2
Seungyoun kelihatan agak stress dengan kertas2 kerja yang bertaburan dia atas meja kerjanya. Dah macam orang tak terurus. PA dia pun dah tak berani nak masuk kalau seungyoun dalam keadaan macam tu. Bukan apa, salah sikit je nanti dia jerkahnya PA tu.
"Haih, serabutlah aku macam ni", dia menyerabutkan rambutnya tanda dia betul2 serabut.
"Rambut serabai pun kau still nampak hot", seungyoun memandang gerangan yang berada di hadapan pintu pejabat dia sekarang. Makin bertambah stress dia.
"Kau nak apa datang sini hayoun?", ye itu dia Choi Hayoun, pemusnah segalanya.
"Saja, nak datang melawat. Alolo sian dia stress eh", hayoun mendekatkan dirinya dengan seungyoun. Dengan kesempatan yang ada, dia cuba untuk mengurut bahu seungyoun.
"Eh kau blah boleh tak? Aku rimas tahu tak?!", seungyoun menengking hayoun. Tapi hayoun tu hati batu, kau ingat dia kesah? Lagi seungyoun marah lagi dia suka.
"Hey hey relaxs lah, aku cuma nak urut kau. Relax okay relax, aku tak buat apa2 pun", seungyoun menyandarkan badannya di kerusi kerjanya dan membiarkan hayoun mengurutnya. Hayoun tersenyum bila seungyoun menikmati urutan darinya.
Hayoun beralih pula dekat kepala seungyoun, dia picit kepala seungyoun dan seungyoun nampaknya memang betul2 menikmatinya. Hayoun berhentikan perbuatannya, perlahan lahan dia buka butang baju seungyoun.
"Kau buat apa ni youn?", seungyoun menepis tangan hayoun.
"Relax lah, aku buka butang baju kau nak bagi kau selesa", hayoun buka lagi satu butang baju milik seungyoun dan dia biarkan perbuatan hayoun. Seungyoun menutup matanya, dia nak rehat dan tenangkan fikiran.
Tapi, dengan kesempatan itu. Hayoun membuka semua butang baju kemejanya dan menampakkan upper body seungyoun yang sasa itu.
Tangan hayoun mula meliar di badan seungyoun dan dia duduk di atas riba seungyoun. Seungyoun seperti menikmatinya? Eh laki jenis apa kau ni?
Hayoun menyandarkan kepalanya di dada seungyoun. Bibirnya mula meliar di sekitar leher seungyoun dan ya lagi sekali seungyoun menikmatinya. Hayoun tersenyum senget. Stress sangat seungyoun ni, kau lupa awek kau kee tetan?!
"Weh youn, tanda ta... SEUNGYOUN! Apa kau buat nih?!!!", wooseok yang sesuka hati dia masuk tanpa ketuk pintu itu terkejut dengan perbuatan seungyoun yang baru je dia nampak tadi.
Seungyoun yang mula tersedar itu menolak hayoun sehingga dia jatuh ke lantai. Hayoun terus bangun dan mengambil beg tangannya.
"Seok, benda ni bukan macam apa yang kau nampak seok"
"Habistu tadi tu aku nampak apa? Setan kau ke?", hayoun hanya berikan senyuman yang susah ditafsir.
"Well, for your information Kim Wooseok. Dia tak halang pun perbuatan aku tadi huh nampak sangat ada girlfriend tapi tak reti layan boyfriend elok2. Sadis"
"Kau keluar dari office aku sekarang Choi Hayoun!", jerkah seungyoun dan hayoun terus pergi dari situ. Ni baru sikit, ada banyak lagi plan dia.
Seungyoun membutangkan bajunya semula. Dia tahu, banyak benda yang bermain dalam fikiran wooseok sekarang. Dia cuma takut kalau2 wooseok bagitahu haejin apa yang dia nampak tadi.
"Kau nak apa tadi seok?", tanya seungyoun dengan nada yang datar.
"Ouh ha, aku nak suruh kau tanda tangan document ni. Pihak atasan nak tengok pagi esok", wooseok menyerahkan document yang dimaksudkannya. Seungyoun terus mengambil document tersebut dan menandatangani di ruang yang disediakan.
"Kau buat apa tadi youn? Apa kau dah tak ingat ke awek kau?", soalan yang ingin wooseok tanya dari tadi lagi. Keluar juga akhirnya.
"Entah, aku tak tahu", jawab seungyoun.
"Asal tak tahu? Seronok perempuan gila tu buat macam tu? Suka? Nikmat?", seungyoun terdiam. Dia pun tak tahu setan apa yang rasuk diri dia tadi.
"ARGHHHH", seungyoun serabutkan rambut dia. Wooseok seakan akan faham situasi sahabatnya seorang itu.
"Kau stress sangat ni youn. Balik lah rumah dulu, rehat. Kerja2 ni nanti esok2 kau sambung lah eh. Kalau stress sangat kang kau jugak yang sakit, balik lah rehat dulu", lepas wooseok cakap macam tu, terus seungyoun mengemas barang2nya untuk pulang.
Sebelum wooseok keluar dari pejabat seungyoun, dia sempat berkata, "youn, sebelum balik tu padam dulu kesan lipstick kat leher kau tu. Tah lipstick jenis apa dia pakai cair betul sampai melekat kat badan orang", dan wooseok pun keluar.
Seungyoun pergi ke bilik air dan memadam kesan lipstick yang terdapat di lehernya. Nasib baik kesan lipstick, kalau hickeys? Ha mampus dia nak jawab.
.
.
"Nak call ke tak?", monolog haejin sendirian dalam bilik dia. Niat dia nak call seungyoun nak tanyalah dah makan ke belum, dah balik rumah ke belum. Tapi dia takut pula kalau seungyoun tengah busy dengan kerja dia.
"Alah call jelah, lagipun dah nak malam kan. Takkan lah dekat office lagi kot", dengan itu, haejin pun terus call seungyoun. Lama juga lah nak tunggu dia angkat call. Setelah beberapa saat, akhirnya seungyoun angkat juga call haejin.
"Yeoboseyo oppa, dah balik ke"
"Hm dah"
"Oppa dah makan?"
"Belum"
"Oppa nak keluar makan tak? Kalau oppa nak keluar makan hae boleh teman kan"
"Oppa penat lah hae, nanti2 je lah eh kita makan kat luar sama2"
"Ermm okay, tapi oppa kena makan dulu tau. Jangan biarkan perut tu kosong, nanti masuk angin pulak"
"Hmm dah lah, oppa letak dulu bye"
"Bye oppa, saranghae"
"...."
Tanpa membalas apa2, seungyoun terus meng'end' call. Haejin agak kecewa, tapi dia dah selalu kena macam tu jadi dia buat tak kisah je. Masa bercinta mula2 dulu je seungyoun macam lelaki lain.
Tapi sekarang, bila dia dah mula sibuk dengan kerja dia, dia berubah. Dua bulan je dia jadi 'sweet guy', ni dah berapa tahun haejin hadap perangai seungyoun. Kalau perempuan lain, dah kena tinggal dah seungyoun tu.
"YAH KIM HAEJIN! KAU KELUAR SEKARANG!", kedengaran haejung menjerit memanggil haejin. Haejin terus keluar dari biliknya bila 'singa' dah bangun.
"Aduhh unnie ni kenapa jerit2?"
"Dari tadi lagi unnie panggil kau, tak dengar2. Apa dah pekak ke? Unnie nak ajak makan sekali ni ha"
"Haloh unnie ni, tadi hae tengah call seungyoun", kata haejin dan menarik tangan kakaknya untuk ke dapur.
"Ha budak tu apa cerita? Hidup lagi tak?"
"Amboi unnie ni, hidup lah. Unnie kenapa hah lately ni macam benci sangat kat seungyoun tu? Dia bukannya buat apa2 pun", kata haejin yang perasan kakaknya itu macam tak berapa suka dengan seungyoun.
"Memang, memang dia tak buat apa2. Tapi dia tu eyy kalau unnie jadi kau, unnie tinggalkan dah dia tu", geram betul haejung dengan adik dia sorang tu.
"Alah unnie ni, dia kan busy dengan kerja dia. Takpelah"
"Takkanlah busy sampai langsung tak ada masa nak keluar dengan kau kot"
"Unnie, dia kan CEO muda. Kenalah fokus dengan kerja dia, unnie ni pun"
"Lantak kau lah hae, unnie taknak kau menyesal kemudian hari je nanti", haejin hanya mendiamkan dirinya. Malas mahu melayan kakaknya seorang itu, mereka pun makan dengan tenang.
abaikan typo
idea dah kureng huhu
randomtaggeuuuu
bb00mgyu-jellycreamasyia04a_ezrxxnawifeuwooseok_izzity_naneun_aishaswooxmiraeiNnoCent_Chryxx_bEe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro