-7-
"Kau okay tak ni?"
Seungcheol membelek tubuh badan Jeonghan. Agak terkejut sebenarnya Jeonghan bangun dari tidur lenanya dengan soalan yang dituju pada dirinya sendiri.
"Rahui.."
Jeonghan terus menggelabah. Tubuh Rahui di cari. Jeonghan mula mengganas.
"Rahui mana?!"
Bagaikan terkena histeria. Dia dapat melihat dengan jelas wajah Rahui. Dan dia tahu Rahui masih wujud. Tak mungkin Rahui sudah hilang.
Tak, tak mungkin.
"Seungcheol, Rahui? Rahui mana?!"
Jeonghan bertempik kuat. Air matanya perlahan-lahan mengalir.
"Rahui mana.."
Akhirnya Jeonghan kembali tenang. Betul kata Jeongsoo. Jeonghan akan mengganas saat dia bangun dari tidur. Sekarang dia faham.
Jeonghan yang kini berubah 360 darjah. Keseluruhannya dia berubah. Dari segi perasaan dan tubuh badan.
Rasanya tubuh badan dia mula mengingati kembali kesakitan yang pernah dia alami dahulu. Tanggung pilihan kau Jeonghan. Kau yang minta.
"Argh!!!!"
Jeonghan tiba-tiba terbaring sepenuhnya dengan penuh kesakitan. Tubuh badannya menggeletar. Dia berpeluh. Matanya dikatup serapat mungkin. Menahan segala perit. Kesan dari memori. Tubuh badan kita lebih bijak dari yang disangka.
"Jeonghan?"
"Jeonghan.."
"Jeong.."
"Han.."
Jeonghan tertidur sepenuhnya.
Maaf Jeonghan, mimpi hitam kau akan berulang sekali lagi. Bermula dari.. Sekarang.
Mimpi
Dia terperangkap di dalam dinding yang dibina berbentuk kotak. Dia terperangkap. Keseorangan. Bersendirian.
"Jeonghan..."
Seseorang memanggil namanya. Dia menoleh ke semua arah. Tetapi dia tidak dapat melihat sesiapa.
"Yoon Jeonghan.. Hehehe.."
Dari suara yang sayu kepada suara yang menjengkelkan.
"Haha! Bodoh!"
Jeonghan berpusing mencari suara itu. Masih sama. Kini kedengaran gelak tawa mereka.
"Kau tak layak hidup. Mati!"
Perasaan yang dahulunya hilang kini muncul kembali.
"Kau diam?! Aku tak kenal kau dan aku tak tahu kau! Diam!"
Jeonghan menjerit kuat tetapi suara gelakan semakin kuat. Ejekan mereka makin kuat. Jeonghan menutup telinganya.
Tak, dia masih dapat mendengar suara-suara sumbang itu.
"Tolong! PERGI!"
Suara-suara yang makin kuat. Suara itu senyap seketika. Jeonghan lega.
Figura-figura mula menjelmakan diri. Dari seorang ke beratus manusia. Kotak yang kecil tiba-tiba bertukar semakin luas. Siapa tahu, kotak itu mampu memuatkan beratus manusia yang cukup hebat.
Mereka hebat kerana mereka berjaya menjadikan seorang manusia yang polos kepada seorang pembunuh. Hebat bukan?
"Aku.. Tak boleh.. Bernafas.."
Jeonghan makin lemas. Figura-figura itu mengasak dirinya ke dinding. Dadanya sesak.
Dia lemas.
Dia bersedia untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Jeonghan! BANGUN!"
--
--
--
Jeonghan terjaga dari tidurnya. Tidur selama 24 jam. Tidur yang meletihkan. Habis berpeluh satu badan.
Seungcheol yang berada di sisi Jeonghan dengan setia cuba menenangkan Jeonghan.
"Kau kenapa?"
Soalan tersebut terpacul keluar dari mulut Seungcheol. Lelaki ni tak kerja ke? 24 jam berkepit dengan Jeonghan? Lupa. Tu bilik dia.
"Aku.. Mimpi rupanya.."
Jeonghan menghembus nafas lega. Semuanya hanya tipu helah mimpi. Tetapi mimpi yang sangat dramatik dan tragis.
"Mimpi? Mimpi apa?"
Seungcheol masih setia bertanyakan soalan. Dia menggalas tugas sebagai seorang doktor pakar sakit mental. Parah jika dia lupa tanggung jawab dia.
"Terhimpit. Lemas. Mati"
Sebenarnya Seungcheol dapat mengagak perkataan 'mati' dari Jeonghan memandangkan mimpi yang dialaminya bukan mimpi biasa.
Meracau untuk tempoh 24 jam. Gila.
"Kau meracau tadi."
Jeonghan memandang Seungcheol. Meracau? Mungkin badannya bertindak mengikut akalnya. Walaupun sedang tidur.
"Nasib baik ada Rahui yang jagakan kau. Kalau tidak, tak menang tangan nak layan pesakit. Dengan kau lagi."
Jeonghan terkelu. Rahui? Rahui masih wujud?
"Rahui? Wujud? Tapi.. Bukan ke dia cuma kawan imaginasi aku?"
Seungcheol ketawa berdekah-dekah. Jeonghan melihat tubuh badannya. Tiada.. Tali? Tiada walau seurat tali pun yang mengunci badannya.
"Kau merepek apa? Ada tu dekat depan. Risau tengok kau macam ni. Dengan demamnya lagi."
Jeonghan masih keliru. Seungcheol kelihatan sangat berbeza. Dan yang paling mengelirukan, sejak bila Rahui wujud?
"Kenapa aku ada dekat sini?"
Seungcheol buat-buat berfikir sejenak. Berjenaka. Walaupun tidak berapa menjadi.
"Kau stress. Lepas tu kau pengsan. Lupa makan ubat la tu."
Ok, serius ni!
Sejak bila si Rahui wujud dalam realiti? Sejak bila Seungcheol dengan aku rapat macam ni? Kenapa badan aku tak terikat dengan apa-apa?
"Rahui mana?"
Jeonghan bertanya lagi. Seungcheol menunjuk ke arah pintu. Pantas jeonghan turun dari katilnya dan berlari menuju ke arah Rahui.
Kalau betul Rahui wujud, aku perlu betulkan segalanya. Seorang perempuan berbaju merah terduduk di hadapan bilik Seungcheol.
Air matanya dapat dilihat. Walaupun samar-samar. Dia pasti. Itu memang Rahui! Seingatnya, itulah baju yang pernah dipakai Rahui satu ketika dahulu.
"Rahui.."
Jeonghan memegang bahu perempuan itu. Ternyata, itu memang Rahui.
"Yo Hyeon!"
Rahui memeluk kejap tubuh Jeonghan. Tunggu. Apa.. Semua ni?
Jeonghan menolak tubuh Rahui dan segera mencari cermin. Dia... Wajah dia.. Persis seperti Yo Hyeon.
"Tak.. Aku bukan Yo Hyeon! Aku Jeonghan!"
Jeonghan menggoncang tubuh Rahui. Tak, apa yang jadi sebenarnya ni? Kenapa aku ada dalam tubuh Yo Hyeon? Dia perlu betulkan segalanya. Dia bukan Yo Hyeon. Dia Jeonghan! Yoon Jeonghan!
"Rahui! Ni aku! Jeonghan! Jeonghan yang suatu masa dahulu pernah kau cinta. Aku, tuan kau!"
Rahui menapak ke belakang sambil ketawa perlahan. Merepek. Kenapa Yo Hyeon menafikan diri dia sendiri? Ini bukan Yo Hyeon. Apa sudah jadi pada Yo Hyeon. Kenapa dia macam ni?
"Yo Hyeon... Jeonghan.. Dah lama mati."
Kata-kata yang terus menghentikan detak jantungnya. Apa... semua ni? Aku hidup! Yo Hyeon yang mati! Bukan aku!
"Tak.. Aku.. Aku hidup.. Aku Yoon Jeonghan. Aku Jeonghan. Ni tak betul. Tak.. Semua ni .. Tak betul.."
Jeonghan menilik pada cermin. Wajah Yo Hyeon masih dipantulkan cermin. Kenapa semua benda jadi macam ni..
"Aku Jeonghan. Susah ke nak faham.. Aku Yoon Jeonghan..Yo Hyeon yang mati. Aku yang hidup. Aku... aku Jeong.. han. Atau selama ni memang Jeonghan tak wujud? Semua ni gila. "
Jeonghan menunduk ke tanah. Semua ni kejam. Air mata Jeonghan perlahan jatuh dari tubir matanya.
Dan jatuh ke tanah.
Semuanya bertukar hitam. Air matanya yang tumpah ke tanah bagaikan air yang jatuh ke dalam sebuah kolam. Tanpa sedar dia jatuh dari tempat tinggi dan cuba sedaya upaya mencari permukaan air.
Dia lemas.
Saat dia buka matanya untuk kali ketiga, semuanya berulang. Rahui mengatakan dia ialah Yo Hyeon dia jatuh dan lemas. Dan masih berulang.
Mimpi rupanya.
Dia bangun, hidup dan mati untuk berulang kali dalam satu mimpi. Hebat.
Katil
Jeonghan bangun dan terduduk di atas sebuah katil di sebuah bilik. Ya, ini bilik Seungcheol.
Dia melihat sekeliling. Mana tahu, mimpi lagi. Dia dapat melihat tangan dan kakinya berikat pada palang di sekeliling katil. Kali ini dia betul-betul dah bangun dari tidur.
"Ingat kau tidur lama. Tak sampai 30 minit kau dah jaga balik."
Jadi..
Semua mimpi tu hanya dalam masa setengah jam? Apa jadi agaknya kalau dia tidur seharian suntuk. Mati betul-betul gamaknya.
Bunyi ketukan di pintu disahut dari dalam.
"Masuk!"
Seorang lelaki muda berhoodie kelabu masuk dengan senyap. Pesakit paling lama yang dirawat oleh Seungcheol. Sudah masuk 5 tahun?
"Ha! Duduklah.."
Seungcheol kembali duduk ke tempat kerjanya. Jeonghan memerhatikan mereka dalam senyap. Tugas tetap tugas. Seungcheol perlu jalankannya.
"Macam mana hari ni?"
"Tak tahulah.."
Seungcheol mengangguk.
"Fasa yang ke?"
"Kedua."
Seungcheol mencatatnya ke dalam buku rekod milik lelaki itu.
"Perubahan?" Seungcheol merenung muka pesakitnya yang bertutup dengan hoodie.
"Makin hari makin gila.."
Tangan Seungcheol berhenti menulis. Buku ditolak ke tepi. Pen ditutup.
"Semua berulang lagi?"
Pertanyaan Seungcheol disahut dengan anggukan. Lelaki itu menunjukkan tangannya. Lengan panjang di selentengkan. Sehingga menampakkan bekas-bekas torehan.
"34."
Seungcheol hanya mengangguk. Mereka berbincang mengenai hal yang lebih serius. Jeonghan tidak masuk campur. Untuk apa? Diri sendiri pun tak terurus. Lagikan urus hal orang lain.
Setelah lama berdiskusi, lelaki tersebut beredar. Tiada secalit senyuman pun.
Seungcheol bergerak ke arah Jeonghan. Tempat duduk di ambil. Meletakkan punggungnya perlahan.
"Jeonghan.." Jeonghan menoleh ke arah Seungcheol.
"Apa?"
"Aku boleh buat kau lupa segalanya... Kau nak?"
Jeonghan tersentak. Lupa.. Segalanya? Tapi, dia yang minta. Takkan semudah tu dia nak lupakan segalanya? Lagipun dia perlukan memori tu. Untuk cari Rahui. Untuk jejak Rahui.
Lebih tepat, dia perlukan Rahui.
"Tak apa."
Jeonghan kembali muram. Dia sudah berbeza. Lebih senyap dari biasa. Lebih lemah dari segalanya. Umpama mayat hidup. Hidup segan mati tak mahu.
Mereka senyap untuk seketika. Seungcheol meninggalkan Jeonghan. Dia menapak keluar dari bilik Jeonghan. Lututnya lemah. Terus dia terduduk ke tanah.
Dia tak kuat.
Seungcheol membelek tangannya. Setiap luka ditangannya diteliti. Dia sendiri punya kisah. Pesakitnya yang lepas mati di tangannya. Apa yang akan jadi pada Jeonghan.
Pesakit lain tidak seperti Jeonghan. Kes mereka berbeza. Jeonghan antara pesakit yang paling teruk latar belakangnya. Hitam. Tanpa cahaya.
Lelaki berhoodie tadi menghulurkan tangan. Memberikan huluran saat Seungcheol jatuh. Antara pesakit yang punya kisah hitam yang teruk.
"Kau masih ada tanggungjawab. Kau masih ditakdirkan untuk hidup dengan baik. Hargai.."
Lelaki berhoodie itu berjalan pergi. Kepalanya ditunduk. Lelaki yang hidup tanpa tv, telefon mahupun radio. Untuk apa? Dia dapat melihat semuanya secara live.
Delusi, halusinasi, semua cukup lengkap. Ditambah dengan penyakitnya. Apa? Cumalah penyakit yang mempunyai episode. Banyak episode sebenarnya. Dan sampai kemuncaknya, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku.
Lelaki berhoodie yang misteri. Bercakap cukup payah. Hidup dalam dunia sendiri. Biarkan. Setiap orang mempunyai persepsi hidup yang berlainan. Terpulang. Disebabkan itu setiap manusia berlainan. Anda tidak akan jumpa dua manusia dengan personaliti yang sama.
Lelaki tersebut berjalan pergi.
Seungcheol yang sudah pun berdiri masih memikirkan perihal Jeonghan. Tiada jalan penyelesaian. Semuanya mustahil. Sebenarnya, ada. Tapi.. Itu tak mungkin akan pernah berlaku.
Hidupkan Rahui dan matikan Gyuhan serta Jeongsoo. Mustahil bukan?
Gila.
--
"Jeongsoo!"
Gyuhan dengan cemasnya memanggil Jeongsoo. Jeongsoo yang sedang berehat terganggu.
"Apa dia?" Gyuhan kelam kabut.
"J.. Jeonghan!"
"Kenapa dengan Jeonghan?"
Gyuhan mengheret Jeongsoo ke arah tempat rahsia yang hanya diketahui mereka berdua. Sebelum ini, Rahui pun tidak tahu akan kewujudan tempat ini.
Mereka berdua terpaku.
Tak sangka hari ini akan tiba lagi. Tak sangka hari ini akan berulang lagi dan yang pasti, mereka perlu halang dengan apa yang mereka mampu.
Apa maksud mereka?
Sesusuk figura mula terbentuk. Sekali lagi dan figura ini lebih menakutkan daripada Gyuhan dan lebih pelik daripada Jeongsoo. Satu figura yang asing dari rupa tubuh Jeonghan. Tapi mereka kenal wajah ini.
Jun . Appa.
Tapi, ada dua figura yang mula terbentuk. Dan wajah ini.
Ra. Hui.
Mereka tergamam. Bagaimana Jeonghan membina dua sisi dalam satu masa? Apa kaitan Jun appa dan Rahui?
Dan yang paling pelik, seakan ada rantai yang mengikat mereka berdua dari terlepas. mungkin sisi ini lebih bahaya?
Apa yang mereka tidak tahu, terselit satu lagi sisi di belakang sisi Rahui dan Jun appa yang baru terbentuk. Sisi yang paling menggerunkan dan sisi yang akan ambil tubuh badan Jeonghan sepenuhnya nanti.
Jeongsoo berlari ke arah bilik kawalan utama. Kini dia perasan, pintu-pintu memori sudah terbuka. Dan ini bermakna semua memori akan berkeliaran, atau lebih tepat sentiasa menghantui Jeonghan.
Satu figura tanpa tubuh, hanya baju yang kelihatan membuka setiap pintu memori dan melepaskan memori hitam.
Paling teruk, memori-memori itu dapat menembusi ke bilik kawalan utama. Dan semuanya makin teruk.
Sejujurnya, Jeongsoo dan Gyuhan sendiri lemas dalam memori ini. Memori yang betul-betul menyesakkan dada.
Sisi apa?
.
.
.
.
.
.
"Oh My God..."
Gyuhan ketawa berdekah saat dia melihat dua sisi baru itu. Tidak berkelip mata Jeongsoo.
Junhee+Junhui
"Hyung! Annyeong! Gong Junhui imnida!" Junhui yang terbina dari personaliti Jun Appa dalam bentuk remaja belasan tahun.
"Oppa! Annyeong! Uwah! Jinjja meotjidta! Gong Junhee imnida!" Personaliti perempuan dalam lingkungan belasan tahun.
Jeongsoo menganga dan Gyuhan tidak tahu untuk memberi reaksi apa. Kali pertama seumur hidup mereka berdua, mereka terpaksa berurusan dengan kembar. Lebih menyeksakan mereka terpaksa kawal budak-budak. Wanjeong! Daedanhae!
Mahu atau tidak, mereka terpaksa duduk di meja bulat untuk kenal budak berdua ni dengan lebih dalam. Mereka perlu tahu apa punca sisi kembar ini terbina.
"Macam mana korang berdua boleh terbentuk?"
Junhui sibuk dengan makanan. Junhee pula sibuk bermain telefon. Macam cakap dengan tunggul! Tak sangka sisi baru ini sebegini. Mereka fikirkan 'monster' yang akan keluar. Rupanya 'prankster' budak-budak. Aich!
"Aku tanya ni, macam mana boleh terbentuk?" Gyuhan mula baran. Gyuhan dan panas baran, tak mungkin dapat berpisah.
"Senang. Rasa bersalah."
Jawapan Junhui yang membuatkan mereka berdua tersentak. Ber.. Salah?
"Kenapa?" Jeongsoo cuba mengorek rahsia mereka berdua.
"Jun Appa mati. Rahui pun mati. Sebab Jeonghan oppa kan? Sebab tu diorang cipta kitaorang. Nak tutup rasa bersalah terhadap diorang. Pemergian Rahui unnie terutamanya. Sebab tu kitaorang ni kembar. Ssamdeung!"
Junhee mula bosan. Dia pergi meneroka semua pintu yang ada. Dari pandangan Jeongsoo, Junhee sama seperti Rahui. Bezanya mereka berdua tercipta atas alasan yang lain.
Rahui - atas kerana perlukan teman.
Junhee - atas alasan kehilangan.
Jun Appa - penjaga yang sanggup terimanya.
Junhui - tercipta atas rasa bersalah terhadap Jun appa dan Yo hyeon.
"Tapi kenapa kembar?" Gyuhan bertanya.
"Sebab..." Junhui bermain kata.
"Sebab?" Jeongsoo dan Gyuhan makin tertanya. Mereka menantikan jawapan dari Junhui. Junhui kembali menjamah makanannya.
"Sebab.........."
"Sebab??"
"Sebab.............................."
"Cepatlah!!" Gyuhan membentak.
"Aish! Sabarlah hyung! Sebab saat ni dia sangat perlukan kitaorang. Jangan risaulah! Kami tak lama.. Lepas Jeonghan hyung dah reda, kami akan hilang. Kami mungkin takkan keluar ke dunia pun. Faham?"
Junhui agak muram sebenarnya. Dia tahu dia wujud sebagai personaliti. Lebih tepat, mereka tercipta kerana Rahui. Tah. Dia rasa dia tidak diperlukan sangat pun.
"Oh ya! Lagi satu. Sebab Junhee akan terus membuat janji. Macam Rahui nuna selalu buat. Cuma......" Junhui mencari kelibat Junhee. Mana pula pergi si Junhee ni?
"Cuma?" Jeongsoo memandang Junhui.
"Jaga-jaga sikit dengan Junhee tu. Kalau Rahui nuna betulkan benda. Dia rosakkan. Kalau nuna penuh tanggungjawab, dia full of leisure. Nasiblah.. Ni pun dia dah terlepas. Ha, dia yang bukak pintu memori. Baik pergi tangkap dia."
"Eh?!!" Membuntang mata Gyuhan dan Jeongsoo.
BOOOM!
Satu letupan besar kedengaran. "Kan dah cakap.." Junhui terus makan. Kaki mereka laju menapak. Troublemaker sungguh! Baru je keluar dah buat masalah! T.T
"Mati kita kali ni, Gyuhan!" Jeongsoo sudah mati kutu, mati anak, mati akal, semuanyalah!
"Kau ni! Aku cari sini. Kau cari sana. Cepat!" Gyuhan menolak Jeongsoo. Huru-hara mereka berdua dibuatnya!
--
Sedang Junhui menikmati makanannya, dia seakan terpanggil ke arah satu cahaya.
Dia meninggalkan makanannya dan terus berjalan ke arah cahaya itu.
--
Bilik Seungcheol
Seungcheol masuk semula ke dalam bilik rawatan pesakit. Jeonghan kelihatan senyap. Segera Seungcheol menepuk-nepuk pipi Jeonghan.
"Jeonghan! Jeonghan!"
Panggilannya tidak bersahut. Jeonghan kelihatan kaku. Seungcheol cemas. Dia menepuk muka Jeonghan berkali.
"Yoon Jeonghan!!"
Badan Jeonghan bergerak. Mukanya di angkat.
"Jeonghan?"
Seungcheol bertanya. Jeonghan menggeleng.
"Jeongsoo?"
Kali ini juga Jeonghan menggeleng.
"Gyuhan?"
Juga menggeleng.
Seungcheol memandang tidak percaya. Sudah! Siapa pula dia ni! Sisi baru? Takkanlah baru lagi Jeongsoo terangkan dia hanya ada tiga. Jeongsoo, Gyuhan dan Rahui. Tetapi Rahui kategori kawan imaginasi.
"Hyung, bbaegupa. Ada makanan tak?"
"Ha?"
"Ahh! Lapar! Nak makan! Neomu bbaeguppa! Hmmph!"
"Ireum..eun?"
"Naega? Gong Jun hui. Ah ppalli! Bbaeguppa!!"
"Eh?!!!!!"
-----
[Author]
Yeay!!!!! XD kembali dengan new part! Oh yeah! Oh yeah!
Keep reading guys XD
Oh ya~~~ Thanks for waiting. Hehe. Mian!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro