N.I.N.E
seungyoun's pov
Dah hampir 3bulan kitorang menumpang dekat sini, sikit pun seungra tak pernah tunjuk untuk suruh kitorang keluar daripada rumah ni
Dia suka sangat budak2 ni ada dengan dia. Yang lain pun apa lagi dah rumah ni besau seronok ler deme.
Tapi harini seungra demam ya gais dia demam. So semua cam mendap kan dia duduk dalam bilik je tak keluar.
Disebabkan dia tak turun2 dari tadi, aku nak gi panggil dia. Sampai depan pintu bilik dia, aku ketuk pintu bilik dia
"Masuk lah", aku dengar suara lemah dia alahai hatiku tak kuat sis. Aku terus masuk bilik dia okay, ni first time aku masuk bilik dia sumpah bilik dia lawa gila siot
Aku tengok dia tengah baring and berselubung dalam selimut. Aku terus duduk dekat tepi dia and aku tarik selimut tu. Dia pandang aku lepastu dia buat tak tahu. Aku pegang dahi dia
"Mak ai, panas benor badan kau ra. Jom lah aku bawak gi klinik"
"Ei taknak lahh nanti kene cucuk aku takut", laa takut jarum rupanya. Aku tergelak kecil, comel do takut jarum haih
"Ok kalau taknak gi klinik jom turun bawah makan, lepastu makan ubat. Kalau kau terperap je dalam bilik ni bilanya nak sihat? Ingat berselubung macam ni boleh sihat cepat lah ha? Jom turun, dari pagi tadi lagi kau tak makan, semua risau pasal kau", aku start nak bebel dah ni ei degil bebenau adik jin hyung sekoq ni
"Ala aku tak larat lah nak turun", dia merengek alahai wehh jangan lah comel sangat kang aku yang demam chentaaa lak ni
"Tak larat?", aku tanya and dia angguk ha aku apa lagi aku angkat dia cara bridal style and dia agak terkejut
"Ish seungyoun turunkan akuuuuu, aku boleh jalan lahhh", dia pukul2 dada aku hekeleh dia ingat tangan kecik dia tu pukul dada aku ni sakit lah?
"Tadi kata tak larat kan, aku angkat lah kau. Dah duduk diam2, aku bawak gi klinik kang baru tahu", terus dia tak melawan hahahahahaha weh asal cute sangat do taknak gi klinik, cam budak2. Aku turunkan dia dekat sofa
Seungwoo pun buat apa yang aku buat tadi, dia rasa dahi seungra.
"Panas ni seungra, taknak ke gi klinik?", ha kan aku dah agak confirm seungwoo pun ajak gi klinik tapi tulah pompuan ni degil bebeno
"Takyah lah oppa. Karang makan ubat elok lah ni", weh astaga apa yang susah sangat nak gi klinik
"Noona, kalau makin melarat macam mana?", kata eunsang risau
"Noona okaylahh takde apa pun, demam sikit je"
"Banyak lah kau punya sikit, tadi kau berselubung dalam selimut tu sikit lah? Sampai tak larat nak bangun tu sikit? Esok kalau demam kau tak kebah jugak aku angkut kau bawak gi klinik"
"Ish taknak", dia melawan cakap aku ei aku lah dia ni kang
"Takde2 esok tak kebah aku bawak gi klinik, aku tak kira"
"Ish", dia pout. Aku geram betullah tengok dia ni pout ei aku kiss kang
Aku pergi dapur, aku ambil bubur yang aku buat tadi,air masak and ubat2 yang ada dalam peti tu. Sweet kan aku hohoho.
"Nah, makan bubur ni lepastu makan ubat", dia cuba nak makan tapi aku tengok tangan dia alahai lemah betul nak angkat sudu pun lambat. Aku geram so aku rampas sudu tu
"Ish tadi suruh aku makan lepastu kau rampas sudu tu buat apa", dia marah aku tapi suara dia sumpah slow hahahahaha sakit2 pun nak gaduh dengan aku lagi
"Biarlah aku suap kau, nak makan satu suap pun susah bebenau", aku terus ambil mangkuk bubur tu dari dia
"Aaaaaaaaaa", aku halakan sudu tu dekat mulut dia
"Aku bukan budak kecik ah nak layan aku macam tu halah2"
"Biarlah cepat buka mulut aaaaaaa", dia fed up maybe hahahaha dia pun buka mulut and makan. Tak sampai separuh pun lagi bubur tu
"Dah lah weh, aku dah kenyang"
"Kepala hotak anda, baru 5 suap gila"
"Ei aku takde selera lah"
"Okay kalau macam tu makan ubat lak", dia ikut je apa aku cakap kalini, taknak kena bebel ler tuu. Budak2 ni pun pandang aku cam pelik maybe terkejut kot tetiba aku caring hohoho
Dah makan ubat dia baring. Cara dia baring tu astaga sumpah comel huwaaa
[seungra pakai tshirt lengan panjang okay]
"Noona sejuk ke?", tanya dongpyo dan seungra hanya mengangguk kecil
"Hm takde selimut lak kat bawah ni, hyung gi lah ambil selimut untuk noona", dohyon mengarah aku eh eh budak ni sukati nak arah aku
"Takpayah, kalau selimut kang makin panas lah demam noona korang tu ha biarkan dia mcm tu"
"Kejamnya hyung ni ei", minhee pukul bahu aku eh eh budak ni
So gais sebab aku kesian dekat dia and aku tak sanggup lagi tengok seungra kesejukan di situ, aku end up bawak turun selimut and selimutkan dia.
Malam menjelma, seungra masih lena lagi kat atas sofa tu so aku angkat dia bawak masuk dalam bilik dia and aku baringkan dia. Aku selak sikit rambut yang menutupi wajah dia.
"Tidur pun cantik", ya itu yang keluar dari mulut aku. Serius aku tak tipu, dia masih nampak cantik and cute walaupun tengah tidur. Aku belai2 sikit rambut dia, aku tak pernah buat dekat perempuan macam ni.
Dia adalah first perempuan yang aku buat macam ni and maybe boleh jadi yang last jugak?
end seungyoun's pov
.
.
.
seungra's pov
Pada pagi yang tak berapa nak indah ni haih memang tak indah lah aku demam. Aku bangun and ofc aku terkejut macam mana aku boleh ada atas katil dalam bilik aku? Yelah setahu aku semalam aku tidur dekat bawah
Oh okay aku dah tahuu mesti seungyoun angkat aku bawak masuk bilik, aku tahu dah ha dia je yang selalu angkat2 aku. Ei sukati dia je tapi aku suka ahaks
Guess what? Demam aku tak kebah lagi huwaaaa confirm kejap lagi seungyoun masuk dia paksa aku pergi klinik. Disebabkan tu aku cepat2 pergi mandi and aku turun bawah buat macam takde pape tapi tu lah hakikatnya aku jalan pun tak betul haih sampai si eunsang tu kena pimpin aku lah nak duduk pun
"Noona ni okay ke tak?", tanya hangyul yang tengah syok tengok drama dekat tv tu dengan yohan
"Noona okay je", asal suara aku lemah sangat do
Seungyoun turun and dia nampak aku so dia pergi drkat aku and dia pegang dahi aku
"Ha panas sama macam semalam dah jom pergi klinik", weh huwaaa aku taknak kena cucuk weh aku takleh do dengan jarum2 ni aduu
"Ei aku taknak lah, aku okay", aku cuba sedaya upaya aku untuk tidak pergi ke klinik
"Banyak lah kau punya okay, kau ingat aku tak nampak kau jalan tadi macam mana? Terhuyung hayang macam orang mabuk, okay lah tu?", ha kantoi ah usha aku ish
"Alaaa pleaseeeee aku tak nakkk", aku buat muka comel secomel comelnya dekat dia
"Kau ingat kau comel aku terpedaya lah? Dah takde2 jom pergi klinik"
"Alahhh pleaseee taknakkk"
tiba2
TING TONG!
"Dongpyo ah tolong buka pintu kejap", aku meminta tolong dongpyo memandangkan dia sorang je yang baru keluar daripada dapur
"Okay", dia pergi buka pintu and "Wooseok hyungggg!!! Awek hyung datang!!!!", wooseok apa lagi terus berlari pergi depan pintu
"Kenapa tak cakap nak datang? Saya tak mandi lagi tauu", aku lah wooseok ni kang
"Hahahaha apa lah awak ni, pergi lah mandi. Saya datang nak tengok seungra bukannya nak tengok awak", ohyess padan muka kau wooseok
"Alah saya pun sakit jugak tau, ha sakit menahan rindu dekat awak"
"Hyung, stop boleh tak? Geli lah", yeahh itu dia chajunho. Bagus2
Wooseok menjeling junho. Jieun pula terus masuk dalam rumah aku and menuju ke arah aku. Dia pegang dahi aku aduhai dari semlam orang duk pegang dahi aku
"Panasnya badan kau ra. Pergi lah klinik. Kau tu demam dah lah susah nak kebah. Korang takde ke nak bawa yeoja sekoq ni gi klinik? Oh ya aku tahu aku tahu mesti dia taknak kan? Kau ni kenapa ha? Dah tua2 ni pun takut dengan jarum lagi? Eh bukan semua penyakit lah kena cucuk. Kau rilek sudah lah demam je kan nanti dia check2 kau sikit dia bagi ubat kau balik lah. Bukannya nak buat operation pun"
Hm semalam kena bebel dengan seungyoun. Harini kena bebel dengan jieun aduhai aku tak tahu lah kalau jin ada sekali mahu dia bebel lagi kat aku tu haih
"Alah aku taknak"
"Takde2 kalini kau kena pergi jugak, aku tak kira. Seungyoun, kau bawak pompuan ni pergi klinik sekarang"
"Ha jom seungra, kau jangan nak degil lagi jom", dia tarik tangan aku huwaaa aku taknak
"Kau ni memang mengada kan? Okay fine kalau kau taknak gi klinik ha malam ni aku tidur dengan kau, nak macam tu?", aku lah eii dia ni suka ugut2 macam tu tau
"Ei taknak lah macam tu!"
"Ha kalau taknak jom pi klinik, aku kiss kang baru tahu", kenapa dia mesti ugut aku dengan kiss? Ei aku lah, so aku terpaksa juga lah pergi klinik hm
"Jap jap pakai macam ni je?"
"Yelah, nak pergi klinik je pun bukannya nak pergi mall. Dah jom", aku ikut je lah si seungyoun ni ha
Aku pakai hoodie warna biru pastel and seluar tracksuit hitam, seungyoun pula dia pakai tshirt lengan pendek bewarna hitam and seluar tracksuit hitam.
Dah masuk kereta, seungyoun terus drive dan menuju ke klinik.
end sungra's pov
.
.
.
.
.
.
TBC
Aku nak cakap yang aku bosan tu je okay bye
[✓]Votement
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro