Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9

"Baru nak balik rumah? Dah pukul berapa ni? Kau pergi mana haejin? Eonnie call tak reti ke nak angkat? Apa dah tak nak dah angkat call eonnie sebab nanti eonnie bebel? Handphone tu ada buat cara ada, kalau susah sangat nak angkat call nak reply mesej tak payah ada handphone", bebel haejung yang dari tadi risaukan adiknya tak balik2.

Haejin keluarkan handphonenya dari dalam handbag dia, patutlah tak dengar apa2. Battery habis.

"Mianhae eonnie, hae tak sengaja. Fon hae habis battery"

"Kau ni memang kan suka buat aku risau, nanti aku dah mati nanti macam mana lah", kata haejung.

"Eonnie janganlah cakap macam tu", jelas nada haejin sedih bila kakak dia cakap macam tu. Cukuplah dia hilang omma appa dia dulu, dia tak sanggup lagi hilang ahli keluarga.

"Haih kau ni, dah lah pergi masuk bilik. Mandi ke apa ke. Ni dah makan belum?"

"Dah", haejin terus masuk ke dalam biliknya. Selesai mandi dia duduk termenung di atas katilnya sendirian. Tiba2 dia tersenyum, gila ke apa?

"Leganya dapat luahkan semua dekat hayoun. Kenapa lah oppa benci sangat dengan hayoun tu? Dia bukannya jahat macam apa yang oppa fikir pun haih", lama2 dia layan perasaan dia, dia mengantuk dan akhirnya dia tidur.

.

.

.

Hayoun's house

"Weh hayoun!"

"Kau kalau sehari tak memekak boleh tak? Ey apa kau nak?!", hyunjae melompat atas sofa dan duduk sebelah hayoun.

"Aku nak tanya ni"

"Apa dia?"

"Petang tadi, asal kau suruh aku blah? Bukan ke kau suruh aku goda dia? Ke kau jealous tengok aku dengan dia?", hyunjae mengangkat angkat keningnya.

"Euw aku nak jealous? For what? Jijiks tahu"

"Kau kuajo kan cam ni lah member", hyunjae menolak bahu hayoun.

"Sakitlah setan, kau ingat aku jantan ke bodoh nak tolak2 aku ey aku kang"

"Halah sorry lah, tapi aku pelik sebenarnya ni, asal kau suruh aku blah?"

"Tak ada lah, aku rasa kesian pulak dekat dia"

"Wowww Choi Hayoun kesiankan dekat musuh? Daebak!", hayoun menjeling hyunjae.

"Kau sehari tak sakitkan hati aku memang tak bahagia eh hidup kau? Tak ada lah, dia luah rasa sakit hati dia dekat aku sampai menangis2 kau tahu tak? Aku mana boleh tengok orang menangis, nanti aku rasa kesian"

"Eh lah hati tisu rupanya member aku ni, ingatkan kuat sangat", perli hyunjae dan dia mendapat pukulan di lengan dengan kuat.

"Sakitlah weh uhuks"

"Padan muka"

"Dia cerita apa dekat kau sampai kau rasa kesian ni?"

"Ish kau ni! Aku cerita karang boleh tak? Tak nampak ke aku tengah tengok drama ni? Semak ah kau, dah lah masuk rumah aku sesuka hati", marah hayoun lalu memyambung tengok drama.

"Hekeleh kau yang bagi password pastu marah aku lak, ala cerita je lah dulu kat aku. Drama ni kau tengok online je sudah lah, ni zaman bila lak kau pandai tengok drama ni?"

"Kau kan haih yelah2 eiii"

"Sabo sabo ha citer"

"3 hari lepas kau ada jumpa dia kan? Yang seungyoun suruh dia balik rumah dia tu, ingat?"

"Ha ingat, yang kau ambil gambar kitorang tu kan? Ha asal?"

"Kau tahu seungyoun buat apa?"

"Buat apa?"

"Cuba kau ingat balik apa yang juyeon buat dekat haerin sebelum diorang kahwin?", hyunjae buat muka seperti sedang memikirkan sesuatu. Beberapa saat kemudian, riak wajahnya bertukar kepada terkejut.

"Seolma[tak mungkin], kau seriouslah youn?", hayoun hanya mengangguk.

"Wehhhh siot lah kau, aku rasa bersalah lah bodoh", hyunjae rasa bersalah sebab dia rasa dia punca segalanya.

"Alah kau relax sudah ah, gambar tu aku yang bagi dekat dia. Aku lagi rasa bersalah, yelah budak tu muda lagi even dia muda setahun je dari aku still lah dia muda lagi. Buatnya kalau dia mengandung ke apa lepastu seungyoun tak nak bertanggungjawab macam mana? Rosak masa depan dia", jelas riak wajah hayoun nampak dia rasa bersalah.

"Pastu sekarang macam mana?"

"Mana lah aku tahu", mereka berdua duduk sambil meratapi ha aku tak tahulah diorang meratapi apa

.

.

Cho's Building

"Boss?", panggil PA seungyoun.

"Hm"

"Jangan lupa petang nanti kita ada meeting dengan Lee's Company"

"Ok, apa2 hal inform saya"

"Nae", PA seungyoun keluar dari biliknya. Dia masih busy dengan kertas2 kerja di atas mejanya. Rasanya tak pernah lagi lah dia tinggalkan kerja2 dia tergendala.

"Yoww hyung!", seungyoun memandang dua gerangan yang sesuka hati masuk bilik dia tanpa mengetuk pintu dan selamba badak diorang duduk tanpa pelawa. Seungyoun kembali fokus pada kertas2 kerjanya. Malas mahu melayan manusia2 itu.

"Hyung, layan lah kitorang hyung. Asyik sibuk je dengan kerja hyung. Tak bosan ke?"

"Tak nampak aku tengah busy ni? Korang semak masuk bilik aku apahal?"

"Hakalah, macam tak biasa pulak"

"Eh korang keluar lah, aku ada meeting kejap lagi"

"Eleh meeting hyung kejap lagi, bukan sekarang pun"

"Kim Yohan, Lee Hangyul. Korang nak kacau aku bukan waktu sekarang, aku busy", kata seungyoun dengan muka dingin dia tu.

"Hekeleh hyung ni, nak kacau sikit pun tak boleh. Kacau awek hyung kang baru tahu", kata yohan saja nak mengusik.

"Sebelum penumbuk aku sampai kat muka kau, keluar", tahu pun marah orang nak kacau awek dia. Tapi dia? Tak reti langsung nak jaga awek.

"Yelah2, kitorang keluar. Jom han, kita gi makan KFC aku belanja"

"Uwa jinjja? Member aku ke ni? Sejak bila kau pandai belanja orang ni gyul? Ya ampun aku terharu hiks hangyul nak belanja aku makan omg omg", dah si arnab tu buat drama pula dah.

"Well, harini aku baik nak belanja orang", hangyul buat muka bangga.

"Eh korang kalau nak buat bising berambus, jangan buat bising dalam ni", marah betul si seungyoun ni lah. Maka dengan itu, yohan dan hangyul pun keluar daripada bilik seungyoun.

Meeting's room

"Selamat datang En.Lee, jemput duduk", sapa seungyoun dengan mesra dan mempelawa En.Lee untuk duduk.

"Jadi, boleh kita mulakan?", tanya seungyoun dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

"Erm, kita tunggu sekejap ya. Anak saya belum sampai lagi", kata En.Lee. Tak lama kemudian, anak En.Lee masuk ke dalam bilik meeting.

"Maaf, saya lambat", seungyoun memandang gerangan tersebut dengan pandangan yang susah untuk ditafsir.

"En.Cho, kenalkan anak saya, Lee Jaehyun atau nama panggilannya Hyunjae. Dia bakal menggantikan tempat saya nanti", terang En.Lee dengan muka gembiranya manakala seungyoun masih kekal dengan muka dinginnya.

"Lama kita tak jumpa kan En.Cho?", hyunjae menghulurkan tangan untuk bersalam dengan seungyoun, seungyoun sekadar senyum segaris dan menyambut huluran salam hyunjae.

"Kamu kenal dengan En.Cho?", tanya appa hyunjae.

"Apa pula tak kenal, kami satu universiti lah appa. Cuma course lain2, dia satu course dengan hayoun", terang hyunjae dan matanya tak lari asyik memandang seungyoun. Ni pun pandangan susah ditafsir ni.

"Ouh, lagi mudah lah kita nak berurusan kalau korang dah kenal. So, En. Cho, mari kita mulakan", mereka memulakan meeting mereka. Sepanjang perbincangan tersebut berjalan, ada je yang seungyoun dan hyunjae tak puas hati. Mungkin memasing sakit hati tengok muka memasing.

40 minit berlalu dan perbincangan mereka pun selesai. Semua staff2 yang ada dalam bilik tersebut keluar termasuk En.Lee dan meninggalkan hyunjae dan seungyoun sendirian. Sesungguhnya, aura hitam terlalu kuat ye dalam bilik itu. Belum sempat hyunjae melangkah keluar, seungyoun bersuara.

"Jangan kacau haejin lagi lepasni", kata seungyoun dengan muka dinginnya.

"Huh, aku kacau haejin? Kau yang tak reti jaga yeochin(girlfriend) kau, lepastu kau salahkan aku? Tch", hyunjae berdecit.

"Tu yeochin aku, aku tahulah apa aku nak buat. Kau tu sibuk apahal? Apa dah tak ada yeoja lain ke dekat dunia ni?", marah betul engko.

"Ada, ramai lagi yeoja dekat dunia ni yang lagi cantik yang lagi elok dari yeochin kau tu. Tapi, aku nak kau rasa apa yang aku rasa. Aku cau dulu", hyunjae menepuk bahu seungyoun dan berlalu pergi.

"Apa yang dia rasa?", monolog hati seungyoun. Dia tak faham dengan ayat hyunjae. Apa kena mengena dengan dia?


ha nah kbye

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro