Bab 37❄💫
🌼
"Jimin! Jimin!"
Sebaik saja Jimin melangkah keluar dari kamar mandi, terus saja Areum menarik lengan lelaki itu lalu didudukkan atas katil. Jadi ditundingkan pada laptop yang sedeng menyala.
"Kenapa?"
"Saya nak print out kertas kerja ni, tapi tapi macam mana nak arrange page tu supaya melintang? Dah hampir sejam saya duduk depan laptop ni, tapi tak dapat- dapat. Awak tolong saya boleh?" Pinta Areum seraya bibirnya memuncung. Jimin mengerutkan dahi, dia jeling laptop Areum sekilas sebelum pandang Areum balik.
"Aku dapat apa kalau aku tolong kau?" Tanya Jimin, sengaja mahu main- main dengan sang isteri.
"Err.. alah awak minta jelah apa yang awak nak, janji awak tolong saya.." kata Areum, dia menggosok tapak tangannya. Jimin sedikit terpesona, dia gelengkan kepalanya sekejap sebelum menoleh mendapatkan laptop milik Areum.
"Yang mana satu?"
"Yang ni.." tunjuk Areum pada excel penyata pendapatan untuk gaji pekerja berwarna kuning putih itu. Jimin mengangguk perlahan.
"Mula- mula tekan yang ni.."
"Lepas tu yang ni"
"Last tekan ni, okay, lepas tu.. done!" Kata Jimin.
Areum mengelip- ngelipkan matanya sebelum tersenyum lebar.
"Wah! Thank you, my husband!!" Kata Areum sebelum leher Jimin dipeluknya. Dia leraikan pelukan sebelum laptopnya diambil dari riba Jimin. Areum duduk bersila diatas katil. Jimin masih kekal di posisi yang sama sambil memerhati Areum yang sedang fokus dengan kerjanya.
Jimin mengesot merapati Areum, dagunya diletakkan diatas bahu Areum. Sikit pun Areum tidak terkesan dengan kehadiran Jimin.
"So.. mana balasan aku?" Bisik Jimin, Areum terdiam sekejap.
"Lahh, tunggu balasan ke? Mochi saya ni nak apa?"
"Kalau aku cakap aku nak kau.. kau tetap nak berikan apa yang aku nak?" Bisik Jimin. Areum terdiam. Dia putarkan tubuh perlahan agar mereka berpandangan.
"Se- sekarang?"
"Ya, sekarang" jawab Jimin. Areum ketap bibir, dia sentuh tapak tangan Jimin lalu tepuk perlahan.
"Bukan saya tak nak-"
Belum pun Areum sempat menyudahi kata- katanya, Jimin sudah menyentuh leher Areum lalu menarik wajah gadis itu hingga jarak mereka menjadi rapat. Beberapa inci saja dan jika salah satu antara mereka bergerak, maka akan ada sentuhan yang berlaku.
"Jimin.."
"I want some kiss" bisik Jimin, sebelum dia kecup bibir Areum lembut. Lama Jimin berbuat begitu sampai akhirnya Areum sendiri yang terpaksa meleraikannya.
"Saya.. sambung buat kerja eah?"
Jimin sengih kecil sebelum dia tekup pipi Areum, buatkan bibir gadis itu memuncung.
"Tulah, jangan comel sangat. Haih, nasiblah banyak kerja, kalau tak kena babap oleh aku." Kata Jimin, untuk ke sekian lagi, bibir Areum dikecupnya.
"Ahh yalah! Sa- saya sambung buat kerja balik. Awak tidurlah dulu, nanti saya tutup lampu" cepat-cepat Areum menukar topik sebelum menepuk pipinya sendiri berulang- ulang kali mahu mendapatkan semula fokusnya.
"Areum.."
"Eum?" Areum mula menaip untuk menyiapkan kertas kerjanya. Jimin menyentuh rambut hitam Areum sebelum mencium kepala gadis itu.
"Play with me.."
"Play what? Saya nak siapkan kerja ni Jimin. Nantilah kita cuddle.."
"Aku tak cakap pun nak cuddle. Kau nak cuddle dengan aku?" Jimin berbisik perlahan. Lengannya melingkar erat di pinggang gadis itu. Jimin menyembamkan wajahnya di leher gadis itu. Areum mendiamkan diri, dia tetap meneruskan kerja- kerja menaip dan sedaya upaya menghiraukan Jimin.
Sementara je, wokay?
"Tak nak cuddle dengan aku?"
"Jimin.. saya kena siapkan kerja ni dulu, esok kena hantar soft copy pada Teacher Fong. Dia kena check sebelum semakan pertama-"
Sebelum sempat Areum menghabiskan ayatnya. Jimin sudah menolak tubuh gadis itu perlahan hingga terbaring atas katil. Jimin meletakkan tapak tangannya, di atas bahu Areum.
"Can.. I have you tonight?"
"Jimin.."
Cup!
"Sekarang boleh?" Soal Jimin selepas meleraikan ciuman. Areum kemam bibir, dia menggeleng kecil sebelum Jimin mengecup bibirnya sekali lagi.
"Jimin.. no-"
"I said I want you tonight" kata Jimin perlahan. Areum mengigit bawah bibir, sekali lagi kepalanya digelengkan. Jimin diamkan diri, dia mengeluh kecil sebelum jarakkan diri dan duduk bersila atas katil.
"Okayy.. saya berhenti"
"Jimin, bukan saya tak nak. Awak nampak kerja saya ni? Banyak!"
"Yalah, aku tak kacau" celah Jimin, dia raup rambutnya kebelakang sebelum baringkan tubuh, membelakangi Areum.
"Marah?"
"Taklah, mana ada marah.." jawab Jimin. Areum rasa bersalah, dia cuit belakang badan Jimin dengan jarinya.
"Pergilah sambung buat kerja, nanti tak siap"
"Tapi macam mana dengan awak?"
"Aku dah biasa kena tolak-"
"Jimin.." tegur Areum. Kalau Jimin cakap dia dah biasa kena tolak, Areum lagi teruk. Banyak gila dia kena tolak dengan crush! Hisy.
"Okay, saya tinggalkan kerja saya sekarang." Kata Areum, dia merapat, memeluk pinggang Jimin.
"Pergilah buat kerja, tadi nak buat sangat, kan?"
"Heum.."
"Areum.."
"Saya sayang awak, Jimin. Sayang sangat- sangat" bisik Areum, Jimin yang mendengar terus tersenyum lebar. Dia putarkan tubuh, menarik Areum kedalam pelukannya erat.
"Syhh.. tidurlah. Bukan aku tak nak kau buat kerja, tapi jam dah naik pukul 10 malam, esok boleh sambung, kan?"
"Em.."
"Tidurlah, sayang.."
.
.
weww!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro