-15-
Lexi
"Apa yang jadi sebenarnya ni?"
Lexi memandang ke arah Seungcheol, Junghan dan Yohyeon. Ya, dia memang kenal Seungcheol. Tapi siapa pula Yohyeon? Dan apa kaitan Yohyeon dengan Rahui? Macam mana Yohyeon boleh kenal Rahui?
"Aku nak tanya dulu. Macam mana kau, Junghan boleh jumpa Lexi? Kenapa kau panggil Lexi , Rahui?"
Seungcheol sudah mula menyilang tangan. Dia sudah agak memang ada benda yang tak kena daripada mula lagi. Tapi dia tidak menyangka dia sendiri ada kaitan mengenai hal ini.
"Aku nampak dia lalu depan aku. Macam mana kau boleh tahu dia Lexi? Dia Rahui."
"Ok. Stop semua benda ni. Aku nak semua orang terangkan. Satu-satu. Tanpa ada one point pun tertinggal."
Yohyeon kelihatan senyap sedari tadi. Dia masih lagi memandang wajah Lexi seperti mana dia melihat bintang di langit. Siapa sahaja gila untuk katakan Lexi hodoh? Dia sememangnya cantik.
"Mula dengan kau. Yoon Junghan."
Junghan memandang Lexi tajam. Lain pula Yohyeon. Dia mula tidak sedap hati. Seakan ada benda yang betul-betul tak kena sekarang ni. Junghan.. Seakan nama.. Dia.
"Aku Junghan. Yoon Junghan. Aku nak cari Rahui. Hanya dia yang boleh selesaikan semua benda ni. Ikatan aku dengan Rahui tak dapat aku nak terangkan."
"Seungcheol, kau pula."
"Aku Seungcheol. Doktor psychiatrist. Yang paling aku terkejut, macam mana ketiga-tiga pesakit aku ada dekat sini. Yohyeon, borderline disorder plus Bipolar disorder. Lexi, alice in the wonderland syndrome.
Hanya berlaku pada waktu pagi. Right? Dan kau Junghan. Oh, lupa. Kau bukan pesakit aku lagi. Nampak macam takdir temukan kita. Walaupun kau dah berjanji kau tak nak jumpa aku lagi."
Seungcheol mendecit pada hujung ayatnya. Ya, dia masih emo. Ah, sejak bila kau gantikan tempat Wonwoo, Choi Seungcheol?
"Aku Lexi. Aku langsung tak kenal siapa Junghan. Aku tak kenal siapa dia.. Ni? Tapi ya, aku kenal Seungcheol."
"Wen Yohyeon. Kau dah tak kenal aku Lexi?"
Semua bertumpu ke arah Yohyeon.
"Yoon Yo Hyeon. Kekasih Im Rahui. Kau dah lupa aku? Lexi Im? Atau aku patut panggil kau Rahui? Tolonglah Rahui. Lexi tak pernah wujud. Dia tak pernah keluar. Schizoid kau makin menjadi-jadi!"
Mereka semua terdiam.
"Yoon.. Yo hyeon? Kau adik Jeonghan?"
"Kau..?"
"Aku personaliti Jeonghan. Yoon Jeonghan."
Lexi dah tak ada cara lain. Atau patut kita panggil dia Rahui? Rahui betul-betul dah tak ada cara lain. Dia terpaksa gunakan cara ni.
"Maafkan aku."
Sekali lagi, pemetik api dikeluarkan.
Im Rahui
Aku tak sangka aku akan guna benda ni. Aku betul-betul minta maaf tapi rahsia aku dah terdedah. Ya, simpulan takdir sudah terbuka.
Tapi aku.
Aku penyebab simpulan takdir ini berselirat dan kini aku yang akan menghapuskan siratan takdir yang menyusahkan ni.
Time Leaping + Hypnosis + water drop..
Bersedia untuk kisah baharu.
"Maafkan aku tapi aku terpaksa habiskan semua ni."
Pemetik api ditekan dan api keluar melalui picu. Mata mereka bertiga tertumpu kepada muncung pemetik api.
"Mulai sekarang, aku akan tebus segala dosa aku. Aku akan ubah segala yang aku mampu. Lupakan manusia dengan nama Im Rahui. Aku janji, aku akan ubah segalanya."
Api ditiup dan mereka bertiga terus tertidur.
"Dah tiba masanya."
Rahui menarik nafas panjang. Mantera dibacakan. Dia punya tanda sama seperti Jeonghan. Bukan 8, tetapi infiniti. Dia boleh ubah apa sahaja yang dia mahu. Tetapi.. Time leaping ada hadnya.
Jika dia sentuh masa hadapan orang lain, atau dia ubah masa lampau yang langsung tidak berkaitan dengan dirinya, dia mati.
Mungkin juga akan terhapus sepenuhnya. Itu undang-undang time leaping dan dia ingkar undang-undang itu. Mengapa? Dia harus tebus dosanya.
Dosa?
Percaya atau tidak, semuanya dirancang.
Dirancang? Apa yang dirancang? Siapa?
Dia. Im Rahui. Terimalah. Kebenarannya, Rahui memang jahat. Yoon atau Im, itu bukan masalahnya.
Rahui punca segalanya.
--
"Dul, set!"
Rahui kembali ke masa silam. Bermula dengan masa silam Yohyeon. Percaya atau tidak, dialah punca Yohyeon menjadi tidak waras.
Mengapa?
Apabila ilmu yang dipelajari digunakan untuk tujuan yang salah dan dengan cara yang salah, setiap yang terjadi hanya akan membawa padah.
Dan Rahui mula terasa kesannya.
Rahui mula memadam hypnosis yang dikenakan pada Yohyeon 2 tahun yang lalu. Hypnosis bodoh yang sengaja dilakukan pada Yohyeon.
Hypnosis untuk membuatkan seseorang jatuh cinta. Rahui terdesak dan.. Nyatanya, Yohyeon merupakan mangsa kepada Rahui.
"Maafkan aku sebab libatkan kau."
Dan Rahui berlalih ke masa lampau Seungcheol. Dia punca kebakaran di rumah kawannya. Dia punca segalanya. Tapi untuk menutup silap, dia berlakon seperti pesakit mental yang mempunyai Alice in The Wonderland syndrome.
Tak, dia bohong.
Rahui tak pernah ada penyakit tu. Dia cuma berjumpa dengan Seungcheol untuk membuatkan hatinya lega. Ah! Rahui cuma pentingkan diri sendiri! Dia cuma tidak mahu menggalas kesalahan.
Dan Rahui beralih ke Jeonghan.
Ingin tahu bagaikan Yoon Rahui mula hidup walaupun hanya sekadar rakan imaginasi? Eh? Bagaimana Im Rahui sebenar boleh tahu akan hakikat itu?
Dia punca segala.
Rahui.. Dia telah mengubah takdir. Tanpa Jeonghan tahu. Kalau dia kata dia yang reka semuanya, korang percaya? Kalau dia kata dia yang hidupkan watak-watak yang tak wujud, korang percaya? Kalau dia kata hidup Jeonghan satu penipuan, korang percaya?
Kenyataan sebenar yang dia patut beritahu, Jeonghan sebenarnya seorang yang sangat waras. Jeonghan tak pernah membunuh. Ya, dia sudah kata. Semuanya dirancang dari awal.
Kerana apa?
Dia Im Rahui. Dia dari masa depan. Dan Jeonghan? Hanyalah salah satu ujikaji yang dia lakukan. Di dalam perubatan, terdapat satu alat yang dapat memadamkan memori dan Jeonghan telah dipadamkan memori.
Sepenuhnya tentang masa lampau.
Kehidupan sebenar Jeonghan adalah sangat berbeza. Dia punya ibubapa yang sangat penyayang. Dia punya sejarah yang sangat bersih. Kenyataannya, Jeonghan tidak pernah membunuh.
Tapi semua memori kejam itu?
Maaf untuk kata, semua memori itu tak pernah wujud. Rahui dan beberapa professer lain telah mencipta setiap apa yang Jeonghan lalui. Persinaliti Jeonghan tak pernah wujud. Dan dari dulu sehingga kini, tiada satu personaliti pun yang mengganti tubuh Jeonghan. Itu semua masih orang yang sama, Yoon Jeonghan.
Rahui berjalan di dalam Bilik Kawalan Utama di dalam bandar YJ. Ya, dia mampu buat begitu. Dan Jeongsoo serta Gyuhan sedang duduk di pintu. Meratap pemergian Junhee.
"Gyuhan, mulai saat ni, aku yang mencipta kau, Im Rahui, membenarkan kau untuk pergi. Terima kasih sebab bantu aku."
Dan tubuh kaku Gyuhan berderai menjadi debu. Rahui berjalan ke arah Jeongsoo. Jeongsoo merapatkan kakinya ke dada dan menutup mukanya.
"Jeongsoo, maafkan aku sebab hidupkan watak kau. Sekarang, kau dah tak perlu hadapi semua ni. Terima kasih sebab lindungi Jeonghan."
Rahui berjalan dengan amarah ke arah kotak hitam. Sejujurnya, wakaupun mereka sama sahaja jahatnya, Yoon Rahui tetapi lebih teruk berbanding dirinya.
"Kau pengkhianat! Aku tak ciptakan kau untuk rosakkan tubuh ni. Kau memang pengkhianat. Aku ciptakan kau sebagai penjaga memori, bukan untuk bunuh tuan kau secara perlahan!"
Satu tamparan kuat dikenakan pada pipi Yoon Rahui. Ya, dunia time leaping dan water drop kaku dan tidak bergerak. Dia harus habiskan semuanya. Semuanya sekali. Yoon Rahui pecah menjadi serpihan kaca. Yoon Rahui memang selayaknya untuk mati. Dia sendiri tahu akan hakikat itu.
"Im Rahui.."
Rahui memandang ke belakang.
"Eomma.."
"Kamu dah menyesal mulakan semua ni? Kamu tak patut ubah masa lampau seseorang. Kamu dah seksa tubuh ni Rahui. Dia terseksa kerana satu figura yang hidup bukan dalam era ni.
Kamu dah buat dia gila. Eomma nampak semua yang jadi dan eomma dah tahu kamu yang buat semua ni. Kamu perlu betulkan segalanya. Jeonghan hidup tanpa hak dan dia disakiti, Rahui.
Padam semua ni dan biarkan dia hidup sebagaimana orang lain hidup. Biarkan dia hidup dengan hak sebagai sekrang manusia dan diri dia sendiri.
Jeonghan tak bersalah."
Dan kata-kata eomma menyedarkan Rahui. Dia tak patut mulakan semua ni. Dia sememangnya memantau keadaan Jeonghan dari semasa ke semasa tapi jujur dia tak pernah ambil kisah tebtang kesakitan Jeonghan.
Mungkin kerana sebahagian daripada tubuhnya robot.
"Eomma. Gumawo. Eomma pun boleh pergi."
Eomma hanya tersenyum ke arah Rahui. Dia tahu Rahui akan buat perkara yang betul pada akhirnya. Dan yang terakhir, Yoon Junghan.
"Terima kasih Junghan sebab dah tolong aku selama ni. Aku tak sangka aku akan hidupkan watak yang dah mati. Junghan, walaupun kau dah mati dalam tubuh aku, aku sebenarnya gembira dapat jumpa lagi dengan kau. Terima kasih Junghan. Sugohaesseo."
Bansar YJ runtuh sepenuhnya.
Rahui menarik nafas dan menghembus dengan perlahan dan tenang. Dia tahu apa yang dia perlu lakukan kini dan dia tersenyum. Dia tahu, kali ini Jeonghan pasti akan gembira.
Dan mulai detik ini,
Jeonghan hilang segala memori yang dia pernah ada. Kisah tentang keluarganya yang tipu, masa silam yang menyakitkakan, dan semua personaliti-personaliti yang dia ada.
Dan, selamat tinggal semua.
--
<<<<<<<<<<<<< xRewind.
--
Jeonghan bermain di taman permainan. Sungguh, taman itu sesak dengan orang. Ramai kawan baru. Seronok betul!
Tiba-tiba satu letupan yang kuat menganggunya. Ibu bapa mula ketawa bersma anak-anak mereka. Penuh taman itu dengan riang dan tawa.
Seorang lelaki yang boleh dikatakan bapa kepada rakan disebelahnya membelai wajahnya lembut. Dia tidak faham. Habis mereka memuji dirinya.
Jeonghan hanya mampu menerima semuanya dengan rasa pelik bertapa. Segalanya berlaku dengan pantas. Dia dapat mendengar suara-suara mereka.
Semuanya berlaku dihadapan matanya dengan suara . Dia dapat mengandaikan lelaki tersebut suka kepadanya. Kerana mukanya baik dan penyayang.
Dia di dibelai dan dia sukakannya. Dia melihat tubuhnya
Seseorang?
Dia menoleh ke arah rakan barunya. Tersenyum. Habis penuh pasir pada badannya. Kawan barunya mandi pasir. Mungkin?
Mereka semua bersamanya. Ya. Dia kenal semuanya. Fikirannya makin tenang. Dan makin lama, makin cerah.
Hari yang sangat indah.
Dia dapat melihat semuanya. Satu suara memanggilnya.
"Jeonghan-ah, promise me?"
Tak. Tiada sesiapa. Cuma suara. Suara yang sama.
"Promise."
Dia sendiri tidak faham. Dia langsung tidak tahu apa yang dijanjikan. Dia cuma membalas janji dengan janji. Sebenarnya, apa yang berlaku?
"Mulai dari hari ini, aku akan pastikan kau hidup dengan selayaknya. Kau layak untuk hidup bahagia Jeonghan."
Dan kisah ini, berakhir di situ.
Jeonghan mulakan hidup baharu, sekali lagi.
Tapi kali ini, tanpa Rahui mahupun gangguan masa hadapan mahupun masa lampau. Cumalah kehidupan kanak-kanak yang biasa.
Tamat.
--
[Author]
Ok, unexpected end. Author tak jadi nak buat sad ending. Bagi chance. Tapi author tahu pelik sebab habis macam tu je. Redho je lah kan? Haha.
Thanks for reading everyone!
PROMISE END!
I LOVE YOU GUYS!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro