Chwe not Chew, Boo not boo-eum
Petang ini, Vernon dan Seungkwan berada di rumah Vernon. Tepatnya di ruang tamu keluarga Chwe yang hampir gelap-gelita kerana tiada pencahayaan. Mereka berdua berada di hadapan televisyen.
Seungkwan dari tadi sibuk membebel kerana ruangan tersebut gelap. Namja penuh dengan jiwa seorang diva itu turut sibuk menikmati makanan ringan sambil menonton bersama Vernon.
Vernon sendiri tidak mengambil endah pun dengan keadan rumahnya. Dia sudah terbiasa berada dalam gelap. Ibu bapanya berada di luar negara jadi tiada sesiapa yang menasihatinya.
"Vernonie kenapa Shah Rukh Khan handsome huwaa"
"Handsome lagi aku"
Seungkwan memukul bahu Vernon pelan membuatkan namja itu terkehel. Kehadiran Seungkwan dalam hidupnya sedikit sebanyak telah menceriakan harinya. Gelagat Seungkwan selalu berjaya menghiburkan dia.
"Eleh betulkan?" Vernon menaik turunkan sebelah keningnya. Dia tersenyum sinis tetapi menambahkan lagi kesan kacak di mukanya. My god jaga menggoda aii oulss.
"Anyway vernonie kenapa kau menyorok? Bila pulak jadi penakut huhuhu" Seungkwan tertawa kejam. Dia memang suka mengusik rakannya seorang ini. Jika dilihat dari sudut pandangan yang lain, mereka berdua terlihat sangat mesra mengalahkan pasangan bercinta sehingga membuatkan sesiapa sahaja cemburu. Alangkah indahnya hidup bersama yang tercinta bukan?
"Aku dah salah cakap.. Jeonghan ingat ada orang cakap dia pembuli..." Vernon menunduk. Dia tidak lagi menonton televisyen yang menayangkan cerita hantu Wan Peah. Anak matanya menunjukkan seribu rasa kesesalan.
Seungkwan yang perasan dengan perubahan mood Vernon menoleh. Kesedihan dan ketakutan dapat dirasai Seungkwan. Dia lantas memeluk sahabat dari zaman uterus hingga sekarang. Apa yang dirasai Vernon turut dirasai Seungkwan. Ini lah gunanya kawan. Tempat suka dan duka sentiasa bersama.
"Apa susah? Pergi jelah minta maaf" Seungkwan yang memang sempoi dan sentiasa gembira orangnya selalu berfikiran positif. Baginya masalah dapat diselesaikan dengan semudah bernafas padahal kebanyakkan nya amat sukar seperti mencari jodoh ㅋㅋㅋ
"Kau tak kenal lagi ke Jeonghan ma---"
Bunyi ketukan pintu memberhentikan kata-kata Vernon. Mereka berdua serentak menoleh ke arah pintu masuk. Vernon hairan. Biasanya hanya Seungkwan yang mengunjungi rumahnya. Tanpa menunggu lama, Vernon bangkit dan membuka pintu.
"Nae~ nugusaeyo? Jeo--Jeonghan hyung" Vernon terdiam di depan pintu. Dia membeku kerana kehadiran Jeonghan yang beberapa minggu ini cuba dielakkan. Jantung Vernon berdegup kencang apabila melihat Jeonghan tersenyum.
Seungkwan yang hairan dengan Vernon yang tercegat di depan pintu mendekatinya. Tidak seperti Vernon, dia tidak terkejut pun melihat Jeonghan tersenyum. Kerana senyuman itu nampak berlainan daripada biasa. Lebih ikhlas lebih rasa.
"Hyung buat apa kat sini? Ada projek baru ke?" Seungkwan lah yang memulakan percakapan. Kedua namja ini terlebih kaku. Tiada siapa pun yang kelihatan ingin bersuara.
"Ahh Kwannie, hyung datang nak minta maaf"
"Eohh?" kedua-dua Seungkwan mahupun Vernon naik hairan. Tidak pernah selama perkenalan mereka Jeonghan meminta maaf. Kenapa tiba-tiba sahaja makhluk supermanis ini ingin meminta maaf? Well memang dia banyak buat salah tetapi kenapa?
Nak raya lah tu ㅋㅋㅋ
"Maafkan hyung" mereka berdua gelabah melihat aksi Jeonghan. Hyung mereka itu tiba-tiba sahaja bersujud memohon ampun betul-betul di depan kaki mereka berdua.
Walaupun wajar Jeonghan meminta maaf, tapi dia tetaplah yang tua. Harus dihormati dan disayangi. Vernon segera menarik Jeonghan untuk bangun dan memeluknya.
"No hyung aku yang perlu minta maaf" Vernon berkata pelan. Dia cuba memujuk Jeonghan yang sudah terisak dalam pelukannya. Nampaknya Jeonghan betul-betul ikhlas ingin meminta maaf tanpa sebarang paksaan.
"Aloo tomey tomey Jeonghan hyung ( ̄∀ ̄) mehh boo cium mehh"
"Kwannie.. "
"ANDWAE JANGAN RAMPAS BOO AKU!!!"
**********************
Joshua, Jun, S.coups, The8, Seungkwan, Vernon, Dino dan Jeonghan berkumpul di rumah megah milik Jeonghan. Mereka berlapan sedang menikmati masa-masa emas bersama sementara menunggu beberapa tetamu lagi. Sempena keinsafan Jeonghan, dia menganjurkan parti kecil bagi tanda kemaafan.
Hanya perlu menunggu Hoshi, Woozi, Mingyu, Wonwoo dan Dk untuk sampai. Kemudian parti kecil mereka akan di mulakan. Mereka semua sudah bersepakat untuk mengakhiri semuanya.
"Dino yaa nugu aegi?" mungkin Jeonghan dan berubah tapi perangai nya yang suka memanjakan Dino tidak akan pernah hilang. Dongsaeng nya seorang itu sudah dianggap sebagai adik sendiri yang patut dilindungi dan disayangi.
"Aishh hyung andwae" Dino mengembungkan pipinya tanda protes. Memang dia suka di manjakan tapi ini keterlaluan!
Bukannya berhenti, Jeonghan semakin seronok mengusik Dino. Dia menarik pipi semi tembam milik Dino. Geram dengan Dino yang sangat comel di matanya.
"Ishh tak nak kawan!!" kini giliran Jeonghan pula merajuk. Dia meniru Dino dengan mengembungkan pipinya dan menyilang tangan berpura-pura marah.
"Ingat aku ni budak 5 tahun ke? Jeonghan hyung aegi" Dino melakukan aegyo yang membuatkan hati Jeonghan bergelojak gembira. Tidak salah lagi dia memilih Dino sebagai aegi.
"Ehem ehmm tak nak sambut tetamu ke tuan rumah?"
"YAHOO LETS PARTY BABEHH"
"YEAHHHHHH!!"
Jeonghan tersenyum melihat kerenah mereka semua. Yang ditunggu sudah sampai dan mereka semua terus bersorak gembira.
Mereka yang dulu dianggap musuh sebenarnya amat baik. Mereka tidak bersikap sombong walaupun tahu Jeonghan yang salah. Malahan mereka tidak segan silu bermesraan dengan Jeonghan and the geng seperti sudah berteman lama.
"Hyung jom!!" Dino segera menarik Jeonghan untuk menyertai semua di meja makan. Mereka semua tertawa melihat muka Jeonghan yang sangat blur sekarang. Mungkin tidak tahu untuk berbuat apa.
"First aku nak minta maaf atas apa aku buat.. Aku tahu aku dah banyak buat salah"
"OK JOM MAKAN HAHAHAHAHAH"
"aku belum habis lag--"
"HAHAHHAHAHHA MAKAN"
-,-
*******************
1 syawal menjelang jua~
Aku nak minta maaf la jugak sebab banyak buat salah :'(
Selamat Hari Raya~
GotNoFeel_Raya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro