Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19❄💫

🌼

"Woo ada orang nak pergi honeymoon bulan depanlah" Suara gemersik Yoora buat aku rasa macam nak telan dia sekarang. Aku siku perut dia buatkan Yoora tergelak kuat.

"Boleh tak jangan cakap kuat- kuat? Orang dengar nanti susahlah!" Kata aku pada Yoora. Dia hanya ketawa seraya menghirup milky tea pearl dari Golden fish. Areum mencebikkan bibir, beg sandang di buka lalu smartphone- nya dicapai. Ada sejam setengah lagi sebelum kelas account bermula, so dia masih ada masa untuk menghirup udara segar di taman.

"Wehh kau honeymoon nanti suami kau bawa kau pergi mana? Dubai ke?"

"Taklah, dia bawa pergi maldives je" jawab Areum lalu dengan tenang dia melabuhkan punggung di kerusi batu di tepi jalan kaki tersebut. Yoora ikut mengambil tempat disamping Areum.

"Maldives?! Wehh itu tempat yang dah lama aku idam nak pergi! Ya tuhan! Best nya!" Yoora menepuk- nepuk lengan aku kuat buatkan aku meringis sakit.

Yoora mencebikkan bibir, dia cemburu sekejap. Dia dah lama pasang niat nak pergi maldives, tapi nampaknya Areum terlebih dahulu menjejakkan kaki disana. Biarlah, rezeki orang tak sama.

"Alahh, kau ajaklah Rayyan kahwin. Lepas tu kau ajak dia honeymoon kat maldives. Haa kan best tu!"

"Best kau kata, Rayyan mana dia nak ajak aku kahwin selagi dia tak habis lagi belajar. Kau untunglah, Jimin tu dah matang! Hisy!" Yoora mengemam bibir lalu menyedut minumannya. Areum hanya ketawa, sematang- matangnya seorang Jimin pun, suka sangat buat orang broken!

"Excuse me, are you Jung Areum?"

Serentak kedua tenuk tersebut mendongak memandang tuan empunya suara yang menegur mereka tadi. Dihadapannya, ada seorang wanita dengan gaya dan pakaian yang sedikit elegent.

"Err, ya saya" Areum menjawab. Wanita dihadapannya mengukir senyum kecil, dia mengipas wajahnya dengan kipas cina berwarna merah sebelum berkata;

"I nak cakap dengan you seperkara. Kalau boleh I nak you sorang je, you dengan i. Kita berdua" katanya seraya menekankan perkataan berdua buatkan Yoora cepat- cepat sedar lalu segera dia berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.

"By the way, I Juliet Shan. Bekas tunang Jimin" kata Juliet seraya tersengih kecil. Areum tersentak. Suara seakan tersekat di kerongkong. Setahu dia, Jimin tak pernah bertunang.

"Dan disebabkan you, I tak jadi nak kahwin dengan Jimin. Majlis kahwin aturan keluarga Jimin tu sepatutnya berpengantin perempuan kan I, bukan you! So, you tu hanya pengganti saja untuk tutup lubang yang bocor!" Juliet menengking. Areum kelu, dia tak pasti dia kena percayakan Juliet? Perempuan yang entah dari mana ni?

"Apa maksud you?"

"You tak faham? Pernah ke Jimin sentuh you? Pernah ke Jimin ungkap kata sayang pada you even sepatah? Tak pernah kan? Sebab dia masih cintakan I, bukan you!"

"Jimin bukan lelaki murahan nak ucap kata sayang kepada perempuan yang dia baru kenal-"

"So? You tunggu apa lagi? Mintalah cerai dari dia"

Areum terdiam. Hatinya terguris dengan kata- kata wanita itu. Memang benar, sedikit sebanyak yang apa yang wanita itu kata memang ada benarnya. Jimin tak pernah sentuh dia, itu benar. Jimin tak sayang dia,

Itupun benar.

"So, you nak fikir apa lagi? Serahkan Jimin pada I, dia akan bahagia."

"Diamlah, perempuan kening cukur! Cis, dah tepilah! I nak masuk kelas!" Areum menepis Juliet sebelum melangkah untuk masuk kedalam kelas dengan hati yang membara panas.

Hisy!

🌼

+Tak payah masak, hari ni aku makan luar dengan klien

"Keluar makan dengan klien konon! Bila aku ajak makan malam berdua tak nak pulak! Dasar Jimin pendek!" Areum mengutuk Jimin sementara dia melipat pakaian.

"Hisy, geram ni geram!"

Areum mencampak baju Jimin kedalam raga selepas dia melipatnya dengan lipatan yang tidak kemas. Kalau boleh, mahu je dia keronyok baju Jimin tu, nak redakan hati dia yang panas. Nasiblah mama dah balik petang tadi, kalau tak, habis ditembak kita- eich.

Selesai melipat pakaian, Areum susun dalam almari pakaian sebelum dia melangkah turun untuk minum susu. Peti sejuk dibuka, satu kotak susu everyday dikeluarkan dari peti sejuk. Saat itu dia terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah.

Jimin dah balik!

"Areum, sorry tak dapat makan malam sama- sama" kata Jimin. Areum tidak mengucapkan apa- apa. Hanya berdehem sebelum dia bergerak menjauh dari Jimin.

"Hey, tadi ada sesiapa datang jumpa kau tak?"

"Ada kot, bakal isteri awak dan madu saya" kata Areum lalu mengetap bibir. Mahu je dia tengking Jimin sekarang ni.

"Hah? Madu kau? Aik? Aku tak plan nak kahwin lain lagi"

Areum mendiamkan diri. Langkahnya terhenti bila Jimin berkata sesuatu dengan nada lembut.

"Siapa jumpa kau tadi?"

"Kan saya dah cakap! Bakal isteri awak!" Kata aku menengking dia tanpa sengaja dan tak semena- mena tubuh aku berputar menghadap dia. Terasa seperti diri aku disimbah dengan air sebaik terpandang anak mata redup milik Jimin. Dia sentuh lengan aku.

"Tell me, who hurt you?"

"Tak ada sesiapa. Dahlah saya nak naik atas-"

"Juliet?"

Areum mendiamkan diri. Terdengar nama itu je dah buat hati dia rasa nak menyembur api. Nak aku jadi naga kot!

"Betullah, dia datang jumpa kau. Dia nak apa?"

"Dia nak awak. Awak pergilah balik dekat dia. Dia claim awak dia punya dan kononnya sekarang saya tengah rampas awak" kata aku, aku cuba lepaskan pegangan tangan dia dari lengan aku, tapi makin aku cuba lepaskan, makin dia eratkan pegangan.

Bukan setakat tangan, dengan badan- badan aku sekali dia tarik rapat dengan dia.

"Betul ni nak aku balik pada dia semula?" Bisik Jimin. Aku terdiam, kata- katanya berhasil buatkan aku diam tak bersuara. Aku, aku rasa sakit hati. Aku rasa tak sanggup.

Jujur aku cakap, yang tadi hanyalah kata- kata rajuk aku yang datang tak tulus dari hati.

"Areum.. kau izinkan aku-"

"Jimin.."

Areum mengemam bibir. Tubir matanya sudah basah akibat air mata. Jimin hanya mendiamkan diri.

"Saya tak izinkan! Langsung tak izinkan! Awak saya punya! Awak suami saya! Hanya milik saya seorang!" Areum berkata lantang sebelum memeluk tubuh Jimin, erat dan menangis di dada lelaki itu.

"Areum.."

"Huaaa saya tak sanggup!"

Jimin mengusap belakang badan Areum yang dah menangis teruk tu.

Ha tulah, tadi nak sangat!

.

.

To be continue..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro