Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RWD9

R A M A D H A N – 20
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Sepanjang malam, Sarah tidak tidur. Dia hanya menangis merindui sang suami yang tidak pulang. Si Oyen hanya berada di samping Sarah ketika dia sedang menangis. Ada kalanya, Sarah menyapu air matanya dengan telapak tangan kucingnya.

Kesian tengok–

Jam kini sudah menunjukkan pukul 4.30 dan Sarah masih terjaga dari semalam lagi. Matanya sudah bengkak akibat menangis.

"Biasanya waktu ni.. Jimin akan kejutkan untuk solat tahajud."

Tubuh Oyen dipeluk Sarah lama. Air matanya sudah kering. Tiada lagi air mata yang boleh dikeluarkan.

"Oyen. Teman kite pergi tandas jom. Kalau ada lipas, oyen geget dia okay?" walaupun Oyen tidak mengangguk bersetuju, Sarah tetap mengheret kucing kesayangannya itu ke tandas. Terhincut-hincut Sarah berjalan menuju ke tandas.

Sarah sekadar tersenyum kecil melihat bayangannya di dalam cermin. Wajah lesu.. mata bengkak.. Ah biasalah. Menangis memanglah mata bengkak. Wajahnya dibasuh dengan air supaya sedikit segar.

Air wudhu diambil Sarah. Senyuman diukir pada bibirnya secara terpaksa.

"Senyum lah woy. Kan comel. Comel-comel, suami suka. Pala kau suami suka."

+++

"Encik Yeo. Harini saya ambil cuti boleh? Kaki saya sakit pulak pagi ni. Kepala pun masih berdenyut lagi. Maaf tak dapat datang." kesal Sarah ingin memberitahu perkara ini kepada bosnya tapi dia terpaksa.

"Takpe je Sarah. Rehat baik-baik kat rumah. Dah sihat, datang kerja. Cepat sembuh hm?" Sarah tersenyum kecil.

"Terima kasih encik !" panggilan itu ditamatkan Sarah. Dari semalam Jimin masih tidak pulang. Risau Sarah.

"Nak call ke? Kang call tak jawab takde function jugak." lama Sarah berfikir. Tak kira. Sarah nekad. Dia mahu menelefon Jimin. Nombor Jimin didail dengan perasaan gemuruh. Risau juga jika Jimin memarahinya.

Akhirnya panggilan tersebut diangkat.

"H-Hi Jimin. Awak kat mana? Mesti kat tempat kerja kan? Kerja baik-baik ! Puasa jangan tinggal ! Saya sayang–"

"Jimin tak sayangkan kau." sekelip mata panggilan tersebut dimatikan. Suara perempuan yang sama.. seperti hari itu. Tiba-tiba Sarah teringatkan sesuatu.

"Gambar haritu." Sarah dengan tergesa-gesanya menapak ke bilik kerja Jimin seraya menyelongkar laci meja Jimin. Gambar Jimin bersama bekas isterinya dilihat. Sarah mengetap bibir.

"Kenapa.. aku tak perasan.." Sarah baru tersedar. Perempuan haritu.. dia adalah bekas isteri Jimin. Air mata Sarah menitik di atas gambar tersebut. Gambar perkahwinan antara Jimin dan Joohyun. Hatinya sakit.. mengetahui yang Jimin sudah kembali bersama bekas isterinya.

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Jimin. Awak tak sakit belakang ke tidur dekat pejabat ni?" Jimin tersenyum kecil.

"Okay jelah. Dah biasa kan. Aduh rasa nak mandi." kata Jimin sambil meregangkan tubuhnya.

"Apakata saya pergi ambilkan baju awak kat rumah awak? Lagipun waktu macam ni, mesti isteri awak takde kat rumah kan? Dia dah pergi kerja." Jimin turut bersetuju dengan kata-kata Joohyun. Kunci rumah dihulurkan Jimin kepada Joohyun.

"Saya ada kerja sikit lagi ni. Awak keluar lah sekejab sarapan semua." Joohyun mengangguk faham. Tubuh Jimin didakap Joohyun terdahulu sebelum menapak keluar dari pejabat Jimin.

"Bye!" senyuman di bibir Jimin melebar.

+++

"Saya pasti Sarah ada kat rumah. Ni kunci rumah. Tugas saya dah selesai. Sekarang, awak ambil alih." kunci milik Jimin itu Joohyun beri kepada seseorang.

"Thanks sayang."

+++

Berkerut dahi Sarah mendengar bunyi pintu dibuka semasa membasuh pinggan di dapur. Jimin pulang? Tapi sekarang jam 9 pagi. Jimin biasanya akan ke pejabat waktu sebegini. Bukan pulang ke rumah.

"Jimin? Awak ke tu?" tiada balasan. Makin hairan Sarah. Mungkin telinganya tersalah dengar. Boleh jadi juga.

Sarah menyambung aktivitinya di dapur. Tiba-tiba Sarah mendengarkan bunyi tapak kaki. Dia tidak salah dengar. Memang ada orang masuk. Mesti Jimin ni. Tetapi Sarah ingin menyiapkan kerjanya dahulu mencuci pinggan sebelum menjenguk ke luar.

Baru sahaja Sarah ingin mencapai pinggan kotor lain, sepasang tangan mula melingkar di pinggangnya erat.

"Jimin? Kenapa ni?" tiada balasan dari si pemeluk.

"Jimin?" Sarah merasa tidak sedap hati. Dia dapat rasakan orang yang memeluknya itu bukanlah Jimin. Dia kenal bau perfume Jimin. Bau kasturi. Ini bukan..

"S-siapa awak?! Lepaslah!" gerangan yang memeluk tubuh Sarah dari belakang itu tidak melepaskan Sarah malah menolak Sarah ke dinding. Sarah berdesis apabila kakinya yang luka terlanggar bucu kaki meja. Pandangannya dialih pada lelaki di hadapannya.

"A-awak kawan Jimin kan? Kenapa awak ada kat sini?" Sarah mengundurkan diri merapatkan tubuh ke dinding untuk menjarakkan diri dari lelaki itu.

"Apa salahnya? Suami awak.. beri saya kebenaran untuk berjumpa awak." kata Yoongi sambil menggoyangkan kunci rumah milik Jimin. Tudung Sarah lantas direntapnya sebelum mencengkam rahang milik Sarah.

"Ada suami.. curang pulak. Sudahlah curang. Dengan bangganya beri isteri dia pada orang lain. Mak ayah pulak dua-dua dah mampus. Siapa je yang boleh tolong kau–" terdiam Yoongi tatkala pipinya berdesing akibaf ditampar Sarah kuat.

"Jangan sebut tentang mak ayah saya." air mata Sarah bergenang menyebut tentang arwah ibu ayahnya. Yoongi tertawa sinis sambil memegang pipinya yang ditampar.

"Main kasar?" tubuh Sarah ditolak Yoongi ke lantai kuat. Baru sahaja Yoongi ingin membuka tali pinggangnya, seseorang telah menumbuk Yoongi sehinggakan Yoongi rebah ke lantai.

"KAU SIAPA NAK SENTUH SARAH?!!" Yoongi mengetap bibir. Dia harus melarikan diri. Belum sempat Yoongi melarikan diri, Jaemin menarik kolar baju Yoongi dan menyepak perut Yoongi kuat.

"J-jaemin. Sudahlah." Yoongi memegang perutnya yang sakit. Dia bangkit dan berlari keluar dari rumah Sarah.

"Sarah okay tak? Biar Jaemin bawak Sarah pergi hospital." Sarah mengelap air matanya. Tudung milik Sarah dihulur Jaemin.

"Maaf Jaemin datang tiba-tiba. Tadi Jaemin singgah kedai, bos Sarah kata Sarah cuti sakit. Tu yang Jaemin datang. Tiba-tiba nampak pintu rumah terbukak. Lepastu dengar suara barang-barang jatuh. Maaf tau." Sarah hanya diam. Tudungnya disarungkan menutupi kepalanya. Kakinya betul-betul sakit ketika itu.

"Sarah boleh bangun tak?" Sarah berpaut pada meja untuk bangun namun tidak berjaya. Sarah terduduk semula di lantai. Kakinya sakit teramat.

"Kaki Sarah ada luka ke? Jaemin nampak macam ada darah je." kepala Sarah bertambah sakit. Pandangannya kelam.

"Sarah!"

+++

"Sarah pitam tadi. Jaemin bawak lah Sarah pergi klinik." Sarah memeluk lututnya sambil termenung di tempat duduk belakang kereta Jaemin. Mungkin Sarah masih terkejut dengan apa yang jadi.

"Sarah nak Jaemin hantar balik–" kata-kata Jaemin terbantut melihat air mata Sarah mengalir deras.

"Sarah?" sehelai sapu tangan miliknya Jaemin beri kepada Sarah. Risau dirinya melihat Sarah yang menangis.

"Maaf kalau Jaemin tak dapat datang lebih awal nak halang lelaki tu." Sarah masih menangis dan tidak bercakap.

"Okay Sarah beritahu Sarah nak pergi mana. Jaemin bawakkan. Jaemin ambil cuti harini." pandangan Sarah beralih pada Jaemin. Jaemin sekadar tersenyum lebar untuk menggembirakan Sarah.

"Pantai.."

"Okay. Tapi dengan syarat, jangan menangis dah hm?"

+++

"Sarah ni. Datang pantai tapi duduk kat pasir je. Pergilah main ombak. Janganlah menangis je kat sini. Nanti dah pukul 11 air dah start panas. Tak best nak main air. Jaemin boleh temankan–"

"Baju salinan takde nak main air." Jaemin tertawa kecil.

"Ya lah. Baju tu boleh beli. Okay kita beli baju dulu. Lepas beli baju, pergi main air puas-puas. Dah. Lap air mata tu. Jaemin dah bagitahu. Kalau nak Jaemin bawak pergi mana-mana, syaratnya Sarah tak boleh menangis." melihat Jaemin yang bersungguh-sungguh mahu dirinya gembira membuatkan Sarah mengukirkan senyuman kecil.

"Ha tengok tu. Kan cantik kalau senyum? Jom. Kedai baju dekat sana banyak lawa jugak." Sarah sekadar mengikuti Jaemin yang membawanya melintas jalan. Kakinya berjalan terhincut sedikit kerana sakit masih tidak hilang.

"Ambil je baju yang Sarah nak. Tak perlu tengok harga. Nanti Jaemin bayarkan." berkerut dahi Sarah.

"Mana boleh. Membazir je duit Jaemin. Biar Sarah bayar sendiri."

"Ha takpelah nak bayar sendiri. Jaemin balik dulu." kata Jaemin sambil berjalan menuju ke pintu keluar.

"Ish Jaemin! Haih yelah Jaemin bayar." dikala orang merajuk sebab orang lain taknak bayarkan, Jaemin merajuk sebab takdapat nak bayarkan barang orang–

Jaemin sekadar memerhati Sarah yang bermain dengan kucing di luar kedai. Seperti biasa, Sarah adalah pecinta kucing dan pantang melihat kucing. Nampak saja kucing, digomolnya kucing sampai puas.

"Sarah. Nak main air tak?" tanya Jaemin yang baru keluar dengan pakaian Sarah yang baru dibayarnya.

"Sekarang? Kan puasa. Nanti letih pulak apa." bangku berdekatan diduduki mereka seketika.

"Jadi.. Sarah nak balik ke?" Sarah sekadar diam. Jaemin pasti Sarah masih tidak bersedia untuk pulang ke rumah.

"Okay kalau Sarah taknak balik, kita stay dekat hotel sana. Jaemin bayarkan dua bilik hotel."

"Biarlah Sarah bayar sendiri. Simpan je duit Jaemin tu. Jangan taknak bagi Sarah bayar pulak. Sarah balik jalan kaki nanti." terhambur tawa Jaemin melihat wajah cemberut Sarah.

"Ya Sarah bayar sendiri. Nak main air malam ke?" laju Sarah menoleh ke arah Jaemin sebelum mengangguk teruja.

"Teringin nak duduk kat pantai waktu malam.. mesti sejuk." pemandangan pantai itu dinikmati Sarah sementara Jaemin menikmati pemandangan di sebelahnya.. Wajah gembira Sarah adalah pemandangan paling indah baginya.

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Leka Jimin membuat kerja, tanpa sedar Joohyun sudah terlelap di hadapannya dengan kepalanya terlentok di meja kerja Jimin. Jimin yang ingin memanggil Joohyun juga tersentak melihat gadis di hadapannya itu sudah terlelap. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil sambil rambut milik Joohyun diusapnya lembut.

"Kalau satu hari dia datang balik, awak akan terima dia?" senyuman di bibir Jimin memudar. Dia tahu apa yang dia lakukan ini salah. Namun.. perasaan cintanya terhadap Joohyun masih tersisa.

Usapan Jimin di rambutnya membangunkannya dari tidur. Terangkat kening Joohyun melihat langit di luar tingkap yang sudah berwarna jingga kemerahan menunjukkan waktu sudah senja. Wajahnya diraup untuk menghilangkan rasa mengantuknya.

"Lama betul saya tidur. Maaf hehe. Tak sedar pulak tertidur tiba-tiba. Kerja awak dah siap ke?" senyuman di bibir Jimin melebar.

"Sikit lagi ni. Jam 6.30 kita balik." tiba-tiba wajah Joohyun menunduk. Hairan Jimin.

"Kenapa?"

"Jom.. Hotel?" terkebil-kebil mata Jimin.

"Bukan apa. Rumah saya ada anak-anak saya kan. Hotel mungkin lebih selesa untuk awak. Jangan lah fikir bukan-bukan." terhambur tawa Jimin melihat wajah Joohyun yang mula kemerah-merahan itu.

"Okay. Nanti kita pergi hotel je."

+++

Pemandangan senja di tepi pantai itu tampak indah sekali. Tidak berkelip Sarah melihatnya. Bibirnya tersenyum sedikit melihat matahari yang mula beralih supaya bulan boleh menjelma di malam hari. Angin yang menyapa dirinya itu turut menambah ketenangan di dalam diri Sarah. Seakan semua masalahnya juga pergi dibawa angin tersebut.

"Huh hah" tempat duduk bersebelahan Sarah di pasir itu diambil Jaemin. Lelah jejaka itu setelah pulang membeli makanan untuk dijadikan juadah berbuka. Peluh menitik di dahinya. Sarah menggeleng kecil sebelum mengambil sehelai sapu tangan. Peluh di dahi Jaemin dilap Sarah lembut.

"Kenapa lari? Bukannya makanan lari pun kalau Jaemin tak kejar dia." jejaka itu sekadar tertawa kecil.

"Jaemin taknak tinggalkan Sarah lama-lama sorang-sorang kat sini. Bahaya. Jadi Jaemin lari lah." peluh di dahi Jaemin itu Sarah lap sehingga kering. Melihat langit yang semakin gelap, Jaemin langsung mengerling ke arah jam tangannya.

"Lagi 10 minit nak berbuka. Sarah mesti lapar kan? Ha makanan berbuka, Jaemin dapat belikan roti sandwish je sebab tak jumpa gerai makanan terdekat. Sandwish tu pun beli dekat kedai runcit berdekatan." roti yang dihulurkan Jaemin disambut Sarah. Bibirnya tersenyum kecil.

"Takpe je. Lagipun Sarah tak lapar sangat. Cukup lah nak buat berbuka pun. Jaemin takpe ke tak kerja? Nanti kalau Jaemin kena marah macam mana? Sarah taknak menyusahkan Jaemin." Jaemin meraup wajahnya sambil tertawa kecil.

"Apapun Sarah lebih penting. Kalau Jaemin kena pecat, biar Jaemin kerja kat kedai bunga yang Sarah kerja HAHA." sambil tersenyum, mata Sarah mula berair. Entah mengapa sepanjang hari itu Sarah kerap ingin menangis. Walaupun kerana perkara kecil. Sebentar tadi, hanya kerana menjumpai seekor ketam yang comel, air mata Sarah mengalir. Jaemin mengeluh kecil.

"Hey. Sarah datang sini nak happy kan? Kenapa menangis lagi ni? Jaemin hantar balik nanti nak?" laju Sarah menggeleng tanda tidak mahu. Air matanya cepat-cepat dikesat. Takut benar gadis itu mahu pulang.

"Kaki Sarah sakit lagi ke? Kalau sakit, Sarah solat kat hotel lah. Jaemin nak solat kat surau terdekat." sekali lagi Sarah menggeleng.

"Tak sakit mana pun. Sarah nak solat kat surau. Nak ikut Jaemin. Boleh?" soalan Sarah dibalas anggukan oleh Jaemin. Baru sahaja Jaemin ingin bertanya soalan lagi, azan sudah berkumandang. Pantas Jaemin menadah tangannya untuk membaca doa berbuka puasa. Sarah turut menadah tangan mengaminkan doa Jaemin.

Sesudau doa dibaca, sandwish yang dibeli Jaemin itu dijamah Sarah. Sarah bersyukur kerana Jaemin langsung tidak keberatan melayan dirinya yang sedang sedih sepanjang hari tersebut. Rasa terhutang budi.

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Macam mana siang tadi? Berjaya tak apa-apakan dia?"

"Tak sempat. Haish. Kawan dia muncul pulak. Sorry." Joohyun turut mengeluh kecil.

"Sokay. Kita tengok keadaan dulu." berkerut dahi Jimin setelah keluar dari tandas apabila mendengar Joohyun yang sedang bercakap dengan seseorang di telefon.

"Sayang?" cepat-cepat Joohyun mematikan panggilan sebelum menoleh.

"Ya Jimin?"

"Awak bercakap dengan siapa?" Joohyun tersengih kecil.

"Kawan. Dia call tanya khabar." tanpa banyak soal, Jimin terus mempercayai kata-kata Joohyun itu. Tubuhnya berbaring di katil seketika. Mata Jimin ketika itu sudah mula mengantuk. Melihat Jimin yang berbaring, Joohyun turut menyertai Jimin dan berbaring di lengan Jimin. Tubuh Jimin itu didakapnya erat.

Tindakan Joohyun itu sedikit mengejutkan Jimin. Dirinya merasa kekok untuk membalas dakapan tersebut. Hairan Joohyun melihat Jimin. Kepalanya didongak memandang wajah jejaka dihadapannya itu.

"Kenapa? Awak tak suka saya peluk ke? Kalau tak suka takpelah. Saya faham." tidak sempat Joohyun meleraikan pelukan, Jimin menahan tangan Joohyun dan membalas pelukan tersebut.

"Saya okay je. Cuma.. terkejut." bibir Joohyun mengukirkan senyuman kecil.

"Em.. Isteri awak macam mana? Saya pasti dia sedih kalau tahu pasal kita." lidah Jimin kelu ketika itu. Kenapa dia langsung tak terfikirkan tentang Sarah? Sarah berada di rumah seorang diri sedangkan dia berada di hotel bersama perempuan lain.

"A-ah ya juga kan. Biar saya telefon dia sekejab." Joohyun sedikit gelabah apabila Jimin langsung bangkit dari katil untuk mencapai telefon. Cepat-cepat Joohyun berfikir cara untuk menghalang Jimin.

"Akhh." terkejut Jimin apabila mendengar erangan Joohyun. Kelihatan Joohyun sedang memegang perutnya dengan wajah menahan sakit.

"Joohyun? Kenapa ni?" pantas Jimin mendapatkan Joohyun.

"Perut sakit tiba-tiba." Jimin mengetap bibirnya. Minyak angin di dalam beg kerjanya diambil.

"Baring cepat. Saya sapukan minyak. Atau awak nak sapu sendiri?"

"Sapukan boleh? Sakit sangat ni." Jimin tanpa berfikir panjang langsung menyapukan minyak itu di perut Joohyun lembut. Tanpa Jimin sedar, Joohyun tersenyum sinis apabila rancangannya berjaya.

+++

Berkerut dahi Jimin apabila mendapati mesej dari seseorang yang tak dikenali. Beberapa gambar dihantar kepadanya. Terkejut Jimin setelah melihat gambar-gambar tersebut. Ianya gambar Jaemin dan Sarah berdua-duaan di pantai. Akibat geram, Jimin langsung mematikan telefonnya.

"Aku baru nak call sebab risaukan dia. Tak sangka rupanya tengah berdating dengan lelaki lain. Lantak kau lah." Jimin yang baru masuk ke dalam bilik hotel semula langsung mencari kelibat gadisnya, Joohyun.

"Joohyun? Awak tengah mandi ke sayang?" secara tiba-tiba seseorang menyergahnya dari belakang sehinggakan Jimin terlempar telefonnya.

"Yah! Kamchagiya." Jimin mengurut dadanya perlahan. Hampir luruh jantung dibuatnya. Geli hati Joohyun melihat reaksi Jimin.

"Hehe saja nak terkejutkan. Janganlah marah." Keluhan terbit dari bibir Jimin.

"Ya saya tak marah. Nak tercabut jantung saya. Kalau tercabut tadi, awak nak pasangkan balik ke?" Joohyun mengetap bibir menahan tawanya. Pipi Jimin dicubit lembut.

"Awak dah call isteri awak eh tadi?" wajah Jimin kembali muram.

"Jangan cakap pasal dia. Awak lapar tak? Saya nak orderkan makanan untuk hantar ke bilik." laju Joohyun mengangguk.

"Saya nak makan pasta!", jawab Joohyun riang. Jimin mengusap rambut Joohyun lembut.

"Okay saya order nanti."

+++

Sedang Jaemin bermain air pantai di kawasan tengah laut, Sarah sekadar duduk di pinggir. Hanya kakinya sahaja yang terkena air laut. Jarinya lincah melakarkan sesuatu di pasir.

"Sarah! Kata nak main air. Sini lah!" Sarah menoleh ke arah Jaemin yang melambai mengajaknya bermain air laut. Tulisan itu Sarah biar sahaja di situ menunggu ombak menghapuskan tulisan tersebut. Perlahan Sarah bangun memandangkan kakinya masih sedikit sakit. Langkah demi langkah Sarah atur ke dalam air menuju ke arah Jaemin.

Namun, akibat ombak yang datang dengan laju membuatkan Sarah terjatuh. Wajahnya sudah basah dengan air laut. Cepat-cepat Jaemin mendapatkan Sarah.

"Sarah okay tak?" Sarah mengangguk kecil dan bangun dengan bantuan Jaemin.

"Dah. Pergi main air. Jaemin tengokkan Sarah. Hati-hati. Hanyut dibawa ombak nanti, gelabah Jaemin nak kejar." kata-kata Jaemin dibalas anggukan kecil dari Sarah.

Dari kejauhan beberapa meter, Jaemin memerhati Sarah yang tertawa kecil bermain air ombak. Bibirnya turut tersenyum melihat wajah gembira Sarah.

"Kalau Jaemin lebih awal masuk meminang Sarah dulu, mungkin hidup Sarah akan lebih bahagia. Tapi Jaemin tak kisah kalau Jaemin tak dapat memiliki Sarah. Yang penting, Sarah bahagia. Itu je Jaemin nak."

R A M A D H A N – 21
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Tertawa kecil Sarah melihat Jaemin yang terlelap di meja semasa bersahur. Mereka bersahur di gerai-gerai berdekatan hotel sahaja. Mulut Jaemin sedikit comot kerana makan dalam keadaan mamai.

"Jaemin." terhinjut bahu Jaemin mendengar panggilan Sarah.

"Y-ya?" tisu dihulur Sarah kepada Jaemin.

"Mulut tu comot. Makan lah elok-elok." Jaemin mengelap bibirnya yang kotor. Malu pula Jaemin kerana makan dengan comot.

"Jaemin.. harini kita balik lah. Sarah risau pulak nak tinggal rumah lama-lama. Takut kalau Jimin ada balik." Jaemin mengangguk faham. Dia tahu yang Sarah masih risaukan Jimin walaupun yang sepatutnya dirisaukan adalah keadaan Sarah.

"Kalau apa-apa jadi kat rumah, call Jaemin. Takpun call polis terus." Sarah mengangguk kecil sambil tersenyum. Sungguh dia bersyukur yang Jaemin masih ada untuk mengambil berat terhadapnya dikala orang lain mengabaikannya.

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Jimin." Jimin yang sedang membutang baju kemejanya mengalihkan pandangan kepada Joohyun yang memanggilnya.

"Ya?"

"Saya duduk dekat hotel je tau harini. Perut still sakit." Jimin mengangguk faham.

"Ya memang saya nak mintak awak duduk hotel je. Kasihan awak sakit. Lagipun, harini saya kena banyak keluar pejabat. Nanti awak penat pulak." Joohyun tersenyum kecil. Syukur Jimin memahami keadaannya.

"Kerja baik-baik tau! Semangat buat kerja. Nanti jangan lupa lunch." Jimin terdiam sebelum mengangguk kekok. Keluar sahaja Jimin dari bilik hotel, wajahnya diraup. Keluhan terbit dari belahan bibir jejaka itu. Betul ke apa yang dia lakukan? Kenapa dia merasa tidak tenang? Soalan itu kerap bermain di fikirannya.

"Mungkin.. aku perlu kahwin semula dengan Joohyun. Aku dapat rasakan yang semua ni tak patut aku buat. Tidur sebilik dengan perempuan yang tak ada pertalian langsung."

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Miaw !" Sarah mengusap lembut kepala kucing kesayangannya itu. Makanan untuk Oyen diletakkan di dalam bekas lalu diberi kepada Oyen yang kelaparan.

"Kesian Oyen tak makan semalam. Maafkan kite tau tak balik. Lain kali kite tak buat dah. Kalau kite nak gi mana-mana, kite bawak Oyen. Okay?"

"Kau nak pergi mana lagi?" terhinjut bahu Sarah yang sedang mengusap kepala kucingnya mendengar balasan seseorang.

"A-ah takde lah. Bercakap dengan Oyen je." dingin sahaja wajah Jimin ketika itu. Jimin terpaksa pulang seketika untuk mengambil barang kerjanya. Sarah bangkit dan berdiri dari lantai. Tiba-tiba Jimin yang menapak ke arahnya membuatkan Sarah terundur ke belakang.

Sarah bersandar di dinding apabila Jimin semakin mendekat. Pedih luka di kakinya membuatkan Sarah berdesis sedikit. Pandangan Jimin beralih ke arah kaki Sarah yang berbalut.

"Kaki kena apa?"

"Tercalar sikit semalam." ketawa sinis kedengaran. Terkebil-kebil Sarah melihat Jimin.

"Sebab main kat pantai semalam hm?" Sarah masih bingung. Jimin terus meninggalkan dapur dan naik ke tingkat atas untuk mengambil barangnya.

"Aku ada buat salah ke? Macam mana Jimin tahu aku pergi pantai semalam? Dia balik ke?" sebaik mendengar Jimin yang menapak turun dari tangga, Sarah langsung mengejar Jimin. Kakinya dibiarkan sahaja sakit sedikit semasa mengejar Jimin. Tangan Jimin ditarik Sarah untuk menahan Jimin seketika.

Namun, pegangan itu Jimin tepis kasar. Sarah sedikit tersentak.

"Nak apa?"

"A-awak balik tak untuk berbuka nanti? Kalau balik.. saya masak macam biasa. Kalau tak, saya nak masak maggie je. Barang dapur tak banyak." tergagap-gagap percakapan Sarah akibat gentar dengan sisi Jimin yang dingin.

"Tak. Jadi berseronok lah dengan jantan lain bila aku tiada hm?" pintu ditutup Jimin kuat sebaik sahaja keluar. Terhinjut bahu Sarah mendengar pintu yang dihempas Jimin kuat. Serentak dengan itu, air matanya bergenang. Berseronok dengan jantan lain? Siapa yang berseronok sekarang ni?

Cepat-cepat Sarah mengelap air matanya. Entah mengapa semenjak dua menjak ini Sarah sangat senang menangis.

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Baguslah awak sayang. Nampak Jimin marah betul bila nak call Sarah. Awak hantar gambar tu tepat pada masanya." Yoongi tertawa kecil apabila mendapat pujian dari gadis kesayangannya itu.

"Plan esok macam mana?" Joohyun tersenyum sinis memikirkan perkara yang akan mereka lakukan esoknya. Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama pemanggil telefon itu menbuatkan dahi Joohyun berkerut hairan.

"Kenapa sayang? Siapa call?" nama Sarah yang tertera di nama pemanggil itu ditunjukkan Joohyun. Panggilan tersebut diangkat Joohyun.

"Hello?"

"H-hi Joohyun. Boleh.. kita jumpa?" makin hairan lah Joohyun. Risau juga jika Sarah menyerangnya. Yoongi membisikkan apa yang patut dijawab Joohyun di telinga gadis itu.

"Jumpa? Boleh. Kita jumpa kat cafe okay?"

"Okay.. Thanks."

+++

Sarah menggosokkan kedua-dua tangannya tanpa gementar. Sedang menunggu kedatangan Joohyun, Sarah terlihat Yoongi yang melintasi cafe tersebut. Jantungnya berdegup pantas kerana sedikit panik. Syukur kelibat Yoongi itu hilang begitu sahaja selepas dia melintasi cafe tersebut.

Tidak lama selepas itu, Sarah melihat Joohyun yang memasuki ke dalam cafe tersebut. Tempat duduk di hadapan Sarah diambilnya.

"Hi Sarah. Ada apa nak jumpa saya?" Sarah menunduk seketika mengambil nafas.

"Saya nak tanya tentang Jimin. Awak dan Jimin.. dah kembali bersama ke?" wajah Joohyun langsung berubah sedih.

"Saya minta maaf.. tapi apa yang awak sangkakan tu benar." hati Sarah kian berkecai sebaik mendengar jawapan dari Joohyun itu. Matanya dipejam seketika. Dia tidak mahu menangis di hadapan Joohyun.

"Kalau macam tu.. awak jaga dia baik-baik. Tapi seeloknya, awak ajak lah Jimin berkahwin. Saya taknak orang pandang serong pada awak berdua sebab sering berjumpa tapi takde pertalian apa pun antara satu sama lain." Sarah bangkit dari kerusi cafe untuk pulang. Namun Joohyun terlebih dahulu menahannya.

"Eh Sarah. Duduklah dulu. Pesan lah air ke apa. Harini saya belanja." laju Sarah menggeleng.

"Maaf. Tapi lain kali boleh? Saya rasa kurang sihat harini. Lain kali kalau awak ajak, saya akan ikut kalau tak ada hal." Joohyun mengangguk sambil tersenyum senget. Dia membiarkan sahaja Sarah yang beredar itu. Setelah Sarah hilang dari pandangan matanya, bibirnya tersenyum sinis.

"Kasihan. Tapi nak buat macam mana kan?" tawanya kedengaran sinis sekali ketika itu.

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Bingung Sarah apabila melihat nama pemanggil yang terpapar di skrin telefon.

"Jimin?" panggilan tersebut dijawab.

"Assalamualaikum–"

"Kenapa jumpa dengan Joohyun?! Kau ada rancang nak sakitkan dia ke apa?!" hampir terlepas telefon dari tangan Joohyun akibat kaget.

"T-tak. Saya langsung takde niat–"

"Jangan berani nak dekat dengan Joohyun lagi." panggilan tersebut sudah dimatikan sebelum Sarah sempat jelaskan apa yang berlaku. Sarah sekadar beriak biasa seakan sudah menjangkakan perkara itu. Walaupun hatinya berkecai, tiada satu pun air matanya mengalir lagi.

"Meow!" ngiauan kucingnya itu menyedarkan Sarah dari lamunannya.

"Ya sayang." kucing itu didukungnya.

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Mi segera sudah dimasak memandangkan masa yang berbaki sebelum waktu maghrib masuk hanyalah 5 minit lagi. Baru sahaja Sarah ingin mencapai sudu dan garfu, telefon Sarah yang berada di ruang tamu berdering. Berkerut dahi Sarah.

Langkah kakinya diatur ke ruang tamu lalu telefonnya yang berdering dicapai. Ternyata ianya Jaemin.

"Assalamualaikum Sarah."

"Waalaikumussalam.", jawab Sarah sepatah.

"Dah nak berbuka ni. Sarah masak apa je? Berbuka dengan Jimin ke?" Sarah tersenyum senget mendengar nama Jimin yang disebut Jaemin.

"Sarah masak macam-macam lauk harini hehe. Jimin pun ada kat sini. Jaemin? Dah balik kerja ke?"

"Jaemin berbuka kat tempat kerja je hehe. Ada kerja belum siap. Berbuka nanti makan banyak-banyak okay? Biar dapat banyak tenaga." Sarah tersenyum senget melihat semangkuk mi segera kosong yang hanya dimakan dengan kuah sahaja.

"Ya.. Jaemin pun. Jangan kerja banyak sangat. Nanti sakit badan tu. Sarah letak panggilan dulu tau."

"Okay Sarah. Assalamualaikum." sebaik panggilan ditamatkan, azan mula berkumandang. Sebiji kurma dihabiskan Sarah terdahulu sebelum air diteguk.

+++

Jaemin meregangkan tubuhnya yang kebas akibat duduk lama di pejabat sehingga malam. Segala kerjanya sudah disiapkan seharian itu.

"Waa boleh balik." barangnya di meja itu dikemas sebelum Jaemin keluar dari pejabatnya. Jaemin pada mulanya ingin terus pulang sahaja dan makan di rumah. Namun perutnya ketika itu sudah berkeroncong. Nak tak nak, Jaemin perlu singgah ke kedai makan berdekatan.

"Encik nak pesan apa?"

"Jajangmyeon hehe." pesanan diambil pelayan itu sebelum dia beredar dari meja Jaemin. Bahu Jaemin yang kelenguhan akibat bekerja lebih masa itu diurutnya sendiri. Sedang menunggu pesanannya sampai, Jaemin terlihat seseorang di luar kedai.

Ianya Jimin.

Berkerut dahi Jaemin. Bukan Sarah beritahu yang Jimin pulang ke rumah ke?

Selang beberapa saat, muncul Joohyun yang datang lantas mendakap tubuh Jimin erat. Jimin turut kelihatan membalas pelukan itu. Terkebil-kebil Jaemin melihatnya.

"Sarah.. tipu aku?"

"Sayang. Saya nak ke tandas awam sekejap sebelum balik. Awak tunggu kat kereta ya." Joohyun mengangguk pantas sambil tersenyum kecil. Kucupan sekilas dihadiahkan Joohyun di pipi Jimin. Pipi Jimin serta merta kemerahan apabila mendapat kucupan tersebut. Joohyun langsung beredar ke kereta sambil berlari anak.

Keluar sahaja Jimin dari tandas awam selepas membuang hajatnya, wajahnya ditumbuk kuat oleh Jaemin. Terduduk Jimin di lantai jalan kerana sedikit pening.

"Kau buat apa kat sini? Dah kenapa tumbuk aku tiba-tiba? Kau tak betul ke apa?" Jimin bangun semula dan berhadapan dengan Jaemin.

"Kenapa aku kat sini? Aku yang patut tanya kau soalan tu. Kau buat apa? Keluar dengan perempuan lain? Kau suami siapa sebenarnya?" sinis suara tawa Jimin kedengaran.

"Lah bukan aku yang mula dulu. Sarah yang mula dulu. Berpelukan dengan lelaki lain waktu aku nak lawat dia kat tempat kerja. And.. Aku fikir harini dia nak luangkan masa dengan kau lagi kan. Haha. Biasalah. Jantan keliling pinggang. Apa salahnya kalau aku pun nak curang?" tubuh Jimin ditolak kuat pada dinding.

"Oh kau nampak Sarah dengan lelaki lain. Then kenapa tak sergah? Kau fikir apa yang kau nampak dari jauh tu semua betul? Aku sergah kau sebab aku nak tahu kebenaran. Kalau ikutkan, aku boleh je tangkap gambar kau berdua tengah berpeluk cium tadi and then send dekat mahkamah sebagai bukti untuk Sarah tuntut penceraian. Tapi aku tahu Sarah masih sayangkan kau! Apa yang kau tahu, hanya pandang sesuatu situasi dengan sebelah mata sahaja. Kenapa tak siasat? Oh kau kan busy dengan bercinta dengan perempuan bekas bini kau tu. Mana kau nak ambil kisah pasal Sarah kat rumah! Sarah beritahu aku yang kau balik rumah sebab taknak bagi aku risau tentang dia. Aku fikir kau akan nampak effort dia dalam jaga aib kau. Tapi kau sendiri tak jaga aib sendiri kan. Memalukan diri sendiri!"

Pang !

Berdesing telinga Jaemin apabila ditampar oleh Joohyun.

"Apa kau buat kat Jimin!? Kau siapa?!" Jaemin mengetap bibirnya.

"Jangan masuk campur. Ini hal aku dengan Jimin."

"Sudahlah. Ini pilihan aku. Aku yang pilih untuk curang. Jadi kau jangan sibuk." kata-kata Jimin itu membuatkan Jaemin tersenyum sinis.

"Okay then. Ceraikan Sarah kalau macam tu." lidah Jimin kelu secara tiba-tiba.

"Kalau kau dah taknak kat Sarah, jangan sakitkan dia. Dia pun ada hati dan perasaan. Bukan kau je." Jaemin langsung beredar pulang tanpa menghiraukan pesanannya di kedai tadi.

"Ya tuhan. Muka awak dah lebam." Jimin hanya senyap apabila Joohyun membelek wajahnya yang ditumbuk Jaemin sebentar tadi. Mungkin masih bingung dengan perasaan sendiri?

- To Be Continue -
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Ya aku tau chapter ni panjang tetibe–

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro