RWD3
R A M A D H A N – 1
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Lebih dari 1 jam Sarah hanya duduk di kerusi dan menangis. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan.
"Kedua-dua mangsa kemalangan tidak dapat diselamatkan."
Dia tak pernah menyangka perkara sebegitu bakal terjadi pada ibubapanya. Bulan Ramadhan baru saja bermula. Namun, dia sudah kehilangan kedua ibubapanya pada awal Ramadhan.
Omma.. Sarah tak kuat..
Tangisannya pecah sekali lagi. Jimin pula baru tiba dari bilik solat selepas solat tahajud. Matanya turut bengkak kerana menangis. Walaupun masa mereka kenal hanyalah seketika, Jimin sudah menganggap Puan Sahira dan Tuan Harif seperti ibubapa kandungnya sendiri. Jam tangannya dikerling. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Tempat duduk di sebelah Sarah diambil.
"Sarah. Kita pergi sahur dulu hm? Nanti kita datang sini balik." Sarah tidak menjawab. Tangisannya sudah berhenti. Namun, dia masih tidak sedia untuk bercakap dengan sesiapa. Tangan Sarah diraih Jimin.
"Yang dah pergi.. kita perlu relakan. Kehidupan tetap perlu diteruskan. Saya tahu awak kuat, sayang." mata Sarah mula berkaca-kaca mendengar kata-kata Jimin.
"Jam 8 pagi nanti nak pergi kubur Omma Appa kan? Pengebumian pagi nanti. Lepas sahur, awak tidurlah dulu. Saya tahu awak mengantuk. Jom kita pergi singgah kedai. Eh takpelah. Biar saya turun belikan makanan kat kedai. Awak duduk kat sini elok-elok. Jangan pergi mana-mana. Okay?" Sarah tidak membalas. Jimin mengukirkan senyuman senget.
"Saya pergi sekejab okay. Bye." perlahan-lahan Jimin mula beredar. Dia risau akan Sarah. Dirinya turut pernah merasakan perkara yang sama. Jadi dia faham apa yang dirasai Sarah.
+++
Sebungkus roti dan air kotak dihulur Jimin.
"Makan hm?" perlahan Sarah mengangguk. Roti itu dimakannya sedikit. Senyuman senget terukir dibibir Jimin. Bahu Sarah dipeluk Jimin dan diusapnya lembut.
"Makan cepat. Nanti sempat tidur. Masuk waktu subuh nanti saya kejut. Jangan risau. Saya tak tinggal awak." bahu Jimin menjadi tempat Sarah menyandarkan kepalanya. Setelah makan, Sarah terlelap sendiri di bahu Jimin. Melihat Sarah yang sudah terlelap, bahu Sarah ditepuk-tepuk Jimin perlahan untuk melenakan lagi tidur gadis itu.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Hey. Nak balik pukul berapa ni? Dah jam 2 petang. Takkan nak duduk kat sini sampai malam?" Sarah hanya diam. Kubur ibu bapanya direnung seketika. Senaskah Yaasin yang dipegangnya hanya dilihat tanpa dibaca. Keadaan Sarah yang tidak mahu bercakap dengan sesiapa lagi menambah risau Jimin. Telapak tangannya dilekapkan pada dahi milik Sarah.
"Sarah. Badan awak panas. Balik lah dulu. Lain kali kita singgah lagi." gadis itu tetap berdegil dan mendiamkan dirinya. Keluhan kecil terbit dari bibir Jimin.
"Saya terpaksa bawak awak balik. Kalau tak, sampai malam awak duduk kat sini." tangan Sarah ditarik untuk bangun. Sarah ingin menepis namun kudrat Jimin lebih kuat daripadanya. Akhirnya, Sarah hanya membiarkan dirinya ditarik Jimin.
+++
Setelah pulang, Sarah langsung tidak bertegur dengan Jimin. Apa yang dilakukannya hanyalah memerap di dalam bilik.
"Sarah. Saya nak pergi office sekejab ni. Sebelum berbuka nanti saya balik." tangan Jimin disalam Sarah sebelum Jimin beredar keluar dari bilik. Sesungguhnya, gadis itu tidak bersemangat lagi untuk melakukan apa-apa. Apa yang dia mahu hanya tidur dan mengharapkan perkara yang terjadi ini hanyalah mimpi.
Omma. Appa. Kenapa semua ni jadi tiba-tiba? Sarah masih terkejut dengan apa yang jadi. Semua ni tipu je kan?
Air matanya dikesat. Tekaknya merasa kering. Tanpa menunggu lagi, Sarah menapak ke dapur untuk mengambil air. Secawan air diteguknya tanpa sedar.
"Ya allah Sarah! Puasa!" tersentak Sarah bila mendengar teguran Jimin. Dia benar-benar lupa harini puasa. Sarah terkejut sehingga cawannya jatuh ke lantai dan pecah.
"S-Sarah lupa!" kaca di lantai dikutip Sarah. Jimin langsung mendapatkan Sarah yang mencangkung di lantai.
"Sarah. Sapu jelah kaca ni. Kalau tangan luka macam mana?" kaca yang dikutip Sarah diambil Jimin.
"Nasib saya masuk balik sebab tertinggal barang. Kalau tak, awak mungkin dah makan dah pun." Sarah hanya tertunduk kesal. Ada betulnya kata-kata Jimin tu.
"Pergi naik rehat. Kalau tak larat nak masak petang ni, call saya. Nanti saya belikan makanan." bibir Sarah diketap. Dia akur dengan arahan Jimin dan membiarkan Jimin mengutip kaca tersebut. Langkah kakinya diatur ke bilik semula.
Macam mana lah aku boleh lupa harini puasa.
Wajahnya ditekup. Malu!
+++
Walaupun Sarah merasa tidak sedap badan, dia tetap mahu memasak untuk juadah berbuka. Apa guna mempunyai skill memasak tetapi tidak memasak bukan? Sedang Sarah memasak, telefonnya berdering. Nama pemanggil yang tertera di skrin telefon dikerling.
"Sejak bila aku save nombor dia macam tu?" tertera nama pemanggilnya Abang Duda Hensem. Panggilan itu diangkat tanpa berfikir banyak.
"Assalamualaikum sayang. Awak masak ke?" terkebil-kebil Sarah mendengar panggilan sayang yang meniti di bibir Jimin.
"Waalaikumussalam. Hm saya masak."
"Lah baru ingat nak belikan makanan. Awak okay tak? Lemau je bunyi. Oh puasa. Patutlah lemau." geram pula Sarah mendengar ayat Jimin yang seakan berbaur perlian.
"Demam." sepatah saja jawapannya.
"Demam? Nak saya belikan ubat?" Sarah tidak menjawab. Berat betul mulut nak jawab panjang.
"Tak apa lah. Nanti saya belikan penadol. Saya balik dalam jam 6 rasanya. Kalau awak dah siap masak nanti, rehat tau. Saya taknak awak sakit. Terima kasih sebab masak. Assalamualaikum." akhirnya panggilan itu ditamatkan. Sarah sekadar tersenyum senget. Moodnya masih tidak menentu. Apapun, dia perlu siapkan juadah sekarang.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Namun, batang hidung Jimin pun masih belum kelihatan. Sudahlah kepalanya merasa berat dari jam 6 lagi. Mahu berjalan pun sedikit terhuyung-hayang.
Lantak kau lah nak balik ke tak. Yang penting, aku nak berbuka.
Ruang dapur ditujunya untuk mula menghidang makanan. Makanan yang sudah diletakkan di dalam mangkuk dan pinggan dihidang di meja makan. Tiba-tiba kepala Sarah merasa pusing. Pening yang teramat. Sarah duduk seketika untuk menghilangkan rasa pening.
Selepas beberapa minit, Sarah bangkit semula. Air cucian tangan ingin diambilnya. Namun, kerana peningnya makin bertambah, akhirnya Sarah rebah ke lantai. Air cucian tangan itu juga tertumpah.
"Assalamualaikum." suara Jimin yang baru pulang sayup kedengaran di telinga Sarah. Ya. Jimin baru sahaja pulang. Melihat lampu yang terpasang di dapur, Jimin menapak ke dapur terdahulu. Alangkah terkejutnya Jimin melihat tubuh Sarah yang terkujur di lantai.
"Sarah?" Sarah masih dalam keadaan separa sedar. Tubuh Sarah dicepung Jimin dan dibaringkan di sofa ruang tamu. Dahi Sarah dirasanya.
"Dah tahu sakit, puasa lagi. Berbuka lah. Makan ubat." secawan air diambil Jimin di dapur. Ubat yang dibelinya turut diberi pada Sarah.
"Makan cepat." Sarah menggeleng tidak mahu.
"Dah nak berbuka. Sempat lah tunggu." Jimin mengeluh kecil.
"Betul nak tunggu berbuka?" soalan itu Sarah balas dengan anggukan kecil.
"Maaf balik lambat. Kalau saya balik awal, boleh tolong awak masak. Awak duduk lah sini. Ada lagi 10 minit sebelum berbuka. Nanti saya bawak makanan ke sini bila berbuka." Jimin yang ingin beredar ditahan Sarah.
"Saya makan kat dapur je. Taknak susahkan awak." senyuman senget terukir di bibir Jimin. Jimin mengangguk faham sebelum pulang ke bilik untuk menukar pakaian.
.
.
"Allahu akbar Allahu akbar !" doa berbuka puasa dibaca Jimin sebaik sahaja Azan berkumandang. Setelah doa habis dibaca, bekas kurma diambil Jimin.
"Nah kurma." kurma yang dihulur Jimin disambut Sarah. Juadah berbuka yang dimasak Sarah dilihat Jimin.
"Mesti sedap kan awak masak?" Sarah sekadar melihat Jimin yang makan dengan enaknya.
"Lepas berbuka, makan ubat hm? Biar cepat sembuh." kepalanya diangguk perlahan. Jimin langsung tersenyum lebar bila Sarah sudah memberi respon pada kebanyakan soalannya.
"Sedap lah awak masak. Kalau saya bankrup nanti, awak boleh bukak kedai makan." Jimin yang tertawa itu dijeling Sarah.
+++
"Tak payahlah pergi tarawih. Awak tu tak sihat. Biar saya je pergi." Sarah memeluk tubuhnya sambil bibir dicebik. Mana pernah gadis itu tinggal tarawih di surau. Dia tetap mahu pergi.
"Saya cakap taknak dengar. Nanti awak sakit, siapa susah. Tak boleh jugak." air mata Sarah mula bertakung. Sudahlah degil. Main air mata pula. Terus Jimin mendapatkan Sarah yang berada di katil.
"Haih janganlah menangis. Buruk. Jom jom. Tapi harini tak boleh jalan kaki. Naik kereta dengan saya." sekali lagi Sarah memandang Jimin dengan wajah tak puas hati.
"Apa lagi?"
"Naiklah basikal." Jimin mengeluh kecil sebelum mengiyakan sahaja kehendak Sarah.
.
.
"Peluk lah. Kang jatuh pulak." Sarah mendengus sebelum memeluk pinggang Jimin.
"Orang taulah nak buat apa. Macam orang tak pernah naik basikal pulak." rungut Sarah perlahan namun ianya didengari Jimin.
"Orang risau kat dia. Dia marah orang balik." Sarah sekadar mencebik sahaja. Mahu balas, takut kalah pula. Kayuhan dilajukan Jimin supaya mereka sempat sampai ke surau sebelum azan isyak.
Sebaik tiba, orang sekeliling seperti biasa memandang Jimin dan Sarah seperti tidak pernah nampak orang.
"Sejak bila oppa jimin ada makwe weh"
"Aku dengar dorang dah kahwin."
"Tipu ah. Dia kan nak kahwin dengan ustazah."
"Dah banyak pahala sangat ke nak buang ni? Kerja mengumpat je." Jimin tertawa kecil melihat Sarah yang menegur sekumpulan perempuan yang sedang membawang.
"Sarah. Dah ada wudhu belum?" Sarah mengangguk tanda sudah ada. Tiba-tiba sahaja Jimin mencubit pipi Sarah lembut.
"Ambil lah balik hehe. Bye!" ucap Jimin sebelum berlari ke kawasan ambil wudhu lelaki.
"YAH JIMIN!"
Bergema suara Sarah menjerit geram. Semua orang sekeliling memandang Sarah pelik.
ALAH SUWIT JE EY EY *author broken*
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Tak boleh ke nak lawat kubur omma.." Jimin tetap menggeleng tidak memberi kebenaran. Bukan apa. Tapi sudah lewat malam.
"Masuk rumah sekarang. Esok lusa pulak. Dah lewat malam. Nanti sahur tak terbangun." Sarah masih berdegil dan bersila dihadapan rumah. Akibat geram, Jimin terus mencepung Sarah masuk.
"Aaa esok lusa tu bila." Jimin tidak menjawab. Tubuh Sarah diangkut sehingga ke bilik mereka.
Sape travel, aku santau.
"Dah, tidur. Nanti mengantuk nak sahur." baju kurta yang tersarung di tubuh dibuka untuk ditukar. Sarah menjeling Jimin yang bernyanyi-nyanyi seakan gembira kemenangan.
"Taknak tidur. Awal lagi." Jimin menoleh ke arah Sarah yang ingin menapak keluar.
"Ha keluar lah. Nanti tidur dengan lipas kat bawah. Kat bawah banyak lipas." wajah Sarah bertukar semakin masam.
"Tak habis-habis lipas. Padahal tak ada pun." baru sahaja Sarah ingin keluar, lipas sudah memunculkan diri di hadapan pintu bilik.
"AAA LIPAS." Sarah mendapatkan Jimin yang sedang memakai baju. Lantas gadis itu menyorok di belakang tubuh Jimin yang besar. Pinggang Jimin didakapnya tanpa sedar.
"Kan saya dah cakap. Taknak dengar." lipas itu dihalau Jimin keluar dari bilik. Itulah padahnya. Tak mendengar kata suami (❛ω❛)
"Hm yelah sorry." akhirnya Sarah merebahkan diri di atas katil dan mula tidur. Jimin tersenyum sendiri melihat karenah isterinya itu.
R A M A D H A N – 2
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Tepat jam 4 pagi, penggera telefon milik Jimin berbunyi. Jimin langsung bangun sebaik mendengar bunyi penggera tersebut.
"Omma.." pandangan Jimin teralih pada Sarah yang menangis di dalam tidur. Rambut Sarah diusap Jimin lembut sebelum tangannya dilekap pada dahi gadis itu.
"Alhamdulillah demam awak dah reda." wajahnya diraup untuk menghilangkan mengantuk sebelum langkah kakinya diatur ke tandas untuk mengambil air wudhu.
.
.
"Assalamualaikum.. warahmatullah." wajahnya diraup setelah selesai solat tahajud. Tergugat iman readers dengan duda Jimin ganteng ni–
Wajah Sarah direnung Jimin lama. Betul lah kata orang. Bercinta selepas kahwin lebih indah bukan? Rambut Sarah diusap lembut.
"Sarah. Bangun sahur." Sarah sekadar menutup wajahnya dengan tangan apabila Jimin membuka lampu.
"Ooo Sarah. Bangun cepat. Taknak sahur ke?" gadis itu mula bangun dari tidurnya namun matanya masih tertutup kerana mengantuk. Tidurnya disambung dalam posisi duduk pula. Jimin menggeleng kepalanya melihat Sarah yang tertidur sambil duduk.
"Sarah! Lipas sebelah awak!" terus Sarah bangkit dari katil dengan terpinga-pinganya.
"Tipu je."
"Huh?!" bahu Jimin dicubit Sarah geram. Hampir sahaja dia menangis mendengar nama lipas.
"Dah dah. Sahur." bahu Sarah dipeluk Jimin. Mereka berjalan menuju ke dapur bersama.
"Nak makan apa?"
"Nasi." Jimin tertawa kecil.
"Yelah sayang. Memanglah nasi. Tapi nasi apa? Saya nak masak." berkerut dahi Sarah.
"Awak nak masak?" Jimin mengangguk mengiyakan pertanyaan Sarah.
"Masak jelah apa ada. Janji boleh makan." kepalanya dilentokkan semula di atas meja. Jimin mengeluh kecil sambil tersenyum senget.
"Nasib sayang"
Cekiklah author–
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Awak balik pukul berapa?"
"Tak pasti. Tapi sebelum berbuka lah." Sarah mencebik. Hidup di rumah itu sangatlah bosan. Kalau Jimin tiada, siapa saja teman yang boleh diajak bersembang? Takkan nak membawang dengan readers kut–
"Cepat lah balik. Nanti saya bosan." Jimin yang baru sahaja selesai menyarung kot pada tubuh tersenyum kecil.
"Nanti bosan ke rindu?" matanya digulingkan tanda cringe.
Eleh kita cringe tengok adegan dorang tak rolling eyes pun–
"Dahlah pergi lah cepat. Shuh shuh." namun Jimin masih tidak beredar. Malah mendekat–
"E-ee kenapa ni? Puasa lah." langsung Jimin tersenyum lebar.
"Kenapa? Fikir saya nak buat apa? Salam." wajah Sarah mula kemerahan. Dia fikir Jimin mahu menciumnya–
KURUS PUASA AKU TYPE KANG
Cepat sahaja Sarah meraih tangan Jimin dan dikucupnya.
"Jumpa balik nanti.. sayaaangg." sengaja Jimin menarik perkataan sayang itu dengan panjang. Tawanya terhambur ketika melihat wajah Sarah yang memerah.
"Y-ya!"
+++
Sengaja Jimin pulang awal pada tengah hari itu. Pada jam 2, dia perlu kembali ke pejabat semula. Namun, hairan Jimin apabila mendapati selipar milik Sarah tiada di luar rumah. Pintu rumah dibuka.
"Assalamualaikum!" tiada balasan. Rumah itu kosong. Jimin mula risau.
"Ya allah mana Sarah ni." Jimin memeriksa seluruh kawasan rumah dan halaman rumah. Namun, masih tidak menjumpai ke mana Sarah pergi. Akhirnya, suatu tempat terlintas di kepala Jimin.
+++
"Sadaqallahul Aazim." yaasin yang dibawanya disimpan semula.
"Lain kali Sarah jenguk omma dan appa lagi." Sarah berpaling sahaja untuk berjalan pulang, dia sudah terlihat Jimin bersama wajah cemberutnya.
"Sarah. Nak pergi mana-mana, beritahu saya dulu. Chat ke. Call ke. Risau tahu tak?"
"Awak ada on telefon tak?" berkerut dahi Jimin bila ditanya sebegitu.
"Belum on lagi."
"Saya dah chat awak. Awak yang tak tengok." telefon yang berada di dalam poket dihidupkan Jimin. Benar kata Sarah. Sarah sudah meminta kebenaran melalui mesej.
"M-maaf. Saya tak perasan." Sarah tertawa kecil.
"Apa awak buat kat sini? Kata kerja." Jimin menggaru belakang kepalanya kekok.
"Rehat sekejab. Pukul 2 nak pergi kerja balik. Dahlah. Kita balik hm?" kata-kata Jimin dibalas Sarah dengan anggukan tanda gadis itu akur.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Baru sahaja Sarah ingin berehat setelah siap memasak, tiba-tiba pintu rumah diketuk seseorang.
Siapa pulak?
Pintu tersebut dibuka Sarah tanpa banyak soal.
"Hello! Saya jiran awak. Saya nak bagi makanan." terangkat kening Sarah melihat kuih yang dibawa jirannya itu.
"Ah kejab." Sarah turut mengambil sedikit kuih yang dibuatnya untuk turut diberi pada jiran tersebut. Bertukar-tukar juadah berbuka lah ha gitu.
"Nah ambil lah jugak kuih ni."
"Woah terima kasih!"
"Terima kasih jugak untuk kuih yang awak bagi."
+++
"Sarahh. Saya dah balik." tersentak Sarah yang sedang menonton televisyen.
"A-ah selamat pulang!" Jimin yang baru pulang itu didekati Sarah. Beg yang dibawa Jimin diambil Sarah untuk disimpan.
"Sarah puasa tak harini? Ke ponteng?" akibat bertanya soalan sebegitu, Jimin mendapat jelingan tajam daripada Sarah.
"Haah ponteng. Eyy." pipi Sarah dicubit Jimin lembut. Bukan apa. Pout je kerja. Comel tau tak.
"Masak apa?"
"Makanan." Jimin turut mencebikkan bibirnya. Dia mengambil tempat di sofa berhadapan dengan televisyen.
"Tengok cerita apa?"
"Drama." Jimin meraup wajahnya. Merajuk betul Sarah ni. Sarah yang berdiri itu perlahan Jimin tarik untuk duduk di ribanya.
"Haih yelah sorry hm? Saya bergurau je. Saya tahu lah semalam awak terlupa je. Sebab tu tak puasa. Kalau awak merajuk lagi, saya taknak bawak awak berbuka kat luar esok." terangkat kening Sarah. Langsung Sarah menoleh ke arah Jimin.
"Serius makan kat luar?"
"Haa haa." Sarah tertawa kecil sambil menahan senyum. Pipinya dicubit Jimin lagi. Senyuman tidak lekang di bibirnya melihat perlakuan comel Sarah setiap hari.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Awak masak nasi goreng apa?" risau Sarah melihat Jimin yang terbatuk-batuk.
"Saya masak nasi goreng biasa je. Letak sikit isi ayam dengan udang." terangkat kening Jimin mendengar perkataan udang. Dia sangat alah dengan udang.
"S-sarah. T-tolong bawak saya pergi klinik." Jimin mula merasakan dada sesak.
"S-sekejab saya pakai tudung."
+++
"Puan takkan tak tahu suami puan ada alahan pada udang?" Sarah sekadar menundukkan wajahnya. Dia merasa kesal tidak bertanya dahulu sekiranya Jimin mempunyai alahan pada mana-mana makanan.
"Sokaylah. Saya pun dah okay."
"Ya memang encik dah okay. Tapi kalau lah encik sampai lewat tadi, encik boleh mati tahu tak?" air mata Sarah bergenang. Rasa bersalahnya membuak-buak ketika itu.
"Ya. Setiap kali saya ambil rawatan, ayat sama awak beritahu, doktor. Terima kasih sebab rawat saya." lemah sahaja suara Jimin membalas.
Setelah membayar bil ubat, Sarah memandu kereta Jimin pulang.
"Saya minta maaf. Saya tak berniat nak sakitkan awak." Jimin tersenyum kecil.
"No problem lah. Janganlah menangis. Saya okay. Ya saya tahu awak risau. Salah saya jugak tak beritahu saya ada alahan. Tarawih malam ni saya tarawih kat rumah je. Kalau awak nak pergi surau jugak pun saya tak kisah." Sarah mengelap air matanya.
"Takpelah. Saya nak tarawih dengan awak. Kalau saya pergi surau sorang, nanti saya tak dapat kacau awak." senyuman di bibir Jimin melebar. Ada-ada saja.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Awak dah okay ke?" tanya Sarah risau. Melihat Jimin mengangguk, hati Sarah mula lega. Tubuh Sarah didakap Jimin.
"Janganlah risau. Saya sesak nafas je tadi. Bukan salah awak okay?" Sarah mengangguk faham.
"Jimin. Memang awak nak tinggal saya duduk sorang je ke kat rumah ni bila awak pergi kerja?"
"Kenapa? Nak saya beri anak ke?" membulat mata Sarah.
"EH JAUH SANGAT TU." geli hati Jimin melihat wajah cuak milik Sarah.
"Dahtu? Nak saya bawak madu?" perut Jimin dicubit Sarah geram.
"A-akhh"
"Boleh saya bawak anak yatim datang sini?" berkerut dahi Jimin.
"Baik awak pergi je rumah anak yatim."
"Dahtu siapa nak masak kat rumah?" pipi Sarah dicubit Jimin seperti biasa.
"Haih sebelum berbuka, awak balik lah. Daripada awak bawak anak yatim datang sini, baik awak mintak saya tambahkan keturunan je."
"ISHH DAHLAH MALAS CAKAP DENGAN AWAK." pecah tawa Jimin melihat Sarah membaringkan tubuh di katil dengan wajah cemberut.
- To Be Continue -
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro