Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RWD5

R A M A D H A N – 6
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Aku dan Joohyun dah bercerai. Dan firasat aku mengatakan dia akan kacau hidup kau. Jaga diri kau dan isteri kau. Kau tahu kan apa maksud aku?" Jimin meramas kasar rambutnya. Bermacam perkara bermain di fikirannya. Dia risau jika Joohyun bakal apa-apakan Sarah yang tidak tahu apa-apa.

"Jimin?" terhinjut bahu Jimin apabila dipanggil Sarah. Hairan Sarah melihat Jimin yang masih termenung di katil.

"Awak tak kerja harini? Biasa pukul 8 pagi awak dah gerak. Ni dah jam 8.10 awak masih termenung ni kenapa?" Jimin mengetap bibirnya. Pinggang Sarah didakapnya. Berkerut dahi Sarah.

"Saya ambil cuti lah harini. Kita duduk rumah je harini."

"Tapi–" tak sempat Sarah membalas, tubuhnya sudah ditarik Jimin sehingga terbaring di katil. Mulakan pagi anda dengan tidur semula!

+++

Rambut Sarah yang sedang tidur diusap-usap Jimin. Nyenyak betul gadis itu tidur. Langsir bilik masih belum dibuka sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Jimin betul-betul mahu habiskan harinya dengan berehat dan tidur. Akibat bosan yang teramat, Sarah yang masih tidur itu dikejutnya.

"Sarah. Oh Sarah. Jom tengok movie kat bawah." Sarah meraup wajahnya sebaik sedar dari tidur.

"Aaaa ngantuk." Sarah tertawa kecil melihat Jimin yang mencebik.

"Ha jom jom."

Sarah yang ingin duduk sahaja di sofa ditarik Jimin untuk baring bersama.

"Awak nak tengok movie ke nak tidur?"

"Dua-dua." wajah Jimin dibenamkan pada leher Sarah.

"Lantak awak lah. Kejut orang kata nak tengok movie. Memang tengok pun. Dalam mimpi." tangan Sarah yang laju menekan alat kawalan televisyen ditahan Jimin. Alat kawalan tersebut diambil Jimin sebelum filem yang bergenre seram dipilihnya untuk ditonton.

"Bulan puasa tapi nak tengok cerita seram." Jimin tertawa kecil.

Sebaik filem dimulakan, Sarah awal-awal lagi sudah menarik selimut. Risau hantu keluar secara tiba-tiba mungkin?

"Eh tarik-tarik selimut pulak. Cerita hantu je kut. Bukan betul." lalu dengan sewenang-wenangnya selimut milik Sarah dicampak Jimin ke lantai. Bibir Sarah langsung dicebikkan. Dia tahu Jimin sengaja ingin mengusiknya.

Tidak sampai setengah jam, hantu sudah mula memunculkan diri di dalam filem tersebut. Sarah menutup matanya pantas kerana takut. Dia juga terjerit kecil akibat kejutan tersebut.

"Takut ke?" tanya Jimin sengaja mengusik gadis itu. Alat kawalan tv dicapai Sarah pantas sebelum tv tersebut dimatikannya.

"Ey dahlah. Malas nak tengok movie dengan awak." Sarah yang ingin bangun dari sofa ditahan Jimin.

"Merajuk ke?" Sarah hanya diam. Jimin menggeleng kecil sambil tersenyum.

"Saya usik sikit dah merajuk. Sini baring." Sarah menjeling Jimin.

"Tak penat ke tidur? Kan makruh tidur lama-lama waktu puasa."

"Saya ajak baring je. Bukan tidur." Sarah masih mencebik tanda tidak puas hati. Akhirnya Jimin menarik Sarah ke duduk di ribanya.

"Harini nak berbuka apa? Saya masak."

"Makanan." pipi Sarah dicubit Jimin sambil menahan tawa.

"Sayang. Readers dah complain jawapan kita asyik sama je." Sarah menjeling Jimin sebelum membalas.

"Laksa." Jimin tertawa kecil. Baru sahaja Jimin mahu baring semula, Sarah mengambil tempat di sebelah Jimin.

"Em nak tanya boleh?" terangkat kening Jimin mendengar soalan Sarah.

"Tanyalah."

"Bekas isteri awak dulu.. cantik tak?" Jimin tertawa kecil.

"Haah. Cantiklah. Lagi cantik dari awak. Kenapa tanya?" Sarah menundukkan wajahnya.

"Kalau satu hari dia datang balik, awak akan terima dia?" nafas panjang ditarik sebelum Jimin bertindak untuk menolak Sarah baring bersama.

"Saya taknak berjanji sebab saya takut saya akan mungkiri. Tapi saya akan cuba.. untuk tidak terjatuh cinta pada dia balik." Sarah tersenyum senget. Dia pasti bekas isteri Jimin bakal jadi saingan paling besar dalam hubungan rumah tangga mereka.

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Nak keluar tak ajak." berkerut dahi Sarah memandang Jimin yang sedang memeluk tubuh di hadapan pintu.

"Manalah saya tau awak nak pergi. Lagipun saya nak beli barang dapur je."

"Saya nak ikut jugak." baju hoodie dan seluar jeans dicapai Jimin.

"Dahlah saya tunggu bawah." Jimin hanya melihat Sarah yang beredar keluar dari bilik. Bukan apa. Dia mahu menghabiskan masanya bersama Sarah sementara dia tidak sibuk.

"Jadi awak nak pergi pasaraya mana?" enjin kereta dimulakan Jimin sementara menunggu jawapan dari Sarah.

"Mana-mana je. Janji pasaraya." berkerut dahi Jimin.

"Kalau awak pergi sendiri dengan taxi, awak akan cakap macam tu ke?"

"Not gonna lie, haah. Hehe manalah saya tahu ada pasaraya apa kat sini." Jimin sekadar tertawa kecil sambil kepalanya menggeleng perlahan. Jarang keluar rumah ke apa–

+++

5 bungkus keropok makanan ringan diambil Sarah dan diletakkan di dalam troli.

"Banyaknya keropok. Puasa ke tak ni?" Sarah menjeling Jimin tajam.

"Biarlah saya nak beli apa. Duit saya." pipi Sarah dicubit Jimin.

"Menjawab pulak. Letak balik lagi 3 keropok. Beli dua je." Sarah membuat pekak sahaja dan menolak troli meninggalkan Jimin.

"Ha elok lah tu. Lawan cakap suami." kata Jimin sambil memeluk tubuhnya.

"Saya beli keropok nak makan malam ke bila tengok drama. Saya beli pun nanti awak makan jugak." dua paket besar ramen diambil Sarah juga dan diletakkan di dalam troli.

"Ramen pulak? Ramen kan makanan segera. Tak elok." Ramen yang diambil Sarah itu diletak Jimin semula.

"Awak dah kenapa sebenarnya? Semua benda yang saya ambil awak letak balik." troli mereka yang masih kosong dilihat.

"Betul lah apa saya cakap. Semua makanan yang awak ambil tak berkhasiat."

"Masalahnya, saya ambil susu pun awak letak balik. Saya ambil roti pun awak letak balik. Awak nak saya beli apa sebenarnya? Saya yang nak shopping ke awak?" sekali lagi Jimin ditinggalkan Sarah. Mahu saja Sarah beredar pulang kerana geram akan Jimin. Namun dia perlu membeli makanan memandangkan barang dapur sudah mula kehabisan.

Setelah ambil apa yang patut, barulah Sarah perasan sesuatu. Jimin sudah tiada dengannya. Dia fikir Jimin akan mengikutinya dari belakang.

"Haish mana pulak Jimin ni." baru Sarah memerhati sekeliling mencari kelibat Jimin, datang seseorang menegur Sarah.

"Hi Sarah." Sarah terus menoleh ke arah pemanggil.

"Eh kita jumpa lagi." Sarah tersenyum kecil melihat Jaemin yang turut membawa troli.

"Sarah datang seorang ke?" Sarah menggeleng.

"Datang dengan Jimin. Tapi dia hilang lah pulak." dari jauh, Jimin memerhati Sarah dan Jaemin yang berbual dengan mata yang disepetkan. Di tangannya terdapat beberapa buah-buahan yang diambilnya untuk dibeli.

"Jaemin kacau Sarah beli barang ke? Sorry. Jaemin sengaja tegur sebab nampak Sarah tadi."

"Hehe mana ada kacau. Lagipun tinggal nak bayar je ni." Jimin melihat mereka dengan wajah cemberut. Akhirnya Jimin mendekati mereka berdua yang sedang bersembang.

"Sarah. Ni buah." Sarah menoleh ke arah Jimin yang datang bersama beberapa jenis buah di tangannya. Bukan buah tangan nyah–

"Hm letak jelah. Dah jom bayar. Bye Jaemin." Jimin masih berwajah cemberutnya tanda tidak puas hati. Dia sangka Sarah akan kenalkan dirinya pada rakannya.

"Awak suami kepada Sarah kan? Selamat berkenalan. Saya Jaemin." Jimin sekadar menyambut tangan Jaemin ketika Jaemin menghulur tangan tanda salam perkenalan.

"Selamat berkenalan juga. Saya Jimin."

+++

Semasa perjalanan mereka pulang ke rumah, tiada sesiapa yang memulakan percakapan. Masing-masing seakan marah antara diri masing-masing.

Sarah masih marah kerana Jimin mengacau aktivitinya membeli belah dan Jimin masih tidak puas hati kerana Sarah tidak memperkenalkan diri Jimin pada rakannya. Maka sampai bila-bilalah bergaduh ya.

Sesampai mereka di rumah, Jimin menolong Sarah membawa barang yang dibeli masuk ke rumah tanpa bercakap apa-apa. Tak. Salah siapa sekarang ni–

Lupa. Perempuan kan selalu betul–

Aku yang marah, dia pulak masam muka. Tak sedar salah sendiri ke apa?

Sesudah membawa barang masuk, Sarah beredar ke bilik untuk menukar pakaian. Jimin pula masih di ruang tamu tingkat bawah menonton berita di televisyen.

Sarah merebahkan tubuhnya di katil. Jam tangannya dikerling seketika. Lah baru jam 3.30. Tidur dulu lah. Dan sekelip mata gadis itu terlelap.

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Berkerut dahi Sarah yang baru sedar bahawa langit sudah gelap. Dia baru sahaja terbangun dari tidurnya. Sangkaannya cuma mungkin hari mahu hujan. Langkah kakinya diatur ke tandas untuk mengambil wudhu bagi solat asar.

Sesudah solat asar, barulah Sarah mencapai telefonnya untuk melihat jam.

"Allahu dah pukul 6.30?!" berlari Sarah turun ke dapur kerana lupa untuk memasak juadah berbuka. Baru sahaja tiba di dapur, kelihatan makanan sudah siap dimasak di atas meja.

"Lambat bangun." Sarah menoleh ke belakang melihat ke arah Jimin yang baru masuk ke dapur. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Sorry. Terlelap."

"Dah solat belum?" Sarah mengangguk tanda sudah. Jimin sekadar tersenyum senget. Lengan bajunya yang disingsing ke siku diturunkan semula.

"Hidangkan makanan." kata Jimin sebelum beredar ke bilik. Sarah mula pelik. Jimin masih marah. Tapi sebab apa?

Jimin menukar pakaian sebelum menapak ke bilik kerjanya. Dia melakukan beberapa kerja sementara menunggu waktu berbuka.

Seusai Sarah menghidangkan makanan yang dimasak Jimin, Sarah naik ke tingkat atas untuk mencari Jimin. Bilik kerja Jimin diketuk Sarah sebelum masuk.

"Jimin." Jimin tidak membalas.

"Boleh saya nak bercakap dengan awak?" Jimin yang memakai kaca mata itu sedikit pun tidak menoleh ke arah Sarah. Sarah mengetap bibirnya. Akhirnya Sarah masuk juga. Namun, semasa berjalan ke meja Jimin, dia sudah terjatuh di tengah jalan akibat tersadung kakinya.

Pada mulanya, Jimin menoleh seketika ke arah Sarah. Melihat Sarah yang tidak cedera, Jimin meneruskan kerjanya semula.

Aish tak jadi pulak taktik aku.

"Awak. Awak marah kat saya ke?" tanya Sarah sambil mencebik di hadapan meja Jimin. Mahu duduk, tiada kerusi lah pula di situ. Mencangkung sajalah mampu.

"Sorry. Walau apa pun salah saya, saya minta maaf." sama seperti tadi, Jimin tidak membalas. Jimin tidak main-main kalini. Dia benar-benar merajuk.

"Ce bagitahu apa yang buat awak marah? Sebab saya tak dengar cakap awak waktu shopping? Sebab saya beli banyak barang? Ke sebab makanan saya banyak tak berkhasiat?" Jimin masih meneruskan kerjanya seperti tidak mendengar apa yang ditanya Sarah. Tiba-tiba Sarah mula ingat sesuatu.

"Sebab Jaemin ke?" tersentak Sarah apabila pandangan Jimin pada kertas kerjanya tiba-tiba sahaja beralih memandang Sarah tajam. Seram nyah–

"Awak tak suka saya rapat dengan Jaemin?" pen yang digunakan untuk menulis itu Jimin hentak di meja.

"Kenapa awak tak kenalkan saya dengan Jaemin? Macam taknak saya kenal pun dengan dia." Sarah is tersentak part 2.

"Saya marah dengan awak waktu tu. Sebab tu saya nak cepat balik. Malas nak bergaduh dengan awak depan Jaemin. Sorry lah." bibirnya dicebikkan tanda rasa bersalah.

"Saya boleh maafkan awak. Tapi kiss pipi saya dulu." terangkat kening Sarah.

"K-kiss? T-tapi kan puasa–"

"Saya kata kiss pipi. Bukannya bibir." Jimin memeluk tubuhnya sambil keningnya diangkat-angkat. Suka pula dia melihat wajah gelabah+blushing milik Sarah.

"A-aaa l-lepas berbuka lah."

"Okay then. Saya sambung merajuk." Sarah mengetap bibirnya. Malu pula. Akhirnya Sarah bangun dari mencangkung dan mendekati Jimin. Jimin hanya menunggu ciuman permaafan dari Sarah sambil tersenyum nakal.

Ciuman permaafan-- tak rilek tul.

Bahu Jimin ditampar Sarah lembut.

"Janganlah senyum macam tu." mahu saja Sarah melarikan diri. Wajahnya benar-benar merah ketika itu. Sekelip mata, pipi Jimin dikucupnya lembut. Serentak Sarah mengucup pipi Jimin, azan berkumandang–

Masing-masing terkejut.

"Berbuka!"

R A M A D H A N – 7
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Sarah memandang sekeliling. Syukur Jimin sudah keluar pergi kerja. Perlahan gadis itu menapak ke dapur. Jam pada waktu itu masih lagi dalam pukul 2 petang.

Peti ais dibuka dan sekotak susu dicapai. Air itu diminumnya sambil duduk di hadapan peti ais di lantai.

Kebetulan pula Jimin pulang ke rumah untuk rehat seketika. Sebaik Jimin pulang, dia menuju ke dapur untuk membasuh wajahnya. Terkejut dirinya melihat Sarah yang sedang meneguk air susu di hadapan peti ais. Sarah juga terkejut sebaik menoleh dan melihat Jimin yang memandangnya.

"Sarah. Awak tak puasa?"

"P-period." Jimin menghela nafas lega. Dia fikir Sarah sengaja ponteng puasa.

"Cakap lah lain kali. Buat saya terkejut." Sarah tersengih kecil. Dia rasa bersalah sebenarnya untuk minum di kala orang berpuasa.

"Jimin. Petang nanti saya nak pergi rumah anak yatim kejab. Boleh kan?" satu kunci dihulur Jimin kepada Sarah.

"Gunalah motor ni. Ada kat garaj. Lupa nak beritahu. Tak payah awak nak bayar tambang teksi." Sarah mengangguk faham sambil tersenyum.

"Thankyou!"

+++

"Yun puasa?"

"Puasa!" Sarah tersenyum kecil. Akhirnya langkah kakinya diatur pada Ga-ram.

Nama dia Garam okay–

"Garam? Kenapa monyok? Puasa tak?" Garam menggeleng kecil.

"Eo? Kenapa?"

"Gastrik.." terangkat kening Sarah memandang anak kecil itu.

"Dah beritahu Puan Im?" Garam menggeleng lagi. Tangan Garam dicapai Sarah.

"Ikut noona pergi klinik ambil ubat okay?" Akhirnya Garam mengangguk setuju.

"Puan Im. Saya bawak Garam pergi klinik sekejab tau."

"Ah boleh je. Hati-hati." tanpa banyak soal, Puan Im memberi sahaja kebenaran kepada Sarah. Dia kenal Sarah orang yang macam mana. Ada budak sakit sikit je, dia bawak pergi klinik. Prihatin.

Sarah menolong Garam naik ke belakang motornya.

"Peluk noona okay? Nanti jatuh." Garam sekadar mengangguk sahaja.

Sedang dalam perjalanan menuju ke klinik, Sarah melalui suatu jalan kecil. Tiba-tiba ada seorang wanita melintas dihadapan mereka ketika Sarah melalui jalan itu.

"Allahuakbar!" nasib baik Sarah sempat menahan kakinya supaya motor tidak jatuh. Motor itu diparkir ditepi seketika.

"Ya allah cik? Cik okay?" wanita yang dilanggar Sarah itu Sarah bantu untuk dia bangun semula. Wanita tersebut kelihatan berumur dalam lingkungan 30-an.

"Maaf cik. Saya tak sedar cik lalu tadi. Salah saya juga bawak laju dekat jalan kecil." wanita itu menggeleng.

"Tak apa. Bukan salah awak. Saya yang melintas tiba-tiba." kotoran yang melekat di baju wanita itu disapu Sarah.

"Tapi saya yang langgar awak. Maafkan saya." tiba-tiba ada seorang anak kecil berlari ke arah wanita itu.

"Omma. Kenapa ni?"

"Omma jatuh sikit je. Terima kasih tolong saya. Saya pergi dulu." melihat wanita itu mahu beredar, Sarah menahannya.

"Cik. Boleh saya tahu.. nama cik?"

"Joohyun. Bae Joohyun." Sarah tersenyum kecil.

"Saya Sarah. Apakata awak berikan saya nombor telefon awak. Jadi saya boleh bayar ganti rugi sekiranya awak mengalami kecederaan sebab tadi."

.
.
.
.

Readers gelabah (՞ټ՞)

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Tadi masa saya nak bawak Garam pergi klinik, saya ada terlanggar seorang perempuan tau." berkerut dahi Jimin yang sedang mencapai baju kurta untuk pergi ke surau.

"Apa jadi? Dia cedera tak? Awak pun cedera tak?"

"Syukur masing-masing selamat. Tapi orang yang kena langgar tu saya tak pasti lah. Sebab dia macam sakit tapi taknak beritahu. Jadi saya ambil nombor dia. Mana tahu kalau dia nak beritahu yang sebenarnya dia cedera ke." Jimin mengangguk faham. Butang bajunya dipasang.

"Saya pergi surau dulu. Jangan tidur pulak."

"Eh kenapa tak boleh?"

"Saya nak kacau siapa kalau awak tidur?" Sarah tertawa kecil.

"Nak tidur jugak!" Jimin memandang Sarah geram.

"Sarah. Jangan sampai saya tak pergi surau pulak nanti sebab taknak bagi awak tidur."

"Hm balik cepat! Kalau tak saya tidur." tiba-tiba Jimin mendekati Sarah. Sarah mula pelik.

"Jimin. Batal air wudhu awak nanti."

"Siapa cakap saya dah ambil wudhu?" bibir Sarah dikucup Jimin sekilas sebelum Jimin berlari keluar.

"Jimin!!" wajah Sarah tersangatlah kemerahan pada waktu itu. Ciuman pertamanya sudah dicolek duda Jimin!

- To Be Continue -
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro