Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Lets end it now

"Chanie~ pergi la sekolah.. Kenapa tak nak pergi?"

"Eomma~ tak nak!!"

Suara keluhan kedengaran pelan. Eomma Lee Chan ataupun Mrs.Lee hanya mampu mengeluh dan menatap pintu bilik Dino dengan tatapan memohon. Anaknya seorang ini sudah seminggu berubah.

Ya berubah dengan sangat dramatis. Dino yang dulu periang bak bunga mekar di taman kini sudah layu. Segala keindahannya tiba-tiba luntur begitu sahaja.

Mrs.Lee sendiri tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk memujuk Dino. Dino lebih suka bersendirian di dalam biliknya dan mengelak daripada Jeonghan yang sering ke rumah.

Entah apa yang telah terjadi di sekolah sehingga Dino bertekad untuk bersembunyi di dalam biliknya.

"Eomma?" selepas dirasa eomma nya sudah pergi, Dino membuka pintu biliknya dan turun ke dapur. Seperti biasa, sarapan paginya sudah terhidang cantik di atas meja makan. Tanpa menungu lama, cepat-cepat Dino melahap makanan di depannya.

"Waeyo? Roti waeyo?!!! " Dino membaling roti Bakar di tangannya ke atas lantai. Dia kemudiannya menendang roti tersebut menjauh. Melepaskan semua rasa kesesalan yang selama ini dialami.

Beberapa hari ini dia merasa sesuatu yang baru pernah dialami seumur hidupnya. Marah, sedih, takut. Semuanya saling bertindih sehingga bertukar menjadi air mata.

Hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaannya. Sebanyak mana air mata yang telah tumpah bagi menghapus segala perasaan. Sekuat mana dirinya cuba bertahan.

Sejujurnya Dino mahu ke sekolah. Dia bukannya susuk pengecut yang suka bersembunyi. Dia bukannya pengecut yang menangis ketakutan seorang diri. Dia bukan pengecut!

Hanyalah dirinya lemah. Lemah melihat semua kekasaran dan kekejaman yang selama ini berlaku di belakang dirinya. Hidupnya diselubungi penipuan. Segala senyuman dan kasih Jeonghan palsu. Dirinya di ibaratkan mainan yang mungkin suatu hari nanti dibuang.

"Jeonghan wae? Wae??!!  Perlu ke kau jadi jahat macam tu??! Tak cukup ke harta kau ada sampai nak buli orang??!!" tanpa sedar Dino mencengkam gelas di tangannya. Matanya sudah merah menahan air mata. Dia mengigit bibir bawahnya sehingga pecah mengeluarkan cairan pekat.

"Channie.."

Mendengar seseorang memanggilnya, Dino berpaling ke arah pintu masuk. Kalau boleh Dino ingin segera bersembunyi. Kenapa dari ribuan manusia dia terjebak dengan Jeonghan? Kenapa dia melayan sangat baik tapi sangat kejam dengan yang lain? Kenapa iris indah itu membuatkan dia luluh? Kenapa..

"CHAN SIAPA??!! AKU BUKAN CHAN!! KELUAR DARI RUMAH AKU!!" Dino memekik sekuat hati. Dia cuba berpura-pura tegar didepan Jeonghan yang kaku di depan pintu masuk.

"Chan Ah.. Hyung nak minta maaf.. Chan ahh mianhaeyo" bulir air mata mengalir tanpa halangan di pipi Jeonghan. Dia berluntut didepan Dino dengan isakan pelan.

"Hyung buat apa kat Dino sampai nak minta maaf? Ada Dino luka? Ada Dino sakit?! YANG SAKIT TU ORANG YANG HYUNG BULI!! BUKAN DINO!!  KENAPA DENGAN HYUNG NI??!!  KENAPA??!! "

"Dino ya~ hyung sedar hyung salah.. Hyung akan berhenti but please jangan tinggalkan hyung.."

Hati Dino perih. Perih melihat susuk yang dikagumi sebenarnya sejahat syaitan. Apa yang seronoknya membuli? Apa yang seronoknya membuat orang terseksa? Terluka? Sakit? Apa? Apa kepuasan yang dia dapat? Apa?!

"Hyung janji?"

"Nae Dino asalkan Dino tak tinggal kan hyung"

Perlahan Jeonghan dapat merasakan kehangatan. Sesuatu yang hilang di dalam hatinya tiba-tiba sahaja muncul kembali. Kehangatan itu. Kebahagiaan yang sudah lama menghilang. Dino memeluk dirinya tanpa kebencian. Dino terisak di sisinya tanpa ketakutan. Dia dipercayai. Dia disayangi.

Jadi apa lagi dia perlu selain seorang malaikat kecil di dunia ini?

Jawapannya Ialah kebahagiaan. Hiduplah dengan kebahagiaan walaupun penuh dengan dugaan.

*******************

"Mingyu kau okey?"

Wonwoo mengambil tempat bersebelahan Mingyu. Namja itu tadinya menghilang dan tahu-tahu sahaja berada di taman belakang sekolah. Mereka berdua bersila beralaskan hamparan rumput segar yang menghijau.

"Hyung kau tahu tak?"

"Tahu apa pulak?"

Wonwoo mengalihkan pandangan memandang Mingyu yang tersenyum manis. Dia sepertinya terhanyut dibalik keindahan bunga-bunga yang ada di taman tersebut. Matanya memancarkan sinar kebahagiaan.

"Orang jahat pun ada perasaan jugak"

"Kau dah kenapa? Senget semacam aku tengok! Wei Kim Mingyu!! Jangan senyum macam tu la!! Seram aku tengok" Satu tumbukan melayang di muka Mingyu sehingga namja itu terguling memegang pipinya. Dia memekik kesakitan. Pipinya terasa sudah bengkak akibat tumbukan superhebat Wonwoo.

"Haaa main lagi dengan aku kan dah kena~"

"Cih,  bukan aku nak rogol dia pun"

"APA KAU CAKAP??!!" Wonwoo segera menerkam Mingyu. Dia menggeletek Mingyu tanpa belas kasihan.

Mingyu yang tidak terima diperlakukan seperi budak kecil berbalik menindih Wonwoo. Dia tersenyum seram dan mula melancarkan serangan balas.

"YAAA HAHAHAHAHA LEPASKAN AKU!!  KIM HAHAHA"

"RASAKAN HYUNG HAHAHA"

Terlalu sibuk begelak tawa sehingga mereka berdua tidak sedar dengan kehadiran sepasang manusia yang bermata sepet. "Ehem amboi bahagianya hidup"

"HYUNG AKU DAH BERKAWAN BALIK DENGAN JEONGHAN HAYOOO!!!!" bukannya berhenti, Mingyu semakin kuat menggeletek Wonwoo dan tersenyum bahagia. Wonwoo pula hanya mampu meronta-ronta sambil ketawa dan meminta dilepaskan.

Woozi dan Hoshi? Well makhluk dua ekor ini memasang wajah datar. Meluat dengan kegiatan 'sweet' di depan mereka.

*******************

Long time not see and bye

GotNoFeel_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro