Dont Mess With Him
Don't judge a book by it's cover. Pernah dengar? Heol. Tipu lah tak pernah. Sesiapa tak pernah aku syak datang dari planet Marikh. Seplanet dengan Suho kan :')
Jadi kalau tahu kenapa masih ramai yang berbuat sebaliknya? Menilai seorang dari luaran? Sedarkah bukan semua yang terlihat seperti permata itu asli. Mungkin juga hanya cermin yang mengaburi mata.
Memang salah besar jika menganggap Jeonghan itu seorang malaikat. Padahal dialah susuk pembuli paling ditakuti sepelusuk sekolah. Wajah cantik dengan aura kekejaman berjaya membuatkan sesiapa sahaja merinding ketakutan.
Bukan hanya melayan seseorang seperti hamba. Dia juga membuli sesiapa yang membuatnya marah atau kesal. Kadang-kadang orang yang tidak bersalah juga menjadi mangsa bulinya apabila dia ingin melepaskan kemarahan. Tidak kesahlah namja atau yeoja. Yang penting dia puas!
Memang Jeonghan dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kaya penuh kehangatan. Dia dilayan bak putera raja oleh semua orang. Apa sahaja yang dimahukan pasti ditunaikan ibu bapanya. Jika dilihat dari sudut psikologi tiada sebab dia memberontak sebegini.
Sepatutnya dia membesar menjadi seorang namja penuh wibawa dan sangat gentle. Tidak melukai dan menyakiti kerana sesungguhnya semua itu tidak pernah ditunjuk dan diajar oleh kedua ibu bapanya.
Ibu bapanya Jeonghan sendiri sudah habis fikir mengapa anak lelaki tunggal mereka itu berakhir menjadi seorang yang penuh kekerasan. Di mana silap mereka dalam membesarkan Jeonghan?
Sebenarnya silap mereka adalah apabila mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan dan membeli bermacam-macam benda untuk mengisi hidup Jeonghan. Yoon Jeonghan juga manusia biasa. Dia bukan robot yang tidak perlukan perhatian.
Kasih sayang melalui barang tidak cukup untuk dirinya.
Dia tahu mereka sibuk tetapi hatinya tidak boleh menghindari rasa kesunyian.
Pembulian Jeonghan tidaklah parah hingga membawa kematian. Walaupun ada juga yang berakhir di hospital dengan beberapa luka di sekitar badan. Pembulian yang dilakukannya kebanyakkan berorientasikan perasaan.
Contohnya memalukan seseorang dikhalayak ramai :')
Itu buli emosi namanya.
Jelingan dan senyuman sinisnya pun sudah mampu menakutkan orang apatah lagi perlakuan dan kata-katanya :')
Huhuhuhuhu
Kalau difikirkan tiadakah orang yang melawannya? Pembulian bukanlah perkara yang patut ada di sekolah. Ianya salah dari segi peraturan sekolah mahupun undang-undang negara.
Harta dan duit Jeonghan membuatkan tiada sesiapa berani menentangnya kecuali Hoshi, Woozi, Wonwoo, Dokyeom, Mingyu dan The8. Kerana sesungguhnya mereka berenam lebih mementingkan nilai kemanusiaan.
Jadi inilah sebenarnya kenapa mereka bertiga belas bagaikan kucing dengan anjing. Sentiasa bergaduh tetapi sebenarnya sangat sepadan. Bagai pinang dibelah dua lah katakan. Kerana pasangan yang sepadan sebenarnya mempunyai personaliti yang amat berbeza; kontra antara satu sama lain.
Tapi malangnya, permusuhan mereka tidak sedikitpun mengubah perangai Jeonghan. Yang ada perangai namja ini semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Semakin banyak pembulian yang dilakukan. Yang peliknya julukan 'angel' itu tidak pernah luntur.
Mungkin manusia sudah terlalu lalai dengan keindahan duniawi.
Joshua dan S.coups sendiri sebagai sahabat sebenarnya sudah beberapa kali menasihati. Tapi makhluk seorang ini memang keras kepala. Mungkin dihantuk ke atas batu pun tidak pecah.
Jun, Vernon dan Seungkwan? Mereka bertiga hanya mangsa keadaan. Mangsa yang sebenarnya sangat baik tetapi sudah dilabel pembuli ataupun sekutu Jeonghan oleh warga sekolah.
Tetapi kadang-kadang Jeonghan sendiri tidak sedar dengan apa yang dilakukan. Dia hanya mahu melepaskan. Biarkan dia puas.
*****************
"Dino ya~ where are you~~? Mana kau wahai aegi ku~~?"
"Hannie kau tak penat ke?" S.coups yang dari tadi ditarik Jeonghan untuk menemaninya mencari Dino mengeluh kesal. Sudah terhitung 2 matapelajaran dipontengnya hanya untuk mencari Dino yang hilang entah ke mana.
"Isyhh diam lah! Aku tengah cari dia ni! " Jeonghan memuncungkan bibirnya kedepan, merajuk dengan kata-kata S.coups itu. Dia melipat tangan ke dada sambil berjalan meninggalkan S.coups.
"Eh eh Mamat ni merajuk konon. Nasib baik namja. Kalau yeoja dah lama aku cium muehehehe" ehh S.coups belok kah anda?
( ͡° ͜ʖ ͡°)
"Coups kat mana lah Dino ㅠㅠ aku rindu dia huwaaa" Jeonghan meraung ditengah-tengah koridor tingkat 3. Puas sudah dia mencari dari tadi. Selepas pertemuan dengan Kim Mingyu, Dino tiba-tiba sahaja menghilang dan sekarang tidak dijumpai.
Mungkin geng haters sudah menculik bayi kecil kesayangannya itu? JEONGHAN TAK AKAN BIARKAN!!!
"Hannie kau ni lebih pada kucing hilang anak la weh.. Macam betul-betul anak kau lak pf--"
"KAU DIAM!! KAU TAK TAHU BETAPA BERHARGANYA DINO TU BAGI AKU!!"
S.coups tersentak. Buat pertama kalinya Jeonghan memarahi dirinya. Selama ini Jeonghan tidak pernah menaikkan suara kepada rakan-rakannya mahupun berlaku kejam. Tapi sekarang? Hanya kerana seorang budak mentah yang baru dikenali beberapa bulan? Serendah itukah nilai persahabatan dibandingkan kasih sayangnya kepada Dino?
"Han-hannie sorry mianhae aku tak bermaksud--"
"Kau sama je dengan diorang semua. Dah lah aku boleh cari Dino sendiri" Jeonghan melangkah pergi meninggalkan S.coups yang terpaku sendirian.
Tadi namja berambut panjang itu memaksanya menemani mencari Dino. Sehingga dia merelakan meninggalkan kelas selama 2 jam!! Dan sekarang dia ditinggalkan??!! Heol what.
Ok Jeonghan you better watch out.
**********************
Guess who skip school :')
Takpe aii demam wihihihi
GotNoFeel_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro