RWD12
R A M A D H A N – 25
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Unnie." kaki Sarah dipeluk Byeol.
"Ya?"
"Jomlah jalan-jalan dengan oppa Jaemin..." berkerut dahi Sarah. Macam pelik je.
"Siapa yang ajak?"
"Oppa–" belum sempat Byeol menjawab penuh, mulutnya sudah ditekup Jaemin. Tubuh Byeol didukungnya seperti biasa.
"Takdelah. Jaemin nak ajak Sarah kalau Sarah nak ikut jugak. Kan Byeol?" Byeol tertawa kecil sambil menutup mulutnya. Kepalanya mengangguk kecil.
"Byeol dapat apa kalau Byeol dapat ajak unnie jalan-jalan?"
"Oppa kata nak belikan seguni gula-gula!" Jaemin mengetap bibirnya. Budak-budak mana pandai menipu T-T. Sarah tertawa kecil.
"Okay. Jom." kata Sarah sebelum mendepakan tangannya dihadapan Jaemin. Berkerut dahi Jaemin. Sarah nak aku peluk dia ke macam mana?
"Cepatlah. Bagi Byeol kat Sarah." Jaemin tersedar dari lamunan. Dia fikir apalah tadi. Tubuh Byeol dipindahkan ke dukungan Sarah. Jaemin tersenyum kecil melihat senyuman Sarah. Syukur Sarah tidak lagi bersedih.
Mereka berjalan kaki ke rumah lama Sarah yang sudah menjadi tempat tinggal untuk anak-anak yatim.
"Joon !" berlari Byeol ke arah Haejoon. Sudah lama rakannya itu tidak berada di kampung itu. Katanya tinggal bersama ibunya untuk beberapa minggu.
"Byeolll !" Sarah sekadar tersenyum kecil memandang karenah Byeol dan Haejoon yang comel. Namjoon yang berada bersama Haejoon itu dipandang Sarah.
"Hi encik kim. Lama tak jumpa." Namjoon turut membalas sapaan Sarah dengan senyuman.
"Datang seorang je ke kat sini? Suami tak ikut?" wajah Sarah berubah sebaik Namjoon menyebut tentang Jimin. Jaemin mendekati mereka yang sedang bersembang.
"Eo Jaemin? Datang dengan Sarah sekali ke?" Jaemin mengangguk kecil.
"Namjoon. Kau jagakan Byeol sekejab boleh?" Namjoon mengangguk faham. Sarah memandang Jaemin bingung. Lantas lengan baju Sarah ditarik sikit untuk mengajak Sarah berteduh di bawah pokok.
"Jaemin nak cakap sikit dengan Sarah. Duduk." Sarah duduk bersebelahan Jaemin dengan sedikit berjarak tanpa banyak soal. Jaemin menarik nafas dalam. Bibirnya diketap.
"Sarah.. masih nak perbaiki hubungan dengan Jimin?" wajah Sarah sekali lagi berubah seakan tidak selesa dengan topik yang ditanyakan Jaemin.
"Kenapa Jaemin tanya–"
"Jawab soalan Jaemin dulu." kata Jaemin dengan nada yang lebih tegas. Sarah diam seketika.
"Sarah.. Sarah sendiri tak pasti.." Jaemin memeluk tubuhnya.
"Sarah masih sayangkan Jimin kan?" lidah Sarah kelu. Ya. Rasa sayang itu masih ada. Tak sanggup ingin berpisah dengan Jimin. Namun, mengingati segala kenangan pahit mereka, Sarah perit. Luka di hatinya masih belum terubati. Dia tidak sanggup.. untuk tersakiti lagi.
Akhirnya, perlahan Sarah mengangguk kepalanya. Walaupun Jaemin sudah menyangka akan jawapan Sarah, tangannya digenggam erat. Dia tidak marah. Cuma.. agak kecewa.
"Jaemin.. boleh tolong, selagi Sarah masih ada rasa sayang dekat Jimin." berat lidahnya ingin mengungkapkan kata-kata tersebut.
"Sarah hanya tunggu kata putus Jimin. Sarah.. Sarah akan redha saja kalau Jimin buat pilihan untuk ceraikan Sarah. Jika Jimin pilih untuk kekal dengan Sarah, Sarah akan kembali kepada dia." genggaman tangan Jaemin perlahan-lahan melonggar. Kenapa.. Sarah tak pernah nampak cinta Jaemin?
Baru Jaemin ingin menyambung percakapan, dia melihat figura kereta yang dikenalinya. Bahu Sarah ditarik Jaemin supaya mengikutinya menyorok di belakang rumah.
"K-kenapa Jaemin?" tanya Sarah seraya menjengah(?) kepala ingin melihat siapa yang datang. Jaemin menahan kepala Sarah.
"Jimin. Dia datang." Sarah diam.
"Sarah tunggu sini. Biar Jaemin uruskan." melihat Jaemin sudah ingin pergi, Sarah menahan jejaka itu seketika.
"Jangan.. beritahu Sarah ada kat sini. Sarah masih tak sedia nak jumpa Jimin." Jaemin mengetap bibirnya sebelum mengangguk perlahan.
"Sarah ada tak?" tanya Jimin dengan wajah risaunya.
"Kenapa cari Sarah?" Jimin menoleh apabila melihat figura Jaemin yang tiba-tiba muncul.
"Sarah ada kat sini ke? Aku nak jumpa dia. Aku baru tahu semuanya. Aku tahu ni semua salah aku. Aku nak betulkan kesilapan aku." air mata Jimin sudah mengalir tanda kecewa dengan kecuaian sendiri sehingga membuatkan dirinya kehilangan seseorang yang disayanginya.
"Sarah takde. Dia tak berada di kawasan ni. Dia dah pergi jauh." wajah Jimin jelas terkejut dengan bait-bait yang keluar dari mulut Jaemin.
"Dia kat mana?" Jaemin sengaja tidak menjawab soalan Jimin.
"Dia.. berada di tempat yang selamat kan? Aku cuma nak tahu kalau Sarah selamat atau tak."
"Dia selamat. Kau boleh beredar." Jimin masih tidak berganjak dari tempat itu. Keluhannya dilepaskan.
"Tolong sampaikan pesanan aku dekat Sarah. Aku benarkan dia untuk keluar. Aku beri keizinan. Aku taknak dia rasa bersalah keluar dari rumah tanpa kebenaran aku. Aku benarkan dia ambil masa selama mana dia mampu. Tapi.. aku harap sangat. Aku dapat beraya dengan dia tahun ni.." Sarah yang berada di belakang rumah sekadar mencuri dengar perbualan Jimin dan Jaemin. Empangan air matanya mulai pecah. Sungguh. Dia rindu kepada Jimin. Namun, luka yang diberi Jimin masih terasa. Hatinya cukup terluka.
"Ya. Aku akan beritahu. Sila beredar. Kehadiran kau tak diundang di sini." tanpa menunggu lagi, Jimin memulakan enjin keretanya dan meninggalkan kawasan tersebut. Jaemin turut beredar dari rumah tersebut tanpa pergi kepada Sarah dahulu. Hatinya remuk.. Tak lama selepas itu, hujan turun membasahi bumi.. Tubuhnya juga lencun dengan air hujan yang menimpa dirinya.
( JAEMIN POV )
( A/N : elele bukan selalu ada POV en en MUAHAHA )
Aku teruskan berjalan di dalam hujan yang lebat. Tidak aku hirau lagi baju yang sudah basah lencun akibat ditimpa hujan. Ikutkan hati, ingin saja aku meluahkan perasaan aku kepada Sarah sekarang juga. Tapi, aku tahan diri aku. Aku sedar.. kebahagiaan Sarah ada pada Jimin. Bukan aku.
PIN PINN
Hampir saja sebuah kereta melanggar aku dari belakang ketika berjalan. Memang patut pun. Aku berjalan di tengah jalan raya. Bukan lagi jalan kampung. Akhirnya aku sedar dari lamunan panjang. Jauh sudah aku berjalan.
"KAU NAK MATI AWAL KE APA? JALAN KAT TEPI JALAN LAH. MENYUSAHKAN." kata-kata pemandu yang hampir melanggar aku tadi aku hiraukan. Aku meneruskan membuat hal aku. Tiba-tiba, dari jauh lagi aku melihat seseorang berlari di dalam hujan menghampiri aku. Sebaik dia sampai, payung yang dibawanya digunakan untuk memayungkan aku. Tubuhnya yang terkena tempias hujan diabaikan.
"Yah Jaemin ! Apa kau buat dalam hujan ni? Jom cari tempat berteduh cepat !" tangan aku ditariknya ke tempat parkir kereta yang beratap di kedai makan berdekatan. Sebuah kain dikeluarkannya dan digunakan untuk mengelap rambut dan wajah aku. Kenapa.. dia terlalu baik dengan aku?
"Kau okay tak Jaemin? Kenapa kau diam? Biasa kau lah yang paling bising, poyo, memacam lah dengan aku. Kau sedih ke? Nak bercerita dengan aku?" wajahnya aku pandang lama sebelum pandangan aku dilemparkan ke tanah.
"Aku okay."
"Tipu tipu. Kau jugak cakap. Tipu dosa, masuk api neraka. Haa haa. Aku nampak kau jalan dalam hujan dari kampung lagi. Aku ikut kau. Kau ada masalah ke? Jangan lah buat aku cakap sorang-sorang. Kesian aku." memuncung bibir gadis dihadapan aku apabila aku tidak membalas kata-katanya. Senyuman kecil terukir di bibir aku tanpa sedar.
"Ha tengok? Dah senyum ! Yeayyy ! Kan hensem begitu. Nanti jadi teruna tua lah kalau tak hensem. Takde orang nak kat kau nanti." tangan gadis itu aku raih berlapik.
"Kau.. suka aku?" tersentak Yuna apabila aku bertanya soalan sebegitu secara mengejut. Aku dapat lihat.. pipinya kemerahan serta merta setelah mendengar soalan aku.
"K-k-kena-pa t-tan-tanya m-m-macam–" aku menahan tawa melihat Yuna yang tergagap-gapap mengalahkan Byeol yang baru ingin bercakap.
"Dengar kau tergagap, aku dah tahu jawapannya." jelas kelihatan di wajah Yuna yang dia sedang gementar menunggu jawapan selebihnya daripada aku.
"Terima kasih.. sebab sukakan aku." wajah Yuna yang gementar tadi berubah. Aku lihat bibirnya yang tersenyum nervous.
"Tapi.. aku nak minta masa."
"Masa? Untuk apa? Kau nak balik rumah? Ke kau nak pergi jamban? Eh ambil lah masa banyak mana–"
"..masa untuk aku cintai kau pula."
"KYAAA JAEMIN DAHLAH KAU NI AKU PENAT LAH BLUSHING DAHLAH JOM KAWEN WEH AURGH AURGH."
( END JAEMIN POV )
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Resah Joohyun apabila panggilannya tidak diangkat Jimin. Dari kemarin Jimin keluar namun langsung tidak pulang. Mesej dan panggilan tak berbalas. Adakah Jimin sudah mula syak sesuatu dengan dirinya? Segala persoalan bermain di dalam kepalanya ketika itu.
Tiba-tiba sesuatu mula menyedarkannya dari lamunan. Bunyi loceng pintu. Jimin sudah pulang? Harap begitu.
Pintu bilik hotel itu dibuka Joohyun.
"Ji– Yoon?" Yoongi tersenyum sumbing. Tubuh Joohyun itu didekatinya dan akhirnya pergerakan Joohyun dikunci pada dinding.
"Boleh saya masuk?" rahang Joohyun disentuh Yoongi lembut. Senyuman lebar terukir di bibir gadis itu.
"Sure sayang."
+++
"Ya tuhan Jaemin. Kenapa baju basah-basah ni? Yuna. Jaemin main hujan ke?", tanya Puan Na risau. Jaemin dan Yuna sekadar tertawa kecil.
"Haah. Jaemin main hujan tadi halmeoni. Dia buat drama tengah jalan. Sikit lagi nak kena langgar." membulat mata Puan Na mendengar. Bahu Jaemin dicubitnya geram.
"Bahaya lah Jaemin. Halmeoni karate jugak nanti. Marah budak-budak main hujan, tapi yang besar pulak main hujan sekarang ni." pecah tawa Jaemin dan Yuna melihat neneknya yang menahan amarah sambil bercekak pinggang.
"Alolo tomeynya halmeoni kitee." sengaja Yuna mengusik Puan Na. Bukan selalu kan?
"Macam-macam lah kamu berdua. Halmeoni kahwinkan jugak nanti." tawa mereka berhenti. Jaemin dan Yuna saling berpandangan.
"BOLEH JUGAK HALMEONI" cepat-cepat Jaemin menekup mulut Yuna.
"T-TAK BOLEH HALMEONI. YUNA ADA PAKWE DAH."
"MANEDE HALMEONI. SAYA SINGLE. JAEMIN SINGLE. KAWENKAN KAMI AURGH AURGH." dari jauh Sarah melihat mereka yang sedang bergurau di ruang tamu. Berkerut seribu dahinya. Sejak bila Jaemin suka dekat Yuna? Yang aku tau Yuna crushkan Jaemin je.
Sarah hanya mengabaikan perkara itu. Langkah kakinya diatur untuk masuk ke dalam bilik.
"Jaemin. Panas badan kamu ni." Sarah menoleh. Jaemin demam?
"Gwenchana halmeoni. Memang lah panas. Kan Jaemin main hujan. Lepas mandi elok lah." Puan Na mengeluh kecil.
"Mandi cepat. Rehat. Jangan sampai melarat demam. Nanti tak boleh kerja lagi." Jaemin mengangguk kecil tanda faham. Semasa Jaemin ingin pulang ke biliknya, dia terserempak dengan Sarah.
"Jaemin? Jaemin main hujan?" soalan Sarah tidak berbalas. Jaemin langsung beredar. Terkebil-kebil Sarah. Rasanya Jaemin okay saja tadi. Kenapa tiba-tiba saja Jaemin seakan tidak mahu bercakap dengan dirinya?
+++
Jimin melihat beberapa panggilan dari Joohyun yang tidak terjawab. Keluhan kecil terbit dari bibirnya. Mungkin, dia perlu pulang ke hotel dahulu. Kasihan Joohyun yang ditinggalnya berseorangan.
Sampai di hadapan pintu bilik, Jimin sedikit hairan melihat kasut yang lain daripada kasutnya dan Joohyun dihadapan pintu. Telinganya ditekap pada pintu. Kedengaran seperti suara bergelak ketawa. Joohyun takde pulak bagitau nak ajak kawan datang.
Perlahan pintu bilik dibukanya supaya tidak mengejutkan mereka yang berada di dalam bilik hotel. Sebaik membuka pintu, tangan Jimin terketar menahan amarah.. melihat Joohyun dan seorang lelaki berpelukan sambil bergelak ketawa dan hanya menutupi tubuh mereka dengan sehelai selimut.
"Sayang. Taknak balik lagi? Kalau Jimin balik macam mana?" Yoongi tersenyum senget. Dia melihat ke belakang memandang Jimin yang sudah kemerahan matanya menahan tangisan dan amarah pada masa yang sama. Melihat tindakan Yoongi yang melihat ke arah pintu, Joohyun juga melakukan perkara yang sama. Membulat matanya sebaik matanya bertentang dengan mata milik Jimin.
Tanpa menunggu lagi, Jimin meninggalkan bilik itu. Lobi hotel ditujunya sebelum Jimin keluar daripada bangunan hotel tersebut. Keretanya di kawasan parkir dimasukinya sebelum stereng dihentaknya kuat untuk melepaskan kemarahan.
Wajahnya disembam pada stereng kereta. Air matanya mengalir deras. Kifarah sudah datang kepadanya.. sebagai balasan setelah menyakiti hati sang isterinya. Buat sekali lagi, Jimin tertipu oleh rakannya, Yoongi itu.
"Sabar Jimin.. kau.. kau tengah puasa kan?" ujar Jimin seorang diri untuk menenangkan dirinya. Tangannya masih terketar memegang stereng. Tubuhnya disandarkan pada tempat duduk pemandu itu. Inhale.. Exhale.. Di dalam kepalanya mula terfikir.. Bagaimana perasaan Sarah apabila melihatnya curang dihadapan matanya sendiri.. sedangkan dirinya juga tidak dapat menahan amarah. Bagaimana Sarah dapat menahannya..
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Azan sudah berkumandang, namun Jimin masih termenung di meja makan. Makanan masih tidak dimasaknya. Fikirannya melayang walaupun dirinya berada di situ.
"Sarah.. saya rindu awak." ayat itu tidak henti diucapnya dari awal lagi dia termenung di dapur itu. Kepalanya ditunduk memandang meja. Air mata keluar buat ke sekian kalinya.
Hari semakin gelap. Dapur turut gelap kerana lampu yang tidak dibuka. Jimin mencapai telefon bimbitnya. Nombor Sarah didail. Sekali lagi, panggilan itu tidak dijawab.
- - -
Sarah <8
Sarah.
Saya rindu awak.
Awak sihat?
Awak berbuka makan apa
je harini?
Mesti sedap kan?
Walaupun awak tak balas chat
saya, saya cuma harap awak
baik-baik saja kat mana awak
berada.
Saya tunggu awak balik.
Lama mana pun saya akan
tunggu.
Sayang awak.
Sangat-sangat.
- - -
Jimin menutup telefonnya. Kepalanya berdenyut dengan kuat sekali ketika itu. Dirinya digagahkan untuk bangkit. Ubat tahan sakit diambilnya dan ditelan bersama air kosong. Setelah menelan ubat, Jimin menapak ke biliknya untuk solat.
Seusai solat, matanya dilelapkan seketika memandangkan ubat membuatkan dirinya rasa mengantuk.
+++
Mesej dari Jimin hanya direnungnya. Tidak terdetik pun dihatinya untuk membalas mesej-mesej tersebut. Sebaliknya, pelbagai soalan yang bermain di kepala gadis itu.
"Jimin dah berpisah dengan Joohyun ke? Sebab aku ke?" telefonnya dimatikan semula. Tiba-tiba, pintu bilik diketuk dari luar. Berkerut dahi Sarah. Siapa pula?
Langkah kakinya diatur ke hadapan pintu untuk melihat siapa yang mengetuknya.
"Jaemin?" Jaemin tersenyum senget memandang Sarah.
"Sarah. Jaemin.. nak cakap sikit. Boleh kita jumpa kat luar?" terangkat kening Sarah. Apa pulak yang nak dibincang?
"Sekarang ke?" soalan Sarah mendapat balasan gelengan kecil dari Jaemin.
"Kejab lagi. Sarah selesaikan dulu hal Sarah. Jaemin tunggu kat depan rumah." Sarah mengangguk faham. Sebaik Jaemin beredar, Sarah pantas mengemas telekungnya yang diguna ketika berada di surau isya' tadi.
"Jaemin nak bincang tentang apa?" tanya Sarah hairan dengan Jaemin.
"Sarah ada cadang nak balik dalam masa terdekat ke?" Sarah diam sebentar, berfikir. Kemarahannya terhadap Jimin sudah mulai redha.
"Mungkin.. dalam beberapa hari lagi?" Jaemin mengangguk faham. Tangannya diusap seketika sebelum membuka mulut semula.
"Nanti lepas Jimin dan Sarah berbaik.. Sarah datang lah beraya kat rumah halmeoni ni. Malam raya ke. Datang je. Boleh meriahkan rumah. Takut nanti halmeoni sunyi pulak." Sarah tergelak kecil.
"Ya Sarah datang. Tapi kalau Sarah takde pun, Jaemin dengan Yuna kan ada? Byeol Haneul pun ada." melihat Jaemin yang menggeleng perlahan membuatkan Sarah pelik.
"Jaemin ada hal nanti. Raya pertama dengan kedua nanti Jaemin takde. Sebab tu taknak lah rumah sunyi ke. Sarah datang tau."
"Ya. Nanti Sarah datang." jawab Sarah tanda setuju. Namun, Sarah mula menyedari sesuatu dengan wajah Jaemin. Jaemin yang ingin bangun dari kerusi ditahan Sarah.
"Jaemin? Jaemin demam ke? Kenapa muka pucat?" laju Jaemin menggeleng kerana tidak mahu Sarah risau.
"Taklah. Jaemin okay je."
"Okay apa? Tengok tu. Bibir kering. Pucat pulak. Dah makan ubat belum?" keluhan kecil kedengaran dari Jaemin. Bahu Sarah ditahan supaya Sarah duduk semula di kerusi.
"Jaemin demam sikit je. Tadi dah makan ubat. Esok eloklah. Jangan risau. Jaemin masuk dulu." Jaemin baru sahaja ingin masuk ke dalam rumah namun sekali lagi Sarah menahannya.
"Kenapa.. Jaemin berjalan dalam hujan tadi? Jaemin.. ada sedih sebab apa-apa ke?" Jaemin sekadar berdiri kaku dengan posisi yang memalingkan tubuhnya dari Sarah. Jaemin harap sangat Jaemin boleh beritahu semuanya dekat Sarah.
Tangan Sarah yang memegang tangan Jaemin itu, Jaemin tepis perlahan.
"Sengaja. Tak perlu risau tentang Jaemin. Risau tentang diri Sarah je. Jaga diri Sarah elok-elok. Jaemin boleh jaga diri." tanpa menunggu lagi, Jaemin beredar masuk ke dalam rumah. Sarah dapat rasakan sesuatu yang berlainan antara dirinya dengan Jaemin.
Jaemin semakin dingin.
+++
Sarah duduk di birai katilnya apabila selesai mandi. Jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 11 malam.
"Fuh dah lama tak layan netflix." tersengih Sarah sendirian melihat telefonnya. Apa salahnya tidur lewat kan? Tubuhnya diregangkan sebelum pengering rambut dicapai.
Baru sahaja tangan Sarah ingin mencapai mesin pengering rambut, ketukan pintu membuat dirinya terperanjat sehingga terjatuhkan sikat rambut yang berada bersebelahan mesin tersebut. Mujur dia tidak termelatah. Siapa pulak datang bilik malam-malam ni?
Pintu dibuka. Kelihatan Byeol yang memeluk anak patungnya bersama bantal berdiri di hadapan pintu bilik.
"Unniee. Nak tidur dengan unnie boleh?" kata Byeol dengan wajah mamai.
"Byeol mimpi buruk lagi ke?" pantas Byeol mengangguk. Sarah tersenyum kecil. Tubuh kecil Byeol itu didukung Sarah.
"Mestilah boleh. Jom."
R A M A D H A N – 26
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"Tuan. Tuan masuk kerja tak harini?" Jimin hanya diam mendengar soalan pembantunya di talian itu.
"Tuan–" panggilan itu langsung dimatikan Jimin. Wajahnya diraup. Kertas ditangannya dikonyoknya kasar sebelum dibuang ke lantai. Jelas di kertas tersebut tertulis surat dari bank bahawa kad kreditnya sudah mengeluarkan duit yang banyak. Kerja siapa lagi kalau bukan Joohyun?
"Oh ni yang kau nak dari aku sebenarnya? Harta. Haha aku takkan biarkan kau pijak kepala aku lagi, Joohyun." kunci keretanya diambil sebelum Jimin beredar keluar dari rumah. Dia bukanlah ingin mencari Joohyun atau sesiapa pun. Tujuan dia keluar adalah untuk ke bank dan membatalkan penggunaan kad kredit tersebut.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
"HALMEONIIIIII AURGH AURGH." Puan Na hanya tertawa kecil apabila Yuna memeluknya.
"Awal sampai. Kenapa datang, Yuna?"
"Yuna bosan lah duduk kat umah. Duduk lama-lama, nanti omma suruh macam-macam pulak. Tak boleh betul tengok Yuna duduk rilek rilek. Kat sini ada halmeoni, byeol, haneull. Takdelah Yuna bosan hehe." Puan Na menggeleng kecil melihat karenah gadis itu. Dia dari awal sudah tahu yang Yuna ingin berjumpa dengan Jaemin.
"Jaemin masih ada kat bilik. Yang lain pun. Haneul je yang tengah tengok tv kat luar. Pergilah kejutkan Jaemin sana." Yuna sudah tertawa malu. Aih kelentong.
"Tau-tau je halmeoni ni. Tapi, Jaemin dah sihat ke?" Puan Na mengangkat bahu tanda tidak tahu. Yuna tersenyum senget.
"Yuna pergi skodeng Jaemin dulu tau halmeonii !" tertawa kecil Puan Na melihat Yuna berlari kecil menuju ke bilik Jaemin.
Pintu bilik Jaemin diketuk perlahan.
"Oi Jaemen ! Aku nak masuk boleh tak ni?" setelah menunggu selepas beberapa saat, tiada pula jawapan dari Jaemin. Aneh.
"Aku masuk tau!" pintu bilik itu perlahan Yuna buka. Berkerut dahi Yuna melihat Jaemin yang masih tidur di katil. Tubuh Jaemin dialih sedikit supaya mengiring ke arah kanan iaitu di birai katil. Wajah Jaemin kelihatan pucat sangat ketika itu.
"Jaemin? Allahu panasnya badan." dahi Jaemin agak panas ketika itu. Risau Yuna melihat keadaan Jaemin ketika itu.
"Hal–" belum sempat Yuna memanggil Puan Na, Jaemin menahan tangan Yuna. Tangan Yuna digenggamnya erat sambil kepalanya menggeleng kecil.
"Jangan beritahu halmeoni. Aku taknak halmeoni risau.." terkejut Yuna merasakan tangan Jaemin yang terlalu panas. Rambut Jaemin diusapnya.
"Jaemin. Kau makan ubat tak semalam? Ya tuhan. Aku kena bagitahu halmeoni jugak." pegangan tangan Yuna diketatkan Jaemin. Belum sempat Yuna keluar, Puan Na sudah berada di hadapan pintu bilik Jaemin.
"H-halmeoni.."
"Kenapa nak rahsiakan yang kamu sakit, Jaemin?" Puan Na duduk di birai katil sambil memeluk tubuh Jaemin yang tak bermaya itu. Jaemin mengeluh kecil sebelum membalas pelukan itu.
"Jaemin bukan nak berahsia. Tapi, Jaemin taknak halmeoni risau pasal Jaemin." Yuna hanya memerhati di tepi. Lega sedikit apabila Puan Na tahu tentang Jaemin. Puan Na lebih tahu cara untuk merawat Jaemin.
+++
Jaemin hanya memerhati Yuna yang meletakkan sehelai kain basah yang sudah dilipat ke kepalanya. Berkerut dahi Yuna melihat Jaemin yang merenungnya.
"Kau kenapa pandang macam tu? Seram nyah." Jaemin tertawa kecil. Soalan itu tidak dijawab malah Jaemin masih merenung gadis itu. Yuna menyepetkan matanya dengan muka cemberut. Kain tadi ditutup di mata Jaemin.
"Tak payah bukak. Biar je kain tu tutup mata kau. Tengok aku macam nak telan. Ey seram. Meghemang." tangan Jaemin yang ingin membuka kain tersebut yang menutup matanya ditahan Yuna. Tangan Jaemin ditarik Yuna dan diletakkan di dalam selimut semula.
"Duduk diam-diam lahhhh. Kalau tak, aku balik." puas Jaemin tertawa melihat karenah Yuna itu. Bukan saja lucu, bahkan comel.
"Okay aku tak tenung kau dah. Bukak lah kain ni. Air masuk mata ni." Yuna mengendahkan sahaja kata-kata Jaemin itu. Merajuk lah tu.
"Yuna sayang.." serta merta pipi Yuna kemerahan mendengar panggilan sayang tersebut.
"J-Jaemin! Yahhhhhh dahlah aku balik–" tangan Yuna ditahan Jaemin. Kain di matanya dialih ke dahi.
"Umumu pipi kau merah." Yuna menutup mukanya yang kemerahan.
"DAHLAH HAWAU NUH LAH AKU NAPE KAU SEKSA AKU WOY. YA ALLAH."
Berkerut dahi Sarah apabila melihat ruang tamu yang kosong. Kemana pula yang lain? Kelihatan Puan Na berada di luar rumah.
"Halmeoni buat apa kat sini?" Puan Na menoleh sebaik mendengar sapaan Sarah. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil.
"Tengah jahit baju-baju yang terkoyak sikit ni. Jaemin kata baju ni dia nak bawak pergi oversea nanti." Sarah sekadar meng'o'kan kata-kata Puan Na. Kerusi bersebelahan Puan Na diduduki Sarah.
"Jaemin dengan Yuna mana? Tadi dengar suara Yuna menjerit macam bergurau dengan Jaemin." Puan Na tersenyum kecil.
"Dorang kat bilik sana. Jaemin demam. Yuna tolong jaga." Sarah mengangguk faham.
"JAEMINN ANJIM BUANG LAH BELALANG TU. KAU JANGAN SAMPAI AKU KARATE HA AKU BELAJAR KARATE NGAN PAK PANDIR HA HA." melebar senyuman Puan Na mendengar suara Yuna. Sarah tersenyum senget. Serious lah Jaemin suka Yuna? Kenapa dia tak bagitahu? Kalau aku tahu, aku dah kahwinkan awal-awal dua ekor tu HAHAHA.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Mata Jimin meliar pada baju raya yang tergantung di rak kedai. Sudah lebih sejam Jimin sekadar ulang alik sekeliling kedai tanpa memilih sebarang baju. Pekerja hanya memerhati tindak tanduk Jimin yang aneh.
"Encik. Encik perlukan apa-apa–" kata-kata pekerja tersebut terhenti apabila Jimin memberi isyarat tangan seakan tidak mahu diganggu. Langkah kaki Jimin terhenti di hadapan sebuah rak. Baju kurung berwarna hijau muda itu benar-benar menarik perhatiannya. Bibirnya tersenyum kecil.
"Saya nak baju ni." pekerja-pekerja di sana saling berpandangan sebelum tersenyum. Akhirnya Jimin menjumpai juga baju yang dia mahu.
+++
Baju kurung berwarna hijau muda itu Jimin sangkutkan pada penyangkut baju seterusnya digantung di hadapan almari. Baju itu dipandangnya lama.
"Saya.. betul-betul nak raya dengan awak tahun ni, Sarah.. Harap awak dapat pulang awal." sepasang kurta yang sedondon dengan warna baju kurung tadi turut digantung di almari. Perlahan Jimin mengusap baju tersebut. Sarah pasti suka dengan baju yang dibelinya.
Penggera yang berbunyi mengejutkan Jimin. Dia tersedar dari lamunan.
"Ya tuhan dah nak pukul 6! Belum masak!" cepat-cepat Jimin mengatur langkah ke dapur dengan segera agar tidak terlewat menyiapkan hidangan berbuka.
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Setelah pulang dari surau, baju melayu yang tersarung di tubuh ditukarnya kepada baju tidur. Jimin meregangkan tubuhnya. Langkah kakinya menuju ke dapur. Bahan-bahan untuk membuat biskut dikeluarkan.
Biskut apa Jimin nak buat? Biskut raya lah. Kali ini, Jimin buat keputusan untuk buat sahaja biskut raya sendiri. Tidak perlu beli. Apron dipakainya dengan kemas sebelum memulakan kerjanya.
Pada awalnya, Jimin ingin membuat biskut tersebut bersama Sarah. Daripada awal lagi mereka sudah rancang. Namun, manusia hanya mampu merancang. Allah yang akan menentukan semuanya.
Tepung, telur, mentega dan gula digaul Jimin sehingga sebati. Satu persatu biskut mula dibentuk dan diletakkan di dalam loyang.
Tanpa sedar, jam sudah beralih ke pukul 11 malam. Jimin masih gigih menyiapkan biskut. Biskut masih belum dibakar di dalam ketuhar. Akhirnya, sesudah membuat bentuk biskut-biskut tersebut, satu loyang daripada keenam-enam loyang tersebut dimasukkan Jimin ke dalam ketuhar.
Entah bagaimana, ketika ingin memasukkan loyang yang mempunyai biskut yang tersusun di dalam ketuhar yang sudah panas itu, tangan Jimin tertempuh pada bahagian dalam ketuhar. Loyang yang dipegangnya terlepas sehinggakan biskutnya berterabur di lantai. Jimin tercengang seketika. Bagaimana dia boleh secuai itu.
Keluhan dilepaskan. Loyang lain dimasukkan Jimin terdahulu ke dalam ketuhar untuk dimasak. Biskut yang berterabur di atas lantai dikutip Jimin perlahan. Sakit di tangannya ditahan terdahulu.
Sesudah sisa biskut dibersihkan, barulah Jimin membilas tangannya dengan air sejuk untuk melegakan kesan melecur pada tangan. Jimin sedikit berdesis apabila kawasan melecurnya itu merasa pedih sebaik dibilas dengan air. Kalau Sarah ada, mesti awal-awal lagi dia dah rawat tangan aku. Terus tak bagi aku buat kerja.
Jimin tertawa sendiri. Kepalanya tertunduk selepas itu. Saya rindu awak, Sarah..
t i m e – s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Selesai membersihkan diri, Sarah membaringkan tubuhnya di katil. Jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tiba-tiba telefon Sarah berbunyi tanda mesej masuk. Berkerut dahinya. Telefonnya diambil.
Jiminshii bang duda
Sarah.
Saya masak biskut chocolate
chips !
Saya tahu biskut ni kegemaran
awak.
send a picture
— — —
Gambar yang dihantar Jimin itu dilihat Sarah. Kelihatan gambar dulang yang penuh dengan biskut. Banyaknya. Jimin buat semua seorang? Di dalam gambar tersebut turut menampakkan gambar tangan kanan Jimin. Tangan itu jelas kelihatan kemerahan akibat kesan melecur.
— — —
Jiminshii bang duda
Eh ternampak tangan pulak.
Main snap je hehe.
Jangan risau. Tangan saya
melecur sikit je. Awak dah tidur?
Maaf ganggu masa tidur
awak sayang.
Goodnight !
— — —
Rasa serba salah pula Sarah mengetahui yang Jimin gigih membuat biskut seorang diri. Sarah mengeluh kecil. Tiba-tiba pintu biliknya kedengaran seperti diketuk. Mesti Byeol ni.
"Masuklah. Tak kunci pun." tanpa memandang siapa yang masuk ke dalam bilik tersebut, Sarah bangun untuk mengambil barangnya. Sebaik memandang ke arah pintu, Sarah tersentak. Jaemin mula menghampirinya selangkah demi selangkah. Syukur dia masih bertudung ketika itu.
"J-Jaemin?" tiada langsung senyuman di wajah Jaemin. Semakin lama, semakin hampir Jaemin dengan Sarah. Sarah perlahan mengundur. Akhirnya pergerakannya dikunci Jaemin di dinding. Tangannya menahan dada Jaemin agar Jaemin menjarakkan diri sedikit dari dirinya.
"Apa Jaemin buat ni?" secara tiba-tiba, Jaemin menumbuk kuat dinding di sebelah Sarah. Terhinjut bahu Sarah kerana terkejut. Darah mengalir dari tangan Jaemin itu kerana tumbukannya yang kuat.
"Kenapa.. Sarah tak pernah nampak.. Cinta Jaemin pada Sarah?" pandangan mata Jaemin tajam menikam anak mata milik Sarah. Jelas kelihatan mata Jaemin yang sudah mula berkaca-kaca ketika itu.
"C-Cinta?" bahu Sarah tiba-tiba dipaut Jaemin apabila tubuhnya mula lemah. Terkejut Sarah melihat Jaemin yang langsung rebah ke lantai tidak menyedarkan diri.
"Jaemin! Bangun!" tubuh Jaemin digoyangkan untuk mengejutkan Jaemin namun ianya sia-sia. Dahi Jaemin dirasa Sarah.
"Ya tuhan panasnya!" pasti demam Jaemin semakin teruk. Mahu tidak mahu, Jaemin perlu dibawa ke hospital.
"Halmeoni !!!"
- To Be Continue -
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro