Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 24 : Yule Ball

Hari Yule Ball telah pun tiba. Seungwan mengepal bajunya sambil bersembunyi disebalik dinding, melihat pelajar-pelajar dari sekolah Beauxbatons dan Durmstrang yang sedang memasuki perkarangan majlis. Rambutnya yang diikat bun dan beberapa helai rambut dilepaskan dikiri dan dikanannya—  dikemaskan semula.

Dia menggunakan minyak rambut yang dibuat oleh —Fleamont Potter— untuk meluruskan rambutnya. Bau badanny dihidu beberapa kali.

Majlis nampaknya sudah dipenuhi dengan para pelajar. Hanya ada beberapa orang sahaja sekarang yang tiba.

EXO sudah pun berkumpul didalam dewan sambil menikmati buffet yang disediakan. Mereka memang hantu makanan. Tiap kali ada majlis, mereka sajalah yang akan beratur panjang dibahagian makanan. Tak bagi peluang langsung untuk orang lain.

"Cantik rambut kau Seulgi. Pandai kau pilih warna," puji Xiumin. Seulgi tersipu malu. Dia hanya tersenyum sahaha mendengar pujian Xiumin. Jongin merenung kearah Seulgi yang merupakan pasangannya pada malam ini. Dia turut sama tersenyum.

Strawberi bersalut coklat disuap kepada Seulgi. Nampaknya selera gadis itu sama dengan kakaknya. Terimbau pula dia pada kisah lama.

"Hati-hati sikit dengan si Jongin ni. Time Jongin je dia baik macam ni. Bila masuk je Kai terus jadi fuckboy, sugardaddy, semua jenis benda jahat lah." nasihat Yixing. Member EXO memandang Yixing serentak kerana kagum.

"Pergh Xing! Semenjak dua menjak ni kau memang deep lah!" puji Junmyeon lalu ketawa. Begitu juga member lain kecuali Jongin.

"Selalu kalau aku yang cakap macam tu mesti korang bengang." kata Jongin, seolah-olah merajuk.

"Kau buat apa. Otak dah kuning. Ni Yixing ni pertama kali tahu tak? Mestilah bangga." balas Jongdae. Seulgi ketawa saat melihat Jongin dibuli oleh rakan-rakannya sendiri.

"Tak lawak lah." ujar Jongin. Seulgi menggeleng comel namun masih lagi ketawa.

"Lawak lah. Ingatkan seorang Kai ni cool bila dengan kawan rupanya kena buli jugak. Hahahaha." balas Seulgi.

"Tengok? Cik Pervert pun sokong kitorang. Kau dah patut berhenti jadi fuckboy dah Jongin. Menyerah jelah," kata Baekhyun.

Mereka semua merenung Baekhyun kemudian beralih kepada Seulgi.

"Cik Pervert??" soal mereka serentak. Seulgi tersedak. Kek cawan itu tersembur ke muka Baekhyun.

"Me-mengarut lah senior ni. Tak elok panggil perempuan macam tu." Seulgi cuba untuk mengelak daripada dikecam. Member EXO merenung Baekhyun sehingga mata mereka sepet.

Pap!

Kepala Baekhyun dipukul serentak.

"Apa kau ni cakap perempuan macam tu,"

"Tak elok buli perempuan,"

"Jangan tuduh perempuan macam-macam lah,"

"Dayus kau ni Baek.."

"Nak jadi fuckboy macam Jongin ke Baek?"

"Cukuplah Yixing..Sekali dua aku boleh terima ni lebih-lebih ada jugak yang makan pelempang." marah Jongin. Yixing segera memohon maaf kepada Jongin. Dia ketawa kecil.

"Ala jangan terasa. Benda betul kan?" sambung Yixing.

"Zhang Yixing!"

"Okay maaf-maaf.."

Chanyeol terus menukar topik agar dapat menghentikan pergaduhan manja Jongin dan Yixing. Sebabnya, dia sudah tidak larat untuk menahan diri daripada mengutuk Jongin juga. Sekali dia keluarkan ayat, memang malam tu Jongin lesap terus dari sekolah ni.

"Partner korang mana?" soal Chanyeol. Mereka menoleh ke sekitar majlis sambil mencari pasangan.

"Ada tu hah. Tengah berbual dengan member dia,"

"Tak datang lagi kot,"

"Tengah makeup lagi lah tu,"

Jawab mereka serentak. Chanyeol mengangguk kecil.

"Senior dengan Seungwan ke?" soal Seulgi. Chanyeol mula memberi perhatian kepada Seulgi. Dia baru sahaja nak merahsiakan pasangannya. Sebolehnya dia tak mahu Sehun tahu siapa pasangannya sebelum dia sendiri yang umumkan. Faham-fahamlah. Sehun ada misinya tersendiri. Dan dia pun sama.

"Haah. Kenapa? Mana kau tahu?" jawab Chanyeol.

"Takdelah. Teka je. Tak sangka pulak betul," balas Seulgi. Bagaikan ada batu yang menghempap kepalanya, Chanyeol rasa dibodohi pula. Haih Kang Seulgi, kalau kau bukan pasangan Jongin dah lama dia sumbat dalam oven.

"Nanti dia datang lah tu. katanya dia tak biasa datang majlis macam ni," kata Seulgi. Chanyeol tak menghiraukan gadis itu. Sumpah, dia rasa dikhianati sekarang. Sesurpris dia tak menjadi. Gagal kerana Kang Seulgi.

"Omo. Cantiknya. Jinjja yeppeuda!" bisik beberapa pelajar saat pintu dewan dibuka. Seseorang melangkah masuk dengan kekoknya. Dan ianya menarik perhatian member EXO begitu juga dengan Seulgi.

Ianya seolah-olah efek Cinderella kepada Seungwan. Dirinya menjadi perhatian ramai sekarang.

"Itu Seungwan ke?" soal Seulgi sendiri. Dia ternganga melihat sahabatnya itu didandan sebegitu.

"Hot giler pasangan kau Yeol!" Jongdae menyiku lengan Chanyeol yang masih lagi terpegun.


Chanyeol tersenyum-senyum malu. Pipinya merah. Lebih gugup dia apabila juniornya itu kini berhadapan dengannya.

"Ha-Hai?" sapa Chanyeol. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya ketika ini. Telinganya juga semakin merah.

Seungwan tersenyum manis.

"Saya nampak pelik ke?" tanyanya. Dia agak kekok kerana baju yang dipakainya agak terdedah. Begitu juga dengan makeupnya. Semua ini cadangan Tiffany.

"Tak. Awak nampak cantik sangat.." puji Chanyeol. Matanya tidak berkedip memandang Seungwan. Setiap inci wajah gadis itu dipandang.

"Jangan pandang lama-lama. Dah macam pedofil aku tengok," usik Baekhyun dari belakang. Usikannya itu pula disambut meriah dengan ahli EXO yang lain. Mereka bersorak riang kecuali Sehun.

"Nak--Nak makan tak?" ajak Chanyeol. Dia agak kesal kerana tersilap sebut makan dan menari. Mungkin kerana gugup?

Seungwan mengangguk.

"Boleh jugak," jawab gadis itu. Chanyeol terus bergegas memberi laluan kepada Seungwan dan mengambil beberapa jenis manisan kepada gadis itu.

Disuapnya Seungwan tanpa henti. Dia pun tak tahu apa yang terjadi padanya sekarang.

Pintu dewan sekali lagi dibuka. Pelajar-pelajar berbisik lagi. Nampaknya champion dari Beauxbatons dan Durmstrang dah tiba.

"Ergh. Diorang pun ada?"

"Of course lah. Diorang kan champion jugak, Baek."

Chanyeol dan yang lain-lain merenung pelajar-pelajar perempuan yang baru sahaja melangkahkan kaki ke dalam dewan. Mereka cantik-cantik semuanya.

Pandangan mata lelaki itu kini hanyalah pada bekas kekasihnya.

Gadis dari Dumstrang itu turut sama membalas renungan Chanyeol. Senyuman sinis dihadiahkan. Nampaknya, mereka bertemu lagi setelah lama berpisah. Langkahnya kini dihalakan kearah Chanyeol.

Badan Chanyeol terus dipeluk oleh gadis itu. Pipi Chanyeol disentuh. Namun tidak pula lelaki itu menolak.

"Lama tak jumpa, sayang?" ujar gadis itu penuh sinis. Tangannya masih lagi berada di pinggang Chanyeol.

"Jangan sentuh aku, Park Chaeyoung."

Bersambung

bye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro