Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RWD2

"Cantiknya anak appa harini." bahu Sarah dipegang bapanya.

"Elele appa ni. Selama ni Sarah tak cantik lah?" hidung Sarah dicuit Tuan Harif lembut.

"Haah. Baru harini Appa nampak Sarah cantik." lantas Sarah mencebik mendengar kata-kata bapanya. Harini ialah hari yang paling dinanti oleh mereka. Hari dimana anaknya akan disatukan dengan lelaki yang sudah diberikan amanah untuk menjaga anak dara tunggalnya itu.

"Sarah. Kamu sajalah anak Appa dan Omma. Jadi kami nakkan yang terbaik untuk kamu. Appa minta maaf kalau dulu.. Sarah pernah terasa hati dengan Appa."

"Appa. Janganlah cakap macam tu. Waktu Sarah dah makeup ni lah Appa nak berdrama. Kalau makeup Sarah cair, bukan salah Sarah." air matanya sudah bergenang. Siapa saja tidak sebak bila mendapat kata sentimental dari bapa? Malah dipuji. Setiap anak pasti mahu mendapat pujian sebegitu rupa.

EH AUTHOR EMO SKSK

"Janganlah menangis. Tak cantik anak appa nanti hm? Kalau apa-apa terjadi pada Omma dan Appa lepas ni, Sarah kena dengar cakap Jimin okay?" akhirnya air mata Sarah mengalir juga.

"Appa ni. Kejamlah sksk. Janganlah.. cakap macam tu." air matanya dikesat Tuan Harif.

"Jangan menangis hm? Nanti appa ikut nangis. Senyum." Sarah mengangguk perlahan. Hari ini bakal jadi hari paling bahagia buatnya. Haraplah.

+++

"Park Jimin. Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku, Nur Sarah Auliya binti Muhd Harif dengan mas kahwin RM 5000 tunai." Jimin menarik nafas dalam sebelum membalas akad yang dilafazkan Tuan Harif.

"Aku terima nikahnya, Nur Sarah Auliya binti Muhd Harif.. dengan mas kahwin, RM 5000 tunai." langsung kalimah Alhamdulillah meniti di bibir mereka. Akhirnya, Sarah sudah sah menjadi isteri kepada Jimin. Sebentuk cincin diambil Jimin sebelum dia meraih tangan milik Sarah.

Sebentuk cincin itu disarungkan pada jari manis milik Sarah. Sarah hanya selamba membuat posing kerana rakannya sedang mengambil gambarnya.

"Sarah. Salam tangan Jimin." terangkat kening Sarah. Dia menoleh semula ke arah Jimin. Tangan Jimin diraihnya pantas sebelum tangan Jimin itu dikucupnya. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar.

Kau dah jadi isteri orang, Sarah.

+++

"Kita nak pergi mana? Rumah omma?" Jimin menggeleng. Berkerut dahi Sarah.

"Habis tu?"

"Rumah saya lah. Atau lebih tepat, rumah kita." Jimin yang sedang memandu itu dijeling Sarah. Telefonnya dicapai lalu grup chatnya dibuka.

Ena
ANJIM LAWA SIAA GAMBAR AKU AMIK. BOLEH DAH JADI FOTOGRAPHER.

Yuna
ELELE SENYAP KAU. BIASA JE GAMBARNYA.

WOW WOW RILEK RILEK MAI PREN. MANA GAMBARNYA?

Emy
EH KAU. OFF SKANG. PEGI LAYAN LAKI KAU. BIAR KITORANG MENYENDU SEBAB KAU KAWEN AWAL.

Yuna
YE THO MURUNG SIAA KAWEN TAK BAGITAU AWAL-AWAL. SUMPAH NAK CEKIK.

AMPUN LAH MAI PREN. EH DAH SAMPAI. BABAI KORANG. DUA HARI LAGI NAK MASUK RAMADHAN. SELAMAT BERPUASA!!

Ena
ELELELE KAU KASI SPEECH LAK MEMALAM NI. GOODLUCK FIRSTNIGHT BEBEH.

Yuna
KAU ENA. BAB GINI JE LAJU EK.

Telefon itu ditutup juga Sarah setelah melihat kereta Jimin yang muka memasuki ke kawasan perkarangan rumah.

Besarnya rumah. Ni rumah ke tempat kerja–

"Awak tinggal sorang je ke?" Jimin mengangguk mengiyakan pertanyaan Sarah.

"Duduklah kat sofa dulu. Saya hantarkan barang awak ke bilik." Sarah yang baru ingin duduk langsung bangkit semula.

"Eh barang saya biarlah saya hantar sendiri. Susah susah je." beg baju di tangan Jimin diambil Sarah.

"Nak bawak pergi mana?" Jimin tertawa kecil.

"Atas. Jom ikut saya."

+++

Seusai sahaja Jimin mandi, kelihatan Sarah sudah terlelap di sofa dalam bilik tersebut. Tudung dan pakaiannya masih lengkap melitupi tubuh gadis itu. Bibir Jimin mengukirkan senyuman kecil.

"Sarah. Bangun. Tukar baju dulu baru tidur." Sarah mula bangkit dari sofa dengan mata tertutup. Pakaiannya diambil sebelum dia masuk ke tandas untuk menukar baju. Sementara itu, Jimin mula memakai bajunya memandangkan tubuhnya masih tersarung tuala dan seluar sahaja. Baru sahaja Jimin ingin membuka tuala yang menutupi bahunya, Sarah keluar dari tandas.

Jimin sedikit terkejut. Namun, Sarah seakan tidak mengendahkan Jimin yang hanya separa telanjang itu. Katil ditujunya lalu matanya dilelapkan.

Mengantuk betul dia ni.

Jimin tersenyum sendiri melihat Sarah yang tidur dengan nyenyak.

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Sarah langsung mendakap erat tubuh Puan Sahira itu.

"Yeayy omma datang." pecah tawa mereka semua.

"Omma dengan Appa singgah sekejap kat sini. Lepas ni nak otw ke Gangnam."

"Aaaa pergi Gangnam tak ajak." kata Sarah sambil mencebik.

"Eh macam tu pulak. Kamu kan dah ada suami. Kena lah duduk dengan suami. Esok dan puasa kan? Jangan nak terlajak tidur pulak. Terlepas sahur nanti baru tahu." Sarah mengangguk faham.

"Jimin." mendengar panggilan daripada Tuan Harif, Jimin terus menyahut panggilan tersebut.

"Ya appa."

"Jaga anak appa baik-baik. Ini amanat appa pada kamu." Jimin mengangguk laju tanda faham dan akur akan amanat yang diberi bapa mertuanya.

"Appa cakap macam Sarah tak reti jaga diri pulak." sekali lagi mereka tertawa.

"Omma dan Appa tak boleh lama-lama kat sini. Nanti jalan jammed pulak. Kami pergi dulu hm?" Sarah mengangguk faham. Berat hatinya ingin berjauhan dengan ibu bapanya.

"Elok-elok drive tu appa!"

+++


"Jimin. Jom pergi surau!" terkebil-kebil Jimin apabila diajak Sarah.

"Taknak pergi sudah. Saya pergi dulu. Nanti tarawih start aaa." baru sahaja Sarah ingin keluar dari bilik, Jimin menahannya.

"Tunggulah kejab. Saya tukar baju." sehelai kurta dicapai Jimin.

"Saya tunggu luar lah. Awak ni awal-awal taknak bersiap." setelah 2 minit, Jimin keluar akhirnya.

"Lama betul. Dah dah jom." melihat Sarah yang berlari sambil memakai telekung itu membuatkan Jimin tertawa kecil. Comel je.

+++

Jam sudah beranjak ke pukul 11 malam. Namun, Sarah masih asyik menonton Netflix. Jimin hanya menggeleng perlahan melihat Sarah yang tertawa seorang menonton drama di televisyen.

"Sarah. Esok nak bangun sahur kan? Tidur cepat." terkejut Sarah melihat Jimin yang tiba-tiba muncul dari dapur.

"Ha okay okay." televisyen dimatikan sebelum Sarah menapak naik ke bilik.

Bosan siaa. Mana pernah aku tidur awal kalau kat rumah dulu hiks.

Tempat di sebelah Sarah diambil Jimin. Akibat bosan, Sarah mengambil keputusan untuk bersembang dengan Jimin.

"Jimin. Esok awak kerja ke?" mendengar pertanyaan Sarah, Jimin menongkat kepalanya.

"Haah. Kenapa?"

"Saja tanya. Awak umur berapa?" berkerut dahi Jimin.

"Omma tak beritahu eh?" Sarah menggeleng kecil.

"Umur saya 35 tahun. 6 tahun tua dari awak." Sarah sekadar meng'o'kan penyataan Jimin.

"So Sarah kena panggil saya, Abang." muka Sarah langsung bertukar cemberut.

"Ee gellay lah. Saya awak ni pun dah kekok. Tapi tuanya awak. Memang patut pun panggil kerepot." galak Sarah mentertawakan Jimin.

"Dah dah. Tidur cepat. Kalau tak, saya ambil lipas. Rumah ni banyak lipas." membulat mata Sarah.

"Mesti omma bagitahu saya takut lipas kan? Ey kejam lah omma. Yelah. Goodnight." tubuhnya dipusingkan membelakangi Jimin sebelum mula melelapkan matanya. Jimin yang masih tidak tidur hanya memerhati Sarah yang sudah tertidur. Selimut Sarah dinaikkan menutupi tubuh gadis itu memandangkan di luar rumah sedang hujan.

"Goodnight."

t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Ring Ring !!

Sarah terbangun mendengar telefonnya yang berdering. Bukan penggera. Tetapi nada dering panggilan.

Siapa pulak call. Unknown pulak tu.

Panggilan telefon itu diangkat dengan mata yang masih tertutup.

"Hello. Siapa ni?"

"Cik anak kepada Puan Sahira dan Tuan Harif?"

"Ya. Mereka ibu ayah saya. Ada apa?" Jimin yang mendengar Sarah bercakap dengan seseorang turut tersedar.

"Mereka.. kemalangan." tangan Sarah terketar. Telefon itu jatuh dari pegangannya.

"Sarah. Siapa call?" Sarah tidak menjawab malah langsung menapak ke arah almari. Telefon Sarah yang jatuh tadi diambil Jimin.

"Hello. Kenapa ni?"

"Puan Sahira dan Tuan Harif terlibat dalam kemalangan di lebuhraya menuju ke Gangnam." pandangan Jimin terus dialihkan pada Sarah yang sedang bersiap dengan air mata yang tak henti mengalir.

- To Be Continue -
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

vote pat. aku hantar hantu kokom datang rumah korang nanti (՞ټ՞)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro