Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-14-

Yohyeon

"Tolonglah. Kali ni je."

Yohyeon melajukan langkahnya. Terus dia berlari ke arah tengah jalan. Matanya ditutup serapat mungkin, tolonglah. Dia nak mati.

Cahaya dari lampu kereta seakan lampu yang menyorot ke arah tubuh Yohyeon. Silau yang akan membawa dia ke satu alam yang dia inginkan. Dia tak mahu hidup.

Teksi yang dinaiki Seungcheol hampir sahaja merempuh tubuh Yohyeon. Lelah ahjussi itu menekan brek sekuat yang mampu. Nasiblah sempat. Tidak terkata akan kejutan gila itu.

Siapa masih ingat Yohyeon?

Nama yang seakan sudah lama hilang dari dunia. Nama yang jijik. Katanya. Tak. Yohyeon hidup. Dia masih lagi hidup sehingga kini. Dialah pesakit kepada Seungcheol . Agak mengagumkan bukan?

Abang dan adik sama-sama dirawat oleh doktor yang sama. Cumanya, kisah semestinya berbeza. Yohyeon dengan hidupnya, Jeonghan dengan kisahnya.

Habis? Siapa yang terbunuh?

Siapa yang mati?

Yang mati Yoon Yo Hyeon. Yang berdiri di tengah jalan itu? Wen Yohyeon , masih hidup. Ulang, Wen Yohyeon. Kenapa Wen? Mudah. Kad pengenalan baru, petik mana-mana nama keluarga. Habis cerita.

Yohyeon agak terkenal di dalam dunia black market. Ya, menjual barang-barang terlarang memang kepakarannya. Organ dan ya.. Korang sendiri tahu apa itu black market.

Ya dan ya.

Darah Jeonghan turut mengalir di dalam badannya. Darah orang gila. Darah orang kurang siuman. Darah sewel dan tentunya darah si raksasa yang membuatkan orang lain takut.

"Yohyeon! Apa kau buat dekat tengah jalan tu?!"

Seungcheol sudah keluar daripada teksi. Ahjussi yang membawa teksi masih lagi di dalam keadaan terkejut. Tidak berganjak daripada tempat duduknya.

Mungkin Seungcheol sudah mula biasakan diri dengan perkara-perkara gila. Setakat hampir langgar manusia bukan sesuatu yang besar baginya. Di ugut bunuh jauh lebih menakutkan daripada 'ter' langgar orang.

"Seung.. cheol?"

Yohyeon membuka matanya. Tak! Dia boleh jumpa  dengan sesiapa sahaja tetapi bukan Seungcheol. Dengan keadaan paling teruk, dia tak boleh berjumpa dengan doktornya sendiri.

Amarah Yohyeon mula naik sehingga ke kepala. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Mood swing memainkan peranan pada waktu yang sangatlah tidak tepat. Di tengah jalan raya.

"Apa kau buat ni?! Kalau kau nak mati sangat, jangan guna cara yang macam ni lah!"

Entah. Seungcheol yang masih emo dan baran bertembung dengan situasi yang langsung tidak digambarkan. Mampu ke doktor psichatrist memainkan peranan?

Emosi tak stabil.

Bad physical condition.

Kau rasa?

Bila api bertemu api. Air pula tak ada. Makin membahang makin membara. Bila-bila lava boleh mencair. Selinap ke semua ruang. Biar keadaan panas, hangat dan tegang. Biar. Tengok apa yang jadi.

"Kau diam boleh tak?!"

Tidak semena pisau keluar daripada poket seluar Yohyeon. Ya, sudah menjadi tabiat bagi Yohyeon membawa pisau ke mana sahaja tempat yang ditujunya.

"Kau berambus! Aku tak nak tengok muka kau!"

"Turun kan pisau tu."

"Jangan mengarah aku! Kau diamlah!"

"Aku kata letak pisau tu!"

Yohyeon mengacukan pisau pada Seungcheol. Tangan Yohyeon bergetar. Kakinya terasa longlai. Bukannya sehari dua dia mengugut dengan menggunakan pisau. Pisau dan dia seakan sebati. Tetapi hari ini lain. Lain sangat.

Seungcheol yang dalam amarah tiba-tiba sahaja berubah air mukanya. Terus tulang belakangnya terasa tegak. Dia nampak apa yang Yohyeon tak nampak. Mereka berada betul-betul di belakang Yohyeon.

Yohyeon yang terasa pelik dengan situasi itu meremang bulu romanya saat mendengar satu suara. Terus pisau di campak ke jalan. Badannya dipusing ke belakang secara perlahan.

"Hentikan semua ni kalau kau nak dia hidup."

--

Junghan

Junghan masih lagi duduk di lorong yang gelap. Dia tidak percaya dengan apa yang dia sendiri katakan. Sejujurnya, dia memang perlukan Seungcheol.

Siapa lagi tempat bergantung yang dia ada melainkan Seungcheol? Dia gila. Ya, Junghan sememangnya gila. Seperti biasa, ego. Bila ego makan tuan lebih daripada personaliti nakkan tubuh.

Teruk.

Seorang perempuan berjalan di hadapannya. Sekali imbas, dia hanya membiarkan perempuan itu berjalan pergi. Tetapi.. Takdir cukup suka mempermainkan Junghan.

"Itu .. Rahui.. Kan? Im Rahui?"

Terus Junghan bangun. Pantas tubuh itu dikejar. Untuk mengelakkan sebarang masalah, rentak permainan diperlahankan. Perlahan dia mengekori perempuan yang seperti Rahui itu sehingga ke rumahnya.

Ya, sama seperti apa yang dia nampak di dalam water drop. Tiada satu pun yang berubah. Junghan memandang ke arah 'rumah' milik Rahui. Seakan satu trak memori menyodol fikirannya.

Dia lihat semua memori Junghan. Di dalam 'rumah' tu. Entah mengapa. Dalam banyak-banyak rumah, kenapa mesti di sana? Berjuta rumah yang dibina di bandar pahit ni. Tetapi kenapa mesti 'rumah lama' Jeonghan?

Masuk akal ke?

"Aku tak suka guna cara ni. Tapi ini apa yang aku mampu buat untuk kembalikan semuanya kepada keadaan asal. Maafkan aku."

Junghan berjalan lebih pantas dan memotong Rahui. Perempuan yang masih tidak dapat diteka identitinya di palingkan untuk menghadap ke arahnya. Mata hazel milik Junghan terus memanah tepat ke dalam mata perempuan itu.

Fokus ditetapkan pada mata. Kunci mata selesai. Teroka fikiran. Lebih dalam pandangan, lebih bagus tahap hipnosis. Dan.. Seperti biasa,

Jam dikeluarkan.

"Kau akan ikut apa sahaja arahan aku sampailah aku petik jari kali ke dua, kau lupakan hipnosis ni."

Junghan memetik jari buat kali pertama dan kelihatan seperti perempuan itu tenggelam di dalam hipnosis yang dicipta Junghan.

"Sekarang, kau buka pintu ni."

Perempuan itu melakukan apa sahaja seperti yang diarahkan oleh Junghan. Kini, mereka berada di dalam rumah perempuan itu. Ya, sememangnya perempuan itu. Siapa tahu dia Rahui atau bukan? Kadang-kadang, kita tak perlu percaya seratus peratus apa yang kita lihat.

"Sekarang, duduk- ... Yah! Appeo! Appeo!"

Tangan Junghan dikunci. Headlock dilakukan tanpa sebarang kata. Itulah, kadang-kadang, kita tak boleh percaya apa yang mata kita lihat seratus peratus. Macam Junghan. Siapa kata itu Rahui?

"Kau siapa?! Apa yang kau nak?!"

Suaranya perlahan tetapi semestinya dapat didengari oleh Junghan. Memberi amaran tentunya. Pengajaran buat Junghan : bukan semua orang itu boleh dihipnosis dan bukan semua yang kita lihat itu sesuatu yang benar.

"A- Aku Junghan! Yoon Junghan!"

"Junghan? Apa yang kau nak dengan aku? Aku tak pernah buat masalah dengan kau. Seingat aku la."

Perempuan itu menggaru kepalanya. Ya, masih lagi sempat. Terlebih masa. Hahaha. Dia sendiri sudah dapat mengagak ada yang mengekorinya. Dia lebih pakar mengenai hal itu.

Kejap. Apa?

"Apa nama kau?"

"Eh? Aku? Lexi. Apa kau nak dengan aku?"

"Lexi?! Tak.. Ni tak mungkin."

Junghan terus menolak tubuh perempuan bernama Lexi itu. Junghan duduk bersila. Wajah perempuan itu ditatap dalam.

"Ani... Bukan.. Kau?"

"Aku apa? Kau masuk rumah aku macam penjenayah, kau nak apa dengan aku? Salah target ke apa?"

"Eoh.."

"Eh?! Kau cari siapa?"

"Rahui. Im Rahui."

Lexi terus terdiam. Dia turut beralih ke posisi duduk. Wajahnya terus tegang. Junghan di pandang dari atas ke bawah. Junghan tahu Lexi hanya bermain dengannya tadi. Tapi pandangan Lexi sudah berubah.

"Kau nak apa dengan dia?"

Pistol dikeluarkan dari lengan baju. Lexi menghalakan pistol tepat ke arah Junghan. Riak muka yang tidak berubah sedikit pun. Masih lagi tegang dan dingin.

"Aku perlu hentikan semua ni."

"Apa yang kau maksudkan dengan semua ni?"

"Kegilaan siratan takdir ni."

Lexi masih tidak menurunkan tangannya. Kekal pada posisi yang sama. Mata Lexi mencerlung tajam. Sudah bertahun dia tidak mendengar orang mencari Rahui.

"Aku bagi dua pilihan. Cakap kenapa kau nak jumpa dengan dia atau aku tarik picu pistol ni."

Junghan mendekatkan tubuhnya dengan Lexi. Pistol yang berada di tangan Lexi di letakkan benar-benar di kepalanya. Junghan senyum sebelah.

"Kau boleh bunuh aku kalau kau nak. Tapi, bukan tubuh ni. Aku nak jumpa Rahui. Kau personaliti dia kan?"

Genggaman pada 'pistol' dilepaskan. Jatuh 'pistol' yang berada di tangannya. Ya, kenyataan yang sangat mengejutkan. Macam mana dia boleh tahu dengan perjumpaan kali pertama?

"Kau tak boleh perbodohkan orang yang ada ilmu hipnosis, Lexi. Kau nak ugut aku dengan pemetik api? Kau ingat aku apa? Kejutkan Rahui. Aku nak jumpa dia."

Ya. Itu hanyalah pemetik api. Bukannya pistol. Sekali lagi, jangan percaya apa yang dilihat oleh mata. Tak semua benda tu benar dan tak semua perkara yang tipu itu tipu.

Junghan mendekatkan wajahnya pada wajah Lexi. Anak mata Lexi di tenung sedalamnya. Hidung mereka hampir sahaja bergeser sesama sendiri. Lexi menarik wajahnya ke belakang tetapi Junghan lebih pantas.

Kot Lexi ditarik semula dan kali ini hidung mereka bergeser. Jantung Lexi berdegup tidak sekata. Ah, jangan nak buat cerita sinetron dekat sini. Macam biasa, cinta pandang pertama. Heh.

"Aku tau kau mula jatuh cinta dengan aku, kan? Haha. Aku akan keluar temu janji dengan kau jadi kau jangan risau. Cepat panggil Rahui. Aku tak cukup masa."

PAP!

Lexi macam kena tampar dekat muka. Macam mana lelaki ni boleh tahu? Dia ni bela saka ke apa? Yang penting, dia tak boleh buat benda tu. Dia tak boleh kejutkan Rahui.

"Tak boleh."

"Apa yang tak boleh?"

"Dah lebih dua tahun Rahui tak bangun. Melainkan.."

"Melainkan?"

--

Lexi

"Kau percayakan cakap aku."

Junghan hanya menarik nafas sedalam yang dia boleh. Dia betul-betul nak bunuh si Lexi ni. Kalau tak sebab Rahui hidup dalam badan dia, tak adanya dia nak ikut cakap Lexi.

Kalau takdir mengizinkan, pada tempat yang sama, pada waktu yang sama, mereka akan berjumpa lagi untuk kesekian kalinya. Andai takdir kata ya, mereka dapat betulkan siratan takdir kali ini.

"Hentikan semua ni kalau kau nak dia hidup."

Pisau berada di leher seseorang.  Perempuan yang sangat Yohyeon kenali dan begitu juga dengan Junghan. Mereka kenal perempuan itu dan tahanan tu.

"Lexi! Letakkan pisau tu!"

Seungcheol tersedar daripada lamunanya. Junghan cuba untuk kekal dengan reaksi itu. Macam mana si Seungcheol boleh tahu perempuan ni Lexi?

"Rahui! Jangan!"

Tumpuan mereka bertiga terarah pada Yohyeon. Ya, Yohyeon juga memikirkan perkara yang sama seperti mana Junghan fikirkan. Dengan panggilan yang sama.

Rahui.

"Woi! Apa buat drama tengah jalan?! Nak mati ke apa?!"

Dengan jeritan itu, mereka baru tersedar mereka sedang membuat shooting drama tengah jalan dan terus malu menyerbu muka mereka semua. Okay, ni memang memalukan.

"Lexi, Seungcheol dan.. Kau yang aku tak kenal kau siapa, baik kita berbincang dekat tempat yang lebih.. Elok. Tak ada orang lagi baik!"

Terus Junghan berdiri tegak. Lexi terus menyimpan pemetik apinya. Seungcheol masih dalam kejutan. Yohyeon tidak lepas daripada memandang wajah Rahui.

Itu Rahui bukan?

Junghan menjadi ketua. Sungguh dia sendiri tak faham dengan situasi yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Adakah takdir mempermainkan lagi?

Buat kesekian kali?
--

"Dan.. Semua persoalan akan berakhir tak lama lagi."

Eomma mengumam di dalam tidurnya.

-----
[Author]

6 chapt more!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro