Friend or Foe?
Bukan semua hubungan bermula dengan baik. Bukan semua pengakhiran berakhir dengan senyuman. Di antara keduanya pasti ada tanda tanya.
Jadi tak hairan lah perbalahan kecil berlaku di sela perjalanan hidup. Biarkan segala perasaan menentukan hubungan kita. Barulah kita tahu erti sebenar persahabatan.
Boleh dikatakan sekarang kelas senior itu dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan YoonJeonghan Vs Kumpulan Soonhoon. Keduanya saling menatap tajam mata pasukan lawan dengan hati yang membara.
Kumpulan ikan josh? Siapa nak join? -Joshua
"Tak padan dengan kecik kau ni"
"Hati busuk 'cheonsa' ni"
"Woahhh dah hyung jom" Woozi segera ditarik oleh Dino menjauh sebelum kedua mereka; Jeonghan dan Woozi mencakari muka masing-masing.
"Eohh? Dino!!" melihat malaikat kecilnya pergi membuatkan hati Jeonghan sedikit perih. Lagi-lagi apabila Dino kelihatan amat rapat dengan Woozi dan Hoshi. Segera dia menjerit memanggil nama Dino sebelum mereka semua betul-betul hilang dari pandangan.
"Nae sunbae-nim? " hati Jeonghan sedikit terhiris dengan panggilan formal tersebut. Dia tersenyum kekok berusaha tidak menunjukkan wajah kecewanya.
"Panggil aku Jeonghan hyung nae Dino?" Dino mengangguk kecil dengan wajah yang tertanya-tanya. Jadi ini lah orang yang mencarinya? Susuk yang juga dicari selepas kejadian kelmarin?
Jadi namanya Yoon Jeonghan. Susuk indah dengan nama yang indah. Kedua mata bulatnya yang memancarkan keindahan. Senyuman dengan aura yang mampu menyejukkan jiwa. Suara merdunya yang melembutkan hati. Figura yang betul-betul diibaratkan sebagai malaikat.
Ya malaikat. Malaikat pencabut nyawa :') opss-----
"Dino tak payah!! Dia ni merosakkan akhlak ada lah!! Kau jangan nak bergaul dengan makhluk sombong ni! Jom!!" Woozi berkata lancang. Dia segera beredar dari situ diikuti Hoshi yang menarik Dino bersama.
"Vernon bye~" anak mata Vernon mengikut sahabatnya yang berjalan keluar dari kelas yang mereka duduki. Oh baru dia ingat. Kelas!
"Uhmm Coups hyung aku kena masuk kelas ni.. Dah lewat" turut tersedar dari keheningan yang panjang, S.coups menangguk. Vernon memberikan tunduk hormat terlebih dahulu dan berjalan keluar berusaha menyamakan langkah dengan Seungkwan.
"Honey ya~ baby kena masuk kelas jugak ni~" Jun alias baby slave Jeonghan memeluk lengan namja itu. Dia tersenyum semanis mungkin supaya dapat dilepaskan pergi.
"No" Jun mencebik mendengarkan satu perkataan dari Jeonghan itu. Matanya menunjukkan kesedihan yang dibuat-buat. Dia semakin bermanja-manja di lengan Jeonghan.
"CIKGU TERBANG!!"
"MANA?!!!"
"tipu je" oh sungguh random kata-kata Joshua pagi ini. Rasanya mahu sahaja melayangkan kerusi meja ke muka ikan nya.
"Ok lah baby.. Jumpa lunch hour bye!"
"YESS BYE JEONGCHEOLSOO"
Jeonghan dan Joshua hum ( ͡° ͜ʖ ͡°) -S.coups
*****************
"Hyung memang berdendam dengan Jeonghan hyung ke?" tanda tanya Dini berjaya dilempar keluar. Mereka semua sudah kembali bergabung dalam kumpulan orientasi sekolah.
"Dendam tu tak lah. Cuma malas lah nak layan dia" Hoshi yang kebetulan berada di sisi Dino menjawab. Matanya memandang ke hadapan. Lebih tepatnya ke atas pentas di mana beberapa pelajar lain sedang berucap.
"Ohh wae? Dia baik aku tengok" bukannya mendengar penjelasan didepan. Dino lebih sibuk bertanya kepada Hoshi. Buku catatan di tangannya penuh dengan coretan abstrak.
"Kau belum kenal dia lagi Dino. Dia tu devil sama dengan syaitan" kata-kata Hoshi itu dianggap terlalu hiperbola untuk Jeonghan yang sangat cantik lagikan indah. Dino berbalik menatap Hoshi dengan mata tidak percaya.
"What? Aku cakap benda betul okey? Dah tengok depan sana" Hoshi yang sudah malas mahu melayan pertanyaan Dino berjalan ke sisi lain. Yang penting jauh dari pelajar tahun pertama yang sudah rapat dengan dirinya.
"Eh hyung! Tak kenal maka tak cinta!! Hyung!! Tak guna" Dino mendengus kasar. Dia menyilangkan tanganya ke dada dan memuncungkan bibirnya. Merajuk dengan perbuatan Hoshi yang meninggalkan dirinya.
'Alaaa aku nak kawan dengan Jeonghan hyung.. Tapi diorang tak bagi -,- ' kata Dino di dalam hati. Dia menconteng buku catatannya dengan lukisan bulat-bulat yang teramat ganas. Mungkin melepaskan kemarahan?
'Takpe no one can stop me! CUS I'M THE MICHAEL CHANSON!! MUEHEHEHE' dengan itu bermula lah idea-idea gila bertimbun didalam otak Dino.
******************
Short chap.
Lmao dah nak sekolah
Rip homework :')
Tbc
GotNoFeel_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro