-12-
Yoon Rahui
"Tak sedar diri."
Rahui mendecit. Ya, itu Rahui yang sebenar. Tolonglah, malaikat? Baik? Itu yang didefinisikan bagi personaliti bernama Rahui?
Haha. Bohong.
Ya, Junghan memang benar. Dia yang merupakan pengkhianat. Rahui matikan Wonhan dan tadi, seorang lagi terhapus. Junhui pun dah hilang,
seratus peratus.
"Sekarang aku hanya bergantung harap pada kau Junhee. Manipulasi minda Jeongsoo. Dia mula ragu dengan aku."
Rahui berjeda tetapi ayatnya tidak habis di situ.
"Untuk eomma, dia tak ada fungsi. Aku harap kau faham kalau aku hapuskan dia. Junghan memang kuat. Tambah-tambah dia makin kuat sejak Wonhan mati."
"Tapi unnie... Eomma.. Tak boleh ke biarkan eomma hidup?"
Rahui memandang Junhee tajam.
"Orang yang tak berguna tak diperlukan dalam dunia personaliti ni. Kau kena faham. Hidup dalam ni bawah tabir dan kuasa aku. Melainkan kau nak bertukar jadi debu macam kembar kau, silakan."
Junhee terdiam.
"Junhee faham."
Junhee mula melangkah untuk beredar.
"Hei."
"Ya?"
"Nah. Ini apa yang aku cakapkan haritu. Kau tak perlu cari sebab memang selama ni benda ni ada pada aku. Buat tugasan kau betul-betul."
Junhee mengangguk. Rahui mula tersenyum jahat. Rahui mula menghilangkan diri kembali ke 'kotak hitam' yang kononnya tempat dia diperangkap.
Lakonan semata.
Rahui berehat di 'kotak hitam'. Malah bersuka-ria melihat Jeonghan mula jadi 'gila' di sebabkan dia dan sehingga sanggup pilih untuk kekal di dalam 'sangkar' demi menagih cinta Rahui.
Ah, dia peduli apa.
Rahui kembali ke kediamannya selepas melihat Junhee kembali ke pusat kawalan utama. Rahui tersenyum.
"Bodoh. Kau sanggup kekal hidup dan biarkan kembar kau mati. Pentingkan diri sendiri."
Rahui kembali duduk di atas sofa empuk bersama dengan skrin paparan yang sama seperti cctv. Dia melihat pergerakan mereka semua. Termasuk Junghan.
"Kau nak jumpa Im Rahui? Kau takkan mampu Junghan selagi aku masih wujud."
Yoon Rahui kembali.
Apabila Monster dan imaginary friend jumpa sesama sendiri.
"Promises? Pretty cool huh? Kau yang ambil alih tubuh Jeonghan? Kau patut rasa apa dia rasa."
Dan.. Senyuman nakal terukir pada bibir mugil itu.
Rahui mula merancang segala rancangan hitam yang bakal menghancurkan hidup mereka semua kecuali dia dan Jeonghan.
Benarkah Rahui sayangkan Jeonghan seperti mana Jeonghan sayangkan Rahui? Persoalan itu hanya akan terjawab di bibir Rahui sendiri. Persoalan yang berjawapan sulit.
"Eodi bujaa.. Mana Jeonghan.."
Paparan menunjukkan sesusuk tubuk yang terbaring. Tenang. Bersama dengan mawar hitam dan putih yang memekar.
Duri membaluti tubuh Jeonghan bersama dengan kelopak-kelopak mawar yang sudah kering. Makin lama mawar makin kering.
Dan itu menandakan Jeonghan takkan mampu bertahan lama.
Jeonghan mengenakan baju yang berwarna hitam pekat. Terdapat beberapa calit darah pada bajunya. Entah, itu lagi satu misteri yang tidak dapat dibongkar.
Mengapa baju Jeonghan mempunyai calitan darah?
Wajah pucat yang tidur dengan sangat lena. Sayang lena yang tanpa senyuman dan sering berpeluh. Ya, Rahui memang bijak.
Rahui kenakan hypnosis pada Jeonghan juga.
"Jeonghan takkan mampu bangun dan selama dia tidur, Junghan yang akan perintah tubuh ni dan selagi dia yang hidup, dia akan sengsara."
--
Yoon Junghan
"Rumah lama Jeonghan. Bangunan tu. Bilik tu."
Junghan senyap.
"Kau okay?"
Junghan tidak membalas. Mukanya masam. Matanya berkelip seakan menahan sakit. Berkerut wajahnnya.
"Junghan?"
Junghan masih senyap.
"Kau tunggu dekat sini. Kejap lagi aku datang. Tolong jangan pergi mana-mana."
Junghan pantas bangun dan berlari. Jauh dari Seungcheol. Kedua-dua tapak tangannya menutup telinganya.
Benda tu dah kembali.
Junghan makin sesak dadanya dan dia terduduk di belakang deretan kedai. Kawasan yang sememangnya sunyi. Hanya dia dan minda yang gila.
"Junghan..."
Suara itu memanggil Junghan.
"Kau takkan mampu hidup Junghan. Kau yang musnahkan hidup Jeonghan. Kau patut mati."
"Diam! Aku tahu ni semua kerja kau Rahui! Hentikan semua ni sebelum aku bunuh kau!"
Kedengaran hilaian tawa di minda Junghan.
"Apa? Bunuh? Hahaha. Kau siapa? Layakkah kau untuk bunuh aku?"
"Aku lebih layak dari kau."
"Mati, Junghan!"
"Diam!"
"Masa macam ni sepatutnya kau berjalan naik bangunan. Bunuh diri. Terjun. Tak pun dilanggar keretapi."
"Rahui, jangan cabar kesabaran aku."
"Atau kau nak aku bunuh Wonhan lagi? Wonhan-ah, bye-bye."
Dan seperti bunyi darah terpercik ke seluruh tempat. Dengan jelas dia dapat dengar rengekan Wonhan terhenti.
Rahui dah salah orang untuk berjenaka bodoh. Lagi-lagi mengenai Wonhan. Junghan teramat sangat sensitif mengenai Wonhan. Dia mampu bertukar menjadi beast dalam sekelip mata.
"Kau nak aku guna water drop baru kau nak berhenti ke?"
Suara pengacau seakan senyap.
"Kau nak aku muncul depan kau baru kau nak senyap ke?"
Mindanya terasa kosong.
"Apa? Takut? Kau takut mati? Nak aku lempang kau, baru kau nak diam ke? Tolonglah, Rahui. Kita berdua tahu aku jauh lebih berkuasa dari kau.
Apa?
Hypnosis?
Gyuhan pun tahu guna hypnosis. Kau jangan ingat dengan ilmu hypnosis bodoh ni, kau dapat apa yang kau nak!
Kau dah salah guna kuasa! Dan aku akan tuntut hak aku. Aku akan bunuh semua orang. Termasuk kau yang memang dah lama teringin nak rasa apa itu mati.
Kau tunggu."
Junghan menutup kedua kelopak matanya. Nafas ditarik beberapa kali. Badannya diangkat ke atas. Dinding yang disandar ditumbuk beberapa kali.
"Orang macam kau! Tak, devil macam kau! Memang patut mati! Sepatutnya dari dulu aku bunuh kau!"
Nafas Junghan turun naik.
"Kau pengkhianat yang bertopengkan syaitan memang patut blah dari hidup Jeonghan! Disebabkan syaitan macam kau! Kembar aku yang langsung tak berdosa! Kau bunuh dia.
Depan mata aku.
Dan aku nak kau tahu. Aku sanggup buat apa-apa sahaja. Untuk tengok figura pinjam kau tidak bergerak. Sama macam apa yang kau buat pada Wonhan.
Sama macam mana kau bunuh dia!"
Dan kata-kata Junghan terhenti di situ. Permainan Rahui sememangnya hebat. Dia lebih gila daripada yang dijangka. Susuk tubuh kekar seakan muncul di hadapan mata Junghan.
Satu susuk tubuh yang sangat dia rindu. Rahui memang hebat dalam mencari titik kelemahan orang. Tambah-tambah dia. Junghan kalah dalam permainan kali ini.
"Junghan.."
Susuk tubuh itu berdiri dalam 3 meter jauh daripada Junghan.
"Wonhan.."
Junghan bergerak ke hadapan. Mendekat kearah tubuh itu.
"Junghan.. Ss- sakit. Tolong aku Junghan. Junghan.. Jung- .. Han- .."
Dan memori seakan berputar hebat. Darah mengalir laju. Wonhan terbaring lemah. Muka pucat Wonhan memberikan senyuman yang terkahir.
"Wonhan! Bangun! Jangan macam ni Wonhan.. Aku-.. Aku ada dekat sini. Kau tak boleh buat aku macam ni Wonhan. Wonhan! Wonhan! Bangunlah!"
Pekikan Junghan menjadikan mimpi bertukar kepada realiti.
Wonhan tiada di situ.
Hanya memeluk angin bayu yang sejuk. Berteleku di atas jalan yang sunyi. Permainan minda yang sangat hebat.
"Argh! Rahui! Aku akan bunuh kau dan itu apa yang aku janji!"
Junghan menumbuk jalan kuat. Sungguh terasa dipermainkan dengan memori yang cukup hitam. Junghan entah mengapa, pecah empangan air matanya.
Satu demi satu juraian air mata mengalir apabila kembali mngenangkan peristiwa hilangnya darah dagingnya sendiri. Dengan pembunuhan kejam berlandaskan cinta yang keji.
"Aku tak pernah minta untuk hidup sebagai personaliti. Aku tak pernah minta untuk kusai ketiga-tiga ilmu bodoh ni. Aku tak minta langsung semua ni.
Apa yang aku nak cuma satu kehidupan tenang. Dengan kembar aku. Itu sahaja. Susah sangat ke? Dan mimpi ngeri aku terus kejam dengan aku. Bunuh Wonhan. Berkali-kali. Sedangkan aku cuma ada dia.
Kau kejam Rahui. Aku akan bunuh kau."
Satu lagi figura tubuh muncul di hadapan matanya. Menutup mulut dengan jemari runcing. Anak mata membesar. Seolah-olah sedang memandang aku dengan pandangan 'itu raksasa'. Apa? Aku memang raksasa.
"Apa kau nak?"
Pandangan kabur Junghan tidak membenarkan dia untuk melihat siapa gerangan yang memberikan pandangan jijik itu.
"Di sini bukan tempat kau Junghan. Kau.. Kau.. raksasa. Aku dengar kata-kata kau. Kau akan bunuh semua orang dan itu mungkin termasuk dengan aku dan Rahui."
Junghan memberikan senyuman sebelah.
Semasa Junghan memberikan arahan, Seungcheol dengan kedegilan tahap dewa tetap mengikuti Junghan dan ya, dia nampak kesemuanya. Dia dengar kesemuanya dan pada pandangan dia, Junghan tak ubah seperti raksasa.
"Kau siapa untuk beri arahan?"
Seakan hujan ais turun dari langit. Darah Seungcheol membeku secara tiba-tiba.
"Kau siapa untuk tentukan aku siapa?"
Seungcheol terdiam.
"Kau siapa untuk tentukan aku layak ataupun tidak untuk hidup dalam tubuh ni? Kau bukan sesiapa Seungcheol. Hadam ayat aku. Kau bukan sesiapa. Dan mulai saat ni, kau tak perlu sibuk lagi tentang aku. Sebab? Kau bukan sesiapa dan kau tak perlu jadi sesiapa.
Aku tak perlukan kau."
Seungcheol senyum nipis.
"Aku ingat kita kawan."
Junghan ketawa besar. Mata Seungcheol dipanah terus.
"Kawan? Kau yang suruh aku berambus. Kau yang kata aku raksasa. Kau masih rasa kau kawan aku? Aku memang fikir kau kawan aku selama ni. Tapi aku salah. Kau cuma fikir tentang diri sendiri. Kau bukan kawan aku."
Muka Seungcheol kelat.
"Kau yang ego! Aku nakkan Jeonghan! Bukkannya kau mahupun semua personaliti yang aku tak pernah tahu wujud! Kau yang ego sekarang ni! Kenapa kau perlu musnahkan kebahagiaan Jeonghan sedangkan kau tahu dia cintakan Rahui?
Cakap pada aku siapa yang ego?"
Junghan bangun. Dada Seungcheol ditolak. Berkali-kali.
"Kalau aku ego! Kalau aku ni memang pengkhianat yang nakkan tubuh lesu ni! Aku takkan rancang untuk hilangkan diri! Aku tak pernah ego!
Kau tahu apa?
Aku yang terperangkap bertahun-tahun! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri Rahui bunuh Wonhan! Kau tahu apa?! Cakap pada aku. Kau kenal siapa Wonhan?
Kenal?
Aku lahir sama dengan dengan dia dan aku cuma ada dia! Dan Rahui! Dia biarkan figura Wonhan yang lemah jatuh tersungkur! Dengan darah membuak, hanya aku dan dia!
Kau tahu Rahui buat apa? Dia biarkan mayat figura Wonhan mereput dengan aku! Berbelas tahun aku tinggal dalam penjara yang dia cipta! Aku cuma berharap satu hari Wonhan akan kembali.
Dan dia tak pernah kembali.
Kalau aku ni ego, aku akan biar Jeonghan hancurkan masa depan dia dengan hidup bercinta dengan figura tak berguna macam Rahui. Aku masih lagi raksasa?
Cerita pada aku. Apa yang kau tahu?
Apa ego yang aku ada untuk dipertahankan?
Aku ni ego ke?"
Seungcheol tergamam. Mulutnya seakan terkunci untuk berkata-kata. Entah. Baginya Junghan masih lagi ego. Untuk terus hidup dengan tuan badan yang mati sangat ego baginya.
"Kau tak sedar sebenarnya kau yang ego. Kau nakkan Jeonghan dan kau salahkan aku tentang segalanya. Maaf sebab salah menghitung kau. Kau tak seperti apa yang aku sangka."
Mereka berdua sama-sama senyap.
"Aku akan cari Im rahui sendiri. Mulai saat ni, kau bukan lagi doktor Jeonghan mahupun aku. Maaf atas semua kekacauan yang kau terpaksa lalui. Aku harap kita tak berjumpa lagi."
Junghan terus berjalan pergi.
Satu lagi manusia berjalan keluar dari kehidupan Jeonghan.
Seungcheol, pergi.
-----
[Author]
8 chapt to go!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro