Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-10-

Jeonghan

"Jeonghan?"

Seungcheol menepuk perlahan pipi Jeonghan apabila terlibat tubuh yang kaku itu kembali bergerak. Aku melihat sekeliling.

"Lagi?"

Seungcheol memandang aku pelik. Mungkin pelik akan gelagat aku yang agak berbeza dari sangkaannya. Jujur, aku tak mahu balik. Aku mahu terus tinggal di sana. Tapi kenapa semuanya hanya tipu belaka? Kejam betul.

"Kau Jeonghankan? Bangun.."

Seungcheol membantu aku untuk bangun. Aku melihat sekeliling. Agak ramai berkumpul sekeliling aku. Apa mereka mahukan?

"Kenapa ramai sangat ni?"

Soalan aku membuatkan Seungcheol menggaru belakang lehernya. Seungcheol menerangkan segalanya. Dia jatuh dan.. Pengsan. Dengan personaliti lain di dalam tubuhnya.

Mereka mula bergerak pergi. Sempat lagi Jeonghan menunduk dan mengambil sesuatu yang agak besar. Mujur Seungcheol tidak perasan.

"Seungcheol.."

Seungcheol yang tiba-tiba sahaja dingin mengalihkan wajahnya untuk menghadap Jeonghan.

"Eoh?"

"Mian.."

Batu dihantukkan dengan kuat pada kepala Seungcheol. Seungcheol jatuh tersembam. Matanya cukup berpinar untuk menghalang dia dari melihat arah Jeonghan pergi.

"Yoon..

Jeonghan.."

Jeonghan berlari sepuas hati. Dia sudah tahu apa yang dia inginkan. Dia sudah tahu. Dia bakal dapatkan kebahagiaan. Dia pasti. Mujur dia bekerja sebagai pemandu lori.

Kepintaran dalam cekap mengenal jalan digunakan. Stesen keretapi yang terdekat dituju. Jeonghan berlari sepantas mungkin. Hanya dengan satu matlamat di dalam kelapa otaknya.

Tanpa dia sedar, juraian air mata jatuh membasahi pipi. Jeongahan hanya mampu ketawa perlahan. Dia.. Benci. Dia benci dengan segalanya. Dengan diri sendiri yang bertuankan perwatakan yang dia sendiri tidak tahu mereka wujud.

Hidup tanpa rasa. Masa silam yang hitam. Ah.. Semuanya membunuh. Mereka kejam. Tak.. Badannya sendiri kejam dengan mindanya. Semuanya kejam. Paling kejam.. Kenapa dia perlu bangun?

Aliran air mata yang menitik mengalir lebih deras. Angin laju yang menghentam mukanya membuatkan dia rasa lebih teruk. Seakan tohmahan kepada segala salah laku yang dia sendiri tidak tahu, dia pernah lakukan.

Pantas segala beban yang di pikul selama ini, segala makian, cacian dan hinaan melekat pada kepalanya. Sekali lagi, mereka bagaikan ulang tayang. Ulang tayang demi ulang tayang sudah lama membunuhnya.

Sejak dahulu. Tetapi ulang tayang tidak pernah kenal erti berhenti. Tiada perhentian. Mereka tidak benarkan dia untuk bernafas. Walaupun buat seketika. Ya, mereka kejam. Kelakar bagi mereka dia yang kejam. Mengenangkan kini dia juga seorang pembunuh. Dia patut mati dan ini apa yang dia akan lakukan.

Mati.

Jeonghan tiba betul-betul di hadapan stesen keretapi. Tangannya merayap pada bahagian belakang seluarnya. Dia mencari-cari aset paling berharga buatnya. Wang? Mungkin. Sayang dia miskin.

"Dompet ada."

Nafasnya disekatakan. Dengan tenang dia berjalan masuk ke stesen keretapi. Laluan menuju ke perhentian yang dirasa berdekatan di lalui. Dompetnya diletakkan pada sensor. Pintu terbuka.

Dia berjalan dengan tenang. Buat seumur hidupnya, itulah kali pertama dia berjalan dengan dadanya ke hadapan dan belakang yang tegak. Tenang? Sudah lama dia lupa erti ketenangan. Bukan tenang. Tanpa perasaan? Itu lebih tepat.

Apa yang ada di mindanya, dia mahu pergi. Lenyap buat selamanya. Dia mahu hilangkan diri dan hidup bersama Rahui. Sekurang-kurangnya dengan sedikit keberanian.

Hanya itu permintaan terakhirnya.

Kawasan menunggu yang agak lengang membantunya untuk melakukan apa yang dihajatinya dengan lebih mudah. Trek keretapi yang hanya berjarak 10 meter darinya didekati. Dia yakin, ini yang terbaik. Ini yang terbaik.

"Selangkah.."

Jeonghan tersenyum.

"Aku harap aku dapat tinggalkan semua ni dengan cepat. Aku dah tak sanggup nak hidup. Kau tahu? Dunia ni jauh lebih kejam daripada apa yang aku sangka."

"Dua. Tolong aku boleh? Jangan letakkan kesalahan atas aku. Bukan salah aku. Bukan aku yang bunuh mereka. Mereka yang bunuh aku. Sayang, mereka yang mati dan aku yang terus hidup."

"Tiga. Aku bukan hipokrit. Aku cuma hidup sebagai aku. Kau tahu apa itu perasaan dilebel hipokrit? Aku tahu sememangnya dunia kejam. Tapi.. Dengan panggilan hipokrit? Aku dah tak kenal erti senyum."

"Empat. Jangan benci aku hanya disebabkan ada makhluk lain yang hidup dalam tubuh aku. Aku adalah mereka. Mereka adalah aku. Mereka yang lindungi aku. Kau? Hanya tahu menuduh. Telunjuk lurus yang menggantikan pisau."

"Lima. Kau patut sedar semuanya salah kau. Tiada siapa yang ada dengan aku. Aku tempuh semuanya sendiri. Kau bunuh aku. Hari demi hari, aku mati dan terus mati. Kau bunuh mayat dan kesakitan tu terus membunuh aku."

"Enam. Kau penipu. Aku penat. Kau janji kau akan sentiasa ada dengan aku. Tapi kau tinggalkan aku. Puas? Puas bohong aku? Janji palsu. Itu kau dan aku yang bodoh terus percayakan janji yang aku tahu takkan pernah dipegang."

"Tujuh. Aku benci penipu. Penipu patut mati. Tapi.. Kau lain. Kata-kata bohong kau terlalu indah. Seakan satu bandar yang penuh ketenangan yang aku dah lama lupa. Aku nak terus bersama dengan pembohong macam kau. Dengan kau."

"Lapan. Kalau kau tinggalkan aku. Lorong yang gelap, aku seorang diri dan kau pergi dengan senyuman. Aku yang berlinangan air mata. Tak apa. Kau jangan risau. Aku yang akan kejar kau. Aku yang akan pergi kepada kau."

"Sembilan. Aku minta maaf. Atas segalanya. Aku tahu aku tak sempurna dan takkan pernah sempurna."

"Sepuluh. Aku akan bahagia. Kan? Tunggu aku."

Kaki Jeonghan berada betul-betul melepasi garisan kuning dan hanya dengan selangkah, dia akan jatuh di landasan keretapi.

"Aku pergi dulu. Kkanda."

Jeonghan melangkah dan sebuah keretapi merempuhnya dengan kuat. Satu dentuman yang mengejutkan semua orang yang berada di stesen tersebut.

Semua yang berada di stesen itu menumpukan perhatian terhadap perlanggaran yang baru sahaja berlaku. Keretapi di brek secara mengejut membuatkan hampir-hampir sahaja penumpang terhumban dari tempat duduk.

Suasana kacau bilau. Pemandu keretapi segera keluar daripada keretapi. Ya, memang bahaya tetapi nyawa manusia berada di dalam bahaya. Mereka semua mencari punca itu.

Tapi..

Mana Jeonghan?

Secara ghaib tubuhnya lesap. Bagaikan merempuh angin yang seberat 3 guni beras. Semua orang keliru. Apa yang mereka langgar? Mustahil bukan manusia.

Dan ketika itu.. masa seakan terhenti.

--

"Apa benda ni?"

Satu zon yang penuh dengan nombor. Seperti berada di dunia masa. Tubuhnya melayang dengan pantas walaupun diawangan. Satu angka besar terpapar di hadapannya.

Angka 8.

8

"8?"

Badannya jatuh di tanah. Seakan batu jatuh dari langit, begitulah dia jatuh. Dia dapat melihat Seungcheol. Sejak bila Seungcheol berada dekat dengannya?

Gerombolan manusia yang sama. Tempat yang sama ketika Junhui dan dia bertukar posisi kembali pada asal. Tapi.. Dia sudah berada di situ 20 minit yang lalu.

"Jeonghan? Kau Jeonghan.. Kan?"

Ya. Ayat yang sama.

Jeonghan melihat pada pergelangan tangannya. Terbentuk angka 8 pada tangannya. Sama seperti angka yang dilihatnya di dalam satu zon berbeza tadi. Otaknya ligat berfikir buat seketika.

Bukanlah mimpi. Jika dia bermimpi, pasti akan ada Rahui. Malah Yohyeon juga tidak memunculkan diri.

Dia tersentak.

"Time leaping?"

"Hah?"

Seungcheol menaikkan keningnya. Time leaping? Lama dia tidak mendengar dua perkataan itu. Di mana seseorang dapat mengembara merentasi masa.

"Kau time leaping?"

"Ah? Kau mengarut apa?"

Jeonghan mencari-cari objek keras. Dia bangun dengan berhati-hari. Risau Seungcheol dapat mengesan apa yang akan lakukan.

"Cheol.."

"Eoh?"

"Jinjja mianhae!"

Sekali lagi, hempukan di berikan tepat pada kepala Seungcheol. Darah mengalir. Sekali lagi mata Seungcheol berpinar. Seungcheol jatuh terlentang.

"Jeonghan..."

Jeonghan tahu dia mengembara merentasi zon masa. Jeonghan pantas berlari ke tengah jalan. Tidak semena tubuh Jeonghan dirempuh oleh sebuah kereta Audi. Sekali lagi tubuhnya melayang. Kali ini dia dapat rasakan kesakitan. Dia dapat rasakan darah menyelaputi tubuhnya.

Tidak.

Tak mungkin.

Time leaping itu tak wujud. Dia hanya bermimpi bukan? Tolonglah katakan time leaping itu palsu. Sekali lagi dia merentasi zon masa. Sekali lagi dan sekali dan sekali lagi. Semuanya bagaikan berulang.

Jeonghan terus cuba dan cuba. Sehingga kali yang ke tujuh, satu jasad tiada muka menjelmakan diri. Paling menyeramkan dan sesiapa sahaja tidak pernah tahu akan kewujudan raksasa yang sebenar.

Dan sekali lagi.. masa seakan terhenti.

"Tidur, Jeonghan. Kau tak perlukan lagi tubuh tu." Jasad itu terhinjut ketawa.

"Kau..?"

"Tak perlu tahu aku siapa. Yang pasti, kau mahukan tidur yang panjang betul? Aku akan berikan kau sebuah percutian panjang."

"Eoh."

"Untuk sebuah percuti? Yaksok?" Salam dihulurkan.

"Percutian selamanya. Yaksok." Jeonghan menyambut salam.

"Jalhaetda." Jasad itu tersenyum.

Dan kini, raksasa yang sebenar muncul. Bukan Gyuhan, Jeongsoo, Junhee, Junhui, ataupun Ssamdeungi eomonim. Siapa agaknya? Ketara bukan juga Yoon Jeonghan.

Kau tahu apa itu raksasa?

Dia.

Dia raksasa.

--

"Apa dah jadi ni ?!"

Gyuhan memberhentikan kenderaan. Dunia YJ bergoncang kuat. Seakan satu gempa bumi melanda mereka. Junhui kembali bersama Junhee selepas sahaja dia bertukar tempat dengan Jeonghan.

Omma masih lagi tidur nyenyak. Jeongsoo turut resah. Bandar YJ seakan terhapus sedikit demi sedikit. Mereka dapat lihat personaliti-personaliti lain lari bertempiaran. Ini tidak pernah berlaku di bandar YJ.

Mereka semua pantas keluar daripada kereta. Hanya meninggalkan omma yang masih dibaluti tidur yang nyenyak. Personaliti demi personaliti terhapus. Seakan satu roh terbang dan lenyap tanpa kesan.

Junhui mengecilkan matanya. Satu bayang hitam besar sedang memusnahkan bandar YJ dan bayang itu semakin menghampiri mereka. Bandar YJ lenyap sedikit demi sedikit. Hampir boleh dikatakan bandar YJ tidak lagi wujud.

Bayang hitam itu berhenti betul-betul dihadapan mereka. Ya, besar, hitam malah menakutkan. Jeonghan dimuntahkan daripada perut bayang tersebut. Mereka menangkap tubuh Jeonghan yang sudah kaku sepenuhnya. Mereka cuba menyedarkan Jeonghan.

Bayang tersebut tersengih. Ada maksud disebalik rupanya yang tidak tetap. Adakah persoalan ini bakal terjawab? Ini bermaksud bayang itu masih belum mempunyai fizikal yang sebenar. Masih belum konkrit fizikalnya.

Perlahan bayang itu bertukar rupa dan tubuh lengkap bayang tersebut membuatkan semua orang hilang akal buat seketika.

"Michingetda jinjja."

Gyuhan masih belum mampu menutup mulutnya. Berapa banyak kembar Jeonghan ada? Satu lagi kembar seiras Jeonghan. Tetapi hanya satu sahaja kelainan jasad itu.

Mata dan senyuman.

Matanya yang berwarna hazel dan satu senyuman yang sukar untuk digambarkan. Pernah lihat senyuman sebelah? Hanya sebelah mulut sahaja tersenyum dan senyuman itu benar-benar satu senyuman maut.

"Apa nama kau?"

Junhee memberanikan diri untuk bertanyakan soalan yang mungkin boleh melenyapkan diri dia sendiri. Jeongsoo mengambil tempat. Membiarkan Junhui dan Gyuhan menyedarkan Jeonghan yang benar-benar tidur. Tidurnya berbeza.

Seakan tubuh yang mati.

"Nama aku? Junghan. Yoon Junghan." Personaliti bernama Junghan tersenyum. Sekali lagi, senyum sebelah.

"Macam mana kau terbina? Aku tak pernah tahu kau wujud."

Jeongsoo melihat Junghan dari atas ke bawah. Sungguh tiada perbezaan langsung. Cara pemakaian? Sama seperti Jeonghan. Cara berjalan dan segalanya. Hanya warna mata dan senyuman dapat membezakan mereka.

"Aku wujud. Lama dah. Tak tahu sama ada kau orang ni bodoh atau apa, kenapa tak pernah perasan aku? Tanya Rahui aku siapa. Terlampau banyak Rahsia yang dia simpan. Hanya 1 per 3 dia luahkan.

Sesi Jeonghan mengembara? Kau buat lawak? Pintu bertuah? Pintu malang? Masih banyak kau belum tahu tentang Jeonghan. Mungkin kenyataan ni perit, aku tahu segalanya. Aku tahu tentang Jeonghan lebih daripada Rahui."

Jeongsoo dan Gyuhan memberikan pandangan tidak percaya. Masuk akal? Mereka sendiri terbina daripada rakan imaginasi. Malah tidak pernah wujud langsung figura raksasa Junghan di dalam mana-mana pintu memori. Masuk akal ke?

"Aku tahu korang semua tak percayakan aku. Tapi.. Percaya atau tidak, hanya aku yang dapat kembalikan jasad Rahui. Pergi dulu. Oh ya! Kembali ke pusat kawalan utama. Kau semua teliti pintu 3 betul-betul. Kkanda!"

Junghan lesap.

"Siapa Junghan,hyung?"

Junhui bertanya. Buat masa sekarang, tiada siapa mampu untuk menerangkan asal usul Junghan yang misteri. Satu-satunya personaliti yang jauh berbeza daripada mereka.

"Hyung pun tak tahu dia siapa. Yang penting, kita kena balik cepat. Kita perlu selidik semula apa yang jadi dekat pintu 3."

Jeongsoo menggunakan kuasa veto. Masing-masing segera menaiki kereta. Jeonghan masih tidak sedarkan diri. Yang lain agak risau dan masih cuba memahamkan situasi.

Kereta dipandu laju. Sesampai sahaja mereka ke pusat kawalan utama, Gyuhan dan Jeongsoo terus menguruskan apa yang patut. Junhui, Junhee, Jeonghan dan Omma diarahkan duduk di kerusi. Mereka perlu melihat semula tayangan memori.

"Mana pintu 3 ..... Jumpa!"

Alat kawalan utama ditekan. Skrin memaparkan kembali memori di dalam pintu 3. Jeonghan lemas dan selamat. Tiada apa yang pelik. Semuanya kelihatan normal.

Junhee bertukar serius. Raut wajah main-main hilang serta merta. Dia berfikir sejenak. Dia merupakan genius di antara mereka semua. Personaliti yang bijak menggunakan akal dan itu kepakarannya.

"Oppadeul, mainkan balik. Berhenti dekat 2406.18.33 dan mainkan sampai 2406.18.40.  Ada yang tak kena."

Gyuhan menggerakkan alat kawalan utama kebelakang secara perlahan. Mereka semua memberikan fokus yang penuh terhadap tayangan memori. Gyuhan dan Jeongsoo tidak merasakan apa-apa yang lain daripada biasa. Semua kelihatan normal bagi mereka. Tidak bagi Junhee.

"Kenapalah oppadeul tak pernah perasan benda ni." Junhee hanya mampu memicit kepalanya.

"Tak faham..? Apa yang kitaorang tak perasan?" Jeongsoo pantas bertanya.

"2406.18.38. Yoon Junghan."

"Ha? Apa maksud kamu Junhee?" Spontan soalan keluar daripada mulut Jeongsoo. Jeongsoo kembali memerhatikan tayangan memori. Diperhatikan pergerakan Jeonghan sepanjang 10 saat itu.

"Yoon Junghan hidup! Tengoklah!" Junhee membulatkan pergerakan pelik pada tubuh Jeonghan.

"Mana?" Junhui mengangkat keningnyan. Junhee menarik nafas dalam. Hendak dicekik sahaja mereka semua. Kenapa hanya dia yang perasan?

"Nampak tak? Orang yang lemas, dah habis oksigen, takkan mampu bangun selamatkan diri. Tengok tu. Kenapa pergerakan badan Jeonghan oppa pelik? Mata masih tertutup. Ya, tubuh masih Jeonghan.

Personaliti? Junghan. Junghan oppa dan pintu 3 dah wujud masa umur Jeonghan oppa 4 tahun. Sementara Gyuhan oppa dengan Jeongsoo oppa? Rahui unnie pun, korang semua muncul selepas tu. Kami pun muncul selepas korang semua.

Yoon Junghan ketua personaliti. Tak. Ada yang lebih mengejutkan daripada ini." Junhee meraut wajahnya. Junhee terduduk. Masih tidak dapat menerima kesimpulan yang dia sendiri lakukan.

"A- Apa yang lagi teruk?" Gyuhan gagap.

"Yoon Junghan. Personaliti raksasa. Monster Angel. Dia wujud." Junhee menghela nafas berat.

Mereka semua terdiam.

Gyuhan risau. Pemikiran Gyuhan mula mengasak tuannya untuk mengetahui hal yang sebenar. Dia Black Angel. Personaliti jahat. Apa sudah jadi dengan kedudukannya?

"Oppa macam mana Junhee? Oppa personaliti yang melindungi. Kejam. Kalau Junhee kata personaliti baru tu raksasa, habis, oppa ni apa?"

"Oppa?"

"Eoh.. Apa oppa ni?"

"Cumalah satu personaliti yang akan hilang dan  terpadam. Kita semua akan hilang. Junghan oppa kuat. Dia yang akan ambil alih tubuh Jeonghan oppa. Dengan kata lain, Jeonghan akan tidur dan Junghan yang akan hidup. Selagi mana Jeonghan oppa inginkan kehidupan di dunia mimpi, selagi itu Junghan akan bangun. Berita yang paling buruk antara semuanya.."

"Apa dia?" Jeongsoo sudah makin hilang akal. Dia mahukan penjelasan sebenar-benarnya.

"Yoon Jeonghan akan hilang. Yoon Junghan yang akan hidup sepenuhnya dan saat itu, dunia Yoon Jeonghan akan hilang. Yang hidup hanya dunia Yoon Junghan. Haha.. Yoon Jeonghan mati."

"Semua ni gila." Jeongsoo mengambil nafasnya. Dadanya terasa semput.

Mereka semua terduduk dan terdiam. Hampir semua daripada mereka memikirkan apa yang bakal terjadi pada diri sendiri. Mereka semua tenggelam dalam rasa kepahitan kebenaran.

Bunyi ketukan di pintu menyedarkan mereka daripada lamunan. Mereka mencari bunyi yang datangnya daripada sekeliling mereka. Tiada apa-apa yang berbeza.

Tuk tuk

Ketukan makin kuat. Jeongsoo tersedar pintu 100 bergoncang kuat. Jeongsoo menekan alat kawalan ke pintu 100. Sekejap.. Pintu 100? Setahunya hanya ada 99 pintu. Pintu baharu ke?

"Gyuhan, sejak bila kita ada pintu 100?"

Gyuhan hanya menaikkan bahunya. Pintu 100 terbuka dan suasana bertukar serta merta.

"Jeongsoo! Gyuhan!" Rahui berada di dalam skrin. Dia lega mereka akhirnya membuka pintu 100. Rahui terperangkap di sana setelah hilang daripada bandar YJ.

"Noona!" Serentak mereka berkata. Rindu yang teramat pada Rahui.

"Kita tak ada masa untuk ni. Dengar dan ikut apa yang aku cakap. Ini je jalan keluar yang kita ada. Junghan dah terlepas bukan? Ikatan pada tubuh Junghan dah longgar. Dia sepatutnya terikat dekat pintu 100 ni. Aku cuba sedaya-upaya untuk lari daripada pengawal Kotak Hitam.

Dengar betul-betul. Mula-mula, sedarkan Jeonghan. Jeonghan tak sepatutnya buat perjanjian dengan Junghan. Walaupun aku dekat sini, aku masih tahu apa yang jadi dengan tubuh ni.

Dua, antara korang, sesiapa sahaja, tolong keluar dan ambil alih tubuh ni dalam masa 48 jam. Kalau tak, korang semua hanya boleh cuba selepas seminggu daripada sekarang. Jam 1838 bersamaan 6.38 petang. Saat Junghan mula hidup.

Tiga, aku tugaskan Jeongsoo dengan Gyuhan, ciptakan rantai besi yang aku pernah ajar korang berdua dan kembar, aku minta tolong sangat-sangat, cari semula kalung dan kunci. Warna hitam. Junghan dah campak kalung tu dekat bandar YJ. Aku tak tahu dekat mana dia campak kalung tu tapi tolong cari dengan cepat.

Empat, ikat Junghan dan kuncikan dia dengan hypnosis. Hanya Jeonghan yang tahu hynopis tu. Aku dah padam hypnosis tu daripada pintu memori. Sebab tu kau Gyuhan tak tahu hypnosis tu wujud. Hanya Jeonghan yang tahu.

Lima, suruh Jeonghan bangun dan hidup! Aku kena pergi. Tolong eoh?"

Skrin menjadi gelap.

"Noona? Noona!" Jeongsoo menekan-nekan punat-punat yang berada di papan. Skrin kekal sama.

"Jom." Gyuhan sudah berdiri.

"Jom apa?" Jeongsoo masih bingung. Terlalu banyak kejutan di dalam satu hari.

"Jom buat rantai besi. Junghan perlu tidur. Jeonghan yang sepatutnya bangun." Gyuhan nekad.

Jeongsoo mencerna kata-kata Junghan. Kenapa hanya Junghan yang dapat mengembalikan Rahui?

Mereka mula menjalankan misi.

Yoon Junghan

"Hai?"

Senyuman sebelah dan mata berwarna hazel.

"Jeonghan?" Seungcheol bertanya kepada tubuh lesu itu.

"Dia dah tidur. Aku dah bangun. Hehe." Raksasa dah muncul. Siap sedia.

"Apa maksud kau?" Seungcheol bertambah bingung.

"Aku yang akan kawal tubuh ni. Hanya aku."

Senyuman sebelah diberi.

Hehe.

"Kau semua akan mati. Itu apa yang aku janji."

-----
[Author]

Sorry for late update T.T

Hope you love it!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro