Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RWD1

"Omma !! Ish Sarah taknak lah kahwin dengan duda tu. Sarah muda lagi huu." namun ibunya hanya membalas dengan pandangan tajam.

"Muda? 29 tahun tu muda ke Sarah? Sebelum ramadhan. Nak taknak, kamu kena kahwin. Dia dah masuk meminang kamu." Sarah mencebik lalu mendengus geram. Kahwin? Sesungguhnya gadis itu tak pernah terfikir tentang semua ini.

"Tapi agak-agak lah sebelum ramadhan.. Lagi 10 hari nak masuk bulan ramadhan. Lepas raya lah omma.." akibat geram, ibu kepada Sarah, Puan Sahira memukul bahu anak daranya itu dengan senduk.

"Kalau kamu tak ikut apa omma cakap, puasa lah kamu sorang-sorang tahun ni. Pergilah jumpa dengan duda yang meminang kamu tu. Dia dahlah kaya. Hensem pulak tu." Sarah menggosok bahunya yang dipukul. Sakit tu kena sebat dengan senduk-

"Alah duda mana je hensem. Omma memang lah nampak dia hensem. Eyy. Entah-entah kerepot. Ee Gellay."

"Duda kerepot mana tu?" potong seseorang.

"Alah duda apa ek nama dia omma? Park.. Park apa?"

"Saya ke?" berkerut dahi Sarah. Terkejut sang gadis itu melihat seorang lelaki bersamanya di kawasan dapur itu. Kelibat ibunya juga sudah hilang entah ke mana. Sebatang sudu diambil dan diacukan pada lelaki itu.

"OMMA SIAPA NI OMMA AAA ADA JANTAN KAT SINI." lantas Puan Sahira menjenguk anaknya yang bising di dapur.

"Kenapa- Ya allah Sarah! Letak sudu tu! Apa pulak acu-acu sudu macam nak sembelih orang!" kelihatan lelaki itu sekadar menahan tawanya. Sarah memandangnya tajam.

"Apa kau gelak gelak! Keluarlah eyy. Omma" lantas Sarah menyorok di belakang ibunya.

"Sarah. Itulah bakal suami kamu." berkerut dahi Sarah. Entah mahu terkejut atau apa.

Eh hensem jugak- KAU GILA KE SARAH.

"Assalamualaikum. Maaf datang tak beri salam. Saya Park Jimin. Duda kerepot yang awak katakan." Sarah sekadar menggulingkan matanya.

"Encik. Tolong tarik balik pinangan encik. Saya tak berminat." katanya selamba sebelum beredar ke ruang tamu. Membuntang mata Puan Sahira mendengar kata-kata Sarah.

"Yah Sarah ! Haih jangan ambil hati ya Jimin. Nanti Aunty pujuk-"

"Kalau dia dah taknak, tak perlu lah paksa dia. Saya redha je dengan apa keputusan dia." Puan Sahira merasa serba salah pada Jimin yang penat-penat datang untuk berjumpa dengan Sarah.

"Tak apa lah. Mungkin Allah dah sediakan jodoh yang lebih baik dari anak Aunty. Duduklah kat ruang tamu. Nanti Uncle balik. Dia dah on the way balik." Jimin mengangguk faham lalu menapak keluar dari dapur.

t i m e - s k i p
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Sarah merebahkan tubuhnya di tilam. Selepas 5 saat dia bangun semula dan turun ke ruang tamu.

"Omma. Sarah nak pergi mall kejab lagi." tempat duduk di sofa diambilnya sebelum dia bersila di sofa.

"Seorang je ke? Ke dengan kawan?"

"Sorang je. Sarah nak beli baju." lantas Puan Sahira tersenyum lebar.

"Boleh. Tapi kena pergi dengan Jimin." membulat mata Sarah.

"AAA ommaa eyy malas lah nak jumpa dia. Omma dulu jugak cakap lelaki dengan perempuan tak boleh keluar berdua. Nanti jadi fitnah." tawa Puan Sahira pecah.

"Siapa cakap berdua? Bawak lah anak jiran sebelah tu. Belikan baju untuk dia sekali. Dapat pahala kan?" Puan Sahira yang masih tertawa dijeling Sarah.

"Kalau pergi dengan Jaemin takpe jugak." rungut Sarah perlahan.

"Apa? Jaemin?"

"Aish takde apa lah. Kalau duda tu lambat, Sarah pergi sendiri." katanya sebelum naik semula ke bilik tidur untuk bersiap.

+++

"Woy budak. Jom ikut aku. Aku nak belikan kau baju." Haejoon memandang Sarah pelik.

"Elele noona kan selalu halau Joon. Tiba-tiba ajak pulak. Malas lah."

"Kau taknak ikut sudah." lantas Haejoon berlari masuk ke dalam rumahnya.

"Appa!! Joon pergi jalan-jalan dengan Sarah Noona tau!" setelah mendapat kebenaran, Haejoon berlari keluar dari rumah dan menyarungkan seliparnya.

"Kaja!" Sarah hanya membuat muka menyampahnya.

"Duda tu tak sampai lagi. Jadi jom ikut aku naik skuter-" belum sempat Sarah menamatkan ayatnya, sebuah kereta Porsche mula memasuki perkarangan rumah mereka.

"Fuyoo besarnya kereta." Haejoon yang ingin berlari menuju ke arah kereta itu ditahan Sarah.

"Nyah. Kau nak ikut ke tak? Ikut aku naik skuter." bibir Haejoon dicebik bila Sarah menarik tangannya ke arah skuter miliknya.

"Sarah. Ikutlah saya. Nak pergi mall kan?" Sarah mengetap bibirnya.

"Haih yelah yelah." tempat duduk bahagian belakang kereta itu dimasuki Sarah dan Haejoon. Langsung Jimin tersenyum kecil.

+++

"Sikitnya barang awak beli. Belilah banyak. Saya bayarkan." Sarah hanya menjeling Jimin.

"Aku tak hamak lah duit kau. Aku ada duit. Shuh kau." Sarah membawa Haejoon jauh daripada Jimin. Sengaja gadis itu mengelakkan diri.

Jimin tersenyum kecil sebelum menapak ke arah kaunter.

"Ya encik. Ada apa saya boleh bantu?"

"Bayarkan semua barang yang dia beli. Kalau dia nak bagi duit, kata je awak tak terima cash." lantas penjaga kaunter itu mengangguk faham.

"Noona. Nak baju tu boleh?" Sarah menoleh ke arah baju yang dikatakan Haejoon.

"H-Haejoon. Tu baju perempuan lah-"

"Haejoon nak bagi kat kawan Haejoon." lantas Sarah tertawa besar.

"Kawan ke yeochin?" Haejoon menjeling Sarah geram.

"Okay okay. Nasib aku baik tau. Ni baju last?" Haejoon mengangguk laju.

"Maka ayuhlah kita membayar." baju yang dikatakan Haejoon itu diambil Sarah untuk dibawa ke kaunter. Sebakul pakaian yang diambil diletakkan di kaunter.

"Ni je?" Sarah mengangguk. Penjaga kaunter itu mula mengira harga pakaian tersebut.

"Berapa harga?"

"Suami cik dah bayarkan." tersentak Sarah mendengar.

"Eo? Noona kahwin bila?" Sarah mengetap bibirnya.

"Dia bukan suami saya. Saya tak kahwin lagi. Nah bayaran." duit kertas dihulur Sarah.

"Kami tak terima cash, cik." berkerut dahi Sarah.

"Nyah saya selalu datang kedai ni. Tak pernah-pernah dia tolak cash."

"Mesin cash kami rosak. Jadi kami hanya terima bayaran kad sahaja."

Time aku tak bawak card tulah mesin cash rosak bagai.

"Haish takpelah. Tak jadi beli-"

"Beli jelah. Saya dah bayarkan." seperti biasa, Sarah menjeling jejaka itu tajam.

"Dahlah kita cari kedai yang terima cash." sekelip mata Sarah beredar bersama Haejoon dari kedai itu.

"Haih." barang yang dibeli Sarah diambil Jimin.

"Ini kad tuan." Jimin tersenyum kecil.

"Terima kasih."

+++

Akibat penat berjalan pusing satu mall, Haejoon sudah tertidur di riba Sarah. Bahu Jimin dipukul Sarah geram.

"Aku cakap tak payah bayarkan. Eyy macam aku tak tahu kau berpakat dengan Casher tu." Jimin tertawa kecil.

"Apa salahnya? Awak tu. Degil taknak saya bayarkan." kereta itu dipandu pulang ke rumah Sarah.

"Kenapa kau nak kahwin dengan aku? Kan ramai lagi perempuan lain. Kenapa aku?"

"Sebab awak pilihan saya." Sarah mengetap bibirnya.

"Masalahnya kita tak kenal pun. Mana kau kenal aku? Tau-tau je masuk meminang. Ingat lawak ke? Baru berangan nak jadi andartu." kata Sarah sambil bibirnya mencebik.

"Saya nampak awak di rumah anak yatim minggu lepas. Mereka sangat suka bila awak datang. Awak ibarat ibu kedua mereka." Sarah sekadar senyap untuk mendengar Jimin menyambung ayatnya.

"Lagipun.. Saya kenal ibu awak. Dia pelanggan tetap saya. Selalu datang borong lilin wangi yang saya jual." terkebil-kebil Sarah mendengar.

Means.. lilin wangi yang omma selalu beli tu.. dari syarikat dia?!! WHUT-

"Tapi.. kalau awak dah taknak kat saya. Bukan saya boleh paksa awak kan?" Sarah hanya memerhati Jimin yang memandu kereta.

"Ha lepas tu.. kenapa pulak awak bercerai dengan isteri awak? Awak yang curang eh?"

"Curang?" Jimin tertawa kecil.

"Apa yang lawak?" tanya Sarah dengan wajah bingung.

"Bekas isteri saya.. dia kata dia bosan dengan saya. Itulah sebab dia cari lelaki lain. Dia sendiri minta saya ceraikan dia. Katanya.. saya berhak bahagia. Tapi bukan dengan dia. Waktu tu.. saya frust sangat. Saya dimasukkan ke wad pesakit gila untuk beberapa minggu. Tapi tak lama kemudian.. saya kenal Islam. Salah seorang pesakit yang berada di wad bersebelahan saya. Dia membaca Alquran. Kali pertama saya dengar bacaan semerdu itu." khusyuk Sarah mendengar cerita Jimin.

"Selepas saya keluar dari hospital pesakit gila, saya mula mendalami erti Islam. Akhirnya, dua tahun lepas. Saya convert ke agama Islam. Sejak dari tu, saya rasa hidup saya tenang sangat. Saya bersyukur sangat sebab dapat kenal Islam. Hidup saya stabil sekarang. Saya dah buat business sendiri. Berbanding dulu, saya kerap minum arak waktu baru lepas bercerai. Saya dibuang kerja. Saya seperti tiada arah tuju. Eo? Lama betul saya bercerita. Dah sampai lah." kereta Jimin mula memasuki perkarangan rumah Sarah. Sarah mula merasa bersalah sering melayan Jimin dengan kasar.

"Haejoon. Bangun. Dah sampai ni." Haejoon mula sedar apabila Jimin mengejutnya. Barang di dalam bonet diambil Jimin. Baju milik Haejoon diambilnya.

"Rumah Haejoon yang mana? Biar uncle temankan Haejoon balik." Rumah bersebelahan Sarah itu ditunjuknya. Pagar rumah dibuka bapa Haejoon dari dalam setelah melihat Haejoon yang baru saja pulang.

"Eo? Encik siapa?"

"Appa. Uncle ni nak kahwin dengan Sarah Noona. Uncle ni baik tau." pipi Haejoon dicubit Jimin. Beg pakaian Haejoon dihulurnya pada Namjoon.

"Ni baju Haejoon. Letih sangat Haejoon sampai tertidur dalam kereta." Namjoon tersenyum kecil sambil mengusap kepala anaknya itu.

"Terima kasih bawa anak saya. Suka betul dia dapat keluar."

"Saya hanya hantarkan. Sarah yang nak bawak dia. Tak apalah. Saya nak kena gerak dah ni. Anyeong." Jimin masuk ke dalam kereta semula. Melihat Sarah yang masih berada di dalam kereta membuat Jimin tertanya-tanya.

"Kenapa tak keluar lagi? Tadi kata nak balik?"

"Pinangan awak tu. Saya terima." lantas Jimin menoleh ke tempat duduk belakang yang diduduki Sarah.

"Serius?"

"Yelah. Nampak muka saya macam menipu ke?" tanya Sarah dengan bibir mencebik. Langsung bibir Jimin mengukirkan senyuman lebar.

"Terima kasih."

- To Be Continue -
°•꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷•°

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro