dia rasa tak sedap hati.
...
Irene singgah dirumah lamanya. Dia sedang menangis disana tanpa ada pengetahuan sesiapa pun. Barang-barang milik Inna masih ada disana.
Rumah ini masih belum dijual sebenarnya. Irene tak mahu jual kerana ini sahaja peninggalan milik kakaknya yang dia ada.
Dia duduk dipenjuru bilik sambil menangis. Gambar kakaknya dipeluk.
"Unnie!!" teriak Irene.
Mata Irene panas sekarang. Tengkuknya sakit.
"Unnie.. kenapa Irene perlu rasa macam ni?" soalnya, sayu.
Sakit. Semuanya ada. Gambar kakaknya digosok.
"Kenapa Irene perlu rasa serba-salah sekarang? Kenapa Irene rasa takut untuk serahkan semua ni pada polis? Kenapa unnie?!"
Irene menjerit. Barang-barang didalam rumah itu dilempar olehnya.
Irene jatuh melutut. Lantai dipukul olehnya beberapa kali.
"Irene malu unnie. Irene tak patut buat macam ni pada unnie. Tak mungkin Irene dah sayangkan dia.. Tak mungkin.. unnie.."
Irene meraung sambil memukul dadanya.
Tak. Irene kau tak boleh jatuh tersungkur pada lelaki tu sekarang!
Mana perginya Bae Irene yang tegas?
Mana perginya Bae Irene yang perengus?
Mana perginya Bae Irene yang tiada belas kasihan?
Mana perginya Bae Irene yang tak pernah peduli dengan perasaan orang?
"Itu.. bukan.. aku.."
Irene seolah-olah menjawab pertanyaan iblis-iblis kecil yang berterbangan disekitar kepalanya. Dia menggeleng laju.
"Aku.. tak.. jahat.." sambunglah lagi.
Air matanya diseka. Irene memecahkan frame gambar milik kakaknya. Gambar kakaknya itu digenggam sehingga sedikit berkedut.
"Tapi.."
Irene berdiri semula sambil berpaut pada almari kecil disebelahnya. Rambutnya diraup ke belakang. Dirinya ditatap didalam cermin. Matanya penuh kebencian.
"Aku bukan.. seseorang yang.. akan diamkan kebenaran.."
Dia melangkah mendekati cermin dan mengusap wajahnya disebalik pantulan tersebut.
No matter how hard it is, prioritize your family first, Irene.
Love can be replace. Lover can be find anywhere.
But family, stay. Forever.
"There is no mercy for you anymore, Kim Junmyeon. No more, left.."
"I swear to god. I will hunt you till the day you die... in my hand.."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro