Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

Haejin jalan berseorangan di dalam mall. Nak ajak seungyoun, huh jangan mimpi lah. Asyik sibuk dengan kerja dia sampai dah tak ada masa langsung nak luang dengan haejin.

Dia menuju ke dalam satu kedai yang menjual handbag. Dia pusing2 dalam kedai tu, kot2 ada yang berkenan ke kan. Tiba2 dia terlanggar seseorang di hadapan dia.

"Auchh! Eh kau lain kali jalan pakai mata boleh tak?!", jerkah orang itu dan membuatkan haejin menunduk 90 darjah banyak kali untuk meminta maaf.

"Saya minta maaf, saya leka sangat tadi. Maafkan saya", haejin memandang gerangan yang dia langgar tadi.

"Cik Choi?", hayoun buat muka menyampah. Tak sangka pula dia boleh jumpa haejin dekat sini.

"Ouh, Kim Haejin"

"Maafkan saya Cik Choi, saya betul2 tak perasan tadi. Maafkan saya", lagi sekali haejin bow untuk meminta maaf.

"Panggil je aku hayoun, tak perlu Cik Choi bagai", kata hayoun dengan nada yang mendatar. Hayoun melihat sekeliling, mencari kelibat seungyoun.

"Kau sorang?", tanya hayoun.

"Haah sorang je"

"Ouh", hayoun tersenyum sinis.

"Awak pun sorang je ke?"

"Haah sorang je, aku memang tak ada boyfriend. Lain lah kalau ada boyfriend tapi macam tak ada huh", saje hayoun nak menyakitkan hati haejin. Kata2 hayoun tadi dah mampu buat hati haejin terguris, sesungguhnya haejin sangat sensitif dan lemah ye bab2 macam ni. Dia hanya mampu tersenyum tawar.

"Btw hayoun, boleh saya tahu umur awak?"

"Sama dengan boyfriend kau"

"25? Eo, kalau macam tu saya kena panggil unnie lah"

"Tak perlu lah nak panggil aku unnie bagai. Panggil hayoun je", disebabkan hayoun dah malas nak layan haejin, dia terus berlalu pergi tapi tangannya sempat ditahan oleh haejin. Hayoun memandang haejin dengan pandangan apa kau nak?

"Boleh saya tahu macam mana awak kenal boyfriend saya?", tanya haejin.

"Huh, dia bekas bakal boyfriend aku yang tak jadi", hayoun berjaya membuat haejin terkelu. Selepas berkata seperti itu, hayoun terus pergi meninggalkan haejin disitu. Plan seterusnya mula bermain dalam kepala otak dia.

.

.

.

Dua hari berlalu, kata2 hayoun masih terngiang2 di telinga haejin. Tiba2 dia rasa yang dia dah rampas seungyoun daripada hayoun.

"Oi, apa yang kau duk fikir dari tadi tu? Termenung je", tegur haejung lalu duduk di sebelah haejin.

"Tak ada apa pun unnie", haejin tersenyum kelat. Kalau boleh, dia taknak haejung tahu pasal ni.

"Harini kau tak pergi jumpa boyfriend kesayangan kau tu pulak"

"Esok esok lah, dia busy lagi time2 ni"

"Huh asyik2 busy. Eh, kau tahan kan dengan perangai dia. Kalau unnie jadi kau, dah lama unnie cari lelaki lain lah"

"Unnie, dari haritu lagi unnie cakap macam tu. Unnie memang nak sangat ke haejin break dengan seungyoun?"

"Tak ada lah unnie nak korang break, tapi seungyoun tu melampau lampau betul busynya sampai tak ada masa untuk kau"

"Unnie, dia kan kena ganti tempat appa dia. Mestilah busy"

"Yelah haejin, suka hati kau lah", haejung hanya mampu mengeluh. Dia tak tahu macam mana nak cakap dah. Kalau cakap pun tak ada guna, diorang bukan nak dengar cakap dia pun.

.

.

"Kenapa seungyoun tak pernah cerita pasal hayoun dekat aku?"

"Aku dah rampas seungyoun dari hayoun ke?"

"Apa hubungan diorang sebenarnya ni?", monolog hati haejin sendiri. Dari tadi dia tak boleh lelapkan matanya sebab asyik fikir benda bukan2. Kata2 hayoun haritu betul2 buat dia terkesan.

Dia tak tahu apa yang dia perlu rasa sekarang. Perlukah dia rasa sedih? Atau bersalah? Atau buat tak tahu je? Tapi dia perlu tahu, adakah seungyoun yang reject hayoun? Tapi kenapa? Macam2 yang bermain di kotak fikiran haejin.

Selama 3 tahun dia dengan seungyoun, sekali pun nama hayoun tak pernah keluar dari mulut dia. Kenapa seungyoun sorokkan semua ni dari dia? Overthinking betullah perempuan ni.

.

.

"Unnie! Hae pergi jumpa seungyoun tau"

"Erm yolah", balas haejung dengan nada yang pasrah.

Haejin mula menuju ke office seungyoun. Dia dah bagitahu seungyoun yang dia nak datang, kalau tak memang erm kena halau lah kau.

Sampai sahaja haejin di office seungyoun, haejin meminta izin dari PA seungyoun untuk masuk ke dalam. Lagipun, hampir semua orang tahu yang dia adalah girlfriend seungyoun.

"Annyeong!", sapa haejin dengan mesra dan duduk di kerusi yang berhadapan dengan seungyoun.

"Annyeonghaseyo oppa", memang semua orang tahu kalau seungyoun pantang orang yang lebih muda guna bahasa yang informal dengan dia. Haejin tahu, tapi dia saja nak usik seungyoun.

"Ala oppa ni, hae gurau je. Nah, hae ada belikan jjajangmyeon untuk oppa", haejin menghulur bekas yang berisi jjajangmyeon. Rajin betullah dia pindahkan jjajangmyeon tu dalam bekas.

"Letak situ dulu, oppa nak siapkan kerja oppa dulu", kata seungyoun dan tangannya masih ligat menaip di keyboard computernya.

"Haih oppa, stop lah dulu. Jangan biar perut tu kosong je. Makan dulu eh", mujur kalini haejin berjaya pujuk seungyoun makan dahulu. Kalau tidak, memang tak ada lah dia nak makan. Sibuk dengan kerja dia sepanjang hari.

Seungyoun berhentikan kerjanya terlebih dahulu dan mencapai bekas yang dibawa oleh haejin tadi.

"Hae tak makan sekali?"

"Takpelah, hae dah makan tadi", seungyoun mula makan jjajangmyeon tadi. Bila dah mula makan, tak boleh stop pula. Tulah, sibuk sangat kerja sampai tak sempat nak makan.

Haejin hanya memandang seungyoun yang sedang makan sambil menongkat dagunya. Comel pula dia makan.

"Kenapa tengok oppa macam tu? Macam tak pernah tengok orang makan"

"Memanglah, jarang nak tengok oppa makan berselera macam ni"

"Yelah, sebab sedap. Kalau tak sedap, tak ada lah makan macam ni", kata seungyoun dan membuatkan haejin terasa sedikit. Yelah, bila dia masakkan untuk seungyoun tak ada pula dia makan macam tu. Tapi, bila makanan kedai berselera sungguh.

"Oppa, hae nak tanya sikit boleh tak?"

"Mwo?", seungyoun masih mengunyah jjajangmyeonnya.

"Oppa kenal hayoun kan?"

"Uhuk uhuk"


ada sesape nak derma idea dekat aku?








wifeuwooseok_swooxmiraenaneun_aishaizzity_asyia04iNnoCent_Chryxx_bEe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro