Pyo Jihoon x Han Daeyoung-MNIMH S2
Aku bangun dari tidur dan menggosok mataku lalu aku memandang sekeliling.
"Aku masih ada dekat bilik sendiri rupanya."Kataku.
Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu diketuk oleh seseorang.
Knock Knock.
"Kamu dah bangun ke Daeyoung?"Tanya seseorang.
Kedengaran suara Omma diluar.
"Dah Omma."Jawabku.
Kedengaran suara Omma.
"Bangun pun anak dara tua."Perli Omma.
Aku menjerit mendengar perlian Omma.
"Apa Omma ni?"Jeritku yang geram dengan Omma.
Tidak lagi aku dengar suara Omma.
"Takutlah tu."Kataku.
Aku bangun dan mengemas katil lalu memasuki bilik air.
Aku keluar dari bilik air dengan jubah mandi lalu mengambil sehelai t-shirt warna putih dan skirt pendek berwarna merah jambu pastel.
Selesai je aku terus menata rias diriku.
Aku melihat diriku di cermin.
"Cantik betul engkau Daeyoung."Aku memuji diriku sendiri.
Aku pun turun ke bawah dan Omma memandang aku.
"Cantik betul anak Omma nak pergi mana cantik-cantik ni?"Tanya Omma.
Aku hanya tersenyum memandang Omma dan aku mencari kelibat Appa.
"Omma mana Appa?"Tanyaku.
Omma mengerutkan dahi.
"Appa kerjalah."Beritahu Omma.
Tiba-tiba Omma membangkitkan soal pekerjaan.
"Han Daeyoung kamu tak nak bekerja ke?"Tanya Omma.
Aku memandang Omma tak percaya.
"Kenapa Omma bangkitkan hal kerja dulu tak ingat ke masa Daeyoung intern banyak masalah yang berlaku?"Bidasku dengan panjang lebar.
Omma memandangku dengan penuh berharap.
"Apa kata kamu kerja dekat syarikat milik keluarga kita kamu boleh jadi bos."Kata Omma memberikanku cadangan.
Aku terus bangun dan merenung Omma tak percaya.
"Omma nak suruh Daeyoung jadi bos Omma rasa lagi teruk syarikat keluarga kita."Marahku.
Aku membuat keputusan untuk makah diluar tak lupa juga pelitup muka dan beg sandang diambil.
"Lebih baik aku makan dekat luar makan dekat rumah tak tenang hidup aku."Kataku.
Aku keluar tanpa memandang Omma.
Aku sampai ke 7-Eleven dan aku memilih samyang berperisa keju dan air coca-cola.
Aku meletakkan samyang berperisa keju dan air coca-cola dekat atas meja.
Pekerja dekat kaunter mula mengira.
"Semua sekali 7,500 won."Kata pekerja kaunter.
Aku membuka beg sandang aku tapi tak kelihatan beg duitku.
"Mana beg duit aku?"Tanyaku.
Tiba-tiba kedengaran satu suara.
"Kirakan sekali dengan dia punya."Kata satu suara.
Aku menoleh dan terkejut melihat Pyo Jihoon atau lebih tepat P.o.
"Bukan ke dia kerja?"Tanyaku memandang P.o.
P.o memberikan plastik yang mengandungi samyang berperisa keju dan air coca-cola padaku.
Aku terus pergi ke bahagian air panas dan mula menuang air panas ke dalam mangkuk samyang.
P.o mendekatiku.
"Ya Han Daeyoung engkau tak pandai berterima kasih ke apa?"Tanya P.o.
Aku memandang P.o.
"Aku laparlah jangan kacau aku."Marahku pada P.o.
P.o terpaksa menahan sabar.
"Tunggu perempuan."Kata P.o dalam hati.
Aku dan P.o duduk berselebahan menghadap tingkap.
Aku memandang P.o dengan jelingan setajam pisau rambo.
"Engkau dah kenapa duduk dekat sini jugak?"Tanyaku.
P.o memandangku.
"Suka hati akulah."Balas P.o.
Aku terus memfokuskan samyang berperisa keju dan makan tanpa menghiraukan pandangan P.o.
Tanpa diketahui P.o merancang sesuatu.
P.o Pov.
Aku memandang Daeyoung yang sedang makan dan aku merancang untuk membuka penutup botol coca-cola dekat Daeyoung.
Aku mula membuka penutup dan kedengaran bunyi seperti air jatuh dan terkena pada baju dan skirt Daeyoung.
Daeyoung berhenti makan dan memandang baju dan skirt.
"Tak guna engkau P.o tunggu.
Aku cepat-cepat melarikan diri dan Daeyoung mengejarku.
"Sini engkau P.o."Kata Daeyoung yang geram denganku.
Aku dan dia berlari sampai ke kawasan perumahan yang diduduki oleh keluargaku dan Daeyoung.
Aku menghentikan larian kerana penat dan dengan mudah Daeyoung dapat lalu mencengkam rambutku.
"Tak guna punya P.o."Jerit Daeyoung.
Kini aku dan Daeyoung memandang lantai.
"Apa nak jadi dengan kamu Pyo Jihoon dan Han Daeyoung?"Marah Puan Pyo dan Puan Han serentak.
Pada malam itu.
Di rumah keluarga Han.
Daeyoung Pov.
Aku memandang Appa dan Omma.
"Appa dan Omma nak kahwinkan kamu dengan D.o tak ada bantahan."Tuan Han dan Puan Han memandangku dengan renungan tajam seperti belati.
Di rumah keluarga Pyo.
P.o Pov.
Aku memandang Appa dan Omma.
"Pyo Jihoon kami nak kahwinkan kamu dengan Han Daeyoung keputusan kami muktamad."Kata Tuan Pyo dan Puan Pyo dengan muka yang kelihatan marah.
2 bulan kemudian.
P.o dan Daeyoung telah sah bergelar suami dan isteri.
Banyak perkara yang terjadi seperti pasu pecah dibaling oleh P.o dan rambut P.o jadi sarang burung disebabkan rambut di tarik oleh Daeyoung.
1 bulan kemudian.
P.o Pov.
Aku terdengar bunyi seseorang menangis.
"Hantu ke yang menangis?"Tanyaku dengan beraninya.
Aku pergi ke bahagian dapur dan mendapati Daeyoung menangis.
"Kenapa awak menangis ni?"Tanyaku.
Daeyoung tak menjawab dan aku fikirkan satu cara.
"Daeyoung jom makan aiskrim."Aku cuba memujuk Daeyoung.
Daeyoung berhenti menangis dan memandangku.
"Jom."Kata Daeyoung dengan suara yang ceria.
1 bulan kemudian.
Aku disahkan mengandung 4 bulan dan aku gembira.
Tapi ada perkhabaran yang teruk P.o kemalangan aku menjaganya dan aku selalu mendengar nyanyian P.o lagu I"ll Be Your Man.
1 tahun kemudian.
Daeyoung Pov.
Aku, P.o dan anak kami bernama Pyo Jiyoung ke pantai untuk berkelah dan melihat matahari terbenam.
P.o Pov.
Aku menunjukkan matahari terbenam pada Daeyoung dan anak kami Jiyoung.
Mata aku dan Daeyoung saling berpandangan kami tersenyum antara satu sama lain.
Aku menarik Daeyoung ke arahku dan kami berpelukan satu keluarga.
Tamat.
Macam mana dengan bab ni?
Vote +Comment=Next Part
Appliers Tag:
avienelily Mandanayla30 MingyuIra Farinah_JWBILNK bangbangchan- chonlovelyy- FarahHawa2 STAR4HAO yuna__jeonwonu swaggerdanniehan chanmalican- CHAN_WOOSIK jyj98_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro