S.I.X.T.E.E.N [last]
seungyoun's pov
"Hi! Hehe", jap asal tetiba awkward? Dia masih pandang aku dengan muka terkejut dia. Untuk hilangkan awkward, aku
"I'm back!", kata ku separuh jerit dan aku mendepakan tangan aku hahaha sumpah awkward nak mampus. Aku baru nak turunkan semula tangan aku tiba2 dia peluk aku, erat. Wait! Serius ke dia peluk aku ni?! Omg serius lah wehhhhhh
"A..a..aku ri..rindu kau", dia kata sambil tergagap alahai walaupun aku taknampak muka dia, sumpah aku rasa dia comel omg seungra jangan buat aku macam ni do haih. Dia eratkan lagi pelukan dia and aku balas pelukan dia
"Aku pun rindu kau", dia hanya diamkan diri dia. Aku eratkan lagi pelukan aku ya tuhan kenapa dia kecik sangat ni sumpah comel ei geram aku. Beberapa minit lepastu dia lepaskan pelukan dia and dia pandang mata aku dan aku pandang balik mata dia
"Kau mesti penat kan? Em pergi lah mandi lepastu rehat, kau nak makan tak? Kalau nak makan aku boleh masakkan", ya ampun kenapa dia tetiba caring ni haih aku hanya senyum pandang dia and aku pegang pipi dia
"Tak payah lah masak untuk aku, aku dah makan dah tadi. Aku nak mandi lepastu nak lepak dengan dorang dekat bawah. Kau join sekali eh?"
"Okay", weh jarang tau dia dengar cakap aku ni haih comel sungguhlah bidadari depan aku ni. Dia senyum balik tengok aku auchh jangan senyum macam tu please aku cair
Dia turun bawah and aku terus masuk dalam bilik aku untuk bersihkan diri. Bilik aku dengan bilik seungra selang 2 bilik je. Selesai bersihkan diri dan tukar baju semua aku terus turun bawah and aku duduk sebelah seungra
Kalau sebelum ni aku duduk sebelah dia kan, dia marah tau tapi harini dia tak marah pun wahh bahagianya wehh hiks. Tetiba ruang tamu yang bising tadi jadi senyap
"Asal korang tetiba senyap ni? Tadi kemain bisingnya", tanya aku pelik dengan dorang ni tetiba senyap
"Hyung tak nak sambung ke drama haritu? Sambung lah, taksabar ni nak tengok ha kitorang dah get ready popcorn dah", eh eh eunsang ni kang
"Hokaloh, korang sambung je lah tengok tv tu eh. Hyung sambung drama dekat tempat lain, jom seungra", aku tarik tangan seungra and aku bawak dia pergi tempat lain
end seungyoun's pov
.
.
seungra's pov
"Hokaloh, korang sambung je lah tengok tv tu eh. Hyung sambung drama dekat tempat lain, jom seungra", dia tarik tangan aku. Eh eh mana pulak dia nak bawak aku pergi ni. Ha nak tahu tak dia bawak aku gi mana
Dekat kolam rumah aku je, buka je sliding door kat ruang tamu tu terus pergi kolam. Dia pegang tangan aku sambil menikmati angin malam dekat situ. Tiba2 dia pandang tepat2 dekat mata aku and dia genggam tangan aku erat
"Seungra, dengar baik2 tau apa aku nak cakap ni"
"Aku sebenarnya"
"Sebenarnya aku"
Aku ternanti nanti, apa yang dia nak sampaikan sebenarnya?
"Seungyoun, kau sebenarnya apa?"
"Aku"
"Sebenarnya"
"Erm"
"A..ak..aku suka kau"
"Eh tak tak, aku tak suka kau"
"Tch", aku lepaskan tangan aku dari genggaman dia dengan kasar. Ish nak mainkan perasaan aku pun agak2 lah setan. Aku menyilangkan tangan aku di dada, baru aku nak melangkah masuk dalam rumah semula dia tarik tangan aku balik and genggam dengan erat. Aku tak pandang muka dia konon merajuk lah
"Seungra, pandang aku pleaseee aku tak habis cakap lagi", aku masih tak pandang dia. Aku merajuk ni
"Sayang~ look at me", aku tak kuat lah dia panggil aku sayang ish tahu je nak tarik perhatian aku huh aku terus pandang dia, dia senyum dekat aku. Wehhh aku tak boleh lah tengok dia senyum huwaaaa someone help mee aku nak pengsan
"Dengar eh, aku tak suka kau tapi aku sayang kau. Sayang sangat sangat", terkedu aku dibuatnya seriuslah mamat ni?
"Haha kau buat lawak eh?"
"Aku tak buat lawak, aku serius", okay kalini aku nampak dia memang serius jap nak happy ke nak nangis?
"Seungyoun, a..ak..aku....em...", huwaa weh asal taknak keluar ni aduu
"Takpe, kalau kau perlukan masa aku faham. Berapa banyak lagi masa kau nak? Aku boleh bagi", dia lepaskan genggaman dia dekat tangan aku, nampak dia macam kecewa sikit and dia hampir nak blah. Aku cepat2 backhug dia
"Jangan tinggalkan aku lagi please. A..aku pun sa..saa.sayang kauu", luah aku sedikit gagap. Dia terus tolak aku perlahan dan pegang bahu aku
"Kau serius sayang aku? Aku tak salah dengar kan? Kau betul2 sayang aku kan seungra? Betul kan? Kau balas cinta aku kan?", bertubi tubi soalan dia bagi and aku hanya balas dengan anggukkan dan senyuman yang paling manis. Dia terus peluk aku erat, weh aku dah dapat rasa kebahagiaan
Dia lepaskan pelukan, dia tarik tangan aku and dia lingkarkan tangan aku dekat pinggang dia. Dia tarik pinggang aku supaya aku makin dekat dengan dia. Dia pegang kedua belah pipi aku and dia tenung mata aku. Aku balas pandangan dia dengan menatap mata dia
Lama kelamaan mata dia tertumpu dekat bibir aku. Dia dekatkan muka dia dengan aku, aku tatap muka dia. Mata dia masih tumpu dekat bibir aku
Makin dekat muka dia dengan aku
Makin dekattt
Makin dekattt
Sikit lagiiiiiii
"Ehem! Nak buat maksiat sila masuk bilik eh. Budak bawah umur ramai dekat sini, harap maklum", weh malunyaaa aku wehhh 10 10 berdiri dekat depan pintu tu aduuu
"Potong line lah korang ni ish! Sebuk keluar buat apa?! Gi lah masuk dalam balik!", uish seungyoun marah ke tu wehh hahahahaha comelnyaaa weh dia marah sebab tak dapat kiss aku alahai
"Jom naik atas", aku terkebil2 kat situ weh. Dia terus tarik tangan aku and masuk dalam bilik aku
Dum!
Dia tolak pintu kuat, tapi tak kunci lah. Dia peluk aku lepastu dia pegang pipi aku balik. Mata dia dari tadi tak lari dari bibir aku, perlahan lahan dia lekapkan bibir dia dekat bibir aku ya ampun aku tak pernah rasa macam ni weh
almaklumlah tak pernah bercinta kan ehek
Pada mulanya aku tak balas, 45 saat lepastu aku balas ciuman dia. It was love.
2 minit lepastu kami melepaskan ciuman tersebut. Dia tarik tangan aku pergi dekat balkoni bilik aku and dia tarik aku dalam dakapan dia. Aku sandarkan kepala aku dekat dada dia
"Dengar tau aku nak nyanyi ni", tiba2 pulak nak nyanyi ni pahal
"Baby take my hand
I want you to be my girlfriend
Cause i'm your iron man
And i love you 3000
Baby take a chance
Cause i want this to be something
Straight out of a hollywood movie"
[a/n: maap aku tukar lirik kit]
"3000 je?", hoho ye aku nak lebih
"Ofcourse lah tak sayang"
"Habistu banyak mana je sayang aku?"
"Okay lah macam ni, kalau kau kira berapa banyak pasir yang ada dekat dunia ni memang takkan pernah habis sampai bila2, macam tu juga lah sayang aku untuk kau takkan pernah habis sampai bila2. Even aku mati sekalipun aku takkan pernah stop mencintai kau", ya dia berjaya buat aku blushing gaisss ei pipi aku dah macam tomato dah ni
Dia pegang pipi aku and dia cubit pipi aku, "Eii comellah sayang aku sorang ni", ya pipi aku makin merah ish taguna punya seungyoun. Dia bawak aku naik atas katil and dia baring dekat sebelah aku
"Malam ni aku nak tidur dengan kau, dah lama tak rasa ada bantal beluk ehek"
"Ish dia ni lah, kalau aku kata tak boleh?"
"Ish nak jugak!", dia pout and terus peluk pinggang aku alahai kenapa lah cute sangat boyfriend aku sorang ni. Aku belai pipi dia and aku senyum. Lama kelamaan kami tertidur sambil memeluk antara satu sama lain auch sweetkan ahaks
Keesokkan paginya, aku bangun mendahului seungyoun. Keadaan kitorang masih macam semalam, aku pandang muka dia aigoo tak sangka aku dah ada boyfriend, yang paling tak sangka dulu kitorang musuh kot hahahahaha. Aku tepuk pipi dia perlahan
"Seungyoun ah, ireona~"
"hm", dia menggeliat sikit alahai comelnya wehh ei
"Bangunlahhh dah pagi dah ni", dia masih berkeras taknak bangun
"Oppa sayang~ bangun lahhh", terus dia buka mata
"Ouh panggil cam tu baru nak bangun eh, gedik", aku pukul lengan dia perlahan
"Panggil lah macam tu lagii baru aku bangun"
"Kau jangan nak mengada eh, dah dah bangun sayangkuuuu aku nak mandi"
"Hehe okay sayangkuuu, tapi erm nak mandi sini jugak boleh?", dia buat muka comel dia aishh aku gigit pipi dia tu kang
"Alolo ye lah boleh, pergi ambil baju apa semua"
"Yeayyyyy", dia terus berlari keluar. Weh asal boyfriend aku cute sangat ni arghhh i cannot lahhhh
Lepas aku masuk bilik air aku dengar pintu bilik aku terbuka ha seungyoun lah tu, aku teruskan mandi. Baju semua aku tukar dekat dalam bilik air, kau gila aku nak tukar depan seungyoun? Memang tak ah
Selesai aku mandi, aku keluar. Aku tengok seungyoun tengah baring lagi sambil main handphone dia. Aku terus pergi dekat dia and peluk dia
"Pergi lah mandii, lepastu kita turun breakfast okayy. Aku nak turun nii nak buat breakfast"
"Alah takyah lah turun lagi, tunggu lah aku mandi dulu", dia merengek macam budak kecil ish comel do dia ni
"Aigoo yelah2 pergi mandi cepat"
"Tunggu aku tauu sayangggggg", dia cium bibir aku sekilas, dia terus melompat dari katil dan ambil tuala dia lalu terus masuk ke dalam bilik air. Weh nak turun katil pun kena comel ke ish
Tak lama lepastu dia keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala. Shet kenapa dia tak tukar je kat dalam tu do, aku tengok dia aish tadi cute sekarang hot pulak. Dengan rambut basah2 dia tu, abs dia and tattoo2 dia yang buatkan dia nampak lebih hot
Seungyoun macam perasan je aku tengah tengok dia ha sudah dia datang dekat aku. Makin dekat sampai aku terbaring and dia pin aku dekat katil
"Tengok apa dari tadi tu sayang? Tergoda ke dengan aku"
"Eh tak okay", aku menafikannya
"Eleh ingat aku taknampak ke ha? Aku nampak tau sayang. Takpe sabar eh lepas kahwin nanti kita---"
Tak sempat dia habiskan ayat dia aku pukul dada dia kuat
"Jangan nak mengada eh, tumbuk kang baru tahu"
"Ei sayang ni comellah, ni buat aku makin geram ni", dia sengaja dekatkan muka dia dengan aku tiba2
Kuakkk
Pintu bilik aku terbuka dan terpampang lah muka dohyon dekat situ
"Alamak! Wrong timing lagi eh? Hehe mian"
"Hehe takpe dohyon, kenapa masuk bilik noona ni"
"Ouh ha seungwoo hyung suruh panggil turun bawah breakfast, dorang dah masak tadi"
"Ouh okayy, kejap lagi noona dengan hyung turun okay"
"Okay", dohyon terus turun bawah. Aku pandang seungyoun, dia buat peace dekat aku
"Ish cepatlah pakai baju tu", dia terus pakai baju. Dah siap semua, kitorang turun sama sama dengan gelak tawa
"See, kan eunsang dah cakap. Bakal ada sweet couple dalam rumah ni. Ha dah jadi dah", kata eunsang sebaik sahaja kitorang duduk di meja makan
"Ehek, masin mulut kau eunsang", eh bangga pulak si seungyoun ni
"Gaiss kejap lagi jieun sampai gaiss, katanya nak celebrate finally seungra ada boyfriend", kata wooseok
"Tak guna punya jieun, mentang2 aku ada boyfriend lambat sikit dari dia ei"
Tiba2 loceng berbunyi, wooseok terus berlari and ofcourse its jieunnnnn. Jieun terus datang dekat aku and dia peluk aku
"Congrats chinguku sayang! Finally kau dapat rasa bahagianya bercinta"
"Amboi2 kau, kemain eh"
"Hehe ofcourse lah, chingu aku dah ada namchin. Eh seungyoun kau jaga dia elok2 eh, kau lukakan hati dia ha aku buat lagi teruk nanti. Faham?", wow jarang2 jieun caring ni ehek
"Kau jangan risau okay? Aku akan jaga seungra lebih dari nyawa aku sendiri"
"Bagus2, btw seungra kau nak celebrate kat mana? Jom aku bawak"
"Amboi2 kau, aku tahu lah kau ada boyfriend dulu sebelum aku. Tapi kau ingat eh kalau aku tak kenalkan dorang ni dekat kau ha kau tak kenal tau siapa namchin kau sekarang"
"Hehe okaylah gumawo my chingu uhuk", dia memeluk aku
"Dah lah jom makan sekali", dia terus ambil tempat duduk sebelah wooseok
Makan makan makan makan makan
"Ish kau ni, makan kimbap pun comot ke sayang", bapak klishenya makan comot2. Aku boleh terima seungyoun lap hujung bibir aku untuk hilangkan comot tu. Masalahnya sekarang dia bukan buat pakai tangan wehh dia buat pakai bibir dia! Shet lah dia ni depan bebudak ni aduuu
"Kau ni aku boleh buat sendiri lah", aku pukul bahu dia perlahan
"Biar lah, makan lah comot lagi. Nak buat lagi ni", dan dengan itu, serta merta kepala seungyoun diketuk dengan sudu oleh seungwoo
"Kau jangan mengada ngada eh seungyoun. Tak nampak budak2 bawah umur ni dekat sini?"
"Alah hyung ni, orang gurau je", pale hotak dia gurau. Ei nasib sayang tauu
"So guys, lepasni kita kena get ready tau nak keluar dari rumah ni", kata seungwoo tiba2.
"Kenapa pulak?", aku tanya sebab kenapa tiba2 nak keluar dari rumah ni?
"Yelah kalau nanti seungyoun dengan seungra kahwin, takkan kitorang still nak duduk sini? Korang mesti nak privacy kan, kitorang ni menumpang je dekat sini seungra oi", alah weh asal tetiba aku rasa sedih ni hm
"Alah noona, nanti kalau noona rindu kitorang, noona call je lah nanti kitorang terus datang sini. Lagipun selalunya lepas habis sekolah kan kitorang gi butik noona", kata minhee huwaaa aku kalau boleh taknak lah dorang pergi kan tapi nak buat macam mana ada betul juga apa yang dorang cakap tu hm bye penumpang2 yang paling ku sayang hiks
2 bulan kemudian
Aku dan seungyoun telah selamat dikahwinkan. Yelah tunggu lelama pun buat apa kan? Dah duduk serumah tu tak elok lah nanti apa pulak orang kata tak kahwin lagi tapi duduk sekali
Yang lain dah pindah keluar and rumah dorang tak jauh pun dari sini, 5 minit dah sampai. Jieun dengan wooseok pula dah kahwin awal 3 minggu dari kitorang
Aku berdiri dekat tepi kolam ni sambil menikmati udara malam, tiba2 aku rasa ada tangan yang melingkar dekat pinggang aku. Tak lain tak bukan seungyoun lah tu, dia letak kepala dia dekat bahu aku
"Fikir apa tu sayang hm?", alahai soft je suara dia. Saje nak buat aku cair ke apaa
"Takde apalah, saja fikir. Tak sangka pulak musuh sayang ni jadi husband sayang"
"Tulah kan, kalau tak dulu kita gaduh je kan", kitorang gelak balik bila teringat kisah2 kitorang tu
"Sayang~ jom naik atas", dia ajak aku naik atas. Asal tetiba bulu aku meremang ni wehh. Aku masih kekal statik di situ
"Ish sayang ni kan", dia terus angkat aku cara bridal style. Aku pukul2 bahu dia
"Eh oppaaaa, turun kan sayang. Sayang boleh jalan sendiri lah"
"Taknak"
Dia terus bawa aku masuk dalam bilik, dia letak aku dekat katil dengan hati2. Dia terus on top aku huwaa help mee aku takuttt
"Sayang~", shet dia panggil aku dengan suara yang menggoda gais
"So now tell me, nak berapa anak?", soalan apakah yinii
"Erm sorang cukup kan hehe"
"No no no!", dia goyang2kan jari telunjuk dia depan mata aku
"Tak cukup! Oppa nak ada seungyoun junior 2.0, 3.0, 4.0, 5.0, 6-----"
"Amboi ingat sayang ni kilang ke ha?", aku pukul dada dia perlahan
"Takpelah kilang mengeluarkan barang, sayang mengeluarkan anak-anak oppa"
"Oppa! Ish dia ni kan gatal sungguh lah", aku pukul dada dia lagi sekali. Dia gelak ei main2 pulak dia
Tak lama lepastu dia terus membenamkan bibir dia dekat bibir aku. Aku tak menolak tapi aku hanya membalas, lama kelamaan makin menjadi dan ya kami ----
ha dah biakan dorang sooooo
THE ENDDDDDDDD
Oho, ending tah pape do haih bioler aku tak tahu nak buat ending cemana. Apa apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca, menyapport, mengevote ff yang tak seberapa ini.Walaupun banyak silent readers takpe aku masih appreciate huhu. Aku buat ff ni betul2 untuk mengisi masa lapang aku je hoho saya tak sehebat anda semua sebab tu lah banyak bm kelaut.
Dengan ini, tamatnya bicara aku di atas maka tamatlah sudah cerita ini sekian terima kasih awok2 semuaaa sayang awak semuaaa muahhhh<3
Nah, aku belanja kit gambar abe2 X1 kita
Byeeeeee
See u next timeeeeee
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro