Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Start

"EUGHH" Jeonghan memekik sekuat hati lantaran kebosanan. Dia mengeliat sedikit ke kiri dan ke kanan. Tidak ambil endah dengan tatapan pelajar lain.

"Woii agak-agak ahh! Orang tengah belajar ni" S.coups yang duduk di barisan belakang Jeonghan berkata. Dia membaling pemadam hitamnya mengenai kepala Jeonghan. Menyebabkan pemuda cantik itu berpaling ke belakang.

"Ohh yeke belajar" Jeonghan membalas dengan nada mengejek. S.coups yang mendengarnya terasa ingin menarik rambut panjang Jeonghan sehingga botak. Mujurlah guru masih ada di dalam kelas, kalau tak tahu lah nasib seorang Yoon Jeonghan nanti.

"Yoon.. Bila cikgu ajar 1+1 jadi you and I together forever ni" Joshua berkelip-kelip memandang buku latihan Jeonghan. Namja seorang ini memang tidak pernah berubah.

Dari tingkatan satu lagi sehingga sekolah sudah digelar senior pun begitu lah perangainya. Masih taksub dengan 'baby slave' yang dilayan tak ubah seperti maid. Malahan lebih teruk. Memang sesuai dengan kata slave yag digunakan.

"Dah Ah kau jawab lah senang" Jeonghan menolak bukunya kepada Joshua yang duduk disebelahnya. Dia melipat tanganya keatas meja lalu tidur disela-sela lipatan.

"Apa nak jadi lah ngan kau ni Jeonghan? Penat dah aku ngan si Josh ni nasihat" S.coups berkata pelan supaya tidak didengari guru yang masih petah mengajar dihadapan kelas.

Sudah hampir 5 tahun dia berkawan dengan Jeonghan dan Joshua. Makhluk seorang ini memang banyak kerenahnya. Sebagai seorang kawan semestinya dia ingin Jeonghan berubah ke arah kebaikan walaupun dirinya sendiri tidaklah sebaik mana.

Semua orang melakukan kesalahan bukan?

Diam-diam Joshua dan S.coups sering mendoakan Jeonghan supaya cepat berubah. Sekurang-kurangnya biarlah 'hamba-hamba' itu dihentikan.

Mereka berdua bukannya kesian dengan mangsa-mangsa Jeonghan. Hanya kesian dengan Jeonghan yang lama-kelamaan semakin menjadi-jadi malasnya dan tiada sifat berdikari. Nak jadi apa dia besar nanti?

"YOON JEONGHAN!!  JANGAN TIDUR DALAM KELAS SAYA!!  KELUAR SEKARANG"  suara guru di hadapan mampu membuatkan pelajar kelas tersebut koma selama beberapa bulan. Tapi Jeonghan tidak sedikitpun terganggu. Malahan dia masih tertidur nyenyak sehingga menimbulkan dengkuran-dengkuran halus.

"YOON JEONGHAN GET OUT OF MY CLASS NOW"

"Hannie!!  han!!" Joshua dan S.coups kalut-kalut mengoncang badan Jeonghan. Mereka berdua berkerut habis kerana terlalu cemas. Siapa yang tak takut dengar cikgu mengamuk?

"Uwaghhh good morning" tanpa rasa bersalah Jeonghan menggosok-gosok matanya khas orang baru bangun tidur. Dia tersenyum tipis kepada Joshua yang sudah berpeluh-peluh.

"KEPALA OTAK KAU MORNING!! TU CIKGU DAH MARAH" Amarah S.coups sudah tidak mampu dikawal. Dia menarik Jeonghan supaya bangun berdiri menghadap Cikgu mereka didepan.

Ya S.coups sudah berubah. Dia bukan lagi namja penurut seperti dulu. Jawatan ketua pelajar yang disandangnya menukar personaliti dirinya yang dulu penakut kepada seorang yang berani.

"Erkk nae? " Jeonghan yang dipandang gurunya dengan tatapan singa hanya menjawab acuh tak acuh. Dirinya malas berurusan dengan orang yang dianggap tidak penting ini.

"Lari padang.. 8 pusingan non-stop now"

"Nae~~" tengoklah betapa biadap dalam diam nya Jeonghan. Dia tersenyum selebar yang mungkin kepada gurunya dengan mata yang berbinar-binar gembira. Dengan semangatnya dia berjalan keluar  dari kelas dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam saku seluar.

Guru tersebut mengeluh selepas Jeonghan keluar dari kelas. Dia memandang pemergian Jeonghan dengan bimbang. Takut-takut dia melencong ke tempat lain. Siapa tahu apa yang ada didalam fikiran Jeonghan kan?

Ataupun dia akan membayar seseorang untuk lari untuknya? Mungkin ╮(╯_╰)╭

******************

"DASI RUN RUN RUN" Gembira sungguh Jeonghan di bawah mentari yang terik pagi ini. Terlebih gembiranya dia sehingga berlari-lari sambil melompat ke sana sini.

Mungkin dia seorang sahaja di dunia ini suka didenda. Kenapa? Sebab dia boleh ponteng kelas dan bergembira di padang sekolah. Ditemani hamparan rumput yang menghijau.

"YAHOO AKU GILA WAKAKA" coplah dia gila. Coplah dia tak waras. Yang pasti dia gembira. Setelah penat berlarian, Jeonghan terduduk ditengah padang. Dia mendongak ke atas memandang langit yang ditemani awan-awanan.

Jeonghan tersenyum kecil. Matanya tidak lari dari memandang awan yang kelihatan bergerak. Sesekali menutupi cahaya matahari yang menyinari matanya.

Kadang-kadang Jeonghan terfikir juga sampai bila hidupnya akan terus begini. Membayar insan tidak bersalah untuk dilayan layaknya hamba abdi. Bersikap endah tak endah sahaja dengan teguran rakan-rakan dan guru disekeliling.

Hatinya sentiasa mencari seseorang yang dapat dijadikan tempat mencurahkan kasih sayang. Dia tidak ingin seorang kekasih, hanya seorang sahabat kecil yang dapat membahagiakan hidupnya.

Itu sahaja tak lebih tak kurang. Tapi kenapa dia sering bersikap yang tidak tidak?

"Ermm sunbae?" lamunan panjang Jeonghan terhenti apabila sebuah tangan melambai-lambai dihadapan mukanya. Kesedarannya mula kembali apabila melihat senyuman manis namja dihadapannya.

"Sunbae ok tak ni? Ke dah kena strok haba? Hehehe" gelak tawanya mengundang sesuatu didalam tubuh Jeonghan. Sesuatu didalam sana yang sudah lama tidak dirasai. Sesuatu yang menyebabkan jantung Jeonghan melaju.

Adakah Tuhan mendengar luahan hatinya sebentar tadi? Secepat itukah doanya dimakbulkan?  Adakah ini malaikat utusanNya?

"Nugu.." satu kata dengan suara yang paling lembut keluar dari mulut Jeonghan. Dia tidak berkelip memandang namja yang baru pertama kali dilihatnya ini.

"Eoh? Aku? Lee Chan imnida!" figura dengan senyuman paling memukau ini duduk bersila di depan Jeonghan. Rambut hitamnya berterbangan mengikut tiupan angin.

Senyuman tidak lekang dari mukanya sehingga menimbulkan eyesmile yang paling indah Jeonghan pernah lihat. Aura keceriaan yang keluar darinya membuatkan Jeonghan turut tersenyum.

'Kyeopta' hanya kata ini bermain dalam fikiran Jeonghan. Figura ini terlalu indah untuk diabaikan. Buat pertama kali Jeonghan suka didekati seseorang. Baru pertama kali dia tidak mahu masa berlalu pergi.

"Sunbae? Wae? " Chan berkerut memandang sunbae nya yang dari tadi menatap dirinya tanpa berkelip. Ada yang salah kah dengan pakaiannya? Atau ada yang tidak kena dengan mukanya? Semuanya hanya sebuah retoris didalam hati Chan.

"Ahh andwae" lagi-lagi Jeonghan berucap pendek. Masih terpegun dengan keindahan ciptaan tuhan didepannya.

'Aegi ya'

*******************
REPUB

Tbc

GotNoFeel_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro