
Part 13
Chapter ini hanya mengandungi cerita daripada side cast sahaja!
Sehun menyediakan begitu banyak gaun untuk dipakai oleh Sooyoung nanti. Seperti biasalah, Jongin yang dikerah untuk membuat kerja itu. Sooyoung termangu saat melihat begitu banyak pakaian mewah dihadapannya.
Dia memandang Sehun dengan begitu takjub. Manakala Sehun, dia fokus memilih baju-baju yang serasanya sesuai dibadan Sooyoung.
Hampir kesemua baju yang dipilihnya berwarna merah. Sudahlah seksi. Memang ngam lah dibadan Sooyoung. Gadis itu meneguk air liur saat melihat betapa terdedahnya pakaian-pakaian yang dipilih Sehun.
"Awak bukan nak jual saya kan?" tanya Sooyoung, takut.
Pasalnya, baju-baju yang dipilih Sehun ini nampak sama macam baju yang dipakai oleh perempuan yang akan dijual di kelab malam. Sehun merenung Sooyoung sekilas. Dia nampak wajah Sooyoung berubah seperti anak kucing ketakutan.
"Cuba baju-baju ni dan tunjuk pada aku," arahnya.
Sooyoung tak menyambut huluran Sehun. Dia masih memasang wajah risaunya. Jongin sudah pun ketawa secara senyap dibelakang mereka. Dia menekup mulutnya, berusaha agar tawanya tidak kedengaran.
"Aku takkan jual kau lah," jawab Sehun kepada soalan Sooyoung sebentar lagi. Walaupun Sooyoung nampak tak berapa pasti, dia akhirnya mengambil juga beberapa helai baju yang dipilih Sehun itu.
"Betul tak jual?" tanyanya sekali lagi. Sehun mengangguk.
Sooyoung mulai masuk ke dalam biliknya untuk mencuba setiap satu baju tersebut.
Baju pertama, berwarna merah dan mempunyai bling bling. Nampak agak berlebihan baginya. Sudahlah bahagian atasnya terdedah dengan tali yang begitu nipis sebagai penyelamat. Bahagian belakang pula, sudah semestinya tiada sehingga menampakkan tulang selangkanya. (Hint: MAMA 2017 Joy)
Dengan khawatirnya, Sooyoung keluar dari bilik. Sehun dan Jongin yang sedang bergurau senda terdiam saat Sooyoung keluar. Mulut mereka ternganga.
Sehun dapat rasakan debaran itu sekali lagi.
"Macam mana?" tanya Sooyoung. Rambut hitam panjangnya dihurai ke belakang. Dia berpusing-pusing untuk menunjukkan keseluruhan tubuhnya.
Nak tersedak Sehun dibuatnya saat melihat belakang badan Sooyoung. Dia terus menutup mata Jongin dengan bantal.
"Ah wae! Aku nak tengok jugak!" rungut Jongin. Sehun menjelingnya tajam.
"Andwae! Tukar baju! Palli-palli!" arah Sehun, tidak berpuas hati. Sooyoung menurut sahaja arahannya.
Saat gadis itu memusingkan tubuhnya untuk berjalan pergi, Jongin tersenyum gembira melihat lenggoknya. Sehun mencarut didalam hati dan terus menendang kepala Jongin dengan kakinya.
Dia tak suka bila Sooyoung dipandang sebegitu oleh lelaki lain kecuali dia.
Sooyoung mencuba pula baju kedua. Ianya berwarna hitam dan agak panjang, berbeza dengan baju tadi. Namun, bahagian atas baju ini tetap terdedah sehingga menampakkan belahan dadanya yang indah.
Memang cari nahas betul si Jongin ni waktu pilih baju. Sooyoung keluar semula dan sekali lagi membuatkan hati Sehun berbara. Dia dapat rasakan seluruh tubuhnya panas.
"Eoo Sooyoung! Wanjeon daebak!" puji Jongin, seronok melihat pemandangan didepannya. Dia menerima tamparan pada kepalanya oleh Sehun.
"Sehun, eottae?" tanya Sooyoung kepada Sehun sambil tersenyum. Sehun termangu seketika. Dia rasa macam disihir oleh senyuman Sooyoung. Kepalanya mengangguk kemudian menggeleng lagi.
"Tak boleh! Tukar-tukar!" arah Sehun lagi.
Sooyoung mencebik. Dia pergi lagi.
Sehun menjeling kearah Jongin dan terus mencekik lelaki itu.
"Kau ni tak ada baju lain ke nak pilih tak guna?!"
"Ampun tuanku, ampun!!"
Baju terakhir, Sooyoung tersenyum saat melihat dirinya didalam cermin. Ianya lebih selesa daripada baju-baju yang dicubanya sebelum ini. Setelah yakin, dia keluar semula bertemu Sehun.
Lelaki itu terkedu saat melihat Sooyoung didalam gaun menawan itu. Satu senyuman terukir dibibir Sehun, membuatkan Sooyoung tergamam. Senyuman Sehun sangat cantik dan menggodanya baginya.
"Aih, aku rasa kena tukar lah, kan Hun kan?" soal Jongin. Tapi soalannya tidak dijawab oleh Sehun.
Lelaki itu berdiri menghampiri Sooyoung dengan mata yang bersinar. Kedudukan mereka begitu rapat sekarang.
"Cantik.." puji Sehun, ikhlas.
...
Wendy ketawa bersama dengan rakan-rakan detektifnya yang lain. Mereka sekarang sedang mengadakan makan malam bersama seperti yang dijanjikan.
Walaupun agak tidak suka dengan rakan-rakannya yang dianggap tidak berakhlak itu, dia tetap berada disana demi mengumpul maklumat. Sejam berlalu tapi masih belum ada yang membocorkan rahsia. Mereka perlu lebih mabuk nampaknya.
Chanyeol menyuap daging ke dalam mulutnya sambil memerhati Wendy yang sedari tadi asyik menjerit saat rakan mereka meneguk soju dengan one-shot sahaja. Dia heboh sendiri dan berkemungkinan sedikit mabuk.
Lelaki itu tersenyum seperti dilamun cinta. Chanyeol memang terang-terangan menunjukkan yang dia suka akan Wendy cuma Wendy sahaja yang tidak menganggapnya begitu. Mereka kekal sebagai sahabat kerana Wendy asyik menolak.
"Eo! Yeol! Aku dengar kau dengan Wendy masih kerja sekali untuk kes tu kan?" soal rakan mereka yang sudah pun mabuk teruk. Chanyeol mengangguk.
Rakan-rakannya mulai heboh lagi. Mereka mengusutkan rambut Chanyeol dan terus menampar kepalanya.
"Aigoo. Bila kau nak lamar si Wendy ni? Lama punya langkah nanti orang lain ambil tahu tak?" sahut yang lain pula.
Chanyeol menggosok kepalanya yang sakit. Dasar kawan tak guna.
"Eii. Jangan lah kacau Chanyeol," marah Wendy. Rakan-rakan mereka mula membuat bunyi 'uuuu' dengan nada mengusik. Lengan Wendy disenggol-senggol.
"Ngaku jelah kau pun nak si Chanyeol ni kan? Jual mahal pulak.." usik mereka.
"Kau cakap lagi aku pukul kau," marah Wendy.
Wendy merenung Chanyeol. Lelaki itu merenungnya dengan seribu makna. Mata Wendy jadi tak tentu arah. Kenapa lah baru sekarang dia rasa gugup ni? Sebelum ni, tak ada apa-apa pun bila Chanyeol pandang.
"Amboi tengok! Wendy tengah blushing hahahaha! Dia malu Chanyeol tengok dia hahaha!" usik mereka lagi sehingga membuatkan pipi Wendy betul-betul merah sekarang.
Wendy terus meneguk botol soju untuk mengelak daripada memandang Chanyeol.
"Yah!" Panggil Chanyeol. Dia menepuk meja sehingga membuat rakan-rakan mereka terdiam. Wendy tersembur soju disebabkan jeritan itu.
Chanyeol merenung Wendy dengan menyepetkan matanya. Dia terus menghala kearah Wendy dengan tiba-tiba.
"Son Wendy! Saranghae!"
Leher Wendy ditarik dan dia mencium Wendy. Rakan-rakan detektif ternganga. Yang mabuk tadi terus tersedar sehingga terhenti jantung mereka.
Chanyeol mendalamkan ciumannya manakala Wendy kaku. Dia tak membalas ciuman Chanyeol.
"Saranghae, Wendy!" ulang Chanyeol lagi.
Tak semena-mena, Chanyeol diketuk menggunakan bekas abu rokok. Chanyeol kaku. Kepalanya berdarah.
"ISAEKKIYA!!!! PARK CHANYEOL TAK GUNA!!!!!"
to be continued
Vomment juseyo
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro