Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 17

Sebaik sahaja keluar, Irene memukul lengan Joy dengan begitu kuat sehingga meninggalkan bekas. Gadis itu menjerit kesakitan.

"Unnie!" bentak Sooyoung ataupun Joy itu.

Fahamlah Sehun kalau mereka berdua ini kenal antara satu sama lain. Dia tertanya-tanya akan hubungan mereka.

"Kenapa tinggalkan rumah hah?! Kamu tahu tak adik-adik kamu?!" Marahnya.

Sooyoung menunduk. Tangan Irene dipegang.

"Unnie, Joy boleh jelaskan." jelasnya.

"Kejap. Apa hubungan korang sebenarnya?"

"Kau jumpa dia dekat mana?!" soal Irene kepada Sehun.

"Puan Irene, Tuan Sehun. Majlis dah nak bermula tu. Kamu berdua perlu masuk." ujar pembantu yang berada disana.

Irene masih tak melepaskan pandangannya pada Sooyoung. Dia terus masuk ke dalam dewan semula. Manakala Sooyoung, dia rasa takut sekarang. Dijeling Sehun yang turut sama memandangnya.

"You owe me an explanation,"

...

Selesai sahaja majlis, Sehun dan Sooyoung pula terlebih dahulu. Keduanya diam tak bercakap. Manakala Irene, dia sibuk dengan Aeri.

Lupa sebentar dia tentang Sooyoung. Gadis itu memimpin Aeri yang nampaknya tidak sabar untuk pulang ke rumah. Junmyeon yang berada disebelah Irene ditarik supaya berada disebelah Aeri.

Aeri memegang sebelah tangan Irene dan Junmyeon. Ianya nampak seperti mereka sedang berjalan bersama anak sendiri.

"Aeri ada nak pergi jalan-jalan tak dengan oppa?" tanya Junmyeon. Aeri menggeleng tidak mahu.

"Tak nak dengan ahjussi. Nak pergi dengan Irene unnie," jawabnya. Sayang sangat agaknya.

Irene ketawa terkekeh-kekeh. Junmyeon ditolak mentah-mentah oleh budak. Junmyeon memuncungkan bibirnya. Dia nak buat baik je.

Pulang sahaja ke rumah, Aeri menarik Irene ke dapur. Dia lapar sekarang. Aeri meminta Irene untuk memasak buatnya sekarang.

"Sayang. Unnie tak berapa pandai lah nak masak." ujarnya. Ingat lagi waktu Irene nak memasak ramen dulu. Habis hangus sebab dia lupa nak tutup api.

Dia tahu memasak tapi tak berapa yakin sahaja.

"Takpe. Biar oppa yang masak," tawar Junmyeon. Aeri menongkat dagunya sambil melihat Junmyeon yang sedang memakai apron dengan baju kemeja putihnya.

"Ahjussi pandai masak?"

Pergerakan Junmyeon terhenti. Sekali lagi dia dipanggil pakcik oleh anak Jongdae. Kenapa Irene, Aeri boleh panggil kakak tapi tak boleh panggil dia abang?

Irene memberikan thumbs-up kepada Aeri. Dia mentertawakan Junmyeon lagi.

"Mestilah pandai. Tengok tangan ni!" Tunjuk Junmyeon kepada Aeri.

Aeri berikan pandangan tidak yakin. Irene pergi dan duduk disebelah anak kecil itu. Mereka memerhati Junmyeon memasak.

Tangan Junmyeon pantas memotong sayur-sayuran buat Aeri. Dia pandai bermain dengan pisau. Itu membuatkan Irene dan Aeri sama-sama kagum.

Saat dia memutarkan big pan untuk memastikan daging yang dimasaknya terkena minyak sepenuhnya, dia kelihatan seperti master chef sebenar.

Junmyeon mengambil epal merah dan mula mengukir sesuatu diatasnya. Dia mengukir nama Aeri disertakan dengan arnab kecil padanya. Aeri ternganga.

Nampaknya, ahjussi ni tak menipu.

"Irene unnie. Mana unnie upah ahjussi ni?" soal Aeri, tak tahu yang Junmyeon adalah suami kepada Irene.

Junmyeon tertusuk pisau ke dalam epal dan membuatkan epal tersebut rosak. Dia terkejut saat mendengar pertanyaan Aeri. Apa ingat dia pembantu rumah ke?

"Yah! Oppa suami Irene unnie kamu lah!" bentaknya.

"Irene unnie! Tengok dia berlagak jadi suami Irene unnie! Tak malunyaaa.." ujar Aeri.

Junmyeon dan Aeri menjeling satu sama lain seperti musuh sekarang. Irene yang memerhati terhibur sendiri. Dia ketawa melihat reaksi Junmyeon.

Junmyeon menoleh memandang Irene. Dia terpegun melihat betapa cantiknya Irene saat ketawa. Tanpa sedar, dia pun tersenyum.

"Apa ni? Korang memang pelik lah," kutuk Aeri dan turun daripada kerusi. Dia menuju ke tangga untuk naik ke bilik Irene.

"Yahh! Nak pergi mana tu?" soal Junmyeon.

"Mandi!" jawabnya.

Junmyeon menggeleng perlahan. Anak Jongdae yang satu ni memang pelik. Dia ingat dia tuan rumah agaknya. Irene pergi mengekori Aeri dan mula memimpinnya naik.

Dari belakang, Irene dan Aeri nampak seperti seorang ibu dan anak. Itu membuatkan Junmyeon sedikit terkesan.

Kalau diikutkan, mereka sepatutnya dah anak seorang anak yang berusia hampir enam bulan sekarang. Bayi kecil comel yang akan membesar didalam rumah ini.

Junmyeon memotong buah strawberi kegemaran Irene sambil terbayang akan rupa anak mereka.

"Kenapa perlu jadi macam ni?" Gumamnya sendiri.

Junmyeon mengeluh perlahan.

to be continued


maaf ye kalau cerita agak slow 😭 sis try

vote ye silent reader tu ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro