
Part 19 : Quidditch gone wrong
Hari perlawanan Quidditch antara sekolah berlangsung. Kesemua pelajar di sekolah Hogwarts dibenarkan untuk menonton perlawanan tersebut secara percuma. Penonton dari kedua-dua belah sekolah mengisi stadium sambil menghadap satu sama lain. Keadaan agak bising sementara menunggu pemain-pemain masuk ke padang.
Sementara itu, di belakang bangunan, Seungwan nampak agak resah. Dia ditemani oleh Seulgi untuk bertemu dengan seseorang.
"Seungwan. Buat apa dekat sini?" sapa Chanyeol. Dia agak terkejut melihat juniornya berada disitu. Dia menoleh pula kearah Seulgi yang menayangkan wajah kesal kerana tidak disapa. Ah, Chanyeol peduli apa. Bukan diorang rapat pun.
"Saya..Saya ada benda nak bagitahu senior," ujar Seungwan. Jantungnya berdegup kencang ketika ini. Bagaikan faham dengan situasi, Seulgi berganjak dari tempatnya dan duduk disalah satu kerusi yang agak jauh dari mereka.
"Apa?" tanya Chanyeol. Tumpuannya kini hanya pada gadis itu seorang sahaja. Manakala Seungwan, lidahnya masih lagi kelu. Anak matanya bergetar.
"Se--Se--Sebenarnya.."
"Yeol, Madam Hooch dah panggil. Kita kena gerak," Cedric menganggu perbualan mereka. Dia merenung kedua pasangan itu bersilih-ganti. Chanyeol mengangguk faham. Dia menepuk bahu Seungwan dan menghadiahkan senyuman kepadanya seterusnya beredar. Sementara Cedric masih lagi memandangnya.
"Okey?" tanya Cedric, prihatin.
"Hah?" Seungwan bingung. Otaknya blank sekarang.
Dahi Seungwan disentuh dengan belakang tapak tangannya.
"Tak demam. Tapi kenapa pucat? Gastrik eh?" soal Cedric. Seungwan masih lagi blank.
"Hah? Err, senior. Sebenarnya..saya.."
"Ya?"
"Ada..Ada something saya nak bagitahu. Se--"
"Ced! Cepat!!"
Cedric terpaksa beredar tanpa sempat mendengar apa yang Seungwan ingin katakan. Dia menyerahkan botol minumannya kepada gadis itu.
"Minum tu. Biar ada tenaga sikit. Bye." ujar Cedric. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Seungwan merenung botol minuman berisi hot cocoa itu. Dia mengeluh.
...
Jongin melabuhkan punggung disebelah Seulgi yang sedang ralit memerhati pemain lawan. Seulgi sedang duduk didalam bilik loker pemain Hogwarts sekarang sambil menunggu Seungwan. Lama Jongin menunggu gadis itu untuk sedar akan kehadirannya. Kerana tak tahan menunggu, dia terus mencuit hidung Seulgi dengan kuat.
"Aduh!" dia mengaduh kesakitan.
"Siapa--Eish senior rupanya! Buat sakit hati je!" marah Seulgi. Jongin ketawa. Seulgi nampak comel sewaktu marah. Sama seperti bekas kekasihnya dulu.
"Kalau tak menyakitkan hati orang memang tak boleh eh?" soal Seulgi. Dijelingnya lelaki buaya darat itu. Jongin mengangguk. Nakal sahaja senyumannya. Buatkan Seulgi rasa ingin menumbuknya tetapi dalam masa yang sama mencairkan hatinya.
'Bibir dia mesti lembut..' gumam Seulgi dalam hati. Matanya kini terarah pada bibir pinky Jongin. Air liurnya ditelan.
"Oit! Pandang apa? Pervert jugak eh?" soal Jongin. Seulgi terbatuk kerana malu. Jongin ketawa sekali lagi.
"Hayokk kantoi. Eee perempuan pervert. Tak maluuu.." usik Jongin. Kerana malu, Seulgi mencubit perut Jongin dengan kuat agar lelaki itu berhenti dari mengusiknya.
"Kalau tak berhenti--"
"Okey-okey aku berhenti. Baru nak ajak pergi prom tapi tak jadilah. Garang macam singa macam ni. Takut aku.." ujar Jongin. Seulgi terdiam.
"Prom apa?" tanyanya. Jongin tersenyum.
"Cik pervert nampak berminat je?" usik lelaki itu lagi. Seulgi berang dan hampir sahaja menumbuk muka Jongin namun sempat dihalang.
"Ya ya faham. Okey tak usik dah. Prom untuk perlawanan mendatang ni. Nak jadi pasangan aku tak? Kalau tak nak melepas kau. Jejaka idaman dunia ajak kot," balas Jongin. Seulgi berdecit. Menyindir Jongin.
"Eleh. Buaya macam senior ni mesti dah ajak perempuan lain dulu kan? Entah-entah saya ni orang yang ke-seratus senior ajak. Heh!" ujar Seulgi, tidak berpuas hati. Jongin menggeleng.
"Tak lah. Kau orang pertama." jujur Jongin. Seulgi masih lagi tidak percaya.
"Okey kalau tak nak percaya sudah. Nanti kalau tak ada orang nak menari dengan kau, pandai-pandailah cari pasangan." balas Jongin. Dia segera berdiri untuk bersiap-siap masuk ke padang. Seulgi mendongak memandang Jongin yang sedang membetulkan bajunya.
"Bye cik pervert. Fikir masak-masak eh?" ujar Jongin dan segera berlari ke padang. Seulgi sekali lagi berdecit.
"Dasar encik buaya." gumamnya perlahan. Dia tidak sengaja bertentang mata dengan Baekhyun yang tidak berkedip memandangnya.
"Apa?" soal Seulgi.
"Pervert.." kata Baekhyun tanpa menunjukkan apa-apa reaksi. Seulgi terkejut.
"Apa?!" marahnya. Baekhyun terus mendekatinya dan membisikkan sesuatu.
"I can read your mind. How can you imagining something weird about your senior- gila pervert jugak eh junior zaman sekarang. Nak aku bagitahu Jongin ke?"
Seulgi terus menekup mulut Baekhyun. Dia agak terkejut setelah mendapat tahu tentang kelebihan Baekhyun.
"Jangan berani!"
"Tsk. Cik pervert hahahaha---"
PANG!
Baekhyun dilempang.
...
Perlawanan berlangsung. Sorakan daripada para penonton makin memeriahkan suasana. Bola Quaffle dilepaskan terlebih dahulu diikuti dengan Bludgers. Seungwan memerhati Taeyong dan gengnya yang mungkin mensasarkan seseorang.
"Siapa..Siapa.." soalnya perlahan. Dia perlu tahu siapa yang mereka sasarkan agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.
"Seungwan. Awak okey ke? Yang bercakap sorang-sorang tu kenapa?" tanya Taeyeon, risau. Seungwan menggeleng kecil. "Okey je. Unnie jangan risau," jawabnya. Taeyeon mengangguk dan kembali menonton perlawanan.
"Hogwarts mendahului! Beaters Jongin dan Sehun sedang mendahului Bludgers dan owhhh! Sehun membuat pukulan kepada Bludgers yang hampir merempuh Chaser Hogwarts, Jungkook!
Pemain Beauxbatons, Eunwoo sedang membawa Quaffle ke gol Hogwarts yang dijaga oleh Keeper Junmyeon dan oofff- Score!! Beauxbatons score! 10-0 kepada Hogwarts!"
Announcer dari pihak Hogwarts, siapa lagi kalau bukan Baekhyun menjerit keriangan. Professor McGonagall memukul kepala Baekhyun kerana memihak kepada Beauxbatons.
"Chaser Beauxbatons Mark sedang membawa Quaffle sekali lagi ke gol Hogwarts! Cedric menghalang! Quaffle bertukar tangan! Beaters Beauxbatons Jinyoung memukul Bludgers kearah Chaser Hogwarts, Cedric! Ooff- Jongin berjaya menghalang. Quaffle diberikan kepada Chaser Suga! Chaser Beauxbatons Yuta melanggar Chaser Yoongi- Oh tidak!- Penalti! Hogwarts mendapat penalti! Yes!"
Pemain Beauxbatons terbang dihadapan gol mereka, menghalang Suga daripada menjaringkan gol. Wisel ditiup dan Suga membawa Quaffle kearah gol.
"Hogwarts gol!!"
Gol pertama berjaya dijaringkan oleh rumah Hogwarts. Seungwan memandang kearah Joy dan Seulgi yang kelihatan teruja dengan permainan. Dia pun sama sebenarnya.
Snitch telah pun dilepaskan namun Chanyeol masih tak bergerak. Cedric kata, mereka perlu mendahului dengan 50 poin lebih banyak daripada Beauxbatons sebelum dia boleh menangkapnya.
Perlawanan diteruskan. Hogwarts score sekali lagi disebabkan oleh Cedric. Markah sekarang adalah 50-100. 50 Beauxbatons, 100 Hogwarts. Cedric memberi isyarat kepada Chanyeol memberinya kebenaran untuk menangkap snitch.
Chanyeol memandag ke sekelilingnya. Dia nampak ada benda kecil yang sedang terbang disebalik kaki pemain Beauxbatons tanpa lelaki itu sedar. Nampaknya, Daniel, Seeker Beauxbatons turut sama perasan akan hal yang sama. Mereka mula mengejar bola kecil itu. Habis satu padang ditawaf oleh mereka.
"Tolonglah jangan cedera.." pinta Seungwan perlahan. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dia pun tidak pasti sekiranya Chanyeol adalah sasarannya. Dia memerhati pula Taeyong yang masih fokus pada permainan. Lelaki itu fokus dengan golnya daripada dimasuki oleh bola Hogwarts lagi.
Apa yang dirancangkan oleh lelaki itu?
Dia tidak boleh membaca minda lelaki itu.
Jaringan seterusnya dijaringkan oleh Hogwarts. Taeyong masih lagi tenang. Lelaki itu nampak seperti tidak peduli dengan jaringan yang dilakukan oleh pihak lawan. Seungwan nampak jelas lelaki itu tersenyum sinis sambil memandang kearah gol lawan. Di situ, Junmyeon mengawal gawang.
Perlawanan diteruskan. Eunwoo berjaya merampas bola daripada Jungkook dan membawanya ke gawang lawan. Dia menendang penyapu ajaib Jungkook sehingga menyebabkan lelaki itu hilang keseimbangan dan jatuh ke tanah. Sekaligus membuatkan Jungkook tersingkir kerana kakinya terseliuh. Bola ditangannya itu sempat dilempar ke dalam gol sebelum Jungkook jatuh.
100 - 150
Chanyeol dan Daniel masih lagi belum menangkap snitch. Chanyeol perasan yang Daniel sepertinya tidak berminat untuk menangkap bola kecil itu sebaliknya sibuk mengekorinya. Cuma dia berhusnudzon yang memang itu strategi permainan Daniel.
"Yeol! Sana!" jerit Cedric saat melihat bola snitch melintasi wajahnya. Chanyeol menoleh. Segera dia mengejar Cedric yang turut sama mengejar snitch. Daniel mengekori dari belakang.
"Sini!!" jerit Cedric dibawah longkang besar diantara padang dan tempat duduk penonton.
Sikit lagi mereka bertiga hendak melanggar tiang kerana terlalu fokus mengejar bola jahanam itu.
Teknik permainan kumpulan Beuxsbatons kini berubah. Daniel nampaknya turut sama mengejar snitch daripada fokus kepada Chanyeol. Pasti dia mahu mengumpul markah penuh dengan lebih cepat dek kerana ketinggalan di belakang Hogwarts. Sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan oleh penonton.
Sementara mengejar snitch, gol seterusnya berjaya dimasukkan oleh Cedric. Pelajar Hogwarts semakin bising dek kerana terlalu gembira.
"Chanyeol..atau Cedric?" teka Seungwan. Taeyong memerhati kedua Chanyeol dan Cedric dalam diam.
"Suga! Bola!" jerit Cedric lalu melempar bola kearahnya. Suga membawa bola dengan kawalan ketat. Beberapa kali Eunwoo dan Mark cuba untuk melanggarnya
"Wei bodoh jangan langgar aku lah!" marah Suga. Dia menumbuk wajah Eunwoo lalu melarikan diri mendekati Sehun dan Jongin. Cuma dia dan Cedric sahaja yang boleh menjaringkan gol sekarang.
"Hoi anjing! Berani kau tumbuk aku?!" Eunwoo kembali mengejar. Berlaku pergelutan antara mereka. Suga menyerahkan bola kepada Cedric semula dan terbang keatas untuk lari dari keributan diantara Eunwoo dan Mark. Sekali lagi, Hogwarts berjaya mencatatkan gol keempat.
Manakala Baekhyun, dia nampak cemas. Dia menjerit pada mikrofon sehingga McGonagall terpaksa mendiamkannya disebabkan kata-kata kesatnya.
"Lee Taeyong! Walau apa-pun yang kau fikirkan! Jangan buat!" jerit Wendy dalam hati.
Sejam berlalu tanpa rehat. Keadaan semakin riuh. Hogwarts sudahpun mendahului dengan 50 mata lagi. Pelajar Beauxbatons semuanya sudah hampir kecewa dan hampir mahu mengangkat kaki daripada tempat duduk. Mereka malu.
Taeyong memberi isyarat kepada membernya. Mereka mula bermain dengan lebih serius. Kini, mata mereka adalah 250-300.
Dia mula terbang keatas meninggalkan gol. Dari atas, dia memerhati sahaja sasarannya. Satu isyarat aneh diberikan kepada Seungwan yang sedari tadi memerhatinya.
"Sorry, Son Seungwan. Kau yang sebabkan semua ni berlaku." ujarnya dengan penuh sinis. Dia naik keatas dan semakin tinggi. Sampai sahaja pada hadnya, Taeyong turun menjunam turun dengan kelajuan helang.
Sasarannya berada tepat dihadapannya.
Tiga, dua, satu...
GEDEBUSHHH!!!
Dia melanggar seseorang.
Lelaki itu jatuh dari penyapunya. Badannya kejung. Kaku. Penonton terdiam. Taeyong turut sama jatuh namun tidak mengalami kecederaan. Pengetua dan beberapa guru terkedu.
Semakin terkejut mereka saat melihat darah mengalir keluar dari kepala lelaki itu. Ianya turut sama memancut keluar dari mulutnya.
"ANDWAEEE!!!!!!!"
Bersambung
😯🤐
btw.. what the heck chapter ni sebelum ni 😭 chapter sebelum tu aku tulis pemain Quidditch utk Hogwarts orang lain tapi dalam chapter ni, pemainnya orang lain. Macam mengarut giler sangat2.
And sebelum ni markahnya 1 vs 2 bla bla. Gila ke apa aku ni 😭 Snitch je dah 150 markah. Mana datangnya 1 vs 2 tu. Nasib baiklah aku dah jadi Potterhead yg sebenar2nya sekarang ni. Fuh. Malu siottt
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro