
Part 18
Irene dan Aeri menghabiskan masa mereka bersama hari ini. Mereka mandi-manda dikolam renang diluar rumah seperti kanak-kanak ribena.
Eomonim, orang gaji Irene cuma tersenyum melihat keakraban keduanya. Dia sibuk menyediakan makanan buat mereka berdua. Takut lapar lepas main air.
Irene sudah pun lengkap dengan memakai baju renangnya. Kolam renang yang boleh dikatakan hampir sama seperti kolam renang berbayar itu membuatkan Aeri tak betah bermain.
Ada gelongsor besarnya sendiri seperti ditaman air. Ada pelampung berbentuk unikorn dan juga alat penembak air disetiap sisi kolam.
Mewah. Itu sahaja yang boleh digambarkan.
Aeri mengacukan pistol penembak air kepada Irene dan menyerangnya. Irene menjerit dan mengacak air kearah Aeri. Mereka berenang bersama-sama dan bertanding. Siapa menang, boleh jadi bos untuk sehari.
Irene biarkan sahaja Aeri yang mendahului. Lagipun, Aeri masih kecil. Dia mengalah sajalah.
Sedang mereka bermain, Junmyeon yang baru selesai dari jogging pulang. Dia mendekati dapur dan mencari-cari Irene.
"Irene tidur lagi ke?" tanya Junmyeon.
"Takdelah. Dah bangun awal tadi. Tengah main air dengan Aeri kat luar sana," jawab eomonim.
Sambil mengelap peluhnya, Junmyeon pergi mendekati halaman rumah. Kelihatan jelas keduanya yang sedang bermain gelongsor dan bersuka-ria itu.
Junmyeon menyandar pada pintu kaca sambil memerhati keduanya. Dia ketawa sendiri melihat Irene dibuli oleh Aeri. Anak Jongdae memang berani seperti bapanya.
"Ahjussi! Jom lah mandi!" ajak Aeri setelah ternampak Junmyeon yang sedang memerhati mereka.
Irene menoleh kearah Junmyeon. Dia tidak senyum pun kepada lelaki itu dan kembali bermain dengan pelampung disebelahnya.
"Gwenchana. Oppa mandi dekat atas je," Jawabnya.
"Alaaa! Tak bestlah ahjussi ni.." rungut Aeri.
Junmyeon mula rasa bersalah. Dia membuka bajunya yang dipenuhi peluh dan mendekati kolam renang. Aeri teruja.
"Tapi sekejap je tau?"
"Okey, ahjussi!"
Junmyeon masuk ke dalam air dengan berhati-hati. Aeri mendekatinya dan bergantung pada lehernya. Dia naik keatas badan Junmyeon dan duduk diatas bahu lelaki itu.
Rambut Junmyeon ditarik seperti stereng.
"Chuu! Chuu! Kereta api bergerak!" jerit Aeri.
Junmyeon mengambil papan luncur disebelahnya dan bergerak ke tengah kolam. Aeri menjerit keriangan. Dekat rumah, mana boleh dia buat macam ni dengan appanya. Kolam renang pun tak ada.
"Aeri-ah, hati-hati." nasihat Irene.
Risau pula Aeri terjatuh nanti. Walapun si kecil tu pandai berenang, dia tetap perlu berwaspada.
Aeri turun untuk pergi bermain gelongsor lagi. Dia terjun secara mengejut sehingga membuatkan Irene berenang kearah mereka dengan pantas.
Saat gadis itu naik semula, dia terkejut melihat betapa dekatnya kedudukannya dengan Junmyeon sekarang.
Sudahlah Junmyeon tak memakai baju.
Tiba-tiba, air daripada baldi besar yang menampung air diatas kepala mereka tumpah keatas mereka. Junmyeon memeluk Irene melindungi kepala gadis itu.
Tanpa sedar, Irene turut sama menyentuh badan Junmyeon.
Mereka berdua kaku. Selama setahun lebih, mereka tak pernah bersentuhan. Bersentuhan secara intim lagilah.
Keduanya memandang satu sama lain. Sesak rasanya bila berdekatan seperti ini.
"Aeri, kejap lagi sambung lah main. Makanan dah siap ni. Meh nenek lapkan badan," suara eomonim mengejutkan Junmyeon dan Irene.
Mereka berdua lekas menjauhkan diri. Irene berenang ke tepi dan segera naik mendekati eomonim. Tadi dia lapar, sekarang tak pula bila dah jadi macam tu.
Junmyeon mengambil tuala dan membalut badannya. Satu lagi tuala diambil dan ditutup badan Irene agar gadis itu tidak kesejukan.
Irene buat bodoh sahaja. Dia sibuk menyuap Aeri.
"Irene unnie, Aeri nak main patung barbie boleh?"
"Hm. Unnie tak ada pulak dekat rumah ni."
"Kita pergi beli nanti," celah Junmyeon.
"Yeayyy!"
"Kamu berdua ni manjakan dia, mak ayah dia tahu tak?" tanya eomonim.
Irene dan Junmyeon menggeleng. Eomonim mengeluh. Dia sibuk memotong buah untuk Aeri.
"Nanti dibuatnya budak ni tak mahu balik, kamu yang kena tanggung tau? Budak-budak ni suka kalau apa yang diorang minta, diorang dapat."
"Jangan risau eomonim. Irene boleh uruskan,"
Eomonim mengangguk sahaja. Dia takut nanti ada drama air mata sahaja.
Irene menunduk. Dia diam sahaja.
Manakala, Junmyeon sudah pun serba-salah. Irene kehilangan kakak dalam usia muda, wajar kalau dia bersikap begitu dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya. Irene hilang tempat bergantung kasih.
Junmyeon makan dengan senyap. Dadanya terasa sesak.
Dia terbatuk-batuk dengan tiba-tiba. Tanpa memaklumkannya apa-apa kepada Irene mahupun eomonim, dia bergegas masuk ke dalam rumah.
Menuju ke bilik untuk mencari ubatnya. Junmyeon mengurung dirinya didalam sana. Darah keluar lagi dari hidungnya.
"Tolonglah.. bagi aku sikit je lagi masa.. benarkan Irene balas dendam pada aku dulu.."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro