RWD13
R A M A D H A N – 27
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Haneul dan Byeol yang tidur bersama Sarah itu diselimutkannya. Oleh disebabkan Jaemin yang berada di hospital, Puan Na menemani Jaemin di sana manakala Sarah menjaga Byeol dan Haneul di rumah. Jam ketika itu masih awal untuk bersahur. Namun Sarah sudah tidak boleh melelapkan mata. Akhirnya, Sarah bangkit dari katil dan berjalan keluar dari bilik.
Sedang berjalan di koridor bilik, pandangan Sarah tertancap pada pintu bilik Jaemin yang sudah terbuka sedikit dari tadi. Lampu di dalan bilik itu terpasang. Mungkin Jaemin terlupa untuk menutupnya. Perlahan Sarah masuk ke dalam bilik itu untuk menutup lampu. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatian Sarah yang membuatkan aktivitinya tergendala.
Beberapa sampul surat yang tersusun di meja Jaemin dilihat Sarah. Setelah dilihat-lihat, bukan sedikit, namun lebih kurang 20 sampul surat yang berisi surat berada di situ. Bukan seperti surat rasmi. Pada sampul itu ada tertulis tarikh-tarikh tertentu. Sarah menemukan sampul surat yang bertarikhkan hari ini. Perlahan dia membuka sampul tersebut.
Sarah.
Mungkin ni surat terakhir yang Jaemin akan tulis tentang Sarah. Surat yang Jaemin tak pernah beri pada Sarah. Kerana Jaemin dah terlewat. Sangat lewat untuk beritahu perasaan Jaemin terhadap Sarah.
Selamat berbahagia dengan Jimin. Kebahagiaan Sarah milik Jimin. Jaga hubungan Sarah dengan Jimin baik-baik. Jaemin.. akan berusaha cari kebahagiaan Jaemin sendiri selepas ni. Jaemin taknak merosakkan rumah tangga orang lain demi capai apa yang Jaemin nak.
Berat untuk Jaemin buang perasaan ni. Dah 13 tahun Jaemin simpan. Sorang-sorang. Hanya tuhan tahu perasaan Jaemin terhadap Sarah. Tapi Jaemin akan cuba move on. Untuk kebaikan Jaemin juga kan?
Sarah tercengang. 13 tahun? Dari zaman persekolahan lagi? Terkebil-kebil Sarah. Dia tidak salah baca kan?
"Apa Jaemin buat ni?"
"Kenapa.. Sarah tak pernah nampak.. Cinta Jaemin pada Sarah?"
Dia fikir hanya dirinya yang pernah menyukai Jaemin. Ternyata, Jaemin dari awal lagi sudah simpan perasaan terhadapnya. Surat-surat yang lain dipandang Sarah. Baru sahaja ingin Sarah buka surat yang lain, panggilan dari Byeol mengejutkannya.
"Unniee." kaki Sarah dipeluk Byeol erat dalam keadaan mamai.
"Eo Byeol? Buat apa kat sini? Kenapa tak tidur kat bilik dengan Haneul?"
"Sebab unnieee takde." jawab Byeol sambil mencebik. Sarah tertawa kecil. Surat yang tadi dibacanya disimpan semula sebelum tubuh Byeol didukungnya.
"Okay jom balik bilik." lampu dan pintu bilik Jaemin ditutup Sarah sebelum keluar dari bilik tersebut.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Allahu akbar, Allahu akbar." mendengar laungan azan itu, langsung Jimin tersedar dari tidurnya. Ya tuhan. Dia terlepas sahur. Wajahnya diraup untuk menghilangkan rasa mengantuk. Bekas melecur di tangannya dilihat sambil bibirnya tersenyum senget.
"Meoww!" kucing milik Sarah itu datang dari bawah lalu mengekori kaki Jimin yang ingin masuk ke tandas. Si Oyen itu diangkat Jimin.
"Oyen lapar? Okay jom saya letakkan makanan." perlahan Jimin menapak turun tangga ke dapur. Sampai di dapur, bungkusan makanan kucing itu diambil dan dituang di dalam bekas makanan. Biskut yang sudah tersusun di dalam balang itu dilihat Jimin sambil tersenyum. Alangkah bagus jika dia dapat buat biskut tersebut bersama Sarah..
Oyen yang sedang makan di dapur itu Jimin tinggalkan. Dia beredar ke bilik semula untuk mendirikan solat subuh.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Halmeoni balik lah dulu. Yuna stay sini jaga Jaemin okay?", pujuk Yuna pada Puan Na agar Puan Na pulang terlebih dahulu. Sudah semalaman Puan Na berada di hospital menjaga Jaemin.
"Ya halmeoni. Dengar lah kata Yuna. Halmeoni kena jaga kesihatan jugak." Puan Na mengeluh kecil.
"Ya lah. Halmeoni balik. Jaga diri baik-baik. Apa-apa call halmeoni." laju Yuna dan Jaemin mengangguk sambil tersenyum. Jaemin memeluk Puan Na sebelum mengucup lembut pipi nenek kesayangannya itu.
"Rehat tau kat rumah !" laju Puan Na mengangguk sambil melambai sebelum keluar dari wad. Akhirnya Yuna mengambil tempat bersebelahan Jaemin.
"Nyah. Macam mana boleh masuk hospital? Kau tau tekejod beruk aku dengar kau masuk hospital? Ingatkan kau ada penyakit lain tadi. Baru nak wat drama air mata." Jaemin tertawa kecil melihat wajah cemberut Yuna yang bercakap sambil mencebik itu. Tangan Yuna diraihnya. Pipi Yuna langsung membahang panas menahan shy shy.
"Jangan risau. Aku pengsan je semalam. Demam teruk sangat. Lagipun, lepas duduk hospital ni, demam aku makin kebah. Dah okay sikit." Yuna tersenyum awkward. Pipi Jaemin ditekupnya dengan lengan baju yang menutupi tangannya itu.
"Muka kau pucat masalahnya. Dah macam takde harapan nak sembuh. Itu yang aku riso. Haloh-haloh." memuncung bibir Jaemin akibat pipinya yang ditekup itu.
"Apa main-main pipi ni? Mentang-mentang dia takde pipi, best lah nak main pipi orang?" mendengar kata-kata Jaemin, Yuna melepaskan pipinya.
"Takde pipi? Aku punya pipi lagi pau ha ha boleh lak kata aku takde pipi. Biarlah aku main pipi kau pun. Kau kan comel elelelelele." Jaemin tertawa kecil.
"Tapi kau lagi comel." bahu Jaemin dipukul Yuna kuat.
"JANGAN LAH PUJI. KEMBANG AKU KANG EY EY KAU PUJI AKU LAGI, AKU KARATE KAU."
"Okay comell." Yuna meraup wajahnya. Elok-elok mak bagi nama Yuna, dipanggil comel.
"Dahlah aku nak mengroyan."
+++
Joohyun meraup wajah kasar. Kad kredit di tangannya itu dibaling ke lantai tanda tidak puas hati. Yoongi mengeluh kecil melihat Joohyun yang melepaskan amarahnya.
"Sabar sayang. Jangan marah-marah macam ni. At least, kita sempat guna duit tu kan? Kita dah beli rumah baru dengan duit tu." Joohyun mengurut kepalanya itu.
"Jimin bukan saja dah batalkan kad kredit, dia jugak batalkan pembelian rumah tu!" terkejut Yoongi mendengar berita daripada Joohyun. Tidak hairanlah Joohyun mengamuk teruk sekali kali ini.
"Jangan risau sayang. Kita boleh fikirkan rancangan lain." pinggang Joohyun dirangkul jejaka itu untuk menenangkan isterinya.
"Rancangan?" bibir Yoongi tersenyum sinis.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Yah. Kau tidur lagi ke? Aku bosan lah. Jangan lah tidur." katil Jaemin itu digegar-gegar Yuna untuk membangunkan jejaka itu. Namun hampa. Nyenyak betul Jaemin tidur.
"Kau kan demam. Kena banyak rehat. Tak betul aku suruh kau bangun HAHAH." Yuna melentokkan kepalanya di tilam Jaemin itu.
"Kau tau tak tadi Sarah kejam? Dia bagitau kau masuk hospital je. Dia tak bagitahu kau masuk kenapa. Aku tengah on the way datang sini dah menangis overthinking takut apa-apa jadi." kata Yuna sambil tertawa kecil. Jaemin hanya setia mendengar cerita Yuna dalam keadaan pura-pura tidur.
"Aku cuma takut.. nak hilang orang kat sekeliling aku. Macam yang kau tau. Aku dah trauma sejak hilang unnie aku. Waktu aku ingat main-main je unnie masuk hospital. Rupanya memang unnie tengah sakit kat hospital and meninggal kat sana." Jaemin mendengar esakan kecil dari Yuna ketika itu.
"Aku sampai hampir tertinggal kasut tadi nak datang sini. Nasib ada makcik yang lalu lalang nampak aku tak pakai selipar naik motor tegur. Haha lawak pulak." tiba-tiba Yuna merasakan kepalanya diusap lembut. Ternyata ianya Jaemin.
"Aku okay je. Jangan risau sangat. Awal lagi aku nak mati. Biar aku kahwin ngan kau dulu baru boleh mati dengan tenang." bahu Jaemin dipukul Yuna lembut.
"Takyahlah buat lawak. Buruk muka aku nak gelak sambil nangis." tertawa kecil Jaemin. Wajah Yuna dialih supaya memandang ke arahnya.
"Trust me. Kau cantik. Walau macam mana pun muka buruk kau buat, tetap cantik." langsung Yuna mencebik sambil menjeling ke arah Jaemin. Pipi Yuna ditolak Jaemin.
"Buruk buruk." kata-kata Jaemin membuatkan tawa mereka berdua terletus.
Namun tawa mereka senyap sebaik mendengar bunyi pintu wad diketuk.
"Eo Sarahh." dikala Yuna berlari memeluk Sarah, Jaemin sekadar mengalihkan pandangan untuk tidak melihat wajah Sarah. Sarah menghela nafas berat.
"Kau nak sembang ngan Jaemin ke? Aku tunggu luar au. Sembang puas-puas oghey? BABAYY." tak sempat Jaemin menghalang, Yuna sudah keluar dari wad. Bibirnya diketap.
"Jaemin.. dah makin sihat?" Jaemin hanya diam tidak menjawab soalan Sarah. Tempat duduk bersebelahan Jaemin itu Sarah ambil.
"Maafkan Sarah.. sebab Sarah tak sedar–"
"Kalau Sarah nak cakap tentang ni, baik Sarah balik." tersentak Sarah mendengar kata-kata Jaemin. Lidahnya kelu untuk meneruskan kata-katanya.
"Jaemin nak lupakan semua tentang tu. Harap Sarah faham." selimutnya ditarik menutupi tubuh sebelum Jaemin mengiring membelakangi Sarah. Matanya dilelapkan sengaja untuk mengelak dari bercakap dengan Sarah.
"Sarah balik rumah esok.. Mungkin ni last kita jumpa sebelum raya sebab Jaemin pun ada kerja oversea nanti kan? Terima kasih sebab tolong Sarah selama ni. Sarah pergi dulu." sebaik Sarah keluar, Jaemin mengetap bibirnya. Lupakan dia. Itu saja pilihan yang kau ada.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Bunyi pintu utama yang diketuk kuat menganggu tidur Jimin. Pada mulanya Jimin mengabaikan bunyi itu. Akhirnya kerana ketukan itu masih tidak berhenti, Jimin terpaksa juga bangkit dari katilnya.
Langkahnya diatur menuju ke pintu utama rumahnya. Ruang tamu jetika itu agak gelap kerana hari yang sedang hujan. Siapa pula datang waktu hujan ni.
Pintu rumah itu dibuka. Sebaik Jimin membuka pintu, tubuhnya didakap erat oleh seorang gadis. Membulat anak matanya ketika itu. Pelukan itu langsung ditepis.
"Kau dah kenapa perempuan?!" tengking Jimin terhadap gadis yang memeluknya itu.
"Jimin.. Kenapa awak berubah?" pintu yang ingin ditutup semula itu ditahan Joohyun.
"Sudahlah Joohyun. Kalau kau masih sayangkan Yoongi, kenapa kau perlu goda aku, buat aku jatuh cinta semula pada kau?!" Joohyun menangis teresak-esak ketika itu.
"A-awak dah salah faham, Jimin. Yoongi.. dia paksa saya. Dia masuk dalam bilik hotel kita.. Saya bukan lagi isteri dia. Tapi dia buat saya macam ni.." Jimin yang ingin menutup pintu semula sekali lagi dihalang Joohyun.
"Ni! Sebab saya bercerai dengan Yoongi!" beberapa kesan lebam dan luka yang berada di sekitar rahang dan tangan ditunjukkan Joohyun.
"Yoongi pukul saya. Sangat kerap. Sampai saya terpaksa bercerai dengan dia." tiba-tiba saja Jimin mencengkam pergelangan tangan Joohyun. Terkejut Joohyun apabila Jimin berbuat demikian.
"Sakit.."
"Sakit? Hey. Aku tak tahu apa tujuan sebenar kau buat semua ni. Tapi, kau fikir aku boleh percaya kau sesenang itu? Luka tu. Lebam tu. Kalau betul tu sebab kau bercerai, jadi kenapa sekarang baru kau tunjuk kesan ni semua? Sebab kau terdesak nak duit aku kan? Dan kau fikir aku percaya yang Yoongi tu kaki pukul? Dengar sini. Sepanjang aku berkawan dengan dia dulu, tak pernah langsung dia pukul dan tumbuk orang. Inikan perempuan yang dia sayang? Aku tak semudah tu boleh percaya kata-kata kau." mendengar kata-kata Jimin, Joohyun sudah tidak boleh berlakon lagi. Air mata palsunya itu dilap sambil tersenyum sinis.
"Bagus lah kalau awak tahu semua tu. Tak sangka. Saya fikir awak masih naif macam dulu. Oh biar saya beritahu sesuatu memandangkan awak dah tahu apa yang saya nak. Pembelian rumah tu. Lakukan pembelian tu semula. Atau.. awak akan hilang.. orang yang awak cintakan sangat tu." kata Joohyun tersenyum sinis sebelum beredar. Wajah Jimin berubah serta merta. S-Sarah baik-baik saja kan? Joohyun takkan apa-apa kan Sarah kan?
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Unnie! Unnie tengah buat apa?" Byeol mengambil tempat di katil Sarah sambil melihat Sarah yang ke hulu ke hilir menyimpan barang-barangnya.
"Tengah kemas barang." berkerut dahi Byeol.
"Unnie nak pergi mana?" Sarah menoleh ke arah Byeol sebaik mendengar soalan Byeol. Keluhan kecil terbit dari bibirnya.
"Esok unnie nak balik rumah dah. Byeol kena jadi cucu halmeoni yang baik tau? Dengar cakap halmeoni. Oppa Byeol tengah sakit. Jadi jangan nakal-nakal okay?" kaki Sarah dipeluk Byeol lama. Walaupun beberapa hari saja Sarah ada bersamanya, agak berat rasanya ingin melepaskan Sarah pergi.
"Unnie datang lagi tau lepas ni. Nanti Byeol rinduu." Sarah tertawa kecil. Belakang tubuh Byeol diusap Sarah lembut.
"Ya. Unnie akan datang lagi lepas ni. Jangan risau."
R A M A D H A N – 28
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Yoon? Oh Yoon? Sayang–" laungan Joohyun terhenti apabila melihat Yoongi yang sedang tidur bersama dua orang anaknya di katil anaknya. Kelihatan Yoongi memeluk erat tubuh kedua anaknya itu. Joohyun tersenyum kecil.
Anaknya memang agak rapat dengan Yoongi iaitu ayah mereka kerana sikap Yoongi yang sering meluangkan masa dengan anak walaupun baru saja pulang dari kerja. Lihatlah. Tidur dengan anak pun dengan masih berbaju kemeja.
Sehelai selimut digunakan Joohyun untuk menyelimuti ketiga-tiga orang kesayangannya itu memandangkan masih di awal pagi. Baru sahaja Joohyun ingin keluar dari bilik, tangannya ditarik Yoongi sehingga dia terduduk di riba suaminya.
"Selamat pagi." Joohyun tersenyum kecil. Bibir Yoongi dikucupnya sekilas.
"Kenapa tak tukar baju lepas balik kerja? Terus tidur?" Yoongi tertawa kecil. Pinggang Joohyun didakapnya.
"Mengantuk sangat semalam masa main dengan Hyunji dan Junyeong. Last-last tertidur dengan diorang." Yoongi meletakkan dagunya di bahu Joohyun sambil pelukannya dieratkan lagi.
"Sayang. Selama awak tinggal dengan saya, bersama dengan saya, awak.. bahagia kan?" laju Joohyun mengangguk. Sangat bahagia. Dia dengan Yoongi juga sangatlah jarang bergaduh kerana Yoongi juga tidaklah jenis baran.
"Awak tahu tak kenapa saya rancang semua ni? Saya rancang dengan awak untuk beli rumah semua dengan duit jimin tu?" Joohyun menggeleng perlahan. Kalau diikutkan, mereka taklah miskin untuk berbuat sedemikian. Namun, Joohyun hanya ikutkan saja rancangan Yoongi memandangkan rancangannya agak menarik.
"Sebab saya tak boleh ada lama dengan awak." berkerut dahi Joohyun. Joohyun menoleh ke arah Yoongi.
"Maksud awak?" terkejut Joohyun melihat Yoongi yang tiba-tiba berdiri. Tangan Joohyun dipautnya.
"Ikut saya." mereka melangkah keluar dari bilik anak-anak dan berjalan menuju ke bilik mereka sendiri. Terkebil-kebil Joohyun yang mengikuti Yoongi. Tangannya yang digenggam Yoongi dilihat sambil tersenyum.
Sampai di bilik, Yoongi menutup pintu bilik. Laci mejanya dibuka sebelum sehelai kertas dikeluarkannya. Kertas tersebut dihulurkan kepada Joohyun.
"Apa ni?"
"Surat kebenaran kahwin lagi satu." Yoongi yang tertawa dijeling Joohyun. Sementara Joohyun menghadam isi kandungan kertas itu, Yoongi duduk di birai katil menunggu respon dari Joohyun.
Tangan Joohyun terketar sebaik memahami apa yang dinyatakan di dalam surat itu.
"Y-Yoon." Yoongi sekadar tersenyum senget sambil mengusap kedua belah tangannya untuk memanaskan tangannya itu.
"U-Uremia?"
( uremia ; komplikasi serius dari penyakit ginjal kronik / kegagalan ginjal. penyakit pasal ginjal lah. )
Yoongi hanya tersenyum senget.
"Sayang. Birthday saya dah lepas. Jangan buat prank macam ni." melihat Joohyun yang seakan tidak tenang itu, Yoongi memeluk tubuh gadis itu. Belakang tubuh Joohyun diusapnya tanpa berkata apa-apa.
"Yoon. Tolong cakap. Benda ni tak betul. Awak–"
"Dah 2 tahun saya hadapi penyakit ni. Maaf. Sebab beritahu awak terlalu lambat." air mata Joohyun langsung mencurah-curah ketika itu. Pelukan itu dieratkan Joohyun. Wajahnya dibenam pada dada Yoongi. Esakannya tidak dapat berhenti ketika itu. Sepatutnya dia sudah mula curiga apabila anaknya sering mengadu tentang perangai Yoongi.
"Omma. Petang tadi waktu appa balik, dia muntah teruk. Dah berapa hari dah appa muntah."
"Appa rebah depan pintu waktu balik kerja semalam. Bila tanya, katanya kaki kram."
"Ommaaa. Appa taknak makannn. Tapi pagi tadi appa tak sarapan dahh."
"Hey. Jangan menangis lama-lama. Bengkak mata nanti sayang." dada Yoongi itu dipukul Joohyun lembut. Yoongi sekadar tertawa kecil.
"Awak suruh saya jangan menangis. Astu takkan saya nak gelak lepas tau awak sakit?" air mata Joohyun dilap Yoongi. Pipinya dipegang Yoongi.
"Mesti lebih sakit kalau saya mati tiba-tiba dan awak baru tahu masa tu yang saya mati sebab penyakit kan? Sebab tu saya beritahu awak sekarang–" kata-kata Yoongi terhenti apabila bibirnya dikucup Joohyun lama. Sengaja Joohyun berbuat demikian untuk memberhentikan kata-kata Yoongi itu. Dia tidak kuat untuk mendengar Yoongi bercerita tentang kematian. Tanpa sedar, air matanya mengalir kita bibirnya bersatu dengan bibir milik Yoongi.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Unnie dah nak balik ke?" soal Byeol dengan nada kendur. Sarah tersenyum kecil sebelum mendukung tubuh Byeol.
"Belum lagi. Unnie balik petang ni. Sekarang ni... Jom ikut unnie jalan-jalan?" sebaik mendengar yang Sarah ingin membawanya jalan-jalan, langsung Byeol menjerit riang.
"Nakkk!! Tapi unnie tak penat ke? Kan puasa?" pipi Byeol dicubit Sarah lembut sambil tertawa kecil.
"Mana ada penat. Kan nak naik motor. Nak jalan-jalan kan? Pergi mandi cepat." tanpa menunggu lagi, Byeol terus berlari anak masuk ke biliknya untuk mandi. Comel betul.
Sementara itu, Sarah menapak keluar dari rumah sambil melihat ke arah langit. Harap tidak hujan tiba-tiba lah semasa dia membawa Byeol keluar nanti. Sedang Sarah menikmati udara segar, dari jauh sudah kelihatan Yuna yang sedang bergelut dengan basikalnya. Sarah tertawa kecil melihat Yuna yang akhirnya hanya menuntun basikalnya masuk ke kawasan rumah.
"Yow Sarah." lantai hadapan rumah dijadikan tempat Yuna duduk. Letih gamaknya setelah mengayuh basikal.
"Kau dari mana?"
"Hospital hehe. Malas nak naik motor. Astu nak exercise. Aku naik lah basikal. Menyesal nyah. Boleh pulak rantai basikal buat masalah. Aaa geram geram." Sarah mengambil tempat bersebelahan Yuna. Lantai itu disapu sedikit dengan tangan sebelum duduk.
"Jaemin macam mana? Dah sihat?" masam wajah Yuna mendengar Sarah bertanyakan tentang Jaemin.
"Bukan nak kisah pasal aku yang tengah keletihan ni. Ey. Jaemin nak balik dah nanti. Dia dah sihat. Kau bila balik rumah?" Sarah tersenyum kecil.
"Petang. Aku balik dengan teksi nanti. Ha aku nak tanya.. kau dengan Jaemin dah official lah ni?" bahu Yuna disondol-sondol Sarah sambil tersengih mengusik.
"ALAH ALAH JANGANLAH KECOH AAA aku tatau aku tatau. Stress aku jumpa Jaemin. Hari-hari dapat pickupline. Mintak kaki tul astu duk ejek aku blush. Malu au malu." Sarah turut ketawa mendengar cerita Yuna. Tiba-tiba telefon milik Sarah berbunyi menandakan mesej masuk. Bukan sekali. Banyak pula. Berkerut dahinya.
"Siapa sia spam kau. Tengoklah chat tuu." mendengar kata-kata Yuna, Sarah menghidupkan telefonnya. Kelihatan banyak mesej daripada Jimin.
"Eh. Kenapa Jimin chat kau banyak-banyak?" Sarah mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mesej itu dilihat Sarah.
– – –
Jimin
Sarah?
Awak baik-baik saja kan?
Tak ada apa-apa kan?
Saya tak sedap hati.
Joohyun beritahu dia akan
apa-apakan awak.
Jaga keselamatan.
Saya taknak hilang awak.
Tolong sangat.
Kalau ada apa-apa jadi,
tolong maklumkan pada saya.
Sayang awak.
– – –
Terkebil-kebil Sarah membaca mesej dari Jimin itu. Sarah dan Yuna saling berpandangan setelah membaca mesej itu.
"Aku teman kau balik lah nanti." Sarah menggeleng tidak mahu. Bukan apa. Dia tak mahu menyusahkan pula.
"Kan kau nak jemput Jaemin? Takpe. Aku balik sendiri. Takde apa kut."
"Unnie !! Byeol dah siap!", laung Byeol dari dalam rumah setelah seusai bersiap.
"Eo? Okayy jom Byeol! Yuna. Aku pergi dulu tau?" Yuna mengangguk kecil membiarkan Sarah dan Byeol keluar. Dia turut tidak sedap hati. Risau dirinya akan keselamatan Sarah.
+++
"Tuan. Memang taknak jawab ke soalan saya?" panggilan dari setiausahanya itu memang diangkat. Namun tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya menjawab pertanyaan daripada Cik Kim atau lebih dikenali sebagai Yeri.
"Semua sebab Puan Sarah tak balik lagi ke?" Jimin mengetap bibirnya.
"Tuan. Macam-macam soalan dah pekerja tanya. Asyik tanya, mana tuan pergi, kenapa tak datang kerja. Tuan tak sihat ke?" sekali lagi Jimin tidak menjawab. Dia memilih untuk dengar sahaja pertanyaan Yeri.
"Tuan tak jawab lagi, saya datang rumah tuan." walaupun Yeri mengugut untuk datang ke rumah, Jimin masih tidak menjawab. Tiba-tiba bunyi loceng rumah kedengaran.
"Bukak pintu, tuan. Saya kat luar." Jimin mengeluh kecil sebelum bangkit dari kerusi. Pintu utama itu dibukanya. Benar, memang Yeri yang datang. Panggilan itu ditamatkan Yeri.
"Tuan okay tak? Muka tuan pucat." Jimin tersenyum kelat. Sejujurnya, memang dia sedang demam ketika itu.
"Awak datang seorang ke?" Yeri menggeleng kecil. Seorang budak kecil yang baru keluar dari kereta ditunjuk Yeri.
"Saya datang dengan anak buah. Tuan taknak jemput kami masuk ke?" Jimin juga baru tersedar yang dia belum tidak mengajak Yeri masuk.
"Ah masuklah." pintu itu dibuka Jimin luas untuk memberi laluan kepada Yeri dan anak buahnya itu. Mereka duduk di sofa seketika.
"Gelap betul rumah tuan. Baru seminggu kan Puan Sarah takde?" wajah Jimin hanya muram apabila Yeri menyebut tentang Sarah. Yeri melepaskan keluhan. Dirinya juga tidak tenang melihat bosnya itu bersedih.
"Tuan kemaslah rumah. Puan Sarah ada beritahu saya yang dia nak balik dalam masa terdekat." terangkat kening Jimin mendengar kata-kata Yeri.
"B-Betul?" Yeri mengangguk mengiyakan pertanyaan Jimin.
"Alhamdulillah. Betul cakap awak. Saya kena kemas rumah bersih-bersih, biar Sarah gembira bila balik nanti kan?" Jimin langsung bangun dari sofa dan mengambil penyedut hampagas untuk membersihkan ruang tamu.
"Tuan. Biar saya tolong. Tuan pun kurang sihat kan? Kemas ramai-ramai cepat lah siap kan?" Jimin mengangguk laju setuju. Yeri menoleh ke arah anak buahnya yang sedang bermain dengan Si Oyen.
"Han. Sini tolong uncle dengan auntie kemas rumah."
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Sayang. Saya dengar yang Sarah dah nak balik rumah Jimin. Apa kita nak buat?" Yoongi yang sedang menyarung jaketnya menoleh ke arah Joohyun. Terkebil-kebil Joohyun melihat Yoongi bersiap.
"Saya dah uruskan. Bersiap cepat. Kita keluar." penutup muka berwarna hitam itu dipakai Yoongi untuk menyempurnakan penyamarannya. Seusai itu, Yoongi meninggalkan bilik tersebut. Joohyun yang masih berada di bilik itu masih bingung. Apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran Yoongi?
+++
"Teksi dah sampai. Aku pergi dulu." tubuh Sarah didakap Yuna seketika.
"Jaga diri nyah. Aku sayang kau tau." menggeleng kecil kepala Puan Na melihat gelagat Sarah dan Yuna itu.
"Ya ya. Halmeoni." tangan Puan Na dikucup Sarah lembut. Tak terasa seminggu duduk di rumah Puan Na. Rasa sekejap sahaja masa berlalu.
"Jaga diri Sarah." Sarah mengangguk kecil.
"Halmeoni kirim salam dekat Jaemin tau. Sarah pergi dulu." Sarah melambai ke arah Puan Na dan Yuna sebelum masuk ke dalam teksi. Keluhan dilepaskan setelah teksi yang dinaikinya keluar dari perkarangan rumah Puan Na.
Pemandu teksi itu membetulkan cermin hadapan keretanya. Sarah yang sedang memerhati pemandangan luar dilihatnya. Satu pewangi kereta diletakkannya dihadapan penghawa dingin sebelum pelitup mukanya dibetulkan.
Bibirnya tersenyum sinis melihat Sarah yang sudah mula terlelap. Berguna juga ubat tidur yang dicampurkan di dalam pewangi itu.
+++
Jimin memandu dengan kabutnya menuju ke suatu lokasi. Dia tidak dapat tenang setelah mendapat mesej dari Joohyun. Ianya gambar Sarah yang seakan pengsan berada di dalam kereta.
Jimin sudah tidak hiraukan sebanyak mana jumlah duit yang diminta Joohyun. Keselamatan Sarah adalah paling utama.
Sampai sahaja Jimin di sebuah tempat terpencil, dia keluar dari kereta.
"Sarah?! Sarah?!!" Jimin langsung melaung memanggil nama Sarah sebaik sampai di tempat itu. Sebuah bangunan kecil terlihat berdekatan tempat dia meletakkan kereta.
Perlahan Jimin menapak ke dalam bangunan tersebut. Sebuah beg yang berisi duit yang diminta Joohyun sudah berada bersamanya.
"Cari saya ke?" terhinjut bahu Jimin mendengar suara Joohyun dari belakang. Lantas dia menoleh.
"Mana Sarah?" Joohyun tersenyum sinis.
"Dia dengan Yoongi. Beri duit tu dan Yoongi akan hantar dia ke rumah dengan selamat." Jimin memandang Joohyun tajam.
"Bukti?" Joohyun mengambil telefon miliknya sebelum membuat panggilan video dengan Yoongi. Skrin telefonnya ditunjuk ke arah Jimin.
Kelihatan Sarah yang sedang tidak sedarkan diri dari luar kereta. Kemudian kamera panggilan video itu Yoongi hala semula ke arah dirinya.
"Dia ada dengan aku." tanpa menunggu lagi, beg itu diberi Jimin.
"Selepas ni, kita dah tiada apa-apa kaitan." ujar Jimin sebelum beredar. Joohyun tertawa kecil.
"Ya. Kita tiada kaitan antara satu sama lain lagi."
Jimin memandu pulang ke rumah. Di dalam hatinya, dia tidak henti berdoa agar Sarah selamat sampai ke rumah. Sedang Jimin memandu melalui jalan di lampu isyarat, entah bagaimana telefonnya yang berada di dashboard kereta terjatuh ke bawah.
Jimin mencapai telefonnya itu. Namun, tiba-tiba kedengaran bunyi hon kuat meluru ke arahnya. Sebaik mengangkat kepalanya, sebuah kereta lain sedang menuju ke arah keretanya.
"Allahuakbar."
+++
Sarah tersedar dari tidurnya. Kepalanya berasa sangat sakit ketika itu. Ternyata teksi sudah sampai di hadapan rumahnya.
"M-maaf encik. Saya tertidur pulak. Terima kasih encik. Ini tambangnya." beberapa keping duit dihulur Sarah. Begnya turut dibawa keluar. Pemandu itu tidak membalas apa-apa. Dia sekadar tersenyum senget.
Terkebil-kebil Sarah melihat rumah yang gelap itu. Jimin belum balik kerja ke?
Kunci rumah dikeluarkan untuk membuka pintu utama rumah. Sebaik masuk, kelihatan beberapa alatan pembersihan yang ada di ruang tamu. Jimin kemas rumah?
Tangga dinaikinya perlahan. Biliknya dimasuki. Kelihatan pakaian Jimin berada di atas katil. Kebiasaannya Jimin akan meninggalkan pakaian di katil sekiranya dia tergesa-gesa untuk keluar. Namun, Jimin ke mana? Mata Sarah tertancap pada dua pasang baju raya yang tergantung pada almari. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Jimin benar-benar ingin beraya dengannya tahun ini.
Tiba-tiba telefon Sarah berdering. Nombor yang tidak dikenali pula yang menelefonnya. Panggilan itu dijawab.
"Hello?"
"Ini Puan Sarah ke? Isteri kepada Encik Park?"
"Y-ya saya. Kenapa?"
"Suami puan terlibat dalam kemalangan dan berada di hospital sekarang." Sarah kaku. Dirinya tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Jimin kemalangan?
Baju raya yang tadi dilihat Sarah dikerling sekilas dengan pandangan yang kabur kerana tubir mata yang dipenuhi dengan air mata. Awak kata awak nak raya dengan saya, Jimin. Awak tak tipu saya kan?
- To Be Continue -
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro