Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 5 : Flirty

Born Again - Tiffany Young

Joy mengekori Sehun sehingga mereka sampai dihadapan sebuah pasu. Kedudukan mereka agak jauh dari pelajar lain. Sehun menyerahkan penutup telinga baru kepada Joy, sebagai pelindung agar mereka tidak mencederakan diri sendiri saat mendengar tangisan pokok tersebut.

"You're Ravenclaw right?" soal Sehun, dingin. Joy mengangguk sambil memakai penutup telinga yang mempunyai telinga kucing diatasnya. Ianya sebagai hiasan sahaja.

"Buat sendiri." sambung Sehun. Dia mengambil kerusi lalu merehatkan dirinya di sana tanpa berbuat apa-apa. Profesor Sprout juga telah meninggalkan kelas beberapa minit tadi. Joy ternganga.

Profesor Sprout mengarahkan pelajar senior tahun terakhir untuk menguruskan mereka kerana dia mempunyai hal penting untuk diuruskan. Mereka juga akan diberikan markah tambahan untuk peperiksaan N.E.W.T sekiranya bersetuju untuk membantu. Tapi nampaknya pelajar-pelajar senior ini sedang bermain tipu.

"Er. Tapi profesor suruh senior ajarkan. Saya ni junior--"

"Shuu.."

Sehun meletakkan jari telunjuk dibibirnya, tanda menyuruh Joy untuk diam. Dia merenung Joy dan menayangkan wajah 'ada aku kesah?'.

"Kau umur 16 kan?"
Joy mengangguk.

"Junior kan?" tanya Sehun lagi. Joy mengangguk dengan terpaksa. Sehun tersenyum manis.

"Junior kena buat apa kalau senior suruh?" tanya dia lagi. Joy mengetap bibirnya. Ingin dia memarahi lelaki dihadapannya ini namun dia bersabar.

"Dengar cakap senior.." jawab Joy dengan pasrah. Sehun mengangguk-angguk faham. Dia kemudiannya menongkat dagunya dan berpura-pura seperti sedang berfikir. Lagaknya seperti emoji ini '🤔'.

"Dahtu siapa senior siapa junior dekat sini?" Soalnya dengan wajah angkuh. Matanya tajam merenung Joy. Seolah-olah gadis itu telah membuat kesalahan besar.

"Senior lah senior.." Joy menunduk. Bibirnya dimuncungkan. Nasib baik Sehun tak nampak.

Lelaki itu kembali berbaring dan memejamkan matanya. Berlagak seolah-olah dia sedang bersantai-santai di tepi pantai sambil berjemur. Joy mengetap gigi dan menggenggam penumbuk.

"Dengar cerita kau bijak. Ravenclaw pulak tu. Jadi hadam lah kata-kata aku tu. Tak payah pura-pura dungu. Kau dari Ilvermony kan? Sana kan advance." sambung Sehun.

"Faham.." Jawab Joy, dengan nada mengejek. Dia memakai penutup telinganya dalam keadaan memberontak. Kemudian, dia mengambil penyedok tanah dan mula menggali tanah yang berada di dalam pasu baru.

Dia mengomel sendirian kerana tidak berpuas hati dengan layanan Sehun. Baru sahaja lelaki itu menjadi crush, tak sampai setahun lagi dia dah buat keputusan untuk buang lelaki itu dari senarai lelaki idamannya. Dan dia tak akan menyesal!

IYAKKKK!!

Anak pokok mandrake itu menangis kuat saat pucuknya ditarik kuat oleh Joy. Joy hampir terjatuh saat mendengar teriakan itu. Ditambah lagi kasutnya yang bertumit tinggi. Satu inci je.

Tak menunggu lama, anak pokok itu dipindahkan ke dalam pasu baru. Keadaan kembali tenang. Joy menghembus nafas lega. Dia menjeling kearah Sehun yang sedang nyenyak tidur tanpa menghiraukan dirinya.

'Kalau aku ni senior dah lama aku sepak-sepak lelaki macam ni..' Umpatnya dalam hati. Dengan segala kudrat yang ada, dia mengangkat pasu tersebut keluar dari taman seorang diri. Tak kuasa dia nak minta bantuan Oh Sehun yang menyebalkan itu.

"Yang berat sangat ni kenapa?!" marah Joy kepada pokok itu. Terkangkang-kangkang dia berjalan kearah tembok itu.

Beberapa minit dia berjalan seperti lelaki yang baru bersunat sedang membawa beban yang berat, secara tiba-tiba beban tersebut berkurang. Joy menoleh dan melihat Sehun yang sedang membantunya. Dia hanya menggunakan sebelah tangannya sahaja untuk mengangkat pasu tersebut.

Plak! Dahi Joy ditunjal menggunakan jarinya. Joy mengaduh kesakitan.

"Tak reti minta tolong ke?" soal Sehun. Nak kata marah, riak wajah dia memang macam tu 24 jam. Dia merampas pasu yang berada di tangan Joy dan berjalan mendahuluinya.

"Aduh! Dia ni--- Senior, tunggu!" panggil Joy. Sekali lagi dia mengetap bibir kerana geram.

"Biar saya buat!" arah Joy. Sehun mengalihkan pasu tersebut agar Joy tidak dapat menyambarnya. Mereka berpusing-pusing bak penari hindustan.. Khabi Kushi Khabi Gham lah sangat.🙄 Terlebih gam adalah.

"Senyaplah perempuan. Ikut je kalau kau nak. Tak nak pergi balik." ujar Sehun, sengaja mahu menyakitkan hati gadis sederhana tinggi itu. Joy bersabar. Dia mengekori Sehun dari belakang sehinggalah sampai di tembok belakang sekolah. Di bawahnya pula terdampar lautan biru yang tenang. Ada khemah besar disana, didirikan khas buat mandrake sahaja.

"Ini tempat mandrake dibesarkan. Jauh dari mana-mana wizard. Untuk keselamatan pelajar, guru mahupun pekerja di sini. Tembok ni, penghalang Hogwarts dan tasik ni. Dekat sini, diorang letak mandrake supaya dapat membesar dan jusnya nanti dapat digunakan untuk pulihkan seseorang yang dikakukan. Petrified." jelas Sehun. Joy tidak mengangguk mahupun menggeleng.

Lagipun dia dah baca semuanya dalam buku. Nama pun genius.

"Dulu, ada kes muggleborn dipetrified kan oleh the heir of Slytherin. Diorang dipulihkan oleh jus yang dibuat daripada mandrake dewasa."

"Tau.." balas Joy, acuh tidak acuh. Dia melipat kedua tangannya separas dada.

"Hm. Oh ya, tadi kenapa kau tak guna kuasa kau je untuk angkat pasu ni?" soal Sehun sambil menunjuk kearah tongkat sakti Joy yang berada di dalam poket sebelah kirinya. "Kau tahu kan wingardium leviosa wujud?"

Joy seperti sedar akan sesuatu.
"Haah! Kan?" sahutnya.

Plak! Dahinya ditunjal lagi.

"Idiot."

...

Seulgi merenung belakang Kai dengan pandangan menyampah. Sejak dari tadi lagi lelaki itu tidak habis-habis bersiul dan membuat bunyi annoying kearah pelajar perempuan. Dasar playboy! Lebih menyakitkan, dia sempat berbual dengan beberapa perempuan dan tidak menghiraukan Seulgi. Ingat dia tunggul ke? Tapi buat apa dia cemburu kalau dia hanyalah butiran debu jika hendak dibandingkan dengan Kai? Huhu.

"Nah. Pandai buat kan?" Kai menghulurkan penyedok dan penutup telinga kepada Seulgi. Senyuman menggoda tak lepas dari wajahnya.

"Hmm." Balas Seulgi, tidak berminat untuk bermain mata dengan Kai. Dia segera menarik salah satu pasu dan mula menggalinya dengan berhati-hati.

Seulgi tersentak saat tangan Kai berada tepat-tepat di kedua belah telinganya.

"Pakai penutup telinga pun tak betul. Lain kali hati-hati sikit." nasihat Kai. Dia berdiri di hadapan Seulgi dan memandangnya yang sedang mengerjakan suruhan Profesor Sprout.

"Memang keluarga Kang tak reti senyum eh?" tanya Kai dengan wajah tidak bersalah sehingga mendapat jelingan maut dari Seulgi.

"Maksud kau-- senior?" Kening Seulgi terjongket.

"Kang Seulki. Kakak kau kan? Dia pernah jadi girlfriend aku dulu." balas Kai. Membuatkan Seulgi merenungnya dengan semakin dalam. Dia menggigit bahagian dalam bibirnya kerana geram.

"Jadi?"

"Dia dulu pun macam kau jugak. Tak suka senyum. Tapi lepas kena penangan love shot aku. Piuuu. Terus senyum sampai ke telinga," ujarnya sambil menarik bibir Seulgi sehingga terlihat seperti gadis itu sedang tersenyum, cuma ianya dalam paksaan. Kai menepuk-nepuk kepala Seulgi bagaikan gadis itu seekor anjing comel.

Iyakk--- Pap!

Bayi mandrake itu tidak jadi untuk menangis saat dirinya ditampar dengan kuat oleh Seulgi. Mata gadis sepet itu masih lagi merenung Kai. Kemudian, anak pokok itu dihumban ke dalam pasu baharu.

"Wingardium leviosa!"

Pasu tersebut terangkat. Seulgi meninggalkan Kai terpinga-pinga di sana seperti orang bodoh. Dia menuju kearah khemah sepantas mungkin dalam keadaan marah.

"Yow..Macam mana dia boleh buat macam tu? Macam mana half-blood boleh buat macam tu?!" soal Kai, terkejut besar. Dia tidak sangka seorang Seulgi yang lahirnya dari perut muggle dapat mengawal mandrake dengan semudah itu.

"Budak tu bukan biasa-biasa." Seseorang mencelah. Ya, dialah Baekhyun yang tersangatlah annoying.

"Apa yang bukan biasa?" tanya Kai. Baekhyun menggeleng kecil. Bahu Kai ditepuk.

"Pintar ini anak. Begini--"

"Hoi Byun Baekhyun! Kau tak ada kerja ke?! Anak murid kau ni tengah tunggu!" jerkah Taeyeon dari belakang. Baekhyun menggigit bibir. Dia berdoa agar dirinya tidak dikerjakan oleh Taeyeon.

"Kan saya dah cakap nak buat dengan awak jer?" sahut Baekhyun.

Pang!

Gelas perak melayang sehingga terkena dahi Baekhyun. Lelaki itu jatuh tanpa diduga.

"Banyak cantik muka kau! Sini kau!"

Baekhyun bangun dengan segera dan melarikan diri daripada dikejar Taeyeon. Dan kini, kedua-dua anak murid mereka bersendirian. Kedua pelajar itu berpandangan antara satu sama lain.

"Jomlah kita buat sekali." ujar mereka berdua, pasrah.

Manakala Kai, dia hanya termangu melihat adegan itu. Kepalanya sakit.

"Macam mana budak macam Baekhyun tu ada dalam Slytherin? Patut aku yang Gryffindor ni masuk Slytherin. Dengan modal muka kacak aku ni, memang layak lah! Topi tak guna tu kacau betul. Apa yang benda tu fikir masa letak aku dalam Gryffindor?" Omel Kai sendiri sambil mencari Seulgi.

"Hoi adik Seulki ex-girlfriend aku! Mana kau?!"

"Ingat aku ada masa ke nak sakit kepala sebab adik ex?!" sambung Kai, lagi.

"Senyaplah mambang hitam ex kakak aku!"

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro