Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 1

🔊 Hwasa - Orbit (The King Eternal Monarch OST)

"Puan, Tuan dah balik." maklum salah seorang bibik kepada Irene yang sedang bersolek. Irene mengangguk dan mengarahkannya untuk keluar.

Setahun berlalu sejak perkahwinan yang tiada makna bagi Bae Irene. Dirinya berubah seratus peratus. Bukan sahaja dari segi pemakaian, tetapi juga dari segi sikap. Gadis itu menjadi dingin terutamanya bersama Junmyeon. Sejak setahun lalu juga, dia tak pernah bertegur sapa dengan Junmyeon. Sediakan makanan pun tidak. Apatah lagi nak menyambutnya saat pulang ke rumah.

Jangan harap! Kau ingat aku bibik?

Klick!

Pintu bilik dibuka. Junmyeon masuk perlahan-lahan dan langkahnya terhenti saat melihat Irene yang berada di meja solek. Mereka bertentang mata.

"Lain kali ketuk pintu sebelum masuk. Rumah ni, bukan milik kau seorang je sekarang ni." kasar Irene berkata-kata.

Junmyeon menunduk, malas nak bertekak dengan Irene. Dia penat.

Irene merengus kasar lantas mengambil beg dompetnya dan keluar. Saat ingin melepasi pintu, dia sempat menjengil tajam kearah Junmyeon. Suaminya itu melarikan pandangan, tidak sanggup memandang wajahnya.

"Seminggu tak balik macam dah hilang adab. Apasal tak hilangkan diri terus? Mati ke? Senang sikit hidup aku!" bebel Irene sambil menuruni anak tangga satu persatu.

Junmyeon mengeluh kecil. Begitulah dia setiap masa. Mereka ibarat dua orang asing yang tinggal serumah walhal mereka halal untuk satu sama lain. Tapi Junmyeon tidak mengharap lebih. Irene berhak untuk layan dia sebegitu. Dia tak salahkan Irene untuk semua ini.

Telefonnya dikeluarkan daripada poket. Dia mendail nombor seseorang.

"Hello? Sehun? Kau busy?"

"...."

"Kita jumpa dekat kafe sejam lagi,"

"...."

"Okey. Bye."

Junmyeon masuk ke dalam bilik air lalu menguncinya. Dia mahu berehat sebentar sambil membersihkan badan. Seminggu dia berada di Jepun atas urusan kerja. Itu yang Irene tidak tahu. Badannya lenguh-lenguh. Alangkah indahnya kalau isterinya dapat mengurangkan rasa sakit itu.

"Jangan harap boleh berlaku lah Jun--" kata Junmyeon perlahan. Dia terus menggelongsor ke dalam tab dan menyelam.

...

Sehun menunggu Junmyeon untuk mulai berbicara. Lelaki itu merenung air minumannya yang semakin lama mencair kerana tidak disentuh. Sehun tersenyum sahaja. Seperti gembira pula melihat Junmyeon jadi begini.

"Ini ada kaitan dengan Irene lagi kan?" soal Sehun.

Junmyeon merenungnya. Dia mengangguk. Sehun ketawa. Tahu sangat masalah lapuk Junmyeon. Siapa suruh berkahwin awal sangat.

"Kau tahu perempuan miskin ni macam mana kan? Mereka sombong. Konon mereka lagi tinggi darjatnya dari kita. Konon kita ni hati busuk sebab banyak duit tapi mereka kaya budi bahasa," Kutuk Sehun.

"Menyampah lah aku. Diorang ingat diorang bagus sangat? Kita kaya sebab kita berusaha untuk sampai ke tahap ni. Diorang? Dah miskin, menyusahkan hidup, tahu nak benci orang je. Kita nak bantu, dia ludah."

Junmyeon berdecit mendengar umpatan Sehun itu.

"Tak baik kau cakap macam tu. Irene jadi macam tu sebab aku." balas Junmyeon.

"Hah bela la lagi bini kesayangan kau tu. Apa-apa nanti datang jumpa aku jugak. Mengadu itu ini. Jangan-jangan kau ni dah kena bomoh tak dengan perempuan miskin tu? Kau ada makan nasi yang dia masak ke? Entah-entah nasi kangkang tu."

Sehun membuat tuduhan melulu. Junmyeon memandang Sehun sambil ternganga. Muka je kacak tapi mulut boleh tahan laser. Lagi teruk daripada Baekhyun, rakan mereka yang sedang outstation diluar negara. Sama-sama mulut puaka.

"Tak." jawab Junmyeon sepatah.

Nak makan apa? Irene masak pun tidak.

"Hm. Tak mungkin betina--Okey aku tak sebut tu. Tak mungkin dia masak untuk kau. Dah terang-terang dia benci kau." ujar Sehun, sedikit gugup.

Jelingan Junmyeon saat dia ingin menyebut betina tadi membuatkan dia takut. Junmyeon sebenarnya menakutkan bila marah. Sebab itu, lelaki pendek ini bersabar sahaja selama ini. Tak mahu buat orang lari.

"Kau tak nak bagitahu hal sebenar ke?" Sehun membangkitkan semula hal itu.

"Hal sebenar apa? Memang betul aku yang bunuh Inna."

"Tapi dia sendiri yang nak bunuh diri. Bukan kau yang tolak pun?"

"Tetap salah aku."

Sehun mengeluh. Entah apa yang bagusnya dengan perempuan miskin itu. Padahal ramai lagi perempuan kaya dan cantik diluar sana yang mampu Junmyeon miliki dengan hanya memetik jari.

Sehun menggeleng perlahan. Jam tangannya ditilik.

"Aku ada meeting sekejap lagi. Kita jumpa lagi nanti, Jun. Kau buatlah apa yang sepatutnya untuk pujuk perempuan tu," ujar Sehun sambil menepuk bahu Junmyeon dan terus menghilangkan dirinya.

Junmyeon merenung telefon bimbitnya. Dia menunggu panggilan daripada Irene yang mana tidak akan pernah berlaku. Kenapalah dia terburu-buru sangat membuat keputusan yang tidak pasti ini.

Dia sudah tersilap langkah ke ni?

to be continued

jaga diri abang suho ❤

vote and comment ya 👌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro