Part 29 : Flashback
Seungwan masuk ke dalam gym yang diberitahu oleh Joy. Keadaannya sunyi-sepi sahaja disini. Nampaknya pelajar Hogwarts tidak terlalu berminat dengan sukan yang dilakukan didalam bangunan. Ceh.
Lagipula, sukan ini sebenarnya dimonopoli oleh muggle. Ahli sihir lebih gemar bermain Quidditch ataupun sekadar gunakan mantera untuk hilangkan lemak badan.
Itupun, kena mahir dahulu sebelum menggunakannya kerana jikalau tersilap langkah, bukan setakat lemak yang hilang, sekali dengan usus besar, usus kecil pun boleh hilang.
Bunyi bising yang datang dari suatu arah menarik perhatiannya. Seungwan menuju ke sana sambil berharap bahawa lelaki itu adalah Kim Jongdae.
Sampai sahaja disana, Seungwan terpaku melihat seorang lelaki tidak berbaju yang sedang mengangkat berat. Ternganga mulutnya melihat aksi tersebut. Sudahlah lelaki itu mempunyai abs. Lengkap berketul enam! Dengan peluh lagi. Nampak seksi.
Berdiri kaku dia disana. Tidak mahu menganggu. Alang-alang cuci mata kan?
Gedegung!
Jongdae terjatuhkan alat angkat beratnya saat melihat Seungwan. Cemas dia bangun dari pembaringannya dan segera memakai baju. Dia mengelap peluhnya dengan tuala secepat mungkin.
"Siapa?" soal Jongdae, takut-takut. Mungkin gugup sebenarnya.
"Saya..Son Seungwan..Pelajar Gryffindor.. Saya datang nak berlatih dengan senior.." jawab Seungwan. Wajahnya sudahpun merah kerana tertangkap memerhati Jongdae.
Perlahan-lahan lelaki itu memalingkan badan saat mendengar nama Seungwan. Namun dia tidak dapat membuat eye contact dengan Seungwan. Macam ada sesuatu yang dia takutkan.
"Oh.. Ada apa datang sini?" soal Jongdae yang sedang membelakangi Seungwan. Seungwan menayangkan wajah tidak selesanya. Dia rasa pelik dengan seniornya itu.
"Err.. Saya datang nak berlatih nak tambah otot.. Joy kata senior boleh tolong saya?" jawab Seungwan. Dia cuba mendekati Jongdae dan cuba untuk memandang wajah lelaki itu. Namun Jongdae cepat-cepat melarikan diri sehingga sekarang kedudukan mereka lebih kurang dari hujung kelas ke hujung kelas. Perumpamaan saja lah.
"Boleh tak?" soal Seungwan lagi. Jongdae diam. Seungwan rasa kalau dia boleh angkat besi dekat sana dah lama dia lempar pada seniornya itu.
"Boleh apa?" tanya Jongdae semula. Gadis itu menahan sabarnya.
"Saya datang nak belajar dengan senior. Boleh ke tidak? Kalau tak boleh saya balik jelah—"
"Boleh-boleh. Bila nak start?" Jongdae mencelah. Dirinya masih lagi berhadapan dengan dinding.
"Kalau boleh sekarang.." pinta Seungwan. Jongdae mengangguk lagi. Dia segera bergerak dari tempatnya itu secara membelakangi Seungwan dan mencapai baju rasminya.
Seungwan melipat tangannya separas dada. Dia rasa dia kena tanya soalan ni. Walaupun agak menyakitkan.
"Senior.." panggil gadis itu. Jongdae menyahut dengan begitu perlahan sekali.
"Senior memang jenis orang pelik macam ni ke?" soalnya.
Jongdae yang sedang menyarung bajunya itu terhenti seketika.
"Jangan salah faham. Tapi dari cara senior tak nak pandang saya tu.. Hodoh sangat ke saya ni?" Seungwan menyambung ayatnya.
Hening seketika.
"Bukan tak nak pandang.." Jongdae bersuara.
"Habistu?"
Jongdae akhirnya memusingkan badannya menghadap Seungwan.
"Aku cuma tak sanggup pandang wajah wanita yang paling cantik pernah aku nampak selama aku hidup.."
Seungwan terkedu...
...
"Aku cakap tak nak lah!"
"Sejak bila kau jual mahal ni?"
"Tak kisah lah bila tapi boleh tak kau hormat aku?!"
"Park Chaeyoung! Aku tak suka bila ada perempuan yang tolak aku. Kau tahu kan apa yang aku boleh buat?!"
"Aku tak takut!"
Pipi Rose dicekam dengan kuat oleh Taeyong. Badan gadis itu ditolak ke dinding. Dengan rakusnya Taeyong mencium bibir pihak lawannya itu. Rose menumbuk dada Taeyong berulang kali namun Taeyong tetap tidak mahu mengalah.
"Stupid! Kau memang gila! Kalau Lisa nampak—"
"Nampak apa? Nampak aku cium kau? Jadi? Dia yang nak berpasangan dengan playboy antarabangsa macam aku, jadi kena terima lah!"
"Kau memang tak guna! No wonder tak pernah ada perempuan melekat dengan kau!"
"Kau senyap!!"
Taeyong mula mengangkat tangannya tinggi ke udara untuk menampar Rose. Namun tak semena-mena, dia dihalang oleh Seungwan yang kebetulan dalam perjalanan pulang ke dorm.
"Aku tak kisah kalau kau nak jadi playboy sekalipun, tapi jangan sesekali kau angkat tangan pada seorang perempuan.." Seungwan memberi amaran. Dia melepaskan tangan Taeyong dengan kasar.
Taeyong ketawa sinis. Dia menolak Seungwan pula ke dinding. Kedua tangannya disandarkan pada dinding, menghalang Seungwan daripada lari.
"Kau ni kecik-kecik cili api lah. Kau tak sedar dengan siapa kau tengah bercakap sekarang?" soal Taeyong. Keningnya terjongket dengan penuh seksinya.
"Peduli apa aku? Kau ada dekat tempat orang jadi hormat lah sikit! Nak lawan, lawan dekat padang!" marah Seungwan.
Kedegilan dan kekerasan hatinya itu membuatkan hati Taeyong terusik. Lucu. Menarik. Taeyong tersenyum nakal.
Rambut Seungwan dikusutkan.
"Wow. Hebatnya kamu. Yakinnya kamu.. Baik. Kita jumpa dekat padang pada hari perlawanan nanti. Jangan menangis macam baby tau? Baby girl.." Taeyong mengejek Seungwan. Dia segera beredar dari sana. Sempat juga dia menyentuh rambut Rose yang sepanjang pinggang itu. Rose menepisnya dengan kasar.
"Kau okey?" soal Seungwan, prihatin.. Rose menoleh..
"Tak payah buat-buat baik lah.." balas gadis itu, kasar. Seungwan menghela nafas panjang.
"Aku bukan nak buat baik. Aku tanya sebab prihatin je. Kau perempuan aku perempuan. Mana mungkin aku tengok kaum aku sendiri kena hina macam tu walaupun kita musuh.." ujar Seungwan, jujur.
Memang terserlah kebaikan hatinya itu melalui matanya. Rose memalingkan wajahnya kearah bertentangan. Tidak tahu hendak membalas apa.
"Maaf pasal pipi kau tu. Aku terlalu ikutkan perasaan sangat. Ambiklah plaster ni. Jangan risau, plaster ni ikut tone skin kau. Jadi orang tak nampak kalau tengok dari jauh. Pakailah."
Seungwan menghulurkan plaster yang dibawanya itu kepada Rose. Ditariknya tangan Rose dan diletakkan plaster tersebut didalam genggaman gadis itu.
"Kau memang saja nak buat aku rasa bersalah kan?" ujar Rose. Seungwan tersenyum sambil menggeleng. Giginya yang tersusun rapi terserlah saat dia tersenyum.
"Ini cara aku balas dendam lepas apa yang kau buat pada senior Chanyeol. Cara halus tapi kasar. Mesti kau terasa kan? Baguslah.." Jawab Seungwan membuatkan Rose terkedu. Dia rasa tertarik pula pada Seungwan.
"Okeylah aku nak balik dulu. Pergilah tidur esok nak berlatih.. Bye bye rival. Selamat malam?" Seungwan melambai-lambai pada Rose dengan riangnya.
Sebaik sahaja Seungwan hilang dari pandangan, Rose melepaskan keluhannya. Dia ketawa kecil.
"No wonder Chanyeol suka kau. Kau memang di luar jangkaan Seungwan.."
Rose tersenyum. Plaster yang diberikan oleh Seungwan itu dipandang. Terus dia menyimpannya ke dalam poket.
"Aigoo..Gomawo..Son Seungwan.. My beautiful rival.."
...
Dua tahun sebelumnya..
Ketiga-tiga pelajar sekolah ahli sihir itu mengekori gadis berambut panjang yang mereka sudah temui tadi. Misi yang mereka jalankan selama beberapa minggu itu bakal berjalan lancar sebentar lagi.
Tongkat sakti dikeluarkan dari poket masing-masing. Nampaknya, gadis itu masih belum menyedari akan dirinya yang sedang diekori.
Salah seorang memberi isyarat untuk bersedia. Baru sahaja mereka mahu menembak gadis manusia itu, suara seseorang menghentikan perbuatan mereka.
"Korang nak apa?" soalnya. Nada suaranya itu berubah kasar secara tiba-tiba. Langkah mereka terhenti.
"Kau rupanya," kata si gadis setelah melihat suatu lembaga besar menghalang mereka. Kalau didunia sihir, lembaga itu boleh dikatakan sebagai penjaga tetap untuk manusia. Itu adalah Guardian Spirit yang sering diceritakan didalam buku dongeng magik. Salah satu daripada saudara The Deathly Hallows yang tidak terlalu terkenal.
"Balik sekarang sebelum korang diapa-apakan," arahnya. Si gadis tidak mahu mengalah.
"Serang!!" arah si gadis kepada dua lagi temannya. Tanpa membantah, dua lagi ahli sihir menyerang lembaga tersebut tanpa henti. Beberapa kali mereka tersasar.
"Hentikan! Sebelum aku betul-betul cederakan kalian!" pinta lembaga tersebut. Si gadis tidak mahu mengalah.
"Kitorang hanya jalankan tugas sahaja! Jangan ganggu!!" marah si gadis.
Kerana berang, Guardian yang merasuk gadis manusia tadi berteriak kasar. Keadaan hening seketika. Gadis manusia itu melepaskan buku yang dipegangnya.
"Kan aku dah kata..HENTIKAN!!!"
Tahulah mereka bahawa makhluk tersebut sudah hilang tahap kesabarannya. Tidak semena-mena, dengan kuasa yang ada pada gadis manusia itu, satu cahaya dilepaskan.
"Tolong aku!!"
Cahaya tersebut terkena tepat pada si gadis jahat. Dalam masa tidak lebih sesaat, nadi gadis itu terus berhenti dari berdenyut. Dua lagi ahli sihir lelaki termangu. Mereka menjatuhkan tongkat sakti masing-masing.
"PERGI!" arah si lembaga yang kini berada di dalam badan si gadis manusia. Kedua ahli sihir lelaki itu terus mengangkat sahabat mereka dan berlari pergi dengan secepat mungkin.
Tinggallah si gadis manusia yang sudah tidak bermaya. Lembaga itu meninggalkan tubuhnya disitu sehinggalah keesokkan paginya, dia dikejutkan oleh jiran-jirannya.
"Irene!" jeritan Yeri mengejutkan Irene yang sedang beradu tadi. Keadaanya kini sungguh tidak teratur. Badannya dipenuhi dengan peluh.
"Mimpi apa ni? Sampai berpeluh macam tu sekali? Mimpi ngeri eh?" soal Yeri sambil mengusap rambut Irene ke belakang. Irene mengusap dadanya yang sakit kerana mimpi tadi. Nampaknya kesan tembakan tersebut masih berbekas disitu.
Irene memejamkan matanya, cuba untuk menahan kesakitan.
"Yerim-ah, bagi air tu. Lepastu ambil ubat dalam laci sana.." arah Irene. Yeri mengangguk. Terus dia mengambil ubat yang dimaksudkan oleh Irene.
"Nah. Minum pelan-pelan.." ujar Yeri.
Dia mengusap belakang badan Irene dengan lembut. Walaupun dia sering melayan Irene dengan kasar atau dilayan dengan kasar, dia masih sayangkan kakak yang bukan darah dagingnya itu.
"Mimpi tu..datang balik.." luah Irene. Dia nampak seperti trauma. Yeri menayangkan wajah kasihannya. Disebabkan kesilapan seseorang, Irene terpaksa menerima trauma sebegini seumur hidupnya.
"Dahlah. Mimpi je tu. Jangan fikirkan sangat. Kita jumpa Profesor Siren mintak ubat penghapus mimpi ye? Yeri sedihlah tengok unnie tak lena tidur macam ni.." ujar Yeri. Irene menggeleng kecil.
"Tak payahlah. Unnie tak nak sesiapa tahu pasal ni lebih-lebih lagi guru-guru Slytherin.. Yeri faham kan kenapa?" Irene membantah.
"Tapi unnie.."
"Please?" rayu Irene. Yeri mengalah juga.
"Yelah. Apa-apa sahaja demi Bae Irene tercinta.."
Bersambung
maaf lambat sambung..
btw nanti kim nak buat ff baekyeon..slot ramadan update lepas terawih 😂 baca tau?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro