Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 11

Junmyeon membakar daging untuk Irene sementara gadis itu menikmati kimchi. Mereka sekarang sedang makan ditepi pantai pada waktu senja. Kaki Irene juga tidak lenguh memandangkan Junmyeon yang memunggah dia dari satu tempat ke tempat lain.

Sebaik sahaja ada daging yang masak, Irene terus mengambilnya tanpa menunggu Junmyeon terlebih dahulu. Lelaki itu tidak mengatakan apa-apa sebaliknya dengan senang hati membiarkan sahaja Irene makan sendiri.

"Heol! Tengok perempuan dekat botol soju ni? Macam muka aku," kata Irene sambil menunjukkan botol soju Chamiseul kepada Junmyeon.

Gadis itu tertawa riang. Irene sedikit mabuk sekarang. Dia terus meniru gaya minum model Chamiseul tersebut sehingga membuat Junmyeon terhibur.

Junmyeon membalut daging tersebut dengan sayur dan menyuapkannya pada Irene. Irene menerimanya seperti seorang bayi.

"Tapi kan Junmyeon, kau tak ada kekasih ke?" soal Irene.

Mata kuyunya merenung Junmyeon. Pipinya merah sekarang.

Pergerakan Junmyeon terhenti. Dia meletakkan chopsticknya ke tepi dan merenung Irene.

"Tak ada. Kenapa?" jawab Junmyeon sambil menggeleng.

"Haih, jangan menipu. Mana boleh lelaki macam kau tak ada kekasih kan? Lagi-lagi hidup tak bahagia dengan aku. Sekurang-kurangnya, kau patut ada pelempias." ujar Irene, nampak kecewa.

Soju itu diteguk lagi. Dia merenung sekelilingnya. Paparazzi sudah tiada nampaknya. Mungkin sedang berehat. Irene mengeluh kesah.

"Awak pun dah ada kekasih ke?" tanya Junmyeon semula.

Irene menggeleng. Jarinya ditunjuk pada Junmyeon.

"Kau.. lelaki pertama yang hadir dalam hidup aku.." jawab gadis itu. Entah kenapa, Junmyeon senang mendengar jawapan Irene.

Maknanya, tak ada lelaki lain yang sedang mendekati Irene buat masa sekarang.

"Tapi.. kau jugak lelaki pertama yang hancurkan hati aku.." sambungnya.

Kepalanya ditunduk.

"Wae? Kenapa kau bunuh unnie aku?" soal Irene.

Mereka bertentang mata sekarang. Mata Irene kelihatan begitu sedih dan kecewa sekarang.

"Kalau kau tak bunuh unnie, mungkin kita dah jadi satu keluarga sekarang Junmyeon." kata Irene, sayu.

'Tapi kalau Inna masih hidup, aku tak dapat bersama kau Irene' monolog Junmyeon dalam hati.

"Lepas kau berjaya jatuhkan aku, kau akan bagi aku peluang untuk pikat kau semula tak?" soal Junmyeon. Tiada lagi kata 'saya awak' digunakan.

Irene tersenyum sinis.

"Tak tahu. Hati manusia sentiasa berubah. Tapi jangan mengharap dari aku,"

...

Junmyeon memandang Irene yang sedang tertidur dikerusi penumpang. Gadis itu mabuk teruk tadi. Mujurlah tiada yang nampak.

Gadis itu meracau-racau akan sesuatu tapi bahasanya tidak dapat difahami oleh Junmyeon.

Sampai dirumah, dia mengangkat Irene dengan berhati-hati. Ini kali kedua dia dapat mengangkat isterinya ala-ala bridal style. Kali pertama adalah setahun lalu. Itupun Irene cepat-cepat minta diturunkan.

Junmyeon masuk ke dalam bilik dan membaringkan Irene diatas katil. Irene nampak sungguh tenang sewaktu tidur. Rambutnya diselak ke belakang agar tidak menutupi wajahnya.

Kecantikan Irene tak ada gantinya bagi Junmyeon. Bahkan kakaknya sendiri kalah. Mereka sama tetapi berbeza. Aura mereka lain. Dan Junmyeon lebih selesa berada berdekatan Irene walaupun gadis itu jelas-jelas membencinya.

"Junmyeon.." panggil Irene dengan mata yang tertutup.

Junmyeon menunggu untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Irene. Tetapi gadis itu malah berdengkur sahaja. Junmyeon tersenyum kecewa.

Ingatkan Irene ada ingin katakan sesuatu. Selimut dinaikkan sehingga ke paras dada. Biarlah Irene berehat sementara.

Dia tak perlu berharap lebih-lebih.

"Sedar Junmyeon. Dia tak mungkin sukakan kau,"

...

Sooyoung menutup gagang telefon rumah setelah terdengar suara yang sangat dia kenali tadi. Dia memeluk lutut. Dia belum bersedia untuk pulang.

Suara disebalik corong telefon itu kedengaran tak bermaya. Tak makan kah adiknya itu? Itu membuatkan Sooyoung terlebih risau. Tapi dia tak boleh balik sekarang. Kalau dia balik, habis rancangannya.

Sooyoung memeluk tubuh dan terus berjalan ke biliknya. Dia tidak perasan yang Sehun sedang memerhatinya saat lelaki itu ingin ke dapur.

'Siapa yang dia telefon tu?'

Itu adalah persoalan yang bermain diminda Sehun. Dia ingin menyiasat tapi tangannya malas pula mahu mendail nombor Jongin.

Sehun menuju ke bilik Sooyoung dan mengetuk pintu bilik gadis itu. Daun pintu ditolak dan dia ternampak Sooyoung yang sedang berdiri berhadapan tingkap.

"Kau telefon rumah ke tadi?" soal Sehun.

Sooyoung terkejut dengan sapaan Sehun. Dia mengangguk seraya menunduk.

"Kau nak balik rumah?"

Sooyoung menggeleng.

"Bukan tak nak balik tapi.. saya risau.."

"Risau?"

Sooyoung diam. Dia tak boleh bocorkan rahsia itu kepada Sehun. Terus gadis itu tersenyum manis sehingga membuatkan Sehun terpana.

"Tak ada apalah. Awak lupakan je pasal tu," pinta Sooyoung. Sehun kelu.

Gadis dihadapannya memancarkan satu perasaan aneh kepadanya. Dia meneguk liur. Jantungnya berdebar dengan sungguh kencang.

Inikah yang orang gelarkan, jatuh cinta?

Sebab Sehun rasa apa yang dia rasa ini menakutkan.

Menakutkan sebab dia dah pun jatuh cinta pada seorang perempuan yang mungkin hampir sama taraf dengan perempuan miskin yang dibencinya yakni Irene.

Sehun cintakan perempuan miskin? Park Sooyoung?

Karma sebab selalu mengutuk Irene ke ni?

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro