Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 12

Pagi-pagi lagi Irene sudah pun keluar ke bandar bersama pembantunya, Seulgi. Mereka singgah disebuah kafe terkenal untuk bertemu dengan seseorang. Irene seperti biasa akan memakai cermin mata mahalnya agar tidak dikenali oleh orang ramai.

Dia mengambil tempat yang agak tersorok untuk bertemu dengan tetamunya. Seulgi pula duduk tak jauh darinya. Dia tidak dibenarkan untuk mendengar isi perbualannya.

Seketika, dua orang berpakaian detektif datang mendekati Irene. Mereka memakai topi dan mask yang sama. Kelihatan seperti pasangan kekasih.

Keduanya duduk dihadapan Irene lantas membuka mask.

"Annyeonghaseyo, maafkan kami sebab lambat," ujar sang lelaki.

Irene mengangguk kecil, faham dengan keterlewatan mereka. Lagipula, Seoul agak sibuk pada jam sebegini.

"Jadi macam mana, Chanyeol, Wendy?" soal Irene.

Wendy mengeluarkan sepucuk surat daripada jaketnya yang agak besar itu. Sekali dilihat, boleh tahu yang ianya milik lelaki disebelahnya, Chanyeol. Surat tersebut diserahkan kepada Irene.

"Ini hasil rakaman CCTV yang kami berhasil dapatkan. Tapi ianya tak cukup jelas memandangkan kamera cuma rakam sebahagian sahaja dan ada bahagian yang sudah rosak," jelas Wendy.

Irene mengetuk-ngetuk jarinya pada meja. Bukan ini jawapan yang dia mahu dengar daripada dua detektif yang dia upah ini. Dia mengeluh perlahan.

"Kesemua CCTV dikawasan tu dah dibuang. Kami akan cuba cari bukti lagi, Cik Irene." ujar Chanyeol, takut Wendy dimarahi.

Irene mengiyakan sahaja. Dia menurunkan cermin matanya dan memandang Chanyeol dan Wendy.

"Teruskan kerja kamu, tapi secara senyap. Jangan sampai ada orang tahu," arah Irene. Chanyeol dan Wendy mengangguk faham.

Sudah begitu lama keduanya berkhidmat buat Irene demi mencari bukti kematian, Inna, kakaknya. Tapi prosesnya agak lama memandangkan segala bukti telah dimusnahkan oleh pihak O2 Group. Mereka terpaksa bekerja secara haram demi mencari bukti secukupnya untuk mendakwa Junmyeon.

"Rasanya Cik patut pergi sekarang. Udang galah dah sampai," ujar Chanyeol dan berpura-pura mesra dengan Irene.

Dia menoleh sekilas kearah orang-orang O2 Group yang sedang mengekori Irene. Pasti mereka diupah oleh Sehun agar Irene tidak mencari pasal. Surat yang mengandungi video CCTV dimasukkan ke dalam beg tangannya.

Irene bangun lantas pergi diekori oleh Seulgi.

Wendy mengambil air yang dipesan oleh Irene lantas menyilangkan kakinya seperti lelaki. Dia menayang wajah tidak berpuas hatinya.

"Udang-udang galah tak guna. Asyik dapat je cari kita," rungut Wendy. Silap hari bulan, dia kerjakan lagi budak-budak pengacau tu macam bulan sebelumnya.

Udang dalah adalah nama panggilan kepada penyangak yang dibayar oleh Sehun. Kenapa udang galah? Sebab Wendy tak suka udang galah? Kenapa lagi? Sebab udang tu mahal dan dia tak mampu beli. Huhu.

Chanyeol tersenyum memandang Wendy yang sedang berkerut seribu. Hidung mancung gadis itu ditarik.

"Aigoo. Jangan marah-marah. Nanti lekas tua," ujar Chanyeol. Wendy makin cemberut dibuatnya.

"Budak-budak tu kata nak jumpa malam ni. Jadi ke?" Wendy mengubah topik sebelum Chanyeol melebih-lebih. Dia maksudkan anak buahnya dibalai polis.

Jangan salah faham. Mereka berdua belum pun rasmi menjadi pasangan kekasih. Cuma Chanyeol yang perasan teruk. Asyik nak menempel macam belangkas.

Habis semua baju Wendy ditukar dengan pakaian yang hampir sama dengan pakaiannya. Hasilnya, mereka memang nampak macam bercinta. Wendy pun tak melawan langsung.

Mungkin suka dengan apa yang Chanyeol buat tapi tak mahu mengaku sahaja. Eleh. Jual mahal. Haruslah!

Hidup ni kena ada satu tujuan je. Pastikan lelaki yang kejar kau, bukan kau yang kejar lelaki. Kah!

"Iya, jadi. Kau nak pergi ke?"

"Mestilah. Mana tahu diorang ada maklumat penting."

"Okey. Aku ambil dalam pukul tujuh."

...

"Majlis apa?"

Soal Irene kepada Seulgi. Dia mengelamun tadi. Semuanya gara-gara hard-disc yang berada didalam sampul surat ini.

"Majlis biasa-biasa je. Pertemuan dengan pemegang saham."

"Bila?"

"Dalam tiga empat hari lagi,"

Irene mengeluh perlahan. Sejak dia setuju untuk muncul dikhalayak ramai, makin sibuk pula dia. Dia tak sempat pun singgah dirumah kebajikan yang selalu dia datangi itu.

"Dah ada dressnya ke?" soal Irene.

"Jeoseonghamnida, Puan. Belum..Saya rasa kita patut pergi tengok sekarang memandangkan sekarang ada koleksi gaun terbaru," jawab Seulgi.

Irene menjilat bibirnya yang kering. Penat betul rasanya menyamar jadi baik. Dia menongkat dagu sambil merenung jalan raya.

"Pergi mall sekarang. Aku perlukan masa untuk bertenang," arahnya. Seulgi terus menukar jalan menuju ke pasaraya milik syarikat O2 Group.

Masa yang dimaksudkan oleh Irene adalah berbelanja. Shopping.

Irene tak pernah suka pun buat benda leceh seperti ini sebelumnya tapi sekarang dia lain. Membuang duit Junmyeon adalah kegemarannya.

"Tutup mall tu sekarang. Aku tak nak ada gangguan selain kita." Arah Irene.

Seulgi mengangguk faham.

Dengan kuasa duit, mereka mampu melakukan apa sahaja.

...

Junmyeon memerhati gambar-gambar Irene yang dihantar oleh photographer yang dibayarnya. Setakat ini, Irene masih belum menjalankan rancangannya. Gerak-geri gadis itu masih tidak mencurigakan.

Lelaki itu diminta untuk keluar dan akan diberikan bayaran oleh setiausah Junmyeon iaitu Do Kyungsoo. Kyungsoo seorang pendiam dan tak suka bergaul, sebab itu dia jarang ada dengan Junmyeon.

Junmyeon sakit atau tidak pun dia tak kisah. Lagi-lagi sebab dia tak ada telefon. Ah sudah. Memang hidup zaman batu terus. Dengan rumah pun, dia guna komputer berbadan besar dan bukannya laptop. Nampak tak betapa kunonya dia? Junmyeon pula reda sahaja dapat setiausaha macam tu.

Nasib baik Kyungsoo cekap buat kerja. Tak ada alasan untuk dia pecat. Ada sekali dia cuba bagi iPhone 12 kepada Kyungsoo, tetapi dibalas dengan,

"Saya tak terima tuan. Saya tak nak terjebak dengan konspirasi yahudi."

Allah. Junmyeon tak faham betul. Memang budak-budak facebook betul Do Kyungsoo ini. Sampai ke hari ini, rumah Kyungsoo pun Junmyeon tak tahu. Semuanya masih misteri.

Cukuplah bercakap pasal Kyungsoo, beralih pada Irene semula.

"Apa yang kau rancangkan, Irene?" Gumam Junmyeon sendiri.

Gambar Irene diusap perlahan.

Rekod pembelian barangan Irene dibaca. Rekod lawatan Irene pun ada dengannya. Semuanya biasa sahaja.

Mall. Rumah kebajikan. Mall. Rumah kebajikan.

Ulang-alik dari situ sahaja.

Atau Irene ada bina pangkalan tentera dibawah pasaraya dan rumah kebajikan secara senyap?

Irene nak bedil dia dengan bom Nagasaki ke?

Wuish! Meremang bulu roma Junmyeon dibuatnya. Pipinya ditampar perlahan. Dia terbayang Irene memakai baju tentera diatas kereta kebal sambil mengejarnya. Hah! Gila.

Gambar Wendy dan Chanyeol yang sedang bertemu Irene juga ditilik.

Junmyeon tahu semua yang Irene buat. Cuma Irene sahaja yang tidak tahu. Lelaki ini bukan lelaki biasa. Dia bukan lelaki dungu.

Apatah lagi lemah. Jauh sekali. Junmyeon boleh duduk diam, tapi dalam kepalanya, dia sentiasa berfikir.

Nombor seseorang didail.

"Hello? Ya. Ini aku. Kau masih perhatikan Irene? Hm. Ya. Tolong jaga dia elok-elok. Ada apa-apa, lapor pada aku dalam masa sesaat je! Yelah. Aku letak dulu."

Junmyeon sayang Irene.

Lebih dari gadis yang pernah menjadi kekasihnya dulu iaitu, Inna.

Dia jujur.

Atau mungkin Inna tak pernah pun beraja didalam hatinya?

to be continued

Another supporting cast


Park Chanyeol

Son Wendy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro