Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RWD4

R A M A D H A N - 3
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Sebaik Jimin sedar dari tidurnya, terkejut dirinya melihat tubuh Sarah yang memeluknya sambil tidur dengan nyenyak. Pelukan Sarah itu Jimin leraikan perlahan supaya tidak mengejutkannya dari tidur. Memandangkan masih awal, Jimin mengambil keputusan untuk mandi terdahulu sebelum solat tahajud.

Sesudah Jimin mandi, rambutnya dilap dengan tuala kecil. Tuala besar sudah digunakan membaluti tubuhnya. Tiba-tiba, Sarah merasakan sesuatu merayap di kakinya. Dan dia kenal itu apa. Dalam keadaan mamai Sarah mengintai apa yang ada di kakinya.

"LIPASS." sekali dengan Jimin tersentak mendengar jeritan Sarah. Sarah langsung mendakap tubuh Jimin dan menangis. Ketakutan Sarah bukanlah biasa-biasa. Ketakutannya akan lipas itu ibarat Fobia. Katsaridaphobia.

Ada kawan yang takut lipas tu, tak payah lah usik dia. Dia sesak nafas astu mati sebab kau, nyesal haa (՞ټ՞)

"Ya allah. Biar saya halau dia. Lepas kejab." Sarah masih teresak-esak menangis. Luluh hati Jimin melihat gadis itu berada di dalam ketakutan. Lipas tersebut diambil Jimin dan dibuang ke luar tingkap.

"Awak okay tak?" Sarah mengangguk perlahan. Ada kalanya, Sarah merasa malu kerana mempunyai ketakutan pada lipas. Jimin menarik Sarah ke dalam pelukan.

"Sudah. Lipas tu dah pergi. Jangan risau. Saya ada." akhirnya tangisan Sarah mula redha.

"Terima kasih." sisa air mata di pipi Sarah dilap Jimin.

"Nak tahajud sekali tak? Kalau nak, saya tunggu." Sarah mengangguk tanda mahu. Bilik air ditujunya untuk mengambil air wudhu. Tiba-tiba Jimin tersedar.

Dia masih tidak memakai baju dan dia sudah mengambil wudhu selepas mandi. Tapi sebentar tadi-

Jimin mengeluh kecil sambil tersenyum.

Kisah lipas pun boleh sedramatik ini-

t i m e - s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Yeayyy Sarah unnie datang!!" tertawa Sarah apabila anak-anak yatim di tempat itu dengan riang menyambut kedatangannya.

"Ni semua puasa tak ni?"

"Puasa !!" serentak anak-anak kecil itu menjawab.

"Rajinnya! Orang yang rajin akan dapat apa?"

"Gula-gula!" Jimin tersenyum sendiri melihat Sarah yang seronok berjumpa anak-anak yatim di situ. Sarah sebenarnya datang seorang di rumah kebajikan anak yatim tersebut. Namun Jimin sengaja datang bersama untuk melihat Sarah.

"Eo ahjussi!!" tersentak Jimin apabila budak-budak tersebut menyedari kehadirannya disitu. Sarah menoleh.

"Masuk lah ahjussi." nak taknak, Jimin masuk juga kerana sudah diundang masuk.

"Awak buat apa kat sini? Kata kerja." soal Sarah hairan.

"Saja. Nak tengok awak." Sarah menggulingkan anak matanya. Cringe lah tu.

"Ha semua. Ahjussi ada berita baik."

"Apa dia ahjussi?!"

"Harini kita akan berbuka di kedai bersama-sama Sarah Unnie!" terangkat kening Sarah mendengar.

+++

"Alah unnie nak balik dah." anak-anak kecil itu mula mencebik. Mereka belum puas bermain bersama Sarah lagi.

"Sokay. Nanti waktu nak berbuka, unnie datang dengan ahjussi."

"Yeayyy!!" senyuman Sarah melebar melihat anak-anak kecil itu gembira.

.
.

Sarah menunggu taxi atau grab yang bakal melalui jalan tersebut. Dengan apa lagi dis boleh balik? Jimin sudah kembali ke tempat kerja awal lagi. Sedang menunggu, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan Sarah dan menurunkan kaca tingkapnya.

"Eo Sarah? Buat apa kat sini?" tanyanya.

"Tunggu teksi hehe."

"Nak balik ke? Alang-alang biar Jaemin hantarkan lah. Rumah Sarah pun satu laluan je dengan jalan nak ke rumah Jaemin." terangkat kening Sarah.

"Eh takpe ke?" Jaemin mengangguk memgiyakannya.

"Terima kasih." tempat duduk belakang diambil Sarah. Setelah Sarah masuk ke dalam kereta, Jaemin memulakan pemanduannya semula.

"Sarah dari mana? Rumah anak yatim lagi?" Sarah mengangguk.

"Woo dengar kata, Sarah baru kahwin kan? Selamat pengantin baru." senyuman senget terukir di bibir Sarah.

"Kirim salam dekat ibu ayah Sarah. Lama Jaemin tak nampak dorang. Dorang sihat tak?" Sarah terdiam. Lidahnya kelu.

"Sarah?"

"Omma dengan appa.. kemalangan beberapa hari lepas." terkejut Jaemin mendengar. Dia tidak tahu menahu langsung tentang berita ini.

"Macam mana dengan ibu ayah Sarah? Mian. Jaemin tak tahu."

"Omma dengan appa baru meninggal.. pada hari kemalangan jugak." empangan air mata Sarah akhirnya pecah.

"Astagfirullah. Maaf Sarah. Jaemin tak berniat nak ungkit hal ibu bapa Sarah. Jaemin tak tahu pun diorang kemalangan." Sarah menyeka air matanya yang mengalir deras. Jaemin merasa bersalah pula sudah membuatkan Sarah menangis. Sapu tangannya dihulur pada Sarah.

"Lap lah air mata Sarah. Jaemin pasti Sarah kuat. Sarah jangan sedih sedih okay?" bibirnya dipaksa untuk mengukirkan senyuman.

"Thanks Jaemin."

t i m e - s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Lepas tu apa jadi?" semangat Jimin mendengar cerita Sarah sambil baring bersama di katil.

"Budak tu menangis bila saya tepuk punggung dia sebab nak sapu habuk HAHAHA." tawa mereka terhambur. Jimin mengelap air matanya yang keluar kerana ketawa terlalu banyak. Kepalanya ditongkat.

"Tadi balik dengan siapa? Teksi?" Sarah menggeleng.

"Kawan ambil." berkerut dahi Jimin. Setahu Jimin, rakan-rakan Sarah tinggal jauh dari perumahannya.

"Siapa?"

"Jaemin."

"Lelaki?" Sarah mengangguk mengiyakan tebakan Jimin.

"Kawan sekolah awak ke?" sekali lagi Sarah menggeleng.

"Jaemin duduk dekat dengan rumah saya dulu. Tapi tempat kerja dia dekat-dekat sini. Kebetulan dia lalu, dia nampak saya tengah tunggu teksi. Dia ambil lah saya. Dulu dia crush saya." melihat Jimin yang muram, lantas Sarah tertawa. Pipi Jimin ditonyoh Sarah.

"Elelele crush saya dulu lah. Tapi saya tak ingat kenapa saya move on dengan dia. Tak silap saya sebab saya tahu dia couple dengan kawan saya." Jimin mengeratkan pelukan pada pinggang Sarah.

"Nakal hm?" telapak kaki Sarah digeletek Jimin sengaja.

"AAA GELLIIII." tiba-tiba Jimin baru tersedar.

"Eh dah pukul berapa ni? Terlewat pergi jemput budak-budak tu kang." jam dilihat mereka.

"Baru jam 5.30. Ambil dorang pukul 6.30." Jimin membetulkan posisi baringnya. Tubuh Sarah masih dipeluknya erat.

"Terima kasih sebab jujur dengan saya." berkerut dahi Sarah. Macam tibe tapi tak mengapa.

"Jujur tentang apa?"

"Pasal kawan awak lah. Tak semua perempuan akan jujur kalau ditanya soalan macam tadi." Sarah tersenyum senget. Apa-apa sajalah. Janji anda bahagia.

"Dahlah pergi mandi cepat. Balik pukul 4 tapi sampai sekarang tak mandi. Eee busuk." Jimin menutup hidung sambil membuat memek muka kerana ingin mengatakan Sarah berbau busuk.

"Eleh awak pun. Tak mandi lagi kan? Yeye saya nak mandi lah ni. Awak tu taknak lepaskan saya mandi." langsung Jimin tersenyum nakal.

"HAAA JANGAN NAK SENYUM MACAM TU. EEE SERAM." berlari Sarah masuk ke dalam bilik air. Tawa Jimin terhambur.

t i m e - s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Jimin. Baca doa." setelah doa berbuka puasa dibaca Jimin, mereka semua mula menjamah juadah yang tersedia. Jimin sudah awal-awal menyewa satu kedai makan tersebut hanya untuk memberi ruang kepada anak-anak yatim tersebut berbuka puasa bersama-sama.

"Jimin. Berapa banyak duit awak guna nak sewa kedai ni semua?" tanya Sarah ingin tahu.

"Takdelah mahal sangat. Kenapa?"

"Saya nak bayar jugak." laju Jimin menggeleng.

"Simpan lah duit awak tu. Tak apa. Saya buat semua ni pun dengan niat sedekah." Sarah memandang Jimin dengan pandangan tidak puas hati.

"Tahulah niat sedekah. Masalahnya saya pun nak sedekah jugak." sekali lagi Jimin menggeleng sambil tersenyum kecil.

"Tak apa. Kalini saya bayar semua." Sarah tersenyum senget. Akur sajalah.

R A M A D H A N - 5
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Mendengar bunyi penggera, seperti hari biasa, Jimin bangkit dari tidurnya. Tetapi, sesuatu agak pelik. Sarah tiada di sebelahnya. Nak kata di tandas, pintu tandas terbuka luas. Jimin bangun menuju ke tandas untuk membasuh muka terdahulu. Perlahan-lahan Jimin berjalan keluar dari bilik. Gelap sahaja laluan di hadapan bilik. Tiba-tiba Jimin mendengar suara tawa Sarah.

Sarah sleepwalking ke?

Ternyata, Sarah sedang menonton televisyen di ruang tamu. Haih. Buat risau sahaja.

"Sarah." tersentak Sarah yang menyuakan keropok di dalam mulutnya. Lantas gadis itu tersengih.

"Tak tidur ke semalam?" Sarah menggeleng perlahan. Jimin mengeluh perlahan.

"Cerita tu siang nanti boleh tengok. Kenapa nak berjaga demi tengok cerita?" Sarah hanya diam. Dia tidak mahu memanjangkan hal jadi dia memilih untuk mendiamkan diri.

Jimin hanya beredar ke bilik tanpa bercakap lagi. Haish Jimin merajuk ke? Televisyen dimatikan sebelum Sarah turut naik ke bilik. Kelihatan Jimin sudah mula solat. Perasaan bersalah terbit di hati Sarah. Adakah dia sudah mengecewakan Jimin?

+++

Sarah mencebik melihat Jimin yang berdingin dengannya.

"Kerja baik baik!" Jimin tidak membalas malah sekadar beredar keluar dari rumah tanpa banyak cakap. Lelaki kalau merajuk memang macam ni ek?

.
.

Sebaik Jimin membawa keretanya keluar dari perkarangan rumah, tawanya terhambur. Geli hatinya melihat wajah tidak puas hati Sarah. Sengaja dia ingin menguji Sarah. Mahu juga dia tahu bagaimana cara Sarah memujuk seseorang.

"Jimin... Merajuk ke?" Jimin menggeleng kepalanya menahan bibir dari tersenyum mengingatkan wajah Sarah ketika ingin memujuknya.

Tiba-tiba telefon milik Jimin berdering. Nama pemanggilnya dipandang Jimin lama. Akhirnya, dia angkat juga.

"Hi."

"Hi Jimin. Ah. Akhirnya aku dah tiba kat korea. Lama kan kita tak berjumpa? Lebih 5 tahun. Apa kata kita makan tengah hari sama-sama hari ni?"

t i m e - s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

"Kenapa kau tak order makanan?"

"Puasa." berkerut dahi Yoongi.

"Hm okay then. Kau tak rindu aku ke?" Jimin tersenyum senget. Kesakitan terdahulu masih berbekas di hatinya.

"Kau masih marahkan aku?" laju Jimin menggeleng. Perasaan marah itu sudah hilang. Cuma.. perasaan takut dikhianati sekali lagi wujud di sudut hatinya.

"Dengar kata kau baru berkahwin. Kau dah move on dengan-"

"Aku rasa tak perlu kut sebut nama dia kat sini." pantas saja Jimin memotong. Yoongi mengeluh kecil.

"Hidup kau sekarang macam mana? Semua baik-baik?"

"Alhamdulillah. Semua baik." jawab Jimin singkat. Yoongi akhirnya berhenti makan. Jimin sudah banyak berubah. Tak seperiang dahulu. Mungkin apa yang dilalui Jimin sudah banyak merubah kehidupan jejaka dihadapannya itu.

"Aku bukan sengaja nak ajak kau jumpa untuk borak kosong. Ada hal penting aku nak beritahu sebenarnya." dari awal lagi Jimin sudah tahu akan niat sebenar Yoongi.

"Aku nak kau berhati-hati."

+++

Nombor telefon milik Jimin direnung Sarah lama. Mahu telefon atau tak?

Telefon jelah Sarah. Bukan Jimin makan orang pun. Lagipun kan puasa. Haih tapi kalau Jimin sibuk macam mana?

Lebih satu jam Sarah merenung nombor telefon tersebut. Akhirnya Sarah membuat keputusan untuk menelefon Jimin. Baru sahaja butang untuk panggilan ingin ditekan, telefon itu sudah berdering dengan sendirinya.

"AAA JIMIN CALL JIMIN CALL." Sarah menggelabah. Adakah Jimin ingin memarahinya? Atau Jimin mahu meminta tolong? Panggilan dari Jimin diangkat.

"Assalamualaikum. Erm kenapa call?"

"Harini masak apa?" nada Jimin masih kedengaran dingin.

"Saya sendiri tak tahu nak masak apa sebenarnya. Sebab tu saya nak call awak. Tapi awak dah call dulu. Awak nak saya masak apa?" gemuruh Sarah menunggu jawapan dari Sang suami.

"Makanan." Jimin mengetap bibirnya berusaha menahan tawa.

"Y-ya saya tahu makanan. Nanti kalau tak kena dengan selera awak macam mana?"

"Hm. Spaghetti jelah." senyuman di bibir Sarah melebar.

"Okay! Nanti saya masak. Kerja elok elok hehe babaii!" cepat-cepat Sarah menamatkan panggilan. Malu pula-

t i m e - s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Azan akhirnya berkumandang. Doa dibaca sebelum mereka mula menjamu selera setelah berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

"S-sedap ke?" Jimin mengangguk perlahan. Sarah mengetap bibirnya. Kebiasaannya mereka akan bergelak sakan di meja sebelum berbuka. Tapi hari ini, mereka sekadar mendiamkan diri.

Aku perlu buat sesuatu.

"Kerja tadi macam mana? Mesti penat kan?" Jimin tidak membalas. Dia hanya fokus makan pada ketika itu.

"Malam ni tarawih kita jalan kaki tau. Lama sikit boleh jalan." sama seperti tadi, kata-kata Sarah diendah Jimin.

"Kalau taknak jalan kaki, saya bawak motor-"

"Sarah. Makan cepat. Nanti lewat solat maghrib." senyuman Sarah memudar. Haih. Dia cuma mahu mengajak Jimin bersembang. Tak mengapa lah. Mungkin waktu tak kena.

+++

Sarah sekadar berjalan di belakang Jimin menuju ke surau. Mahu saja Sarah berjalan sambil memeluk tangan Jimin. Namun dia takut sekiranya Jimin memarahinya. Siapa tahu kalau Jimin sudah mempunyai wudhu ke.

"Jimin. Merajuk lagi ke?" Jimin mengetap bibir. Geli hatinya mendengar suara sayu milik Sarah.

"Hm." Sarah berjalan di sebelah Jimin.

"Sorry kalau awak marahkan saya. Saya tahu awak marahkan saya sebab awak risaukan saya. Untuk kebaikan saya jugak. Maafkanlah saya. Saya tak ada teman nak bercakap kalau awak merajuk." Jimin tertawa kecil. Bahu Sarah dipeluknya.

"Sedihnya saya dengar. Saya tak merajuk pun lah. Saya nak tengok awak pujuk saya macam mana je. Penat saya tahan gelak tau bila awak pujuk saya." Jimin yang tertawa itu dijeling Sarah. Tangan Jimin dipeluk Sarah erat.

"Ha elok lah tipu-tipu. Bulan puasa pun nak menipu." hidung Sarah dicuit Jimin.

"Marah ke? Alolo comelnya sayang saya ni marah." Akhirnya cebikan Sarah bertukar juga menjadi senyuman lebar. Bahagia betul hidup. Namun, bahagia takkan kekal selamanya bahagia. *wink jahiliah*

- To Be Continue -
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

AAAA SELAMAT HARI RAYA ERM. WEH ANAK ANAK. TAKPE KE AKU STILL BUAT STORY NI EVEN DAH RAYA WEH AAAA. idea cerita ni pun datang lambat siaa SORRY WEH. MAAFKAN HAMBA. KOSONG II YA.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro