-4-
This is Auditory Hallucination Simulation. I warned you. I'm not joking even a bit. I'm being serious as serious I can.
If you can take it, then, hear them. If you don't , i'm begging you, please don't hear them. If you want to hear them, just hear for 4-5 second.
I can describe it as a horror voice. This is just for your knowledge. And i hear them for this story and making some research. Again, credit for @Soonho- for helping me.
I really make some research. If i am wrong about the disease, please comment and please correcting me.
Even this is just a fanfiction, the disease is real. All of them. I'm not creating them on myself. Its real and if you don't believe me, try ask Mr.Google.
Okay, I've warned you about the 4th times. Think over twice if you want to hear them.
Enough and lets start!
------
"Ada kerja dekat sini tak?" Jeonghan bertanya kepada seorang mak cik yang berusia dalam lewat 50 an.
"Ada tu ada. Tapi kerja dia agak bahaya. Nak ke kamu?" Mak cik tersebut membalas.
"Saya tak kisah mak cik. Asalkan ada kerja, ada gaji." Jeonghan teesenyum.
"Kalau kamu dah kata macam tu, jom ikut mak cik."
Mereka berdua ke arah sekumpulan lelaki yang sedang bersedia untuk melakukan tugas mereka.
"Tae ju-yah!"
Lelaki yang di panggil Tae ju itu tersenyum melihat suara yang memanggilnya.
"Kenapa mak cik?" Tae Ju memandang Jeonghan dan mak cik tersebut pelik.
"Ini ha. Ada budak ni, dia cari kerja. Dia kata dia tak kisah kerja apa pun. Mak cik bawa la dia jumpa kamu. Kamu kata, kamu tak cukup orang." Mak cik itu berbicara panjang lebar.
"Kalau macam tu, tak apalah. Biar saya uruskan. Mak cik sambunglah kerja mak cik dulu." Mak cik tersebut tersenyum ke arah Jeonghan. Lengannya ditepuk perlahan. Dia berjalan menuju ke tempatnya.
"Oi budak, kau berani ke buat kerja ni?" Tae ju mulakan perbualan.
"Ni, kerja apa?" Soalan Jeonghan di sambut tawa Tae ju. Dia masih tidak tahu rupanya.
"Kau nampak apa 4 orang manusia buat dekat atas tu? Itulah kerjanya. Kau boleh ke buat kerja ni?"
Jeonghan melihat ke arah atas bangunan yang di tunjuk Tae ju. 4 orang lelaki sedang mencuci tingkap syarikat yang penuh dengan kaca.
Mereka cuci tingkap luar bangunan itu. Badan mereka di tampung dengan mesin. Ya, kerja yang agak membahayakan nyawa.
"Boleh ke kau kerja ni?" Tae ju bertanya lagi.
"Saya boleh dan saya nak kerja ni."
Jeonghan mengisi borang kerja dan Tae ju mengesahkannya. Dia ketua dalam bidang itu.
Jeonghan menukar bajunya kepada baju kerja. Dia bernasib baik, dia diterima kerja. Tae ju bersama 4 anak buahnya menaiki lori.
Mereka bergerak ke syarikat yang lain. Jikalau tadi
10 tingkat, kali ini 20 tingkat.
"Ambik ni."
Salah seorang dari 4 orang itu membaling topi keselamatan kepada Jeonghan.
Jeonghan memakai topi itu dan mula bekerja. Jeonghan tidak gementar dengan tempat tinggi. Tak, sedikit pun tak takut.
Lagipun, sepanjang umur 20 tahun ini, dia tidak pernah ingat kakinya menapak naik bangunan yang mempunyai tingkat yang tinggi. Syarikatnya sebelum ini pun dia hanya bekerja di gudang.
"Jom."
Tae ju mula dahulu. Mereka kini berada di bahagian paling atas syarikat itu. Di sebabkan crane yang Jeonghan panggil lori itu hanya boleh sampai tingkat 15, mereka terpaksa turun dari bumbung.
Jeonghan perlahan-lahan mengikut jejak langkah Tae Ju. Tetapi ketika Jeonghan ingin turun dengan menggunakan tali, seakan ada suara di mindanya.
Tak, kali ini dia tidak pernah dengar suara-suara ini. Bukan suara yang selalu mencipta janji. Suara yang dia pernah dengar. Tapi dia tidak tahu siapa mereka.
Jeonghan
Suara itu.
Mereka.
Mereka suruh aku...
Mati.
Mereka kata, aku...
Pembunuh.
Serta merta Jeonghan diserang dengan penyakitnya, Narcolepsy. Saat genting dan Narcolepsy menyerang. Habislah kau Jeonghan.
"Woi! Kau buat apa dekat atas tu!" Tae ju menjerit.
Jeonghan betul habis kali ni. Dia diserang Cataplexy.
Badan Jeonghan jatuh dari tingkat atas. Bagaikan manusia yang ingin bunuh diri. Dari tingkat 20 hingga ke tingkat 15, badan Jeonghan di awangan.
Tae ju yang terkejut dengan kejadian itu melepaskan talinya hingga ke tingkat 15. Dia sudah lama dan berpengalaman dalam kerjanya. Jadi itu tak menjadi masalah.
Jeonghan masih tidak sedarkan diri. Tae ju menampar muka Jeonghan lembut. Dan kemudian Jeonghan terjaga.
"Kau gila ke?! Ingat kerja ni main-main?!" Suara Tae ju tegas. Jika Jeonghan tidak memakai alat keselamatan yang lengkap, mungkin dia dah mati.
"Ha?"
Ayat yang keluar dari mulut Jeonghan membuatkan Tae ju pelik.
"Apa kau buat tadi?" Tae ju kelihatan serius.
"Saya mintak maaf. Macam mana saya boleh ada dekat sini? Saya baru nak turun tadi." Jeonghan berkata.
"Maksud aku, kau buat apa tadi?" Tae ju menembak.
"Ada orang suruh saya terjun. Dia suruh saya mati." Jeonghan menjawab polos.
Tae ju merenung mata Jeonghan lama. Ada rasa takut dalam anak matanya.
"Moon Ra! Naikkan crane." Tae ju memberi arahan melalui walkie-talkie nya. Lelaki yang bernama Moon Ra menaikkan crane. Mereka masuk ke dalam crane.
[A/n : Crane yang mereka naik tu lebih kurang crane bomba yang selamatkan orang. Tbh, I don't know what that thing call. Crane or Lorry.]
Crane tersebut turun ke bawah. Tae ju menyuruh budak-budak yang lain menyambung tugas mereka.
Dia perlu selesaikan masalah dengan budak ni.
Tae ju mengheret Jeonghan menaiki kereta nya. Jeonghan sekadar mengikut. Dia pun tidak tahu mereka hendak ke mana.
Mereka tiba di sebuah hospital. Hospital yang lain daripada biasa. Itulah apa yang boleh dikatakan Jeonghan.
Tae ju membawa Jeonghan ke arah satu bilik. Seorang doktor menyambut kedatangan mereka.
"Lama aku tak nampak kau, Tae ju. Kata dah berhenti, ni apa kes datang balik?" Jeonghan hanya menunduk ke bawah.
"Cheol, budak ni. Ada benda yang tak kena dengan dia. Kau periksa kejap." Doktor yang dipanggil Cheol itu memandang ke arah Jeonghan.
"Boleh awak pandang saya?" Lelaki bernama Cheol itu berkata lagi.
Jeonghan mengangkat mukanya.
La! Jeonghan rupanya!
Seungcheol
"Kau rupanya Jeonghan. Apa-apa pun bagus juga kau bawak dia jumpa aku. Aku pun dah lama rasa ada benda yang tak kena dengan dia."
Tae ju memanggil Seungcheol, dengan panggilan Cheol. Mudah sikit katanya. Jeonghan memandang ke arah aku hairan. Pasti dia tak tahu aku sebenarnya siapa.
"Aku Choi Seungcheol. Doktor. Kau tak perlu tahu aku doktor apa sebab nanti kau akan tahu." Mudah sahaja Seungcheol memperkenalkan diri. Masing-masing sudah mengenali sesama sendiri. Apadahal?
"Kau doktor?" Jeonghan bertanya polos. Langsung tiada gaya seorang doktor. Kalau dikatakan mengajar budak tadika, dia percaya.
"Tak payah tanya aku banyak-banyak. Jom mula." Mereka memulakan sesi pertanyaan untuk mengumpulkan maklumat mengenai Jeonghan.
"Tae ju, apa yang jadi sampai kau bawak dia datang sini?" Seungcheol bertanya.
"Dia jatuh pengsan. Aku tak pasti dia tidur atau pengsan. Tapi dalam tempoh masa yang pendek." Tae ju berkata.
"Kau ada lalui masa lampau yang tragik? Boleh bercerita dengan aku? Tae ju, aku tak rasa kau patut dengar ni. Boleh kau tunggu dekat luar?" Tae ju beredar.
"Aku.. Tak ingat." Jeonghan menjawab pendek.
"Tak ingat? Boleh bagitau aku setakat mana yang kau ingat?" Seungcheol bertanya lagi.
"Aku kemalangan. Dan aku tak ingat apa-apa." Jeonghan menunduk ke bawah.
"Ada apa-apa kesan sampingan yang lain selain daripada kau lupa memori kau?" Seungcheol merenung Jeonghan. Jeonghan ada 1001 rahsia yang dia tidak pernah bongkarkan.
"Aku tak boleh rasa. Aku tak ada deria." Seungcheol agak terkejut. Dia memegang lengan Jeonghan dan Jeonghan menggeleng tanda dia tidak dapat rasa apa-apa.
"Kau tahu kau pengsan secara tiba-tiba?" Seungcheol mengorek lagi.
"Aku tak rasa aku pengsan. Aku tidur. Selalu jadi." Seungcheol mencari sebuah file.
"Boleh kau terangkan dengan lebih terperinci lagi?" Jeonghan memandang ke arah meja. Dia tidak tahu untuk memandang mana.
"Aku hampir kemalangan. Disebabkan aku tidur sambil memandu. Dan sebelum ni aku hampir dilanggar. Aku tertidur masa melintas. Dan tadi, Tae ju hyung bagitahu, aku tertidur masa turun dari bangunan." Jawapannya yang membuatkan Seungcheol hampir menganga.
"Okay. Selain daripada tidur, kau ada mimpi? Mimpi buruk?" Jeonghan mengangkat mukanya.
"Ada. Banyak. Setiap hari." Seungcheol menganggukkan kepalanya.
"Boleh kau cerita?"
Jeonghan secara tiba-tiba tertidur. Tetapi kali ini bukan tertidur biasa. Ada sesuatu yang besar akan berlaku. Seungcheol, bersedia bertemu dengan pesakit mental Yoon Jeonghan.
Seungcheol bangun dari tempat duduknya. Pipi Jeonghan ditepuk perlahan. Dia lupa, Jeonghan tiada deria.
"Jeonghan!"
Mata Jeonghan terbuka. Senyuman sinis terukir. Bukan Jeonghan. Selamat datang ke dunia personaliti yang melindungi.
"Annyeong!"
Jeongsoo
"Kau nak apa dari tuan aku?"
Aku perlu keluar. Ya, kali pertama aku dedahkan identiti aku dihadapan orang lain. Hanya adik Jeonghan yang tahu kewujudan aku dan Gyuhan.
"Jeonghan?" Seungcheol masih tidak faham situasi.
"Aku bukan Jeonghan. Aku Pure Angel. Yoon Jeongsoo."
Seungcheol kini memahami situasi. Seungcheol mendapat tangkapan besar. Dia kembali duduk di kerusinya. DID!
"Boleh aku tahu kau personaliti apa?" Seungcheol kini menemui benda yang paling besar.
"Personaliti baik. Personaliti yang menolong orang. Aku keluar sebab aku nak tolong Jeonghan. Penyakit Narcolepsy dia makin teruk. Siap dengan Cataplexy sekali."
Aku keluar atas arahan Rahui dan Gyuhan. Mereka kata aku patut bantu Jeonghan. Memandangkan Jeonghan nak cari memori lama dia. Dia tak patut tahu.
"Ah. Aku faham. Tapi, macam mana kau tahu Jeonghan ada Narcolepsy dengan Cataplexy sedangkan dia sendiri tak tahu apa yang dia alami?" Seungcheol mencatat segala maklumat yang dia peroleh.
"Aku, personaliti dia yang lain dan kawan imaginasi dia, kami tahu segalanya. Kami nampak segala memori dia yang hitam. Dan tugas kami, tutup memori tu. Dan kau mungkin akan terkejut, kalau kau tahu masa lampau dia."
Seungcheol meminta Jeongsoo untuk memberitahu segalanya. Dan air muka Seungcheol nampak sangat terkejut. Dia.. Tak sangka.
Aku ceritakan segalanya. Dari zaman kanak-kanak, sehingga ke sekarang. Aku terpaksa. Nak tak nak aku kena cerita. Lebih parah kalau Jeonghan cuba ingat segalanya. Dan akhirnya, dia akan kembali ke zaman sebelum kemalangannya.
Zaman di mana kesakitan yang betul-betul membunuh.
Jeonghan
Kali ni, aku tak bermimpi. Aku nampak satu pintu. Dan di sebalik pintu tu, ada sesuatu. Yang aku pasti tentang tu,
Itu milik aku.
Aku berjalan mendekat pintu tu. Tombol pintu aku pegang. Seseorang menarik tangan aku.
"Jeonghan, jangan."
Aku memandang ke arah suara itu. Seorang perempuan. Aku kenal dia. Aku kenal suara dia.
"Kau.. Rahui kan?"
Rahui
Rahui mengangguk. Sedaya upaya dia cuba menghalang pintu masuk itu.
"Kau makin cantik."
Air mata Rahui bertakung. Tak, aku tak boleh emo saat-saat genting macam ni.
"Jeonghan, jangan masuk. Tolong?"
Aku hanya mampu merayu. Tolong jangan masuk Jeonghan. Sepanjang 20 tahun, kau hidup, aku yang jaga pintu ni. Tolong la jangan masuk.
"Sejak bila kau cantik macam ni?"
Jeonghan bagikan dipukau dengan kecantikkan Rahui. Ya, Rahui sememangnya cantik. Jeonghan cuba menyentuh raut wajah Rahui, dan tangannya tembus melalui wajah Rahui.
Itulah hakikat perit yang dilalui Rahui. Disebabkan dia hanya rakan imaginasi, tubuhnya tidak seperti Gyuhan mahupun Jeongsoo. Dia jauh lebih.. Lemah.
Dan setiap kali Jeonghan menafikan kewujudannya, dia makin menghilang. Tak pelik sampai satu saat, dimana Rahui hilang sepenuhnya.
Air mata Jeonghan jatuh. Wajah Rahui ditenung lama. Dia sangat rindukan Rahui. Teramat.
"Rahui, aku rindu kau."
Tubuh Rahui Jeonghan peluk erat. Walaupun hanya terasa seperti memeluk angin.
Air mata Rahui tumpah.
Satu memori. Rahui biarkan Jeonghan ingat. Memori Jeonghan bercinta dengan imaginasi sendiri. Dan itu dia, Im Rahui.
Gyuhan dan Jeongsoo, mereka tidak tahu. Jeonghan pernah masuk ke tempat di mana mereka berdiri ketika ini.
Untuk bertemu Rahui.
------
[Author]
Terkejut tentang fakta Rahui dan Seungcheol?
Haha xD Nantikan, babak seterusnya.
Babak seterusnya,
"Di mana setiap personaliti ada kisahnya. Begitu juga dengan rakan imaginasi. Rahui, punya cerita sendiri.."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro