Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15 [Final]

A/N: Terima kasih untuk sokongan korang sehingga ke chapter akhir.


Akak Sha love you gais 💞

---
"Kau dan aku. Kita sama. Kita psiko."bisik Jungkook dengan nada gembira. Pistol di tanganku terlepas dan jatuh ke lantai.

Aku tak sangka aku dah bunuh seseorang hari ni dan orang itu adalah Ryu Sera.

Perempuan gila yang sudah musnahkan masa depan Jeon Jungkook. Air mata mengalir laju membasahi pipiku.

"S-saya dah bunuh orang. J-jungkook, saya takut sangat!"

Jungkook memelukku dengan lebih erat. Sebuah ciuman dihadiahkan di pipi aku yang sudah basah.

"Kau tak salah Hae Yoon. Kau dah selamatkan aku dan hapuskan orang yang dah bunuh satu-satunya rakan baik aku. Good job, dear "ujar Jungkook.

Sekejap. Baru aku sedar yang Jungkook sudah larikan diri dari penjara.

But how?

"A-awak lari dari penjara kan?"

Jungkook membalas dengan gelakan halus yang keluar dari mulutnya. Pistol diambil dari lantai dan disisipkan ke pinggangnya.

Jungkook menerpa ke arah aku dan mencempung tubuh kecilku untuk keluar dari rumah Ryu Sera.

Aku elakkan pandangan mata daripada memandang jasad Ryu Sera yang sudah tidak bernyawa. Kelopak mata aku pejam rapat.

"Lepas ni aku, kau , dan anak-anak kita akan hidup jauh dari orang lain. Hanya keluarga kita. Aku tak nak sebarang gangguan luar. Sebab aku sayangkan kau, Jeon Hae Yoon."

Luahan perasaan Jungkook menyentuh hati aku. Aku mendaratkan tangan di dada bidang miliknya.

Degupan jantungnya yang kian rancak membuatkan pipiku terasa hangat.

"J-jungkook, saya rindu awak."aku luah dengan berhati-hati. Tidak ingin mendesak Jungkook pada waktu itu.

Jungkook meletakkan aku di tempat duduk bersebelahan pemandu. Dia kucup dahiku.

"Aku rindukan kau juga, Hae Yoon."

Tuhan, terima kasih kerana temukan aku kembali dengan Jungkook.

Aku bersyukur.

---
(Setahun berlalu)

Aku menahan ketawa. Gelagat Jungkook dan Jungyoon yang seronok berguling-guling di atas karpet ruang tamu sedikit mencuitkan hati.

Aku memerhati bayi kedua kami berdua yang sedang nyenyak tidur di dalam dukungan aku.

Sekejap aje masa berlalu. Jungyoon dah semakin membesar. Aku bangun dan bergerak menuju ke bilik.

Perlahan-lahan aku meletakkan bayi perempuan comel yang diberi nama Jeon Hae Jung itu.

Baguslah. Tak lah sunyi si Jungyoon tu. Dah jadi abang dah budak kecil ni. Aku mengukirkan senyuman lebar dan menarik selimut membaluti badan si kecil itu.

"Goodnight baby Hae Jung. Mummy nak rehat dulu."ujarku ringkas. Aku nyalakan lampu di tepi katil bayi.

Baru sahaja aku hendak berpusing ke belakang, lengan seseorang menarik aku ke satu dakapan yang hangat.

Wangian yang datang dari badannya memudahkan tekaan aku.

"Jungkook, kenapa nakal sangat?"aku sempat menampar lengannya dengan manja.

Jungkook letak dagunya di bahu kiri aku. Bunyi nyanyian kecil keluar dari bibirnya.

Sengaja ye kau nak goda aku Jeon Jungkook malam ni?

"Too bad. Mummy Yoon ada shift lebih malam ni. Daddy Jeon perlukan perhatian juga. Kan?"rengek Jungkook disertai sentuhan jarinya yang mula memainkan rentak di sekitar leherku.

Aku berpaling menghadap Jungkook. Dagunya yang bersih tanpa janggut aku sentuh. Aku cepat-cepat hadiahkan ciuman di bibirnya. Aku tolak badannya menjauhi aku dan berlari ke pintu.

Tombol pintu aku pulas laju. Aku tersengih melihat wajah Jungkook yang sudah merah seperti tomato.

"Kalau Jungkook lambat, pintu bilik Yoon kunci. Padan muka. Nanti tidurlah dengan Jungyoon atau Hae Jung." Usik aku kepada Jungkook.

Jungkook meramas rambutnya kasar. Jari telunjuknya dihalakan ke arah aku.

"Dapat je Yoon nanti. Jangan harap aku lepaskan kau sampai esok pagi."

Aku jelir lidah dan angkat kaki segera untuk meninggalkan Jungkook.

Sungguh aku tiba-tiba rindukan pula permainan hide and seek yang menjadi kegemaran Jungkook sewaktu kami mula-mula bertemu dahulu.

---
Jungkook merenung gambar Hae Yoon yang setia menghiasi skrin telefon pintarnya. Senyumannya makin lebar apabila menyedari sesuatu pada pagi itu.

"Birthday my beloved Jeon Hae Yoon. Aku nak bagi kejutan ni. Yoon pasti sukakannya!"

Dia simpan telefon pintar di kocek seluar. Pedal minyak ditekan lalu kereta Jungkook menuju ke satu destinasi.

Mata Jungkook terpandang sejambak bunga baby breath yang terletak di penjuru kedai bunga itu. Mata lelakinya bersinar melihat kecantikan bunga tersebut.

"Herm..Jeon Hae Yoon confirm melting teruk kalau aku hadiahkan dia bunga ni."gumam Jungkook. Hatinya terasa berdebar-debar pada pagi itu.

Berdebar lain macam. Namun, dia abaikan perasaan itu. Mungkin dia hanya berasa cuak untuk menjadi romantik di hadapan Yoon nanti?

"Aku harap kau suka dengan kejutan aku pada hari ni. Tak sabar nak bertemu dengan birthday girl."

Perancangan tuhan tiada siapa yang dapat jangkakan. Jungkook memeluk jambangan bunga baby breath yang baru dibelinya sebentar tadi.

Cuaca di sekeliling mula meningkat suhu sejuknya. Jungkook segera mengemaskan lilitan kain di lehernya.

Matanya memandang keretanya yang terletak di jalan yang bertentangan.

Telefon pintar diambil dari kocek seluar. Segera didailnya nombor telefon Hae Yoon.

"Jungkook, pergi mana ni? Keluar dah la tak beritahu saya. Risau saya tahu tak? Balik cepat wahai Mr Jeon. Anak-anak dah merengek cari daddy Jeon diorang."bebel Hae Yoon di telefon.

Jungkook tergelak apabila suara bebelan Hae Yoon singgah di gegendang telinganya. Perasaan teruja mengisi ruang hati menyebabkan Jungkook melangkah tanpa memandang kiri dan kanan.

Bunyi hon yang kuat membuatkan Jungkook menoleh kepalanya ke arah bunyi tersebut.

"Y-yoon. Maafkan Jungkook."

Jambangan bunga yang berada di dalam pelukannya berselerak di atas jalan raya. Bunga yang berwarna cerah itu sudah terpalit warna merah pekat dari kepala Jeon Jungkook.

Jungkook menyentuh skrin telefon pintarnya yang sudah retak seribu. Tarikh 25 September 2020 ditenungnya untuk kali terakhir.

Suara orang ramai mengerumuni Jungkook semakin lama semakin kelam.

Mata Jungkook sudah hampir tertutup. Dia tahan nafas yang terasa begitu berat.

"Happy birthday, Jeon Hae Yoon. Aku akan sentiasa cintakan kau. Aku berjanji aku akan cari kau di kehidupan yang seterusnya. A-aku berjanji."

Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kemalangan itu segera memeriksa nadi Jungkook yang sudah kaku terbaring di atas jalan raya.

Salah seorang ahli pasukan penyelamat itu mengangkat tangan untuk melihat jam.

"9.00 pagi , 25 September 2020. Jeon Jungkook disahkan meninggal dunia kerana pendarahan teruk di bahagian kepala dan hentakan kuat di dada."

---
(50 tahun selepas itu)

Aku terbatuk-batuk kecil. Sakit di dada semakin menyeksakan diri. Malam tadi aku teringatkan Jungkook semula.

Sudah berpuluh tahun dia tinggalkan aku, Jungyoon dan Hae Jung. Semua kenangan manis masih kekal segar dalam ingatan walaupun usia aku sudah lanjut.

Aku menyentuh bunga baby breath yang berada dalam genggaman tanganku. Wajah Jungyoon dan Hae Jung yang galak menangis membuatkan hati aku diserang perasaan sedih dan bersalah.

Sungguh aku tidak larat untuk teruskan hidup. Sakit barahku kian melarat. Aku pun dah tua. Hidup tanpa kehadiran Jeon Jungkook untuk satu masa yang lama.

Nafas aku sedut untuk kali terakhir. Aku menggenggam tangan kedua-dua anakku dengan erat.

"Terima kasih kerana setia menemani mummy hingga ke saat akhir. Rasanya daddy dah tunggu kat atas sana."

Jungkook, jika diizinkan tuhan, aku harap kita bertemu lagi pada kehidupan seterusnya.

Tunggu aku Jeon Jungkook. 🌌

---
(Tahun 2060)

Seorang gadis berlari pecut memasuki perkarangan universiti. Agak kelam-kabut tingkah-laku gadis itu.

Sampai sahaja di bilik kuliah, dia menuju ke tempat duduk yang terdekat.

Gadis berambut panjang berwajah manis itu tersandar penat di kerusi. Tak sampai lima minit di kerusi, gadis tersebut sudah hanyut di alam mimpi.

Dengan mudah aje dia tertidur padahal lecturer pun belum masuk.

Seorang lelaki berpakaian kemas masuk ke dalam bilik kuliah dengan timbunan buku.

Lelaki itu melemparkan senyuman lebar kepada semua pelajarnya. Buku teks psikologi dibukanya.

Matanya tertumpu ke arah seorang pelajar perempuan yang sedap melayan mimpi di kerusi berhadapan dengannya.

Pensyarah lelaki itu apa lagi. Matanya tajam memandang gadis itu dan dengan pantas, sebuah buku melayang ke arah kepala gadis malang tersebut.

" Park Hae Yoon, sekali lagi awak tidur. Saya denda awak lari keliling padang 20 rounds. Nak ke?!"

Pantas Hae Yoon menggelengkan kepala. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Pipinya kemerahan menahan malu. Rakan baiknya , Han Juhyun sudah tergelak besar memandang kelakuan Hae Yoon.

Juhyun menyiku pinggang Hae Yoon sebelum membisikkan sesuatu kepada gadis itu.

"Janganlah blushing teruk sangat. Encik Jeon melting pula nanti."

Hae Yoon menjegilkan mata kepada Juhyun dan mengetap bibir sambil menahan rasa di hati.

"Dasar anak Juon. Kalau aku tak crush dekat dia, dah lama aku maki Encik Jeon ni. Dasar heartless."bisik Hae Yoon dalam hati.

Hae Yoon membetulkan kedudukannya di atas kerusi. Dia mengangkat mukanya memandang Encik Jeon Jungkook.

Pandangan mata mereka berdua saling bertemu.

Jungkook hanya mampu memandang pelajarnya itu beberapa saat. Segera dia memalingkan muka memandang ke papan putih.

Hati lelakinya berdegup kencang.

"Aku rasa kau pernah hadir dalam hidup aku sebelum ni. Aku rasa aku pernah kenal kau. Siapa kau sebenarnya Park Hae Yoon?"bisik hati Jungkook.
.
.
.
.

Jungkook, kau dahulunya tergilakan gadis bernama Park Hae Yoon.

Hae Yoon, lelaki bernama Jeon Jungkook inilah yang kau setia melayan kerenah psikonya dahulu.

Kamu berdua. Kehidupan ini berputar dan masa bergerak dengan pantas.

Rezeki kalian berdua. Jodoh kuat, tuhan pertemukan semula.

Jaga Hae Yoon baik-baik, Jeon Jungkook.

Tamat 💞

"Chapter ini dikarang sebanyak 1.4k perkataan. Semoga sedikit pengajaran dapat dikutip oleh semua. Saya akan rindukan komen-komen korang yang sentiasa menjadi penyokong utama untuk saya teruskan story ini. "

Terima kasih atas sumbangan likes, dan reads daripada anda.

🍀

Saya tamatkan siri ini dengan satu perkataan khas untuk anda semua.

"Inspirasi"

Terima kasih sekali lagi kerana anda readers menjadi sumber inspirasi saya dalam story ini.

Completed ✔
01:15 pagi 22/9/2018.

💖💖💖💖💖
(Jungkook + Hae Yoon)


Komen anda tentang chapter ini?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro