Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 9 : I'm Harry Potter Descendants

Sebulan sebelumnya,

Seungwan membetulkan jas sekolahnya yang dicarik-carik oleh Mark Tuan, pembuli nombor satunya. Lelaki itu ketawa saat melihat dirinya yang kusut masai itu sedang ditolak-tolak oleh kekasihnya, Myoui Mina.

"Berani kau dekat-dekat dengan boyfriend aku? Kau ingat kau siapa?! Kau tu cuma menumpang dekat rumah aku jadi buatlah macam penumpang!" pekik Mina, bak histeria.

Rambut Seungwan ditarik lagi olehnya. Dia sudah hilang kawalan. Mark masih lagi ketawa. Dia rasa terhibur melihat adegan dihadapannya ini.

"Bukan saya yang buat. Mark yang--"

"Mark yang nak cium kau? Itu yang kau nak cakap?! Perempuan murahan! Dasar penipu! Kau patut mati sama macam mak kau dulu! Tak adalah nak menyusahkan keluarga aku untuk besarkan kau!" Mina melebihi batasnya.

Seungwan tergamam mendengar tuduhan tidak bertauliah Mina.

Pang!

Pipi Mina ditampar kuat oleh Seungwan. Bekas jarinya melekat di situ. Tanda kilat yang dia sangka sebagai tanda lahir itu bersinar buat kesekian kalinya tanpa dia sedar.

"Nak jadi bitch, aku tak kisah. Tapi kalau sampai nak sentuh pasal ibu bapa aku, kau memang melampau.." Ujar Seungwan terketar-ketar. Mina merenung tajam kearah Seungwan.

"Anak haram! Kau kurang ajar dengan orang yang selama ni beri kau duit untuk hidup?! Hah!!!"

Pang!

"Kau ingat kau siapa nak sebut aku anak haram?! Periksa salasilah keluarga kalau kau nak! Tengok siapa anak haram yang sebenar! Duit? Kau ingat duit boleh beli kebahagiaan ke? Aku membesar sebab aku nak. Tak perlu duit kau pun aku boleh hidup selagi tuhan nak aku hidup!" Pekik Seungwan.

Mina tidak dapat menerima hinaan ini lantas menyerang Seungwan. Gadis yang selama ini dianggap nerd dan lemah itu mulai melawan. Dia menampar kepala Mina dengan begitu kuat. Sekali tamparan menyebabkan gadis yang selama ini dianggap adik itu berpusing-pusing dan jatuh.

Mark segera bangun dan menghampiri kedua wanita itu. Rasanya, perlawanan itu perlu dihentikan kerana agak 18 keatas menurutnya. Terlalu ganas.

"Hoi Son Seungwan kau jangan melebih--"

Buk!

Badan Mark melayang ke dinding dengan sendirinya meskipun Seungwan tidak menyentuhnya. Jackson dan Bambam yang berada di sana mengundurkan langkah mereka saat melihat adegan itu.

"Bangun lah! Kau kata apa tadi? Aku patut mati? Sini kau bunuh aku kalau berani!" arah Seungwan. Mina menggeleng takut.

Dia mengesot ke belakang saat Seungwan menghampirinya. Seungwan bercangkung lalu menarik rambut Mina.

"Haih. Kau memang--"

Seungwan melepaskan rambut Mina lalu beredar dari stor sukan itu. Dia tak sanggup nak cederakan Mina. Lebih-lebih lagi Mina satu-satunya adik yang dia ada walaupun mereka tiada pertalian darah. Lebih-lebih lagi ibu bapa Mina tidak pernah mahu menerimanya sebagai anak saudara.

Gadis itu membuka kaca matanya dan menyimpannya di dalam poket. Dia berjalan kearah taman permainan untuk menenangkan diri. Lima tahun dia dibuli oleh Mark dan Mina namun dia tidak pernah membalas.

Mengenangkan hari dimana dia secara tiba-tiba ditegur oleh Mark itu menyakitkan hatinya. Lelaki itu berpura-pura mahu berbaik dengannya sehingga cuba untuk mencuri ciuman pertamanya. Nasib baik pada waktu itu Mina berjaya menangkap mereka. Dia rasa geram dengan Mina tapi dia berterima kasih atas kejadian itu. Kalau tidak, dia rasa nak bunuh diri kalau ciuman pertamanya dicuri oleh lelaki sesundal itu.

"Omma. Seungwan tak nak hidup dekat sini," luah Seungwan sambil merenung langit. Dia mengelap air matanya saat melihat ada sebuah objek misteri menghampirinya. UFO ke?

Vroom vroom vroom!

Matanya terbeliak saat melihat ada raksasa besar sedang menunggang motosikal diatas langit. Lebih teruk lagi ianya menuju kearahnya.

"Hai, Son Seungwan?" sapa makhluk tersebut dengan senyuman manis.

"Arghhh!!"

Pak!

Lelaki itu ditumbuk oleh Seungwan. Tambah berlengah, Seungwan melarikan diri daripada makhluk tersebut.

"Jangan lari! Pakcik fairy god-mother kamu lah!" Jerit lelaki itu.

"Gila apa ibu peri jantan?! Hodoh pulak tu! Tak nakkk!!"

Sejam! Sejam mereka berlari sebelum lelaki itu menghentikan Seungwan menggunakan sihirnya. Kini, mereka kembali di taman permainan dan sedang duduk menghadap satu sama lain.

"Pakcik, Hagrid." ujar lelaki itu. Seungwan tetap tidak mahu menoleh. Dia gementar. Dia rasa menyesal pula buat hajat untuk mati. Memang dia tak mahu hidup tapi bukan dengan cara ini.

'Sampai hati omma hantar raksasa untuk makan saya. Sekurang-kurangnya bagilah saya mati di tangan vampire. Sweet gitu,' Monolognya dalam hati. Kecewa.

"Beginilah, pakcik akan terangkan semuanya supaya kamu faham. Bermula dengan kematian ibu kamu,"

Seungwan akhirnya menoleh. Hagrid mula bercerita tentang bagaimana semuanya berlaku dari A ke Z sehinggalah mengapa Seungwan terpaksa tinggal dengan keluarga Myoui.

Ianya bermula apabila Ginevra Potter melahirkan anak ke-sepuluhnya. Mereka adalah kembar. Setelah dewasa, mereka berpisah ke seluruh dunia sehinggalah salah satu darinya menetap di Korea dan mengahwini wanita disana. Anak hasil pernikahan itu pula kekal disini sehinggalah lahirnya Seungwan.

Akan tetapi, nasib tak menyebelahi pihaknya. Kedua ibu bapanya hilang saat dia masih kecil sehingga terpaksa meninggalkannya bersama keluarga dari belah ibunya.

Gadis itu menitiskan air mata. Tak ada siapa yang tahu mereka hilang ke mana. Ada yang kata, mereka dibunuh oleh ahli sihir jahat. Tapi yang Hagrid tahu, ibu Seungwan mengorbankan dirinya supaya Seungwan selamat.

"Appa?"

"Tak dapat dikesan. Kami terpaksa hentikan pencarian dua tahun lepas," jawab Hagrid. Seungwan mengangguk faham.

"Pakcik nampak apa yang kamu buat pada muggle-muggle tu. Kamu tak boleh tinggal di sini lagi," kata Hagrid, serius.

"Habis, saya nak pergi mana?" tanya Seungwan, takut. Hagrid mengeluarkan sampul surat yang seakan-akan dari zaman 70-an kepada Seungwan.

"Hogwarts?"

Hagrid mengangguk.

"Witches seperti kamu tak sepatutnya menggunakan kuasa dihadapan muggle. Disebabkan ada empat orang saksi, ianya terlalu bahaya untuk kamu sekarang. Kami akan hilangkan ingatan mereka jadi jangan risau. Tapi, kami tak dapat halang kisah ni daripada jadi berita di dunia sana." terang Hagrid.

Seungwan mengeluh. Dia memegang surat itu dengan eratnya. Enam belas tahun hidup di dunia manusia, kini dia bakal meninggalkannya.

"Tolong.. Bawa Mark dan Mina ke hospital dan pastikan mereka okey. Kalau mereka cedera, tolong rawat mereka," rayu Seungwan. Hagrid menunjukkan riak terkejut.

"Untuk apa? Mereka dah buli kamu dan sekarang kamu nak buat baik?"

Seungwan tersenyum senget.

"Walau macam mana pun, saya tak patut buat macam tu. Saya witch dan mereka hanyalah muggle. Saya ada kuasa tapi mereka tidak. Maknanya perlawanan ni tak adil. Lagipula saya tak dibenarkan untuk guna kuasa dihadapan muggle. Jadi, ini salah saya," terang Seungwan.

Hagrid nampak terpegun. Dia mengelus kepala Seungwan seperti bangga dengannya.

"Kamu ni sama macam ibu kamu. Terlalu baik sampai--- Hm. Baiklah. Pakcik akan cuba yang termampu. Sekarang ni, kita kena pergi. Ada banyak persiapan kena buat."

"Kita nak ke mana?"

"Leaky Cauldron. Itu di London.."

"London?! Tapi kita kan di Korea–"

...

Di Hogsmeade.

"Keturunan Potter akan kembali selepas 50 tahun?"

Headline di surat khabar Daily Prophet itu mengejutkan para pelajar di sana. Mereka semua tertanya-tanya dengan gerangan orang itu. Sudah 50 tahun sejak keturunan Potter datang ke Hogwarts. Mereka masing-masing mengikut jejak sendiri dan tidak seperti mendiang Harry. Ada yang belajar di Mahoutokoro di Jepun, Castelobruzo di Brazil, Ilvermorny di Amerika, Beauxbatons di Perancis dan Durmstrang di Eropah Utara. 

Pelajar yang paling terkenal di sekolah bukan hanya pada rupa paras, namun pada akademik mereka juga, itulah EXO. Mereka turut sama berminat nampaknya.

"Siapa nak bertaruh? Kalau perempuan kena belanja aku makan selama sebulan. Kalau lelaki kena belanja aku selama setahun?" Baekhyun menyoal rakan-rakannya. Mereka semua merenungnya dengan pandangan kesal.

"Apa sia! Dua-dua beri untung pada kau." ujar Kyungsoo, tidak berpuas hati. Baekhyun tersengih.

"Mestilah, buat apa aku offer benda tak menguntungkan? Buat rugi je," balas Baekhyun. Mereka menggeleng kecil melihat perbalahan antara Baekhyun dan Kyungsoo.

"Tak kisahlah jantina dia tapi korang kena tahu yang rival kita dah sampai." Chanyeol menyampuk.

"Rival apa?" soal Suho. Chanyeol nampak kelu. Dia dah tersilap cakap.

"Rival dalam setiap rumah lah. Kita kan ada point-point tertentu untuk dapatkan anugerah rumah terbaik akhir tahun ni." jawab Chanyeol. Sikit lagi rahsia yang hanya dia tahu ingin terbongkar. Sehun menggulingkan mata dek kerana kecerobohan sahabatnya itu.

"Aku dengar juga ramai pelajar junior yang cantik-cantik tahun ni. Tak sabar nak mengorat," kata Lay. Kesemua member merenung Lay dengan wajah terkejut.

"Xing! Sejak bila kau macam ni?! Kai! Kau yang ajar ke?" soal Baekhyun. Kai menggeleng.

"Dia dah besar suka hati dia lah," jawab Kai. Lay mengangguk setuju. Kesemua member menepuk-nepuk bahu Lay seperti memberi sokongan.

"Korang masa aku matang macam ni dulu tak pernah pun bagi semangat?" Ujar Kai seolah-olah merajuk. Akhirnya, kepalanya ditunjal oleh Suho.

"Kau tu dari azali tak guna macam ni. Tak ada apa yang nak dibanggakan." jawab Suho, penuh savage.

"Dengar cerita Irene masuk balik. Kau jangan sampai aku goda dia.."

"Eii kau ni!" Suho hampir menyerang Kai namun dia sempat dihalang oleh Chen. Mereka menenangkan kedua mempelai eh sahabat itu. Sementara Sehun dan Chanyeol berpandangan sesama sendiri bagai sedang memberi hint tentang sesuatu.

Puteri akan kembali nampaknya.

Bersambung


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro