Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-9-

-Giriboy// Taking Care Of You
#1-Ost Promise
--

Jeonghan tersenyum sesungguhnya. Inilah hari yang paling indah sepanjang yang pernah dia lalui.

Jeonghan menjamah makanan yang berada di hadapannya. Dia punya rasa. Dia dapat rasa apa itu manis, masam, masin. Kali pertama selepas bertahun dia ingat apa itu rasa.

"Han-nie, tambahlah nasi lagi. Sikit sangat kamu makan tu."

Eomma meletakkan isi ikan croacker pada sudu Jeonghan. Jeonghan tersenyum makna. Eomma mererenung wajah anak lelakinya itu. Lalu dia tersenyum sendiri. Rahui mencebik. Makan pun susah.

"Yah, Jeonghan, mogeo. Kalau kau tak nak, biar aku makan."

Rahui mengambil sudu yang berada di tangan Jeonghan dan menyuap makanan ke dalam mulutnya. V sign di berikan kepada Jeonghan.

Jeonghan menggelengkan kepalanya. Apa nak jadilah dengan perempuan seorang ini. Tamak betul! Nasinya sendiri pun belum habis.

Eomma dan Appa ketawa melihat gelagat Rahui. Rahui masih baru di dalam dunia ini tetapi cepat benar dia sesuaikan diri. Benarlah Rahui itu gadis yang sangat istimewa pada Jeonghan.

Jeonghan memerhatikan wajah Rahui yang kelihatan sangat comel ketika mulutnya penuh dengan makanan.

"Aigoo.. "

Jeonghan mengelap butir nasi yang melekat pada bibir Rahui. Rahui terkesima. Terasa hangat tangan Jeonghan menyentuh pipinya. Sudahlah dia makan kelam-kabut.

Kemudian pipi Rahui yang kembung dengan makanan ditepuk perlahan. Lembut sahaja sentuhan Jeonghan. Pipi Rahui diusap perlahan.

Yohyeon mendehem kuat. Hyung dengan Nuna kalau sekalipun nak bercintan-cintun, pergilah jauh sedikit daripada Eomma dan Appa. Buat malu je lah Hyung dengan Nuna ni. Tak patut, tak patut.

"Mogeo, Han-nie yah. Kamu nak apa-apa lagi?"

Jeonghan menggelengkan kepalanya. Rasanya, sudah masuk kali yang ketiga dia mennambah makanan yang dimasak Eommanya. Rindu betul dengan air tangan Eomma.

Jika difikirkan semula kali terakhir dia menikmati segalanya semasa dia masih kecil dan masa kecilnya lebih kepada kehidupan raksasa. Dia tak pernah bayang pun untuk menikmati hidup sebegini.

Ini bahagia kan?

"Han-nie, Eomma dengan Appa nak keluar beli barang. Kamu duduklah dengan Rahui dulu. Hyeon-nie nak ikut Eomma dengan Appa?"

Yohyeon menggeleng.

"Kenchanayo, Eomma. Hyeon nak tidur sekejap. Letih main dengan Ryu pagi tadi."

Eomma tersenyum lebar.

"Arrasseo, adeul-ah."

Rambut Yohyeon diusap lembut. Pipi Yohyeon dicium manja oleh Eomma dan Appanya. Jeonghan juga turut dicium pipinya. Jeonghan ketawa kegelian.

Selesai sahaja makan, Eomma dan Appa bergerak menuju ke pasaraya. Mereka bertiga melambai sehingga hilangnya kereta milik Appa dari pandangan.

Jeonghan dan Rahui menonton televisyen di ruang tamu. Tiada cerita yang menarik. Semuanya bosan. Biasalah, mana nak ada saluran yang bagus-bagus? Tonton lah apa yang ada.

Rahui memilih untuk makan jajan yang ada. Biskut panjang menjadi pilihan. Rahui membiarkan lebihan biskut pada bibirnya. Ketamakkan yang tak habis. Lagipun, senang dia nak makan.

Sedang dia mengunyah biskut tersebut, Jeonghan memandang Rahui lama. Tersengih-sengih Jeonghan melihat Rahui. Comel sahaja.

Alis mata yang menenangkan, raut wajah yang menghiburkan dan seseorang yang sangat mendamaikan untuk didamping. Masakan dia akan tinggalkan Rahui?

"Neon wae?"

"Nak sikit."

"Igeo? Eoh.."

Rahui memberikan balang biskut kepada Jeonghan. Jeonghan masih dengan idea nakalnya. Tidak semena otaknya itu dipenuhi dengan idea menyakat. Kau nak buat apa Han?

"Tak nak ni. Nak tu."

Jeonghan menggigit besar biskut panjang yang masih berada di bibir Rahui. Seinci sahaja membezakan jarak bibir mereka. Jeonghan membuat gaya yang penuh kelelakian mungkin.

Rahui kaku. Liurnya ditelan perlahan. Jeonghan sudah ketawa terbahak-bahak. Kelakar melihat reaksi Rahui. Merah padam muka Rahui apabila Jeonghan melakukannya secara mengejut.

"Chugullae?! Chugeo! Chugeo!"

Rahui menampar belakang Jeonghan kuat. Berkali dia menampar badan Jeonghan. Jeonghan hanya ketawa. Habis merah-merah belakang badannya.

"Keumanhae! Appeo! Appeo!"

Rahui masih lagi degil dan setia memukul-mukul Jeonghan. Sakit pula hatinya dipermainkan sebegitu. Ha, biar sampai lebam aku pukul kau Jeonghan!

"Ay, keumanhae!"

Jeonghan memegang kedua-dua tangan Rahui kejap. Pandangan mereka bertaut secara tidak sengaja. Lama Jeonghan merenung anak mata Rahui. Mencari ketelusan dan mencari dirinya. Rahui melarikan pandangan matanya.

"Bogosippeo, Rahui-ah.."

Jeonghan melepaskan genggaman tangannya pada lengan Rahui. Pipi Rahui ditolehkan ke arahnya. Dagu Rahui di tolak sedikit ke atas. Untuk memandangnya.

"Bogosippeo.."

Senyuman kecil terukir pada bibir Jeonghan. Pantas tubuh kecil itu dipeluk kejap bagi melepaskan rindu. Rindu yang sudah ditahan berkurun lamanya.

Rahui agak terkejut dengan perlakuan agressif Jeonghan. Rahui membalas pelukan Jeonghan dan dia mengusap belakang tubuh Jeonghan. Tahu benar Jeonghan sangat rindu akannya.

"Neomu bogosippeoyo. Jeongmal bogosippeoyo."

Jeonghan tersenyum lebar tanda gembira. Ada titisan air jernih pada matanya. Sudah banyak yang dia tempuh sebenarnya. Membuatkan dia betul-betul rindu akan Rahui.

"Rahui-yah.."

"Eum?"

"Kajima.. Kamanhi isseo.."

Jeonghan mengembungkan pipinya sambil menggigit bibirnya. Matanya disepetkan. Menahan dengan segala kudrat yang ada. Menahan air mata lebih susah dari yang dijangka.

Rahui meleraikan pelukan. Jeonghan direnung. Terlihat jelas kristal yang bertakung di tubir mata Jeonghan. Pipi Jeonghan yang kembung membuatkan dia makin yakin yang Jeonghan ingin menangis.

"Han-yah.. Ureo do dwae.. Menangislah."

"Jinjja?.."

"Eung.. Jinjja.."

Serta merta air mata yang ditahan Jeonghan mengalir pantas. Dia tidak mampu. Semuanha terlalu menyesakkan. Esak tangisnya kedengaran di hadapan seorang perempuan.

Memang agak memalukan tetapi dia tak berdaya. Menerima fakta yang dia sebenarnya pembunuh, mempunyai raksasa yang hidup di dalam badannya. Dia pembunuh bersiri. Malah dia telah membuatkan Rahui tinggalkan dia.

Dia berlaku kejam. Kejam pada orang lain, dan nyatanya kejam pada diri sendiri. Dia telah menyeksa diri sendiri dengan mungkir pada janji. Sepatutnya dia biarkan memori kekal di dalam kepalanya. Bukannya melihatnya sendiri.

"Aigoo.. Mani himdeulreo?"

Jeonghan mengangguk. Rahui mengelap air mata yang jatuh di pipi Jeonghan dengan jari-jemarinya yang runcing. Satu demi satu titisan air mata mengalir pantas di pipinya melambangkan perasaannya.

"Himdeulreo."

Jeonghan tergelak kecil. Ketawa yang menyatakan dia sangat terseksa walaupun sebentar. Ketawa yang menyatakan dia sangat rindukan Rahui. Tersangat-sangat.

"Kenchana. Aku ada. Aku akan lindungi kau. Aku akan jadi payung kau eoh?"

Jeonghan mengelap air matanya dengan hujung lengan bajunya. Hidungnya yang merah turut dilap. Matanya masih dikaburi dengan air mata. Tetapi wajah Rahui jelas sekali pada pandangannya.

"Yaksok? Yang kau akan ada? Takkan sesekali tinggalkan aku? Jinjja yaksokhae?"

Jeonghan menghulurkan jari kelingkingnya. Rahui tersenyum lebar dan dia mengangguk. Jari kelingkingnya disilangkan dengan jari Jeonghan.

Jeonghan tersenyum gembira seperti kanak-kanak kecil yang berusia 5 tahun. Masih percaya dengan silangan kelingking pada umur 20 tahun. Dia matang sebelum umurnya.

Langsung tidak berpeluang menjadi kanak-kanak normal. Setiap memori seolah-olah palsu. Hanya imaginasi kehidupan yang paling normal yang pernah dia lalui.

Jeonghan merenung kepada kelingking mereka yang bersilang. Pandangannya beralih jatuh pada bibir mugil Rahui. Anak mata Rahui ditenung dalam.

Rahui turut membalas pandangan Jeonghan. Jeonghan memulakan langkah. Kepalanya didekatkan dengan kepala Rahui.

Hasratnya yang sudah lama dia idamkan, mengucup bibir indah si pencipta janji. Hidung mereka bersentuhan. Hanya beberapa cm dan mereka akan berkucup.

Jeonghan meneruskan langkahnya. Sedikit sahaja lagi dia akan mencapai bibir Rahui. Rahui menutup matanya perlahan-lahan. Menantikan kucupan dari Jeonghan.

Masa tidak berpihak kepada mereka.

Dunia yang didiami Jeonghan bergoncang kuat. Mereka berdua sama-sama tersentak dan hasrat Jeonghan mati. Yohyeon yang tertidur terus bangun.

Yohyeon yang memisat matanya melihat pada tubuhnya. Seakan-akan hilang perlahan-lahan. Tubuhnya bertukar kepada butiran debu halus.

Rahui juga bertukar kepada debu. Rahui membelek tangannya dan apa yang dia dapat lihat hanyalah tubuhnya yang semakin hilang dan bertukar kepada debu.

Bukan dia sahaja, barangan perabot di dalam rumah tersebut turut menghilang. Rahui sudah agak ini yang akan terjadi. Dia sudah menjangka.

Jeonghan cemas. Tubuh Rahui dicapai dan apa yang dia dapat genggam hanyalah debu-debu yang semakin menghilang. Rahui dipeluk kejap. Tubir matanya mula dipenuhi air mata.

"Rahui-ah..."

Bergetar suara Jeonghan. Dia akan lalui detik-detik gila ini sekali lagi. Kenapa tak benarkan dia hidup dalam dunia dia? Apa salah dia? Kenapa semuanya terlalu kejam?

"Yaksokhaetjanha.. Rahui-ah.."

Rahui sudah bergenang dengan air mata. Rahui merenung jauh ke dalam anak mata Jeonghan. Jeonghan tahu segalanya cuma satu penipuan.

Tak mungkin dia dapat mengotakan janji itu. Takbmungkin dia dapat menjadi pelindung. Semua itu tipu. Bohong. Rahui tersenyum perit.

"Kajima.. Jebal.."

Bergetar tangan Jeonghan memegang pipi Rahui. Rahui perlahan mengucup bibir Jeonghan dan kemudian, di hadapan mata Jeonghan.

Rahui hilang sepenuhnya. Apa yang didalam pelukannya hanya debuan kosong. Bukan lagi tubuh yang dia rindukan. Bukan lagi tubuh Rahuu. Tinggallah dia dan satu dunia yang bagaikan galaxy.

Gelap.

"Wae!!"

Jeonghan menjerit kuat. Rambutnya di kusutkan. Tanah ditumbuk kuat. Dia menangis sepuasnya. Dia cuma nakkan Rahui. Cuma Rahui..

Tangannya yang bergetar di pandang. Tangan yang beberapa saat lepas telah memeluk dan menghancurkan Rahui kepada butiran pepasir.

Kau bodoh Han.

Satu cahaya perlahan bergerak dari jauh mendekatinya. Cahaya itu tiba di hadapannya. Dia dapat melihat 'dia'.

Tubuh itu memeluk tubuh Jeonghan kejap. Tubuh itu juga yang membantu Jeonghan untuk bangun. Tetapi Jeonghan menolak.

"Hyung, masa hyung dah tiba."

Tapak tangan yang mempunyai tulisan code menghulurkan jari kelingkingnya. Seperti mencipta janji. Janji untuk mengambil alih tubuh yang kosong.

"Kau siapa?"

Jeonghan bertanya pantas.

"Na-eyo? Junhui. Gong Junhui. Ah, palli!"

"Apa hak yang kau ada?! Berambus!"

"Hak sebagai personality."

Junhui mencapai jari kelingking Jeonghan dan jari mereka bersilang. Dunia Jeonghan yang seperti galaxy bertukar sepenuhnya.

Realiti kembali.

---

"Kamsahabnida!"

Junhui tersenyum riang selepas menjamah makanan yang hampir membuatkan Seungcheol pengsan sejurus selepas melihat baki pada kad kreditnya.

Betul lah perut si Junhui boleh di isi seekor gajah. Banyak betul dia makan! Tapi jika difikirkan semula, sekalipun Jeonghan yang mengambil tubuh itu, percayalah dia tidak akan mempunyai selera.

"Hyung, Gumawoyo."

"Cheonma.. Junhui.."

Junhui dan Seungcheol bergerak pulang. Dalam perjalanan, Junhui terlebih gembira akibat makan terlampau banyak. Seungcheol hanya melayan.

"Junhui-yah.."

"Eum, hyung?"

"Macam mana Junhui boleh wujud?"

Junhuu ketawa perlahan. Pernah dengarkan? Setiap personaliti mempunyai sebab untuk bangkit dan melindungi tuannya. Dis juga punya kisah sendiri.

"Nantilah.. Kalau kita jumpa lagi, Junhui cerita."

"Arrasseo.."

Junhui menikmati pemandangan. Pandangannya tertancap pada sesuatu. Junhui secara tiba-tiba terhenti selepas melihat sebuah tayangan pada skrin paparan besar di atas bangunan Seoul.

"Wae?"

Seungcheol melihat pada apa yang dilihat oleh Junhui. Skrin memaparkan kes rogol pelajar sekolah tinggi oleh seorang perogol bersiri. Pelajar tersebut mati di tempat kejadian.

Sesak wartawan dapat dilihat pada skrin. Entah bagaimana, wartawan yang bersesak seperti di dalam skrin secara tiba-tiba berkumpul berhampiran mereka. Betul-betul beberapa meter dari mereka.

"Ada apa-apa jadi ke?"

Seungcheol memandang sesak wartawan itu dengan wajah yang polos. Dia hanya menganggap ada sesuatu yang berlaku. Normal bagi dia.

Tetapi bukan Gong Junhui. Mereka yang berkerumun bersama pegawai polis dan mikrofon membuatkan Junhui mengetuk-ngetuk telinganya.

Seakan mendengar satu frekuensi bunyi yang mampu memecahkan gegendang telinganya. Bunyi itu masih mengganggunya dan saat tahanan tersebut menjerit, kepalanya terus berdenyut teruk.

Seakan sebilah pisau tajam menusuk terus ke jalan jantungnya. Seakan kepalanya hampir pecah. Junhui tumbang ke tanah tanah sambil menutup telinganya. Ketakutan yang amat dapat dilihat dalam diri Junhui.

"Yah! Waeirae?! Kenapa ni?!"

"Appeo hyung. Jinjja appeo. Argh!"

Junhui yang meronta-ronta itu tiba-tiba sahaja berhenti bergerak. Tidak berkutik sedikit pun dan raungannya turut terhenti.

"Junhui-ah.."

Badannya itu terus statik.

"Gong Junhui!"

----

"Kaja oppadeul."

"Eodi?"

"Jumpa eomma."

"EOMMA?!"

Mereka bertiga menaiki kenderaan di bandar YJ. Setelah menempuh satu perjalanan yang agak jauh, mereka tiba di satu kawasan hutan.

Hutan yang menempatkan sebuah rumah kayu yang usang. Junhee mengambil kunci yang agak unik bagi membuka pintu tersebut.

Gyuhan dan Jeongsoo masing-masing masih bingung dan dalam keadaan tanda tanya. Junhee memimpin tangan mereka berdua untuk masuk ke dalam.

Seperti yang disangka, keadaan rumah usang itu benar-benar teruk. Seperti tinggalan beratus tahun dahulu. Jeonghan sendiri baru berusia 20 tahun.

"Eomma, Junhee wasseoyo."

Kendengaran nyahutan di bilik yang terletak jauh di belakang. Junhee tersenyum gembira sedangkan mereka berdua mempunyai firasat yang buruk mengenai hal ini.

"Junhee-yah! Eomma kat belakang ni!"

"Eoh, eomma!"

Jeongsoo dan Gyuhan memandang sesama sendiri. Apa agaknya visual 'eomma' bagi dua beradik kembar itu gamaknya? Cukuplah si Junhui kaki makan dengan Junhee kaki rayau.

Junhee membuka pintu. Alangkah mereka tergamam dengan satu dunia yang berbeza dari mereka semua. Sungguh, ini betul-betul dunia baru.

"Eommeo.. nim?"

Jeongsoo tersenyum kekok memandang seorang perempuan tua. Gyuhan masih tergamam dan membelek 'Eomma' dari atas sehingga ke bawah.

"Ssamdeungi eomma majayo?"

Gyuhan masih menganga. Kejutan budaya sungguh saat melihat 'eomma' kepada kembar berdua itu.

"Eum. Jega ssamdeungi eommeonim. Waeyo?"

"Ah.. nae.."

Gyuhan menghulurkan salam untuk berjabat tangan dengan Ssamdeungi eommeonim. Lain pula jadinya apabila ssamdeungi eommeonim memberetuhkan bahunya dengan bahu Gyuhan.

"Oppadaeul, jangan la menganga sampai macam tu. Selamat datang ke dunia keluarga Ssamdeungi.. Hip hop."

Gyuhan menampar dahinya sementara Jeongsoo mengurut dan menggaru tengkuknya yang tiba-tiba terasa gatal. Bagus, gatal tepat pada masanya.

"Kenapa tak cakap eommeonim minat hip hop?"

"Dah tak tanya."

Gyuhan terasa nak sahaja cekik budak perempuan di hadapannya itu. Alasan memang munasabah, tetapi kenapa perkara penting sebegini tidak dikhabarkan?

"Aye~ ssup."

"N-nae.."

"Eyy, You got no feels, young boy. Ni kenapa Junhee nak jumpa eomma? Oppa kamu mana? That boy got few dollar huh?"

Gyuhan dan Jeongsoo seolah-seolah terbang dari planet lain dan mendarat di satu bandar gila yang menempatkan seorang ahjumma yang minat hip hop. Minat sahaja tak ada masalah.

Cuba bayangkan, ahjumma yang berambut perm gaya afro, dengan beanie hitam, berbaju jersey bersaiz besar hitam putih, pakai spek mata hitam dalam rumah, rantai emas, gigi emas sebatang dan yang lain gigi biasa. Pakai jeans koyak dalam rumah.

Siap tatoo hip hop pada tengkuk. Kau rasa ada tak ciri-ciri Jeonghan kena bunuh bila Gyuhan jumpa dia dekat sekatan mimpi nanti? Jeongsoo dapat rasa Jeonghan tak hidup lama.

Gila apa cipta sisi eommeonim yang minat hip-hop? Apa masalah dia ni? Kenapa ciptakan sisi-sisi yang jauh berbeza dari diri sebenar dia?

Untuk pengetahuan, Jeonghan tak tahu pun lagu apa yang paling terkini. Kali terakhir dia mendengar dan mengikuti isu semasa adalah lebih kurang 6 ke 7 tahun yang lepas.

"Eomma.."

"Wae Junhee-ah?"

"Kaumanhae jebal. Sekarang dah tahun 2016."

"2016? Bukan ke sekarang ni tahun 1994?"

Junhee memejam matanya rapat. Dia memegang lengan eomma dan membawa eommanya ke katil.

"Ja-yo, eomma."

"Arrasseo Junhee-yah."

Junhee beredar pergi selepas menidurkan eommanya. Tiba-tiba sahaja eomma menarik tangannya. Junhee menoleh ke belakang. Gyuhan dan Jeongsoo sama-sama masih bingung.

"Ahgassi, neon nuguya?"

"Gong Junhee imnida. Junhee-nie, eomma. Eomma-ae ddal."

"Ddal-ie? Neo? Jinjja?"

"Eoh, eomma."

"Ohh.. Jaljayo. Annyeong, ddal."

Eomma Junhee tertidur. Satu keluhan berat dilepaskan. Gyuhan dan Jeongsoo tidak faham sepatah haram pun apa yang berlaku.

Sekejap memanggil Junhee anaknya, sekejap bertanya siapa Junhee. Apa benda yang tengah terjadi sebenarnya ni?

"Oppadeul?"

"Eoh?"

"Eomma dimentia. Dia kadang-kadang lupa siapa kami. Eomma terperangkap dalam dunia dia. Tahun 1997."

Jeongsoo dan Gyuhan kini mengerti mengapa bilik itu dipenuhi dengan gambar-gambar lama. Pita rakaman dan baju-baju lama.

"Salshireun.. kami ada Appa. Appa pergi pada tahun 1997. Di mana dunia yang eomma tinggal kini. Eomma rindu appa.."

Junhee tersenyum lesu.

"Oppadeul, kalau oppadeul nak tahu, semua personaliti yang wujud dalam diri Jeonghan oppa, bermula dari Bandar YJ.

Mungkin oppadeul tak nampak, tapi Junhee dengan Junhui dah lama ada. Kami tak pernah keluar dari rumah usang ni.

Hampir beratus personaliti yang Jeonghan oppa ada, tapi kami semua tak pernah munculkan diri. Sebab, oppadeul dengan Rahui Nuna dah jagakan dunia Jeonghan oppa dengan baik.

Oppadeul dan Nuna ibarat pentadbir atasan personaliti. Moshitdayo. Gumawoyo, oppadeul."

Junhee memeluk tubuh sasa mereka berdua. Tersentuh hatinya. Tidak mereka sangka mereka itu memainkan peranan yang sangat penting.

Jeongsoo melihat Samddeungi eommonim dengan padangan yang sayu. Teratak mereka terlalu uzur. Walaupun personaliti, bagaimana mereka boleh tinggal di dalam rumah tua itu?

"Junhee-yah."

"Mwondae oppadeul?"

"Nak jadi keluarga kami? Junhui, Junhee, dengan eomma. Nak?"

"Jinjja? Jinjjayo Jeongsoo oppa? Keureom! Mestilah nak! Gumawoyo Jeongsoo oppa!"

"Cheoma.. Junhee.."

-----
[Author]

Mian sebab lambat sangat update. Terlalu sibuk. Huhu. Author akan cuba update cepat.

Gumawo yeoreobun!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro